12 September 2009

ADAKAH SUDAH TERLAMBAT??

Setelah bertungkus lumus selama 3 minggu berturut-turut menghadapi stress student's life..akhirnya berjaya menyelongkar semua news2 terbaru kat iluvislam.com.Hampir berzaman aku tidak melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan,maaf buat sumer team artikel..internet connection takde dalam tempoh 2 minggu tu..



Sekarang,selamat sudah berada di rumah,berasa tenang dan damai untuk menghabiskan cuti-cuti malaysia selama 2 minggu..ramai yang jeles ni..huahuahua.


Apa yang ingin dikongsi disini ialah,aku amat tertarik dengan satu thread baru di iluvislam.com...topiknya ialah Dah Terlambat ke Saya nak Menuntut ilmu Agama??.
Pelbagai komentar,saranan dan nasihat diberikan..huhhh..mantap2 semuanya...



Komen aku....


Wahai pembuka thread,yg_terpuji,betapa murninya hatimu kerana masih mempunyai sinar untuk mencari apa itu ISLAM.Sesungguhnya,belum terlambat selagi pintu taubat masih terbuka.Dalami,selami ,hayati dan amalkan ajaran islam dalam kehidupan.Sesungguhnya kamu berbeza dengan remaja lain,disaat remaja2 lain mengutuk,mengkritik dan seringkali melarikan diri dari terpenjara dalam peraturan2 islam..kononnya,namun,kamu diberi kekuatan untuk mendalami agama yang syumul ini..teruskan langkahmu itu..masih ada sinar dihadapan yang menanti....

the end..keyboard off..


ermmm..diri sendiri lak camne..banyak betul dugaannya..serius..rasa tak mampu nak hadapinya...masih tercari2 dimana perlu menambah dan mengupdate pengisian agama buat diri ini..huhuhu..otai2 aku pun,nak jugak bekalan akhirat nie..meskipun sudah diasuh dan ditarbiyyah pada waktu dulu,baru sekarang ku mengerti bagaimana hidup dengan keadaan sekarang..agak sukar untuk mencari sahabat sefikrah..ermm..namun,yang penting sekarang,jaga diri dan cuba sebaiknya untuk membaiah diri ini..



Selamat berangkat buat semua junior2 maahad yang telah,sedang,dan bakal fly terutamanya ke timur tengah.Sesungguhnya,kamu antara yang bertuah dapat mencedok seberapa banyak ilmu dan pengalaman di bumi para anbiya' itu..salam juang untuk sumer...



Selamat berangkat juga buat maisarah ke mesir,semoga dirimu berjaya didunia akhirat..



selamat kembali pulang untuk sumer batch spm 2007 mmp terutama yang berada di timur tengah setelah setahun berada diperantauan..dah jadi senior la korang errkk...(kredit tuk mien,tim,mallien)..



selamat berangkat juga buat atiqah azman yang akan ke UK,sahabat sejak sekolah rendah ag..semoga tabah dirimu disana..


p/s: bila lak masa aku nk ikut jejak langkah korang???huhuhuhu...

0 comments: