10 April 2013

Ohh...Hlovate

Assalamualaikum...

Mari gelak dan senyum seround dua dulu...muahaha.

Dalam tengah-tengah develope sistem ni, bila rasa stress dan bosan menghadap coding, aku buka email-email lama.Giler oldschool ok.

Dalam banyak-banyak email tu,tertarik dengan email hlovate.Huwaa..serius, aku pernah email dia dulu weii, masa mula-mula belajar buat e-mail dan e-mail orang. Pandai e-mail jer la, chat tak tahu pun masa tu.Lambat kan aku belajar. Habis SPM baru buat, tu pun sebab nak isi borang UPU, kena ada e-mail.wakaka.

Masa tu jugak belajar e-mail-email ni.Antara orang pertama aku e-mail ialah Hlovate.Alaaa,penulis novel misteri tu.HAHAHA.

Mari gelak besar.Tak matang betul e-mail aku.Rasa malu + segan.HAHA.Tapi tu dulu la..(eh,sekarang ko matang ke?)

Rasa happy,bangga, segan semua ada la bila penulis novel reply e-mail.Eh..rasa nak jerit dan bagitahu satu dunia.Apa ntah aku gilakan dia tak tahu la.Dulu kan, biasala budak-budak sekolah.Semua benda excited.Dulu aku assume dia perempuan,so,keseganan itu tidak dipedulikan.

Tapi bila dah dewasa ni,aku rasa Hlovate tu lelaki.muahaha.Rasa setepek malu bila tengok gelagat aku dulu.Mesti dia rasa annoying la budak perempuan ni.Manjang nak e-mail aku.HAHAHA.

HAHAHA...salam perkenalan tu ok.Perkenalan la sangat.Menci aku dengan ayat-ayat aku dulu.

Bukti weeii..bukti dia reply e-mail...2008 tuhh...tengok bebaik..buka bijik-bijik mata tuh.....aku malu tapi tahan jer ni..haha


*Arghh...habis satu entry bagi mengisi kebosanan aku.Sorry la lepas blog tukar baju,malas pulak nak decorate hiasan-hiasan tepi ni.Tunggu aku rajin arr.

Latest update on 27 April 2013 : Yaa..Hlovate itu perempuan.Cuma identiti masih misteri.*gigih kan aku cari kepastian.

katahatiku1 : Ehh..sorry la hlovate, aku memang guna title tu nama ko senang orang trace ko terus up trafik blog ni.Haha.Tak ikhlas kott.
katahatiku2 : Ehh..tetiba tiada motif la pulak entry kali ni..lantak la..aku bosan menghadap keje ni weei..


21 March 2013

Bloggers, we need your help!!

Hello & Good Day.

This entry firstly and officially published in English.This is because of this.



Please not laugh because I know eventhough i'm counting the days to finish my degree now I’m still not master in English.Sorry to all my teachers since primary & secondary school. I'm not the best student of yours.

Ohh…rambling so much again. I just want to up this entry because of this.


Yes..i’m not the famous blogger like Fatin Liyana, Cik Epal, Yuyu and so on.But till now I’m still blogging and my blog still alive because I’m love it. I’m blog because of self-satisfaction.

I up this entry again because I want to be the first person read the book. Excited?Yes...before it released to public, you'll be honoured to review and help them to change the world.

I want…I want..i want…

Because of books, I become crazy.
Everything about books, I fainted.
Something about books, I’m sick..hihihi.

I know the probability to me to be chosen is so low. But im trying.who's know right?

If I can't get, is okay. =)
If I get, I'm thankful. =)

Heee..but I promise..if I be chosen I want to write in Malay because I’m not confident in English.Therefore, it can help others person to know better in Malay's review.After this, I hope the book can be translated to another languanges and  published around the world..waaa…



Till then…. If the book is mine, it still mine, if not, I can buy it myself. #comfortmyself#



katahatiku1 : Jangan condem grammar and vocab aku.

19 March 2013

Jangan Tinggal Aku,Tuhan!!

Assalamualaikum..
 


"Wahai tuhan, jangan Kau serahkan diriku ini kepadaku, aku tak mampu menguruskannya, dan jangan Kau serahkan diriku kepada orang lain, kerana mereka akan mensia-siakan aku"
~ Ali Zainul Abidin

18 March 2013

Nikmat

Bismillah..

Entah berapa banyak nikmat yang kita perolehi hari ini.Barangkali dari doa kita sepuluh tahun yang lepas.Yang sebahagiannya telah kita lupa namun ALLAH tidak pernah lupa.Dan membawa datang pada hari yang kita tidak duga.



Ya ALLAH, aku mohon jagakan mereka dengan sebaiknya kerna ku tak mampu sebagaimana KAU yang lagi berkuasa atas segalanya.Permudahkan segala urusan mereka jangan disulitkan.Izinkan mereka reguk bahagia dunia yang sementara ini dan semoga berkekalan bahagianya mereka disyurga sana.Bahagia mereka itulah bahagia aku.Aku tak pinta yang berlebihan untuk diriku cukuplah sekadar diberi kekuatan untuk membahagiakan mereka. Jangan izinkan aku jemu dan penat dengan segala ujian ini.Ya ALLAH, aku mohon dengan sangat dan amat.Kebergantunganku sangat tinggi hanya padaMU.Hanya padaMU.





17 March 2013

Life Goes On



Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... 

Mood Swing



Kadangkala kita senyum sekadar untuk menutup luka dihati dan kadangkala kita ketawa hanya untuk mengubati kesedihan dalam diri.Adakalanya kita melangkah dengan penuh yakin sedangkan perasaan goyah menunggu rebah,bila menangis tak siapa yang tahu,semuanya demi maruah diri. Walau siapa pun kita,dimana kita berada,langit tetap dijunjung, tanah dipijak rapi,selagi kita hidup,langkah mesti diteruskan,jangan sesekali kesal dengan nasib diri kerana kita sebahagian makhluk ALLAH yang sedang diuji.

08 February 2013

SPB@FKASA

Assalamualaikum..

Walaweii….mari update blog untuk Feb pula.Haha.Alhamdulillah.Selesai final exam sem ini,aku diberikan peluang menjadi SPB di FKASA.Skim Pelajar Bekerja tuh.Aku ditempatkan di Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Asli. Alhamdulillah. New Experience Okies. 


Tempat bertapa...haha..Bilik Arkib..Aku dan partner yang buat ni semua hokiess...
UMP..please thanks to me...haha...tak malu..uweekk..


Ini semua poyyoo.....
Sebenarnya takdela teruk sangat kerja kat situ.Sebab tiap-tiap hari aku makan fail.Haha.Hampir setiap aku ditugaskan untuk tutup fail-fail lama sejak UMP 2006 sehingga sekarang.Dari situ banyak juga aku belajar. Rupa-rupanya semua dokumen tidak boleh dibuang sesuka hati.haha.Suka-suka ko jer kan nak buang dokumen.

Dengan SPB,aku belajar bagaimana nak tutup fail.
Dengan SPB,aku belajar bagaimana nak uruskan satu organisasi fakulti.
Dengan SPB,aku belajar etika-etika kerajaan.
Dengan SPB,aku belajar bergaul dengan staff-staff.


Partner aku yang masih lagi sambung kerjanya..kesian Za sorang-sorang kena ikat fail..hehe..Thanks Za.

Paling menarik hati,aku pernah tengok sorang akak ni check satu dokumen nak kenalpasti kod untuk fail tuh.Tahu guna apa?Sistem Wooo...Kiranya 1 UMP guna sistem kod tu.Kagum Kejap.Tu pun tertengok jer.Sistem Pengurusan Fail mende ntah.Yess..Walau aku tak hebat dalam sistem-sistem ni,tapi tipu la kan kalau cakap ko tak tahu apa-apa sal nak generate kod tu la kan.Cuma tak tahu guna php,jsp or apa.Tapi instinct aku kuat cakap guna jsp.Sebab sistem hr dan jhepa guna jsp.Hahaha.Mandai-mandai jer ko kan assume sistem orang.

Tapi serius, di FKASA..best giler.Diorang semua sporting. Aku mula-mula sampai la habis kerja memang la segan kan.Cakap pun slow2,sopan2,cakap pun benda yang perlu.Kiranya bukan aku yang betul la.Sumpah.Segan.Diorang kan staff aku ni student ja.Tapi sebenarnya, diorang ok jer.Diorang layan jer aku.Ada siap borak-borak bagai.Tapi biasalah aku ni kan.Sampai masa nak jadi penyegan *muntah ijau boleh?*

Kalau boleh nak kerja lama-lama kan...duit pun dapat banyak kan.haha.Tapi nak kena uruskan hal-hal lain lagi.Jadi,takperla.Kerja setakat mampu sahaja.

Paling best,sehari sebelum aku habis, diorang semua celebrate la konon-konon aku dah habis kat KF Giant woo..Satu ofis pergi.Konvoi 2 kereta. Aku blurr giler time kak erni bagitahu cepat..cepat..kemas..haha.Terima kasih semua.Serius,tak tahu nak balas jasa diorang dengan apa.Naseb baik ada blog ciput ni.Kiranya appreciation tuk diorang ahh dalam ni.

Time p makan ramai-ramai kat KFC...heee..thanks semua..



Terima kasih FKASA sebab sudi terima qila fairy ni.hehe.Mohon maaf andai ada salah silap sepanjang wat kerja.

Terima kasih kak erni sebab banyak bagi tunjuk ajar dan sentiasa explain kenapa kena buat begini buat begitu.
Terima kasih kak nani dulu ustazah.Sekarang jadi kak dah ler pulak.Layan bab-bab makanan kelantan memang jadi feveretnya.
Terima kasih kak ila sebab selalu layan borak-borak meja sebelah kan.Semoga kandungan kak ila dan kak ila dalam jagaan dan redha ALLAH.
Terima kasih kak wani.Kutuk-kutuk hospital kuantan dalam kereta.haha.
Terima kasih kak iefa sebab bawa jalan-jalan sekitar kuantan berjam-jam ditemani lagu yang membosankan.
Terima kasih hafiz sebab selalu tolong angkut fail-fail tuk kitorang.
Terima kasih Mizun sebab selalu sibuk tanya ada keje tak? Free ke? Wehh..ko kena layan Running Man wehh..serius BEST!!

TERIMA KASIH SEBAB LAYAN KITA DENGAN BAIK.. *caps lock i bagi*

Semoga layanan baik ini sentiasa aku terima masa tempat intern nanti.Setiap hari aku doa agar ofis intern aku nanti adalah seperti mereka.Ohh...nervous~!


Katahatiku1 : Setelah post ini dipublish.Aku akan add orang2 kat FKASA. Keep in touch gitu.
Katahatiku2 : Dalam tempoh 5 hari di rumah,banyak benda nak kena buat..aishh..

03 February 2013

Aku Belajar....

Assalamualaikum...

Aku belajar bahawa tak selamanya hidup ini indah.
Kadang ALLAH membiarkanku melalui derita tapi aku tahu,ALLAH tak pernah meninggalkanku.
Sebab itu aku belajar menikmati hidup dengan bersyukur.

Aku belajar bahawa tak semua yang aku harapkan akan menjadi kenyataan.
Kadang ALLAH membelokkan rencanaku tapi aku tahu bahawa itu lebih baik dari yang aku rencanakan.
Sebab itu aku belajar menerima dengan ikhlas dan sukacita.

Aku belajar bahawa cubaan itu pasti datang dalam hidupku. Aku tak mungkin berkata : "Tidak..Ya ALLAH"..kerana aku tahu bahawa semua itu takkan melampaui batas kekuatanku.
Sebab aku belajar menghadapinya dengan sabar.

Aku belajar bahawa tak ada kejadian yang harus disesali dan ditangisi,kerana semua rancangan ALLAH indah bagiku.Maka dari itu aku belajar bersabar,bersykur dan redha dalam segala perkara. Kerana dengan bersyukur semua itu meyihatkan jiwaku dan meyegarkan hidupku.

Ketika kakimu sudah tak kuat berdiri"BERLUTUTLAH" untuk menegakkan solat.
Ketika hatimu sakit tak tertahan "MENANGISLAH" dengan zikir.
Ketika hidup rasanya sudah tak mampu untuk dihadapi.."BERDOALAH"..


Dunia ini luas...seluas rahmat ALLAH..pandanglah setiap kejadian dengan penuh hikmah.Hidup ini tidak sia-sia.Kita juga tidak sia-sia.Jadi,jangan sia-siakan peluang dan ruang kehidupan yang ada.





katahatiku1: Counting the days, belah sana mengharapkan kepulangan,belah sini mengharapkan penangguhan...me?Follow the flow.
katahatiku2: Banyak benda yang kita rencanakan tak berlaku seperti yang diharapkan.Semoga rencana sepanjang 2013 ini diredhai dan diperkenankan ALLAH.~!!








31 January 2013

Counting the days....lagi seminggu daa....

Assalamualaikum....

Lama sudaa tidak mencoret di sini..haha..sebab ada dua lagi blog private..keep updating there for another mission..haha...

Pejam celik pejam celik dah habis rupanya sem akhir ini.huhu..kejap pulak rasanya. Akan praktikal bulan 2 nanti dan kerja seterusnya konvo pada bulan 9/10 tahun ni..how time flies so fast.

Tapi masih lagi berada di UMP meniti sisa-sisa terakhir,mengutip memori-memori tersisa yang ada. Ada lebih kurang tidak kurang dari  seminggu lagi untuk berada disini.

Lagi seminggu jer untuk menyampah tengok muka nenes sari,ayumafia,macik,hawa....haha..menyampah tak tahan tu Lagi seminggu jer untuk borak-borak setiap malam dengan mereka.Lagi seminggu jer untuk menapak ke pasar malam sekitar kuantan dengan nenes sari.Lagi seminggu jer untuk main masak-masak kat bilik.Lagi seminggu jer nak ulang alik kk3 dan kk4.Bilikku bilikmu.Bilikmu bilikku. Lagi seminggu jer nak download best-best kat ump.Lagi seminggu jer nak bertemu muka dengan mereka.

Tapi saya yakin,tempoh seminggu inilah yang paling dirindui.Sangat rindu nanti.Walau suka bahan-membahan,walau menyampah.Tapi mesti rindu.

Banyak memori dan kenangan bersama mereka selama 3 tahun ini.Sama-sama belajar menjadi dewasa.
I love u,friends~!!


hanya gambar permusafiran ke Johor...


katahatiku1: Tetiba rasa penat hati dan otak...benci bila ada mesej-mesej negatif masuk dalam inbox hp..DELETED.
katahatiku2: Ya ALLAH, redhakan aku atas segala aturan dan takdirmu.
katahatiku3: Menghabiskan waktu di FKASA dan PSM 3....muahaha...nak muntah rasanya.




03 January 2013

2013

Assalamualaikum...


Yihaaa...4 jan baru nak update blog.4 Jan baru nak buat entry baru tuk 2013...
Malas dan takde mood ok..hahaha...*jam laptop tak sama.hahaha


Detik..demi detik, hari demi hari,hingga bulan demi bulan telah mengusung banyak cerita,
suka..duka..menjadi warna nyata dalam hidup kita,
tapi biarkan semua menjadi kenangan yang terpahat,
kini tahun baru  kini tahun baru 2013 telah muncul saatnya kita mengemas kegagalan menjadi kejayaan,
kita buka lembar kisah baru dengan semangat dan keceriaan..

Semoga 2013 boleh mendatangkan sejuta rahmat dan keberkatan dalam kehidupan semua.
Tiada apa yang mampu dipinta pada 2013 ini,cukuplah sekadar diberi kekuatan untuk menempuh segala dugaan dan cabaran.I know life is not easy. Saya penat untuk bermimpi indah kerna mimpi-mimpi tersebut hanyalah khayalan minda. Ia tidak pernah berlaku. Cukuplah saya tabah dan sabar sahaja. Keep smilling.

I was taught from a very young age that life is not easy. You have to fight for your dreams and keep on moving forward. Its okay to look back sometimes too, its a reminder where you have been and what you been through. It might you realize how far you have come and keeps you motivated for the future.


Selamat Tinggal 2012...Selamat Datang 2013..







Doakan exam terakhir saya untuk sem terakhir ini :

08/01 : SE
09/01 : CA
11/01 : OOP