Showing posts with label memoir sahabat. Show all posts
Showing posts with label memoir sahabat. Show all posts

23 July 2015

Malaysian Next Top Wife..

Assalamualaikum..



Bila pulang ke Kota Bharu,semestinya saya ada mereka..geng kacip Maahad or lebih familiar sep cuci atau sejak2 besar ni,malaysian next top wife...haaa gitteww punya group..ko hado?

Melawak,membahan,saling kena-mengenakan orang,gosip itu ini,tukar-tukar cerita,mereka antara sebahagian nyawa,setia menemani saat jatuh dan bangun.

Walau masing-masing bertebaran merata dunia,kami mendekat dek group whatssap,group yang wajib update cerita,andai senyap pasti dicari,kerana tiada istilah senyap antara kami,mulut semuanya pot pet pot pet.

Mereka yang gagah disisi.

Terima kasih kerna merindui
Terima kasih kerna menyayangi
Terima kasih kerna mencinta

Lillahi Taala.

Aku rindu dan terus merindu.
Sungguh.
Tanpa kamu.


12 years of friendship and still counting.

11 February 2015

Nasihat Buat Kamu

Assalamualaikum.

Semalam,tengah kalu-kalut kerja,dapat dua whatssap dari kawan baik,sorang lagi dari junior.Junior UMP yang kami tak pernah jumpa face to face,tetapi terasa hangatnya ukhuwwah antara kami.

Aku bukanlah orang yang selayaknya dan terbaik dalam menasihatimu.Aku sendiri kadang-kadang hidup terumbang-ambing.Tetapi,aku cuba sedaya upaya untuk memberi apa yang kamu perlu.

Haihh,aku patut jadi kaunselor dah ni.Apa yang aku nasihati ini,adalah untuk diri aku sendiri jugak.Sambil-sambil aku update blog kan.Lagipun dah janji dengan Nenes (bukan nama sebenar) dan Aja (bukan nama sebenar) untuk mengarang dalam blog.

Buat Nenes (bukan nama sebenar) yang punya masalah tempat kerja dimana terpaksa mengajar suubjek yang diri sendiri tidak faham,tidak mengerti dan tidak expert sehinggakan student request untuk tukar lecturer.Moga ALLAH permudahkan urusan Nenes.Besar pahala seorang pendidik.

Apa yang aku mampu nasihatkan,banyakkan doa dan solat hajat.Baca Al-Quran.Tapi janganlah sampai ko taksub.Faham ke idak taksub?Means,satu al-quran tu merupakan jadi panduan kita.Bukan hanya certain-certain saja.Aku tahu ketika kau letih dan putus semangat,ko selalu bukak quran random dan baca terjemahan dia.Aku tak cakap itu tak bagus.Tapi janganlah sampai taksub.Kadang-kala itu sebagai ujian untuk kau.Mana pergantunggan kau.

Janganlah setiap kali kau rasa nak cari jawapan,kau selak quran random,dan bila kau rasa tak kena dengan jawapan hati kau,kau mula gelisah.Mencari mana satu arah tuju kau.Sepertinya itu ujian buat kau.Seolah-olah menjadikan Quran sebagai tempat penyelesaian yang kau inginkan.Terlalu bergantung.Bukan aku tak suka Al-Quran.Cumanya...how to explain ehhh?

Contohnya mudah,kita sudah tahu bahawasanya Solat Dhuha itu antara cara memudahkan rezeki.So,setiap hari kita solat Dhuha,dengan harapan Allah akan mempermudahkan rezeki kita.Tapi,kita hanyalah duk melangut tengok tv,usaha tidak,perkara-perkara mungkar lain selalu buat,hanya bezanya solat dhuha moga dimurahkan rezeki.Konsepnya,begitulah.Hanya bergantung sepenuhnya pada solat Dhuha,tapi usaha tiada.Sebab itu,kita disarankan agar solat dhuha untuk meraih nikmat dan kasih sayang allah bukan semata-mata rezeki.

Ya,aku faham,bukan kau tidak pernah usaha.Kau cuba sedaya upaya.Jika tidak,sudah pasti kau tidak sampai ke tahap ini bukan.

Btw,im proud of you nenes.Berjaya menghabiskan master.Menjadi lecturer.Cumanya,kau diuji sedikit untuk berhadapan dengan management company macam tu.Kesimpulannya,jika ia terbaik buat kau,buatlah apa sahaja as long as tidak melanggar syariat.Satu lagi,pandai buat pandai tanggung.Jangan risau.Aku sentiasa ada untuk dengar segala luahan perasaaan kau.Aku tahu aku tak pandai nak nasihat bagus2 untuk orang master macam kau.hehehe...tapi tula..kuatkan mujahadah kau.Kuatkan doa kau dengan Allah.Allah sentiasa dengar segala rintihan kau kan.Kalau bukan sekarang,sekurangnya-kurangnya yang sebelum-sebelum ini kan.

Semoga Allah sentiasa menyayangi dan memudahkan segala urusan Nenes.


katahatiku1: Al-fatihah untuk hati sendiri yang sentiasa mengalah!
katahatiku2: Sejak-sejak dah nak abis ni,makin kuat pulak update blog.muahaha..

28 April 2013

After 3 Months, Hope Everything Goes Well...

Assalamualaikum..


*amaran : Entry ini agak panjang dan agak sensitif sebab menyentuh isu pru.You dont need to love me.You dont need to like me.But please respect me.Dont read if you think is nothing.*


Alhamdulillah.Mari update blog lagi.Haha.Alhamdulillah juga sebab akhirnya dapat bersenang -lenang di rumah selepas 3 bulan tak jenguk rumah.Busy la sangat katakan.So far so good.Nothing much to say except  Alhamdulillah for everything happens.

Praktikal @Cyberjaya

Yes, totally dah masuk 3 bulan berpraktikal lebih kurang la. Praktikal di Cyberjaya ini merupakan step terakhir sebelum diisytihar secara rasmi graduasi pada Oktober nanti.Pray for me. Lagi 3 bulan nak habiskan, sungguh tak sabar. Praktikal disini not bad la. Ok. I'm fall in LOVE when the first time masuk Cyber.Tiada jam.Tiada sesak.Tak tahu kenapa tapi sangat best.Teringin nak dapat kerja permanent dalam Cyber.Tak kesah company apa asalkan dalam Cyber.Dah jatuh hati kat sini.Dalam Cyber semuanya company ICT.Memang jiwa computer science and information system la kat sini.Haha.Cyber banyak pintu masuk.Memang kalau tak pernah masuk melalui pintu tu,sah-sah sakit kepala cari signboard bagai.Cyber ni kecik jer tapi luas.Sipi-sipi bahagian dari Putrajaya.Tapi luas la Cyber ni.Ehh..belit-belit tulis.Sekali cakap kecik,sekali cakap luas.Datang sendiri la tengok camne.

Rumah

Sebelum ni,masa mula-mula praktikal, tinggal di Seri Kembangan area Equine Park.Tapi disebabkan masalah transport,maka berpindah lah kami semua masuk dalam Putrajaya.Yer la, kalau tinggal di Seri Kembangan tu, kena ambil 3 bas. Setiap pagi kena bangun awal untuk tunggu bas.Sobsob.Tapi best jugak bila fikir balik experience haritu.Sebenarnya, kalau ada transport sendiri,rumah di SK itu dah cukup ok,dekat dah pun kalau nak masuk Putrajaya. Cuma begitulah, kena ambil bas yang banyak ditambah lagi masa bas yang tidak tentu.Agak perit masa memulakan praktikal dulu.

Tapi, Alhamdulillah, selepas sebulan,akhirnya dapat berpindah masuk dalam Putrajaya.Memang pada masa tu, dapat dugaan yang paling teruji dalam hidup.Namun, cepat-cepat istighfar. Mesti ada hikmahnya kejadian tersebut.Mungkin hikmahnya sudah tersingkap sedikit demi sedikit sekarang ni.Sekarang ni tinggal dekat dengan Alamanda Putrajaya.Semua orang pasti kenal mana Alamanda kan.Yes, im happy with my house now.Walau hanya menyewa sepanjang praktikal ini sahaja, tapi ia betul-betul sangat selesa.Tinggal dengan akak yang sudah dianggap seperti kakak sendiri.Wah,heaven!

Transport

Haa,aku ni kan takde kereta lagi.Student lagi kan.Tak mampu la nak pakai kereta sendiri lagi.Tapi aku ada bas.HAHA.Aku suka bas kat sini.Sebelum ni kalau duk SK,yang aku kena naik 3 bas tu kan,tu semua bas rapid.Masa duk UMP dulu, sempat la sekali naik rapid.Time duk sini,juta-juta kali dah kot.Sekarang dah pindah masuk Putrajaya, guna bas Nadi Putra la pulak. Keluar depan rumah dah ada bus stop Nadi Putra ni.Kiranya dalam Putrajaya ni semuanya guna bas Nadi.Tambang pun 50 sen jer.Murah kan.Tak kesah la dari mana nak ke mana.Asalkan dalam Putrajaya.Semua tambang 50 sen.Tapi aku pakai pas bulanan la jimat sikit kot + takyah susah-susah nak korek syiling dalam tabung IceWatch aku setiap hari.Aku spend pas nadi ni RM20 untuk 35 hari.Dikira bilangan hari yer.Tak kesah la berapa kali kau nak swap pas tu asalkan cukup tempoh dia.Tapi naik bas nadi ni dari rumah sampai Putrajaya Sentral la.Nak masuk Cyber,kena ambil bas Rapid pulak.Bas rapid masuk Cyber sentiasa ada,setiap 15minit dia gerak.Kalau naik rapid, aku prefer guna touch n go.So,spend kat rapid RM80/ month.Touch n go ni faham-faham la kan guna camne,Setiap kali touch tu la dia tolak duit.

Haa...ada bad experince jugak dengan touch n go ni.Aku pernah terflush kad touch n go ni dalam lubang toilet beserta kad access masuk ofis.Masa tu, terkedu dan terkaku.Dahla kad touch n go tu baru reload untuk sebulan.Ada dalam RM100++ dalam tu.Serius.Dugaan dan ujian.Tapi sekarang dalam proses refund balik duit dalam tu dengan pihak plusmiles and touch n go.Moga-moga dapat.


Putrajaya

Bercerita tentang Putrajaya pula,aku jatuh cinta dengan Putrajaya.Cantik dan moden.Juga tidak jam.Haha.Masalah jam jer aku ingat.Ini masalah utama bila ada di KL ni.Haa..if im not mistaken, Putrajaya di bawah bidang kuasa wilayah.So, macam jam ni dah jadi trademark la kan.Serius, cantik bila tengok lampu malam-malam.Tapi bak kata kawan, kalau ko dah duk sini,mesti takdenyer masa ko nak datang ambil-ambil gambar sebab memang dah duk sini.And its true for now, sebab sampai sekarang tak ambil-ambil pun lagi gambar kat sini.Tengokla bila ada masa nanti.

Tapi ada dua benda aku tak suka kat Putrajaya ni, 1- AES. : Jalan kat sini luas, dahla tak jam, tak banyak sangat kereta, so, possibility aku nak pecut kereta sangat tinggi.Tapi bila ada AES, arrghh..stresss. (aku jugak kadang2 drive kat sini,tapi drive kereta kawan la)
2- Banyak traffic light : Traffic light ni pun kadang-kadang buat sakit hati jugak.Kalau nak cepat tu, tiba-tiba ada traffic light,aisshh..sabar sesungguh hati la jawabnya.Jalan sikit ada traffic light, jalan sikit ada traffic light.Errm...

Tapi 2 benda jer la setakat yang dikenalpasti.Tak tahu esok lusa camne kan.


PRU13

Sekarang musim pilihanraya.Sana sini sibuk berpilihanraya.Macam-macam ragam.Macam-macam telatah.Seperti menyambut perayaan pula.Paling syok, di Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa bertanding menentang Tengku Adnan untuk menawan Putrajaya.Ya ALLAH, aku lihat apa yang ada dan berlaku di sekeliling Putrajaya ini.Berikan kemenangan kepada mereka yang berhak.

Memang aku tak dapat balik mengundi pun untuk kali ni.Tapi cukuplah untuk menebus dengan menolong mereka yang sepatutnya ditolong.Selepas 55 tahun,aku juga cuba untuk merasa dibawah pemerintahan baru.Bak kata YB Nurul Izzah, "selepas 5 tahun,kalau rakyat tak suka, tukar balik.Rakyat ada kuasa.Cuma berikan peluang untuk kali ini".

Untuk dua tiga minggu ini di Putrajaya sangat meriah dengan DHM menganjurkan pelbagai aktiviti sebagai kempen beliau.Bukan nak back up orang kampung sendiri, tapi kita memilih pemimpin yang jujur dan ikhlas untuk memimpin.InsyaALLAH, aku percaya DHM, aku harap DHM tidak mensia-siakan peluang yang diberikan.Sebak  bila tengok video penamaan calon di Putrajaya.Apabila DHM mengalirkan air mata semasa membaca doa sebelum masuk untuk penamaan calon, serius terasa juga nak mengalir air mata yang ada ini.Mungkin beliau sebak kerana tugas dan amanah yang bakal dipikul atau terharu dengan semangat mereka-mereka yang menyokong beliau.

Buat DHM, teruskan berjuang.Dato tidak keseorangan.Ramai anak muda dibelakang Dato'.Teruskan usaha Dato'.Jangan putus asa.Semoga dipermudahkan urusan oleh ALLAH.

#PRU13
#Road2Putrajaya
#1Vote4PAS
#IniKaliLah
#PR

Penutup

Dan untuk akhirnya, semoga 3 bulan yang masih berbaki ini, semoga segala urusan dipermudahkan.Semoga dapat submit projek pada akhir bulan ini dengan jayanya. Semoga diberikan ketabahan dan ketenangan dalam setiap tindakan.Banyak misi yang perlu dilaksanakan.Nanti kita up entry lain.




katahtiku1: Melepas gian berblogging gamaknya.

31 January 2013

Counting the days....lagi seminggu daa....

Assalamualaikum....

Lama sudaa tidak mencoret di sini..haha..sebab ada dua lagi blog private..keep updating there for another mission..haha...

Pejam celik pejam celik dah habis rupanya sem akhir ini.huhu..kejap pulak rasanya. Akan praktikal bulan 2 nanti dan kerja seterusnya konvo pada bulan 9/10 tahun ni..how time flies so fast.

Tapi masih lagi berada di UMP meniti sisa-sisa terakhir,mengutip memori-memori tersisa yang ada. Ada lebih kurang tidak kurang dari  seminggu lagi untuk berada disini.

Lagi seminggu jer untuk menyampah tengok muka nenes sari,ayumafia,macik,hawa....haha..menyampah tak tahan tu Lagi seminggu jer untuk borak-borak setiap malam dengan mereka.Lagi seminggu jer untuk menapak ke pasar malam sekitar kuantan dengan nenes sari.Lagi seminggu jer untuk main masak-masak kat bilik.Lagi seminggu jer nak ulang alik kk3 dan kk4.Bilikku bilikmu.Bilikmu bilikku. Lagi seminggu jer nak download best-best kat ump.Lagi seminggu jer nak bertemu muka dengan mereka.

Tapi saya yakin,tempoh seminggu inilah yang paling dirindui.Sangat rindu nanti.Walau suka bahan-membahan,walau menyampah.Tapi mesti rindu.

Banyak memori dan kenangan bersama mereka selama 3 tahun ini.Sama-sama belajar menjadi dewasa.
I love u,friends~!!


hanya gambar permusafiran ke Johor...


katahatiku1: Tetiba rasa penat hati dan otak...benci bila ada mesej-mesej negatif masuk dalam inbox hp..DELETED.
katahatiku2: Ya ALLAH, redhakan aku atas segala aturan dan takdirmu.
katahatiku3: Menghabiskan waktu di FKASA dan PSM 3....muahaha...nak muntah rasanya.




15 December 2012

Gegurl-Gegurl Kesayangan Saya

Assalamualaikum..

Haa...dah taw,minggu ni minggu yang busy, tapi macam biasa, blogger perangai gaya gini selalunya akan sibuk update blog jugak.Tinggalkan OOP ku seketika.

Alhamdulillah..dapat jua ketemu semua gegurl kesayangan. Nana & Madi safely arrived at UMP pada sabtu semalam.Apalagi,macam-macam la ceritanya.HAHAHA.Rinduuuu.....

Petang sabtu juga,kami sempat planning birthday party untuk kak nini & ayu.

Arrghh...malas nak taip panjang-panjang, pictures can tell everything.

~Happy Belated Birthday to both of You~


Blackforest Cream Cake

Kau suap aku, aku suap kau..
sayang menyayang, cinta dikenang..lalala

selain bergalok, ni aktiviti haram mereka.


Tak banyak gambar sebenarnya, semuanya sensored untuk dimasukkan ke public.Walaweehh...heee..


Best friends have conversation that nobody understands. And its true. Only we know and understand. Thanks for coming and spend the best time together.Remembering all the wonderful things last night we have shared, leaning on each other, as we did this past year.Love u olss much more, more, and more.




katahatiku1: Sorry korang jika terkurang perhatian,almaklumlah kami berdua masih bergelar pelajar.hihi
katahatiku2: Thanks datang UMP wehh....

28 August 2012

Dah jodoh...

ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH......selamat semuanya..

Ini memang entry tentang kahwen , nikah dan jodoh..

Ramai lagi kawan-kawan yang bernikah sepanjang ramadhan dan syawal tapi kita letak 3 pic ini sahajalah
lagipun...ini diambil dari fb jugak...dunia makin canggih..



Ni kakak senior zaman sekolah rendah sehingga menengah...
nak kata rapat..tak jugak...tapi memang dekat gak laa....hehh
bertemu jodoh dengan senior ump....hehe..
suka tengok baju dan aksesori...sebab simple tapi cantik...heeeeee..




Ni kawan di UMP...pernah rapat sebab sama2 pernah handle kakkump
dulu..maaf tak dapat hadir..sebab kekangan masa...dulu..dalam bas..lupa 
program persis yang mana...selalu tanya soklan-soklan cepumas buat jannah..
dan sedikit pun dia tidak kedekut nak cerita...hehe...dia layan jer soklan-soklan walau nampak bodoh soklan tu...bertemu jodoh dengan student UMP Pekan...





Ni asiah yusra eh..asiah zaidi....junior UBKK...menjadi rapat sebab ubkk mmp..Dedulu, kami (asma,saya, yang) selalu mengusik bahawa dia akan bernikah awal...setiap kali pulang ke malaysia, pasti dia diserang dengan usikan2 kami...tapi selalu ditentang keras-keras, dibantah habis-habisan....bahawa tunggu habis belajar...tunggu keje and whatsoever laa kan..sekali hambek kaw...raya tahun ni bukan
ziarah raya semata-mata kerumahnya....tetapi bersulam walimah dia..dah jodoh..
jangan cakap besar naaa....bukan setakat langkah bendul kami jer..
dengan bendul2 family beliau sekali dilangkah..eh.. bukan langkah tapi terjun papan anjal sukan olimpik dah..



Buat kak zati & pasangan, jannah & pasangan, asiah & pasangan ;

SELAMAT PENGANTIN BARU SESI 2012..hehehe



Buat semua yang dah selamat bernikah (termasuk mereka di atas dan semua sesape saja):


“Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair “
Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan.



Buat yang belum...jangan ghairah dan jangan ikut trend..orang kawen, kita pun nak kawen, ilmu takdak..takyah cari pasal..kahwen..tanggungjawab ok..kalau rasa belum sedia nak bangun pepagi siapkan breakfast..kim salam la kawen tuu...

Yang dah kawen tu..udah-udah laa..terusik hati mereka yang belum tu..Ustazah Nazirah Nur Mukmin:


 "Berpada-padalah bagi kita yang sudah berkahwin dalam menulis ayat-ayat cinta di facebook ini. Kasihan pada yang belum diizinkan Allah untuk berkahwin. Memanglah mereka tulis "Oh sweetnya korang!" "I wish it someday" dan lain-lain, hakikatnya mereka juga memiliki hati untuk bersedih. 

Ya, betullah kita nak tunjuk cara bercinta dalam Islam tetapi bukan semua harus dipamerkan. Biarlah sesetengah kemanisan itu hanya kita dan pasangan sahaja yang merasainya. Cinta itu harus diiringi dengan tanggungjawab. Dan dalam tanggungjawab itu terkandung tanggungjawab sesama teman. Maka hormati dan railah mereka dengan seadanya" :)



katahatiku1: Owner blog pun belum kawen...so, chill bohh...karang dah kawen, susah maw berblogging..hehh??
katahatiku2: Yeayy...baru tukar template blog...tak suka entry blog separuh2 kat home..tapi tak reti edit..hehe..so,lantakla..takde orang tengok kan.. ;p
katahatiku3: sori la korang..semua pic tu ambil dari fb tanpa bagitahu kan...kiranya ni present la...dapat masuk blog tuhhh...mahal woiii...tapi jangan saman naaa...;D



20 June 2012

[PSM2] She Won 1st Prize,Congrates!!!

Assalamualaikum....

Wah....banyak la pulak draft entry bulan ni kan...tapi takper..nah update dan publish yang ini dulu. Pada 18 Jun,karnival PSM 2 telah diadakan untuk pelajar-pelajar tahun akhir maka seperti biasa 19 Jun pula diadakan satu event untuk meraikan top 20 PSM2 terbaik....


Alkisahnya....minah ni menang oiii.......tengokkk....dia menang...bangga tak..bangga tak....minah ni antara sekalian partner2 aku buat keje2 gila sepanjang tiga tahun ni.Tinggal 3P ni jer lagi kalau nak buat onar kat ump nie....sape tak bangga oiii... Mafia menang PSM sesi 2011/2012 k!!Memang mafia la kaw...


Ni supervisor yang tengah mamai sebab mabuk durian..cepat2 datang bila dapat tahu menang 1st prize kan....syukeww la tu....


Ni labu saya......tengok...dia nangissss masa terima hadiaaahhh....sebab dia tak percayaaa.....tapi dah rezeki kan....terima la weiii.....paperbag NOKIAAAA....haaa.....




Masa ni diumumkan pemenang.....hehe..sori weh....aku tengah kalut kat kk4 masa ni...lepas dia naik bergambar tu baru aku tiba dalam astaka ni...masa ni..dia nangissssss peluk makcik BCS kami......"makcik,saya menang...makcik,saya menang.",she said!!





Hahaha....ni masa selepas sesi2 bergambar tuh...ni sesi sama2 kami jer..masa ni nangis lagi..peluk aku beria...sebab tak caya kan...habis lencun tudung aku....sepanjang hari tu dia duk cakap kat aku dia rasa rendah diri sebab semua orang tepi2 booth dia ada pakai ipad la,tab la,device la....tapi tengok.....ko pakai ZOO pun menang oiiii...rezeki kan....nway...aku suka gambar nie...hehe..last kott kena peluk,lepas ni dia dah kuar UMP dah..



Kesimpulannya......weh...tahniah sebab dapat kalahkan semua orang......SE memang da bomb!!!Kenangan terindah sebelum habis degree....




*Heyy...awak tu...saya tahu awak jeles kan kawan saya ni menang,kan2....??Hehe...takperla awak..tu kan rezeki dia..rezeki awak celah lain...takyah nak risau2 sangatlah...mesti markah awak lagi OK...so..chill!!

*Hahaha...nak gelak bila tengok gegurl kacaks saya duk mengumpat sal saya seharian 19 Jun tu...heee..saya meraikan kawan saya la dapat present depan industri...bukan packing2 nak balik bagai..packing gak..tapi packing ke kolej lain jer..

*Memang entry ini rushing...sebab nak suh entry ni naik dulu sebelum si Mafia aku tu update blog dia...wowww...gigih mata aku duk menaip entry ko ni sebagai hadiah tuk ko.....esok pepagi lagi ad CTFL setelah berhempas pulas berpindah ke KK4...hoiii..belanja aku!!!Samsung Corby pun takperr.. ;p



katahatiku1: Deep inside in my heart,uiksss...tahniah.....aku tak pandai la nak wish manja2 depan2...terima dalam blog jer la aeee..nak tenang2kan masa ko nangis pun aku tak reti wehh...
katahatiku2: Mari fokus untuk CTFL dan 3P pula....perjalanan menadah ilmu masih berterusan..




28 May 2012

Kuliah akhir UMP??

Assalamualaikum......


Alhamdulillah...tepat jam 3.45 petang 22 Mei 2012, tamat sudah cerita-cerita kuliah untuk semester 6 ini. Tidak tahu sama ada ini yang terakhir atau akan ada lagi yang lain.Hanya ALLAH yang tahu.Yang pastinya, hari ini ialah hari terakhir berjalan bersama-sama, bergelak ketawa,dan semua aksi nakal dengan geng-geng kamceng setelah 3 tahun ini.


Tamatnya kisah semester ini diakhiri dengan test bagi subjek techno.Tidak sangka, sudah hampir ke garisan penamat rupanya perjalanan kisah degree ini. Jika tahun satu dulu dimulakan dengan entri ini penghargaan istimewa, maka kali ini, semester 6 akan diakhiri dengan entri untuk hari ini.


Terima kasih ALLAH atas apa yang berlaku sehingga hari ini.Banyak yang ingin dicoretkan, banyak yang ingin dikisahkan,sungguh, tidak sedikit pun rasa menyesal bertandang dalam hati. Mungkin suatu ketika dahulu, UMP bukan destinasi yang menjadi impian, tetapi sekarang ia menjadi satu kebanggaan.

Andai kata aku tidak ditakdirkan dalam UMP ini, sudah pasti aku tidak bertemu dengan insan yang pertama berkongsi rasa,rommate ketika tahun 1, qis,pika, zu. Susah senang suatu ketika dulu,selalu outing bersama, selalu buat hal, selalu itu ini, selalu begitu begini. Ada aku kesalkan?Sikit pun tidak,malahan lagi bangga.

Andai kata aku tidak ditakdirkan dalam UMP ini, sudah pasti tidak bertemu dengan classmate dan geng2 kamceng giler aku, sudah pasti tidak bersama-sama dengan mereka dalam perjalanan SE ini sehingga akhir,sudah pasti tidak bertemu kembar labu labi aku, ayu, nana,wani,nenes,madi, ayu kecik,ana, rairo,raibi,kak nini,nisa dan semua....Ramai untuk aku sebutkan..sesungguhnya mereka semua sangat istimewa

Andai kata aku tidak ditakdirkan dalam UMP ini,sudah pasti aku tidak menerima gelaran ustazah, sudah pasti   tidak wujud mellisa maureen, sudah pasti tidak lahir qyla mydin yang punya seorang skandal bergelar doktor yang punya lagu sendiri,ah kocok...kocok, sudah pasti juga qila ozawa juga tidak muncul...betapa banyak gelaran diterima sepanjang  3 tahun ini.Mesti dan pasti rindu kenangan-kenangan ini.

Andai kata aku tidak ditakdirkan dalam UMP ini,sudah pasti tidak bertemu dengan rommate  sekarang,amy,hajar,aya. Masing-masing punya watak dan cerita sendiri. Masing-masing ada kesukaan tersendiri. Nikmat apa lagi yang boleh saya dustakan? Ya ALLAH...


Terima kasih Ya ALLAH...atas kurniaan sehingga hari ini,sehingga saat ini. Ini belum masuk lagi kisah dan cerita keluarga persis. kelab yang paling disayangi.

Entri ini patut  berakhir disini sahaja,sudah tidak mampu menahan sebak <---- ececece, menaip entri ini bertemankan lagu ashanti, aku ingin kamu,kamu ingin dia..owhh..tacing!


Jangan risau, sepanjang study week ini, tuan punya blog sangat rajin update blog sebab dia lain dari lain,dia suka update blog,dia suka menulis cerpen,dia suka merayau2 disaat2 waktu busy dan genting. Jangan risau, disaat-saat akhir ini juga,blog ini bakal berkisar tentang UMP sahaja.


katahatiku1: alhamdulillah..sudah selesai presentation depan sv,walau tidak seperfect yang diharapkan,aku tahu kemampuan aku,insyaALLAH..pasti complete menjelang karnival nanti
katahatiku2 : Doakan final exam untuk semester ini







19 May 2012

SE BCS 2009

Assalamualaikum...just scroll the pictures...











ini terjadi kerana.......

-
-
---

-------

------------------------------------










Last picture haruslah tuan punya belog pun sama mahu interprem....kekekeke






kami pernah bersatu dalam daerah yang sama sepanjang 3 tahun ini..



*Menghargai masa-masa yang tinggal untuk kami dengan menukar profile picture...love all my BCS20092010

*Sekarang hari dan waktu yang amat sibuk,tapi saya mampu update blog...hehe..esok speaking bi dan submit thesis report!!


katahatiku1: Doakan kami semua pelajar-pelajar tahun akhir.
katahatiku2: Saya harap persabahatan kami kekal selamanya tidak kira jantina,bangsa dan agama kerana kami pernah bersatu untuk mencapai satu cita-cita yang sama dalam medan ilmu ini.





27 August 2011

Iftar 2.0 Abim


Assalamualaikum.

Alhamdulillah..tadi berkesempatan untuk menghadiri iftar alumni Abim batch 2001.Ada la dalam lebih 20++ yang datang.

Seronok?ALHAMDULILLAH.

Mari review gambar-gambar yang ada sahajalah.


Mereka yang hadir...ada yang berjumpa selepas 10 tahun....sweet kan...tapi still ada yang berjumpa selepas tak sampai 10 hari pun...heeeee


Sedang bergosip...macam mak jemah kauuu.......=D


Zati n her daughter...ibu mithali okies...aku??

"im ready to be a mother instead of being a wife"
being somenone's wife can make me____________.HAHAHA
(dah2...jangan nak gedik2 kat blog sdiri)


Menumpang kasih anak orang...ada ciri-ciri papa romeo tak??Eh2...papa  mithali  lorrr...=D


Last session~~~cam whoring!!!


*Tak dapat upload gambar banyak2 n cerita best2,risau ada yang jeles nati...wakaka....rugi okies tak datang..

*Thanks kepada semua yang sudi hadir iftar 2.0..
Maaf jiddan andai ada terkurang apa2...makanan tak sedap or whatever..
Semoga bertemu lagi,All da best!!



katahatiku1: Disaat orang lain sedang bergelut register subjek,aku masih bercanda dengan blog ini...HAHA..this is me!
katahatiku2: Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin!



20 August 2011

e-kad raya

Assalamualaikum

Salam 21 Ramadhan 1432H!

Ramadhan bakal berakhir,Syawal bakal berkunjung.Disebalik ketidakmahuan Ramadhan berundur, kita tidak dapat lari dengan hakikat bahawa Syawal adalah bulan kemenangan Umat Islam.Hendak tak hendak,kita kena meraikannya (*walau aku tak pernah beraya sejak 11 tahun lepas...sobsobsob...)


Dalam kalut seharian,salah seorang rommate (bukan bekas roomate ke..haha) telah kasi e-kad raya.Okies,kreatif2...shuka2...haha

Budak ni selalu kena panggil gedikss...(kalau cakap cantik karang,perasan la pulak..better cakap gediks...haha..jahat tak??). Selalu ajar tutorial2 nak cantikkan blog. Selalu share barang2 terutama movie2 la kan..Aku download,dia amik.Dia download,aku amik. Kira sistem barter.

Selalu suka barang2 kraf dan kreatif. Rela tu nak siapkan bantal dari kain felt tu..apadaaa..yang femes sekarang ni..felt craft..Paling suka monyet.Aku paling suka sorokkan monyet dia. Memang kecoh dan bising la sampai  satu blok kalu aku dengan dia gaduh sebab monyet.Aku memang jahat nga dia.Aku selalu cakap,tak boleh buat baik sangat dengan mira.Kena kejam2 sikit..hahaha...Kalau dia sakit perut, aku orang pertama gelakkan dia. Tak tahu kenapa tapi sumpah, ekspresi muka dia sangat lawak bila sakit.Macam mana tak gelak.Satu masa dia rela senyap seharian,semata-mata tak beritahu sakit perut,risau kot2 kena gelak dengan aku.HAHAHA.Aku tetap gelak jugak.

Sebelum cuti sem hari tu,dia ada amik satu short course kat U kami,belajar tentang flash bagai nie.Sebab dah belajar,tu la dia pandai buat e-kad raya.Okies,aku sangat jeles dengan ilmu flash yang dia ada. (*sebab aku tak tahu basic flash..agak teruk disitu..)


Maka,dengan ini,aku persembahkan E-kad Raya MEERANAMERA



*sila klik button untuk feel raya..tapi tiada button stop sebab tak habis belajar-meera-


Mira;
SELAMAT HARI RAYA.MAAF ZAHIR BATIN SEPANJANG SEM LEPAS.SEM DEPAN NAK KACAU LAGI.HAHAHA.JANGAN TERASA & EMO2 YER.ALL THE BEST UNTUK SEMESTER TERAKHIR.=D
(*aku wish kat sini jer la mira weeii....mudah & jimat..see..aku memang kedekut dengan dia..hahaha)



katahatiku1: Konfius,seperti entri untuk amirah hanis sorang...bercerita bagai nak rak..HAHA..xpe..layan
katahatiku2: selamat hari raya semua!



14 March 2011

moment


SAYA ADA INI..KORANG ADA??

.....
....
..
.




We will all remember this moment for the rest of our lives.


Date: 15 march 2011
Time: 10.20 am
Venue: ZDK 20




katahatiku1: Meniti minggu2 terakhir sebagai pelajar sem 2 tahun 2.. pasti saya merindui saat2 berada dalam kelas ini nanti.
katahatiku2: saat yang lepas milik ALLAH, yang akan datang dalam rahsia ALLAH, yang kita miliki hanya detik ini, namun tetap hak ALLAH.




28 February 2011

Memori Kluster

Assalamualaikum

Alhamdulillah…Alhamdulillah..akhirnya kerja2 kluster berakhir sudah..bila sahaja mendapat sijil dan dapat spread out kepada semua AJK,bila AJK2 menerima dengan senyuman,sungguh,betapa saya sangat bersyukur dan gembira.Sebab saya tahu itu amanah saya bakal selesai,bukannya sijil menjadi dambaan utama,cumalah secebis penghargaan buat mereka.


hutang terakhir saya dalam kluster
sila datang tuntut dengan segera yerr...

Kluster??Apa itu kluster?Saya mengenali klsuter dalam keadaan tak terduga.Kluster ialah program berbentuk khidmat masyarakat yang perlu dilaksanakan bersama komuniti-komuniti luar.Cabaran?owhh..sungguh,hampir menitis air mata tatkala memikirkan kerja-kerja kluster yang tidak siap.Saya bermula dengan kluster sebagai ajk bawahan dikenali sebagai ajk logistik.Setelah seketika,ketua unit mempunyai masalah lantas pengelolaan unit logistik diberikan kepada saya.Iyaa,saya terima memandangkan hanya sebagai ketua unit sahaja dan tugas-tugasnya adalah tidak membebankan.Buat pertama kali bermeeting dalam FSK3 dan diperkenalkan dalam team bahawa saya ketua unit yang baru.Alhamdulillah,mereka menerima,saya bersyukur.

Masa terus berlalu,entah bagaimana dan kenapa,kerusi pengarah dikosongkan sewaktu meeting mengejut pada suatu malam.Dengan kata-kata sepakat dan proses undian,pada malam itu juga saya ditaklifkan sebagai pengarah program.Dalam hati,hanya ALLAH yang tahu.
Berbagai-bagai persoalan muncul dibenak.

Bagaimana saya mahu menjadi pengarah?
Bagaimana saya mahu memimpin separuh AJK ni yang merupakan kawan2 sekelas sendiri?
Bagaimana saya mahu mengarah AJK lelaki?adakah mereka boleh terima?
Bagaimana saya mencorakkan program ini nanti?
Bagaimana saya kena selesaikan masalah2 yang sedang berlaku dalam perancangan program ini?
Bagaimana saya mahu berdepan dengan mereka yang selalunya saya berkelakuan gila2?
Bagaimana dan bagaimana...

Pada waktu itu,tidak terdetik pun bahawasanya saya bakal menggalas tanggungjawab tersebut,bukannya tidak pernah menjadi pengarah,bukannya tidak pernah handle program,namun kepada mereka yang pernah berada dalam kluster pada waktu itu,sudah tentu faham kenapa saya keberatan pada awalnya.
Sebaik sahaja tiba dibilik,saya rasa sangat down,owh…sungguh!saya selongkar semula hasil2 kerja saya sebelum ini..iyaa..saya perlu mula sekarang,saya perlu gerakkan kluster,saya perlu teruskan.Saya tidak boleh berhenti begini.

Dalam tempoh saya sibuk dengan sesi pelajaran saya,saya juga sibuk uruskan kluster.Hampir setiap hari naik fakulti jumpa penasihat,miss june.kena sound pun pernah,terasa jugak! haa...amik ko..padan la muka kan!Namun terima dan redha jer la,anggaplah  teguran itu sebagai proses untuk membaiki performance saya.Pada waktu itu juga,saya juga telah berkunjung secara personal ke sekolah tersebut untuk berbincang dengan lebih lanjut,masa itu pergi sendiri-sendiri yer..thanks nana for the car.MasyaALLAH,dalam perjalanan ke sana,kami hampir2 kemalangan namun Alhamdulillah ALLAH selamatkan.Kami pergi berlima.Masa itu,saya bersyukur saya tidak keseorangan.Selepas brek mengejut ketika itu,jantung berdegup kencang,dalam hati saya berdoa,Ya ALLAH selamatkan kami,Ya ALLAH,ganjarkan kwn2 ku ini darjah pahala mu.Betapa saya bersyukur mereka tidak kesah,betapa mereka berkorban sebegitu rupa.

Walau saya naik sebagai pengarah secara mendadak, mereka tidak kesah,mereka disisi saya.Iyaa..awalnya,setiausaha saya merupakan kawan baik saya sendiri,merangkap kembar,merangkap orang yang bergelak ketawa bersama2,merangkap partner misi2 nakal saya..kadang kala saya sendiri segan dan serba salah apabila menuntut kerja2 SU darinya.ALHAMDULILAH..beliau faham,saya pula sering disalahkan jika saya sendiri yang melaksanakan kerja2 SU beliau.see,professional bukan?yang ini memang saya tabik la.Hal kawan letak tepi,hal kerja  usah babitkan dengan hal2 member.sungguh saya syukur.Alhamdulillah 18 ogos,termeterailah janji antara dua pihak...kluster berjaya dilaksanakan dengan nama rasminya Program Pendedahan ICT & Teknologi.

Maka,sekarang,saya sedang mencari pelapis2 baru kluster memandangkan kluster ini akan saya lepaskan buat generasi selepasnya,InsyaALLAH,saya tidak akan melepaskan secara  membabi buta sahaja.Saya akan membuat pengurusan baru.Maka,AJK2 senior kluster,walau kalian tidak lagi mahu bersama kluster,saya cuma mahukan semangat dan tunjuk ajar kalian kepada junior2 dan diri saya juga,saya masih memerlukan kalian begitu juga adik2 ini,saya bermula dengan kalian,kluster juga bermula dengan kalian,mana mungkin saya melupakan dan meninggalkan kalian begitu sahaja.Sampai akhir hayat,saya akan mengenang jasa2 kalian bersama kluster.InsyaALLAH.

Saya sayangkan kluster,maka,saya akan terus memperjuangkannya.Dalam kluster,saya belajar segala-galanya,dalam kluster saya dapat kenal ramai orang,dalam kluster mengajar saya tentang apa itu imej,dengan kluster saya belajar pengurusan masa,dengan kluster saya belajar menghormati orang,dengan kluster saya belajar perangai2 AJK saya,dengan kluster saya belajar menerima kutukan dan kritikan,dengan kluster saya belajar cara berurusan dengan orang luar,dengan kluster saya mula jatuh cinta,dengan kluster saya bangga saya pengarah kluster petakom.ada bran?muahahahahha


Tidak sampai hati rasanya mahu melihat kluster ini terkubur begitu sahaja.Biarpun kluster pernah jatuh dan rebah,namun,namun ia bangkit kembali,begitulah hidup,tidak mungkin selamanya diatas.Jadi,buat semua,berusahalah bersama saya,kluster perlu diteruskan biarpuan waktu itu saya sudah keluar dari UMP ini.Betapa saya sayangkan kluster!

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua AJK2 kluster sebelum ini,betapa jasa dan sumbangan anda tidak mampu untuk saya membalasnya.Hanya secebis doa agar kalian diberi ganjaran setimpal bukan sahaja didunia bahkan diakhirat sana.Segala kisah suka duka kluster bersama kalian akan tercatat dalam memori hati ini.Terima kasih atas komitmen yang padu dan relanya  berada ditepi saya saat2 kritikal.Status saya sebagai  pengarah tidak bermakna kalian berada dibawah tetapi berada disebelah saya untuk membentuk satu team yang mantap.InsyaALLAH,saya sayang kalian.

Dalam tempoh 2 hari pembukaan memo pendaftaran untuk menjadi AJK kluster 2011,saya telah menerima hampir 70 orang pelajar.Alhamdulillah dan terima kasih atas minat anda.Semoga minat itu akan memomentumkan diri kalian agar terus komited bersama kluster sehingga akhir.
Buat pelapis2 kluster,timbalah pengajaran dan nilailah kelemahan saya dalam mengendalikan kluster sebagai rujukan agar kluster dimasa depan lebih berkualiti.Sesungguhnya,kejayaan sebuah program  adalah kejayaan semua AJK manakala kegagalan sebuah program adalah kelemahan seorang pengarah.Jangan segan2 untuk bertanya dengan senior2 kalian.Terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian keluarga kluster.


 ~Dedikasi istimewa dikalungkan khas buat;
-Rofina dan Hong Jin Bao --> Thanks for everything...segalanya bermula dari anda,saya tidak lupakan sumbangan awal anda kepada kluster..really2 thanks & deep in my heart.SORRY!
-Barisan MT & Ketua2 Unit-->Terima kasih atas khidmat sokongan dan pengorbanan yang dilakukan.Thanks atas kesudiaan untuk menerima diri ini.Ia sangat2 istimewa.
-Barisan AJK Pelaksana-->Terima kasih tidak terhingga..tanpa kalian,kluster tidak berdiri kukuh,betapa kalian ialah akar penguat buat kluster.Terima kasih dan huluran  maaf sepanjang kluster dilaksanakan.
-Miss June & Dr Adzhar-->Terima kasih juga atas sokongan dan bantuan yang diberikan sebagai pensyarah penasihat program.Jasamu dikenang!


katahatiku1: Semoga kluster terus gemilang didalam petakom untuk tahun2 seterusnya,sungguh,saya sayang kluster!
katahatiku2: Kepada nama2 yang mendaftar sebagai Ajk kluster,sila alert dengan memo kerana anda bakal menyertai program TOT terlebih dahulu.
katahatiku3: Kepada mana AJK yang masih belum mendapat sijil,sila tuntut dengan saya dengan segera.
katahaiku4: Argghh....minggu ini minggu yang teruk buat saya,semoga dipermudahkan segalanya.



06 November 2010

teammates


Dalam rimbun persahabatan ini
kita bertemu dan melakar sebuah cerita
terima kasih atas kenangan ini..



-team SDP,SRS,SDD-
[subjek yang paling menderita la kott, perlu banyak dokumentasi yang perfect semata-mata untuk cipta satu software dalam mobile handphone,formal review yang mendebarkan, namun tiada final exam, tetapi bersambung sem depan untuk SDD,fuhh,memang menangis lagi laa,team yang saya rasa saya paling takde keje tapi selalu kena jadi editor last minit,ahha,sakit hati betui,haru biru kott saat2 akhir]





-team ETNIK-
[pertama kali satu kumpulan dengan budak gedebe,rai,ada dua tiga perkara yang menjadi konflik dalam team nie namun biarkan ia menjadi kenangan,paling best bila lecturer suka dan happy dengan presentation kitorang,sangat havoc time present,tambah lagi dengan telatah2 mencari contoh essay format ghani untuk assignment ke-2,huisshh,lawak2]





-teamOOP1-
[the killer and major subject,arrh,selalu kena present n submit coding,boleh dikatakan setiap minggu,paling syok;cik lili tumpang gelak sekali masa present coding building services sebab sistem dalam coding kitorang tidak memenuhi kehendak soalan dan sejujurnya mengikut logic thinking kitorang yang memang dah kurang nie,
assume jer rumah awak berpetak-->bak kata cik lili,
ahhha,seronok walau terseksa nak wat dan tidak sempurna tapi kami mencuba sedaya upaya]






-teamOOP2-
[ni team ke-2 oop,kan dah kata oop paling banyak kena present dan team,
ketika nie tengah kalut dengan review draft SRS,tapi still dapat buat,seribu kali sayang,cik lili tak jadi mitak present,send guna emel pun tak maw,katanya,kalu nak present,boleh pi jumpa dia,atau tak,assume jer sebagai latihan]





-team MATH-
[3 assignment,2 guna coding borland,waduh,tak tahu nak describe apa, assigment ke-2 tersasar dari landasan markah yang sebenar,kemelut dengan assignment,konflik dengan pensyarah, main kejar2 dengan masa yang sentiasa berputar,bebelan ayu tentang coding dalam math,semuanya rencah perisa team ini..hehe..takpe..sabar2..ada hikmah]






-team DATABASE-
[team besar2 bak kata DR.Tutut Herawan,tergelak jer dengar statement Dr.Tutut ni,dah memang team ni sumer jenis chomey2 dan cute2,nak wat gane kan,paling fun bila terpaksa memaksakan diri siapkan assignment ke-2 projek di payung putih sehingga kul 2.30 pagi,bergelak ketawa bersama-sama dengan team lain,ah ming dengan gelagat mengutuk orang dan bahasa melayu yang kureng,nazziman dengan sembur ridsect kat kutu,syuk dengan laptop 3 RM10,ayu dengan ashikin dan khalednya,pey dengan gelagat menarik2 rambut dan main2 kuku,arrh,macam2,tension tak dapat siapkan tapi still berfoya-foya,itulah kami]






-team BI-
[team datin woii,mahal nie,jangan main2,BI mesti kena A1 SPM,cayyala,class gituh,team yang kena wat research sal counter services,banyak jugak penyelewangan bermoral masa research ni,sama jer la kan dengan team2 lain,hehe...gelagat nana yang guna ayat yang sama untuk interview,ayu yang menjadi gurmit singh,haha..seronok...team last yang present,dan saya menjadi last person,memang betul last la kan,cadang nak tunjuk video tapi tak sempat,terkilan,hihi,presentation paling nervous!]



-team IQRA'-
[team tuk kokurikulum kitorang,percaya x?kami masuk kelas mengaji,jangan tak percaya,sengal2 kami,hati ada sinar nyahhh,selalu ada keberanian yang waja kalu tak nak pi koko,tak tahu nape,padahal ustazah kenal,huhuhu,team untuk present hukum2 tajwid,nana dengan sekian,terima kasihnya walau ada satu slides lagi,bhaa,pecah tawa satu kelas,satu kumpulan jugak dengan student elektrik,kak sya,power la kak sya,rushing dari test kat pekan semata-mata nak present]



-team kerja luar-
[ahha,ada ke team nie??takpe,hentam jer,antara program yang mengikat komitment sem ini,program sebagai fasi untuk student PMR di SMK.Sg Isap anjuran SMASS,dapat kenal ramai orang,best,kecewa sebab tak dapat ikut masa majlis penutup program atas sebab yang menyebabkan saya bengang,sampai sekarang terasa bersalah nga student2 yang rapat nga saya,huhu..
SMK Paloh Hinai,program kluster yang penuh dengan kejutan dari semasa ke semasa,rasa mahu putus asa sahaja,konflik sana sini,hampir2 kemalangan semasa kunjungan untuk bertemu secara peribadi dengan wakil pihak sana,sangat2 bertuah bila difikir semula hikmah program kluster ini,bagi orang lain,biasa sahaja,tapi bagi saya,ada sesuatu yang saya belajar darinya,insyaALLAH,sijil akan saya cuba siapkan sepanjang cuti sem ini,
thanks guys!!you're the bestZ!!






-team BCS-
[sebab mereka jua,saya masih disini,meraih selautan kejayaan untuk hari esok,
jatuh,bangun,suka,duka,tawa,marah,benci,putus asa,semangat tinggi,
sama2 kena marah,sama2 kena kutuk,sama2 kena denda,sama2 tak tidur malam,
sama2 kena bertahan dengar bebelan itu ini,
semuanya mewarnai sem ini,
semoga makin kuat,makin tough,makin sabar,makin chomey
jangan manja2,jangan ngada2,love u all!!]




*Sekalung kemaafan dipohon jika ada sebarang ketidakpuasan hati semasa bekerjasama,jika ada terkurang kerja,terkasar,termarah,terkuat suara,tergesa2 nak sesuatu,terpaksa,terminta lebih2 dan segala perangai2 buruk,hanya kemaafan dipinta daripada kalian.

*Terima kasih dan sekalung penghargaan jua dihulurkan atas segala komitmen yang dilaksanakan,segala terlebih kerja dan layanan sepanjang menjadi ahli kumpulan,terima kasih!!!
Hanya ALLAH yang mampu membalas semuanya..semoga berjaya,yer!!


THANKS FOR BEING MY BEST TEAMMATES!!!




katahatiku1: Thanks buat semua pensyarah 2nd Year BCS 2010
(paling rindu nak dengar motivasi dari cik lili)
katahatiku2: Andai ditanya team mana yang paling best,jawapannya ____
katahatiku3: i miss my RA..huhuhu..

28 October 2010

sorry





I’m sorry of being so emotional
I’m sorry of being so possessive

I’m sorry for the tears you shed
I’m sorry for the damage I made
I’m sorry I’ve made you sick
I’m sorry I’ve hurt you so deep

I'm sorry that I hurt you.
It's not what I meant to do.
In expressing the feeling
Can we start the healing
And like many times before,
Lets make love and say no more.





*session heart 2 heart:semua yang telah saya sakitkan hatinya dengan kebenaran bermula minggu lepas sehingga kini,jujur,kebenaran itu pahit namun ia pasti indah kemudian hari..maaf atas segalanya.




notakakiku1:sangat2 maaf atas segala ketidakpuasan kalian..sayang kalian sangat2..
notakakiku2:saya tidak menuntut sebarang kesempurnaan,yang saya harapkan hanyalah yang terbaik.
notakakiku3:untuk anda2,pasti anda sedar post ini untuk anda.