03 February 2013

Aku Belajar....

Assalamualaikum...

Aku belajar bahawa tak selamanya hidup ini indah.
Kadang ALLAH membiarkanku melalui derita tapi aku tahu,ALLAH tak pernah meninggalkanku.
Sebab itu aku belajar menikmati hidup dengan bersyukur.

Aku belajar bahawa tak semua yang aku harapkan akan menjadi kenyataan.
Kadang ALLAH membelokkan rencanaku tapi aku tahu bahawa itu lebih baik dari yang aku rencanakan.
Sebab itu aku belajar menerima dengan ikhlas dan sukacita.

Aku belajar bahawa cubaan itu pasti datang dalam hidupku. Aku tak mungkin berkata : "Tidak..Ya ALLAH"..kerana aku tahu bahawa semua itu takkan melampaui batas kekuatanku.
Sebab aku belajar menghadapinya dengan sabar.

Aku belajar bahawa tak ada kejadian yang harus disesali dan ditangisi,kerana semua rancangan ALLAH indah bagiku.Maka dari itu aku belajar bersabar,bersykur dan redha dalam segala perkara. Kerana dengan bersyukur semua itu meyihatkan jiwaku dan meyegarkan hidupku.

Ketika kakimu sudah tak kuat berdiri"BERLUTUTLAH" untuk menegakkan solat.
Ketika hatimu sakit tak tertahan "MENANGISLAH" dengan zikir.
Ketika hidup rasanya sudah tak mampu untuk dihadapi.."BERDOALAH"..


Dunia ini luas...seluas rahmat ALLAH..pandanglah setiap kejadian dengan penuh hikmah.Hidup ini tidak sia-sia.Kita juga tidak sia-sia.Jadi,jangan sia-siakan peluang dan ruang kehidupan yang ada.





katahatiku1: Counting the days, belah sana mengharapkan kepulangan,belah sini mengharapkan penangguhan...me?Follow the flow.
katahatiku2: Banyak benda yang kita rencanakan tak berlaku seperti yang diharapkan.Semoga rencana sepanjang 2013 ini diredhai dan diperkenankan ALLAH.~!!








0 comments: