Walaweii….mari update blog untuk Feb
pula.Haha.Alhamdulillah.Selesai final exam sem ini,aku diberikan peluang
menjadi SPB di FKASA.Skim Pelajar Bekerja tuh.Aku ditempatkan di Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Asli. Alhamdulillah. New Experience Okies.
Tempat bertapa...haha..Bilik Arkib..Aku dan partner yang buat ni semua hokiess... UMP..please thanks to me...haha...tak malu..uweekk.. |
Ini semua poyyoo..... |
Sebenarnya takdela teruk sangat kerja kat situ.Sebab tiap-tiap hari aku makan fail.Haha.Hampir setiap aku ditugaskan untuk tutup fail-fail lama sejak UMP 2006 sehingga sekarang.Dari situ banyak juga aku belajar. Rupa-rupanya semua dokumen tidak boleh dibuang sesuka hati.haha.Suka-suka ko jer kan nak buang dokumen.
Dengan SPB,aku belajar bagaimana nak tutup fail.
Dengan SPB,aku belajar bagaimana nak uruskan satu organisasi fakulti.
Dengan SPB,aku belajar etika-etika kerajaan.
Dengan SPB,aku belajar bergaul dengan staff-staff.
Partner aku yang masih lagi sambung kerjanya..kesian Za sorang-sorang kena ikat fail..hehe..Thanks Za. |
Paling menarik hati,aku pernah tengok sorang akak ni check satu dokumen nak kenalpasti kod untuk fail tuh.Tahu guna apa?Sistem Wooo...Kiranya 1 UMP guna sistem kod tu.Kagum Kejap.Tu pun tertengok jer.Sistem Pengurusan Fail mende ntah.Yess..Walau aku tak hebat dalam sistem-sistem ni,tapi tipu la kan kalau cakap ko tak tahu apa-apa sal nak generate kod tu la kan.Cuma tak tahu guna php,jsp or apa.Tapi instinct aku kuat cakap guna jsp.Sebab sistem hr dan jhepa guna jsp.Hahaha.Mandai-mandai jer ko kan assume sistem orang.
Tapi serius, di FKASA..best giler.Diorang semua sporting. Aku mula-mula sampai la habis kerja memang la segan kan.Cakap pun slow2,sopan2,cakap pun benda yang perlu.Kiranya bukan aku yang betul la.Sumpah.Segan.Diorang kan staff aku ni student ja.Tapi sebenarnya, diorang ok jer.Diorang layan jer aku.Ada siap borak-borak bagai.Tapi biasalah aku ni kan.Sampai masa nak jadi penyegan *muntah ijau boleh?*
Kalau boleh nak kerja lama-lama kan...duit pun dapat banyak kan.haha.Tapi nak kena uruskan hal-hal lain lagi.Jadi,takperla.Kerja setakat mampu sahaja.
Paling best,sehari sebelum aku habis, diorang semua celebrate la konon-konon aku dah habis kat KF Giant woo..Satu ofis pergi.Konvoi 2 kereta. Aku blurr giler time kak erni bagitahu cepat..cepat..kemas..haha.Terima kasih semua.Serius,tak tahu nak balas jasa diorang dengan apa.Naseb baik ada blog ciput ni.Kiranya appreciation tuk diorang ahh dalam ni.
Time p makan ramai-ramai kat KFC...heee..thanks semua.. |
Terima kasih FKASA sebab sudi terima qila fairy ni.hehe.Mohon maaf andai ada salah silap sepanjang wat kerja.
Terima kasih kak erni sebab banyak bagi tunjuk ajar dan sentiasa explain kenapa kena buat begini buat begitu.
Terima kasih kak nani dulu ustazah.Sekarang jadi kak dah ler pulak.Layan bab-bab makanan kelantan memang jadi feveretnya.
Terima kasih kak ila sebab selalu layan borak-borak meja sebelah kan.Semoga kandungan kak ila dan kak ila dalam jagaan dan redha ALLAH.
Terima kasih kak wani.Kutuk-kutuk hospital kuantan dalam kereta.haha.
Terima kasih kak iefa sebab bawa jalan-jalan sekitar kuantan berjam-jam ditemani lagu yang membosankan.
Terima kasih hafiz sebab selalu tolong angkut fail-fail tuk kitorang.
Terima kasih Mizun sebab selalu sibuk tanya ada keje tak? Free ke? Wehh..ko kena layan Running Man wehh..serius BEST!!
TERIMA KASIH SEBAB LAYAN KITA DENGAN BAIK.. *caps lock i bagi*
Semoga layanan baik ini sentiasa aku terima masa tempat intern nanti.Setiap hari aku doa agar ofis intern aku nanti adalah seperti mereka.Ohh...nervous~!
Katahatiku1 : Setelah post ini dipublish.Aku akan add orang2
kat FKASA. Keep in touch gitu.
Katahatiku2 : Dalam tempoh 5 hari di rumah,banyak benda nak kena buat..aishh..
0 comments:
Post a Comment