23 July 2015

Malaysian Next Top Wife..

Assalamualaikum..



Bila pulang ke Kota Bharu,semestinya saya ada mereka..geng kacip Maahad or lebih familiar sep cuci atau sejak2 besar ni,malaysian next top wife...haaa gitteww punya group..ko hado?

Melawak,membahan,saling kena-mengenakan orang,gosip itu ini,tukar-tukar cerita,mereka antara sebahagian nyawa,setia menemani saat jatuh dan bangun.

Walau masing-masing bertebaran merata dunia,kami mendekat dek group whatssap,group yang wajib update cerita,andai senyap pasti dicari,kerana tiada istilah senyap antara kami,mulut semuanya pot pet pot pet.

Mereka yang gagah disisi.

Terima kasih kerna merindui
Terima kasih kerna menyayangi
Terima kasih kerna mencinta

Lillahi Taala.

Aku rindu dan terus merindu.
Sungguh.
Tanpa kamu.


12 years of friendship and still counting.

14 July 2015

Andai kamu bersedih...

Assalamualaikum..


"Kalau suatu hari kamu bersedih dan hatimu merasa bagai terluka,mungkin aku bisa menjadi penghibur sempurna bagimu.Kesedihan pasti akan tetap berada dihati dan bergerak mempengaruhi otakmu.Dan kalau kamu mengungkapkan bahawa diriku penyebab kesedihanmu,entah bagaimana aku akan meminta maaf padamu.Barangkali aku akan memarahi diriku sendiri hingga separuh diriku ikut membenciku.Dengan begitu aku berharap kamu bisa melihat betapa penyesalanku telah melukaimu harus kubayar dengan membenci diri sendiri.Seandainya hatimu belum menerima penwar itu,aku tahu harus melakukan apa saja untuk berusaha menyembuhkan hatimu dan mengembalikannya seutuh selayaknya hati bahagia.Mintalah apa yang tak bisa aku lakukan,itu akan aku lakukan dengan segala nurani.Malam akan aku tantang untuk bumi berhenti berputar dan matahari aku tahan dari beredar mengelilinginya.Kalau kamu sedang sendiri,katakan dimana kamu ingin aku menjemputmu supaya kita bisa berjalan berdua dan mengiring jarum jam melaju lebih kencang.Tunjuklah titik kecil di langit malam,aku akan mendekati malaikat dan merayunya agar rela menghantarku mengambilnya dan memberikannya padamu agar menemanimu dan kesepian menjauhimu.Kalau kamu sedang sendirian di dekat jendela kamarmu sambil menungguku,lihatlah ke arah utara,angin gunung menghantarkan rinduku buatmu.Kalau hari ini,kamu adalah diriku,cintailah dengan hatimu"
-WasimanWaz-


T_T sebab hanya sebuah kereta,i feel loser! haihhh...

13 July 2015

Ramadhan Jangan Pergi

Assalamualaikum

Lagi 3 hari ramadhan bakal berakhir.Sedih bukan?Sedih sangat.

Ramadhan kali ni betul-betul menguji diri dan hati.Tersangat.Dan diakui,ramadhan kali ini tidaklah sehebat seperti sebelum ni.Tapi yang pastinya,ada rutin yang disukai.Moga-moga terus istiqamah.

Weekend lepas,terawih terakhir di Masjid Merah Putrajaya,Ya ALLAH,sebak!

Sempat berbisik,Ya ALLAH,rezekikan aku untuk ramadhan yang akan datang di masjid ini lagi.Semoga bekalan sebulan ramadhan ini memberi seribu ketahanan untuk 11 bulan ke depan.

Suka sangat masjid ini,sebab selalu rasa tenang bila solat dan doa kat sini.Dan aku rasa jiwa aku betul2 menjiwai setiap kali berdoa kat sini.Haihh...Dah rindu...

Aku suka Ramadhan,feel dia lain. T_T

ps: Ramadhan,Jangan Pergi.

07 July 2015

Hidup Ini

Assalamualaikum..


Dalam hidup ini,kita akan dipertemukan dengan pelbagai orang dan ragam.
Salah satu sebabnya adalah untuk kita belajar sesuatu dari mereka.

I already learnt something from someone that i adore much.
But already regret for one thing im doing.Really regret.

Andai boleh diundur masa..andai..andailah..

Learn from mistake right?Just move on.

Namun,saya dapat sesuatu yang istimewa dalam hidup saya.
Tersangat.Thanks for them.
Untuk apa menyesal.
Let it be.

ps: Sedihnya,Ramadhan bakal berlalu pergi.

22 June 2015

6 tahun sudaaa

Assalamualaikum...

weehuu...alhamdulillah,dah 6 tahun blog ni.Tak sangka.haha.Padahal takde la update sangat pun,tapi thank you allah,takde lagi setakat ni rasa nak delete blog.setakat on off entri jer la.

Teringat masa mula-mula create blog dulu,after matrik.Nak isi masa lapang sebelum masuk universiti sebenarnya,pastu cuba-cuba create blog sebab suka baca blog2 orang,so why not tak buat blog sendiri kan.Dari situ laaaaa,tercipta blog ni.

Mula-mula dulu,pening jugak nak letak tema dan sampai sekarang aku tak tahu tema apa.Aku belasah jerla.Janji aku sendiri baca.First year masuk degree,banyak masa menelaah di blog,sebab mula-mula dulu takde ramai kawan sangat,So banyak kawan dengan blog jerla.Sambil2 meratap nasib diri kena campak kat UMP.haaaa..tu dulu laaaa...tapi sekarang aku sedar hikmahNYA.Hebat perancangan Allah ini.

Sampai sekarang,walau sendu-sendu la sikit blog ni.Tapi takpe.Im trying to update twice for a week.
Janji tapi tak tahulah macam mana lagi.Doakan la.

Banyak nak share,tapi bila fikir kali kedua,tarik semula entri kat draft.keke..insyaallah...cuba untuk menulis lagi benda2 yang bermanfaat.Sedang mencari kekuatan nih.


18 June 2015

Pre-Ramadhan 1436H

Assalamualaikum.

Lama tak update uollss,salam ramadhan kareem.Harap2 ini ramadhan terakhir sebagai bujang..kahkah..doa ni doa.

Currently,stuck here,di office bussiness partner boss,phewww,internet laju,masa ada,maka marilah update blog seround.Kan bersawang pulak.

Seminggu berkelana di bumi borneo seorang diri,banyak masa untuk muhasabah diri sendiri,mana yang patut buat,mana yang tak patut,design and draw lasagna bussiness plan.Woww..kan best hari-hari macam ni..tapi sayang tetap merindui KL juga.Aku punya banyak kecintaan disana.

Kawan-kawan semestinya.Hewhew..

Kita selalu rasa ada orang tak suka kita,ada orang tak sayang kita,ada orang tak peduli kita.Betul kan?Semua orang pernah rasa macam ni kan,hakikatnya,tidak...

Den juga pernah merasa,tapi i'm feel blessed.Sepanjang masa,ada kawan-kawan dan family yang bertanyakan khabar.Uolss,thanks so much.I Love You!

Kat sini,aku dapat dua orang member..Madam Chia and Lean.Dua2 non muslim.Dua2 sangat ambil berat dengan aku,bila perlu solat,tempat makan yang halal dan macam-macam lagi.Thanks



p/s: Motif apa ntah entri ni aku tak faham,makin kerja,makin melalut pulak.Tengoklah malam nati den bagi entri nasihat sikit yo.Banyak entri tapi belum publish.


25 May 2015

Jangan hukum orang dengan pandangan sendiri

Assalamualaikum..

Wehuu..lama tidak menaip.Kali ni mai nak menaip habis-habisan.

Seperti tajuk di entri,jangan hukum orang lain dengan pandangan sendiri.Which is selalu terjadi kat kita setiap hari la kan.Takyah tipu la.Kadang-kadang kita sendiri pun macam tu,tapi aku selalu ingatkan diri sendiri sejak masuk iluvislam dulu,sejak ada kes pasal hukum menghukum ni,aku diajar untuk tidak cepat menghukum seseorang berkaitan keputusan seseorang.

Ini termasuklah,kenapa si A pilih mamat si B yang kaki pukul sebagai suami,kita tidak tahu sebenarnya apa yang berlaku,sekiranya boleh diubah lagi,ubahlah,tapi sekiranya mereka dah berkahwin,doa-doakanlah kesejahteraan mereka.

A few days ago,aku tersentak,someone tiba-tiba berkata,"ini lagi satu masalah,kereta tak guna,tapi kena bayar roadtax..".iya,tak semua orang tahu aku dah ada kereta,i already have my own car one year ago hasil titik peluh memerah keringat kerja kat symphony dulu..kahkah..memerah keringat kau.Takdelah keringat sangat,tapi memerah otak dan emosi.

Kisah kereta tak guna ni adalah sejarah dan kisahnya,tapi bukan saja2 aku tak nak guna,sape tak sayang woiii kereta sendiri.Tapi takdirnya tertulis begini,dan aku redha!caakkk...haha..n im okay today.Awal2 dulu jaaa mereng sikit.

Sebab itulah,aku ada sikit rasa cinta dan kasih sayang pada symphony atas sebab dengan payslip symphony yang cantik lip lap dulu aku berjaya beli,(dan apehal kes sal symphony pulak nyerr...).

Berbalik pada cerita semula,aku agak terkilan bila someone cakap macam tu,dia tak pernah tahu keadaan aku kott,tapi janganlah sesedap rasa dan memandai nak keluarkan ayat,tapi bila muhasabah semula,mungkin aku juga pernah khilaf dalam menilai orang,tapi percayalah,aku sedaya upaya tidak pernah untuk menghukum sesiapa.

Jadi,lesson learned!

Kita janganlah pepandai nak hukum orang atas segala keputusan mereka,kadang-kadang kita tak nampak apa kesukaran orang tu hadapi,jadi,sebagai seorang kawan aku sentiasa support keputusan terbaik kawan2 aku,boleh tanya kott member2 aku.Cuma i is sedih dengan statement someone ni,haissshh..chill qila chill!

Life must go on!
Cari diri dan hati ko!


katahatiku1: Tuhan,tunjukkan kami jalan yang lurus,jalan yang mendekatkan kami kepadaMU..

26 April 2015

Jangan ditangisi apa yang bukan milikmu..



Digenggam sekuat mana pun,kalau bukan milik kita,kalau bukan hak kita,tetaplah bukan.Allah lagi maha mengetahui lebih dari segalanya.

Belajar redha,qeela!
Belajar syukur,qeela!
Belajar sabar,qeela!

Sabarlah wahai hati,tabahlah wahai jiwa.
Semua ini pasti berlalu pergi.

29 March 2015

Teman Lelaki Upahan...owwwhh...Kyra Lydia

Assalamualaikum..

Akhirnya habis jugak cerita Teman Lelaki Upahan...muahahah...bersemangat aku nunggu ehh.
Sebenarnya,aku bukan suka sangat drama-drama melayu lebih-lebih lagi kalau berepisod ni..aduhaii..bercinta nak habiskan tapi berbeza okeh dengan teman lelaki upahan ni.

Gigih aku balik awal-awal semata-mata nak tengok dan memang kebetulan jugak laa boleh balik awal sekarang ni kan..

Honestly aku suka gila dengan Kyra Lydia...walau dia sombong,angkuh,bongkak...

Tapi Kyra,independent,versatile,elegant,confident tinggi dan paling penting, tidak mudah menangis.Tengok part masa kena marah kaw-kaw dengan EL...owhh...I HATE YOU KYRA LYDIA...I HATE YOU SO MUCH....kyra tak nangis okeh...dia kuat!

Sebenarnya,aku memang suka watak Kyra jer..hahaha....sebab jarang ada heroin macam ni..biasanya heroin mestilah lemah lembut,berair mata,lembik bagai ahhh...tapi Kyra lain..hahaha..nak jugak puji Kyra..

weeii...teringin nak jadi macam Kyra boleh...dia sangat hebat dan bijak..dah tu jer aku nak jadi macam dia..

p/s: Jujurnya,Elizad biasa-biasa jer orangnya...tapi sebab watak Kyra dia nampak sangat cantik!






24 March 2015

sabar!


SABAR

JANGAN PERNAH GIVE UP

-ini nasihat sahabat saya