25 May 2015

Jangan hukum orang dengan pandangan sendiri

Assalamualaikum..

Wehuu..lama tidak menaip.Kali ni mai nak menaip habis-habisan.

Seperti tajuk di entri,jangan hukum orang lain dengan pandangan sendiri.Which is selalu terjadi kat kita setiap hari la kan.Takyah tipu la.Kadang-kadang kita sendiri pun macam tu,tapi aku selalu ingatkan diri sendiri sejak masuk iluvislam dulu,sejak ada kes pasal hukum menghukum ni,aku diajar untuk tidak cepat menghukum seseorang berkaitan keputusan seseorang.

Ini termasuklah,kenapa si A pilih mamat si B yang kaki pukul sebagai suami,kita tidak tahu sebenarnya apa yang berlaku,sekiranya boleh diubah lagi,ubahlah,tapi sekiranya mereka dah berkahwin,doa-doakanlah kesejahteraan mereka.

A few days ago,aku tersentak,someone tiba-tiba berkata,"ini lagi satu masalah,kereta tak guna,tapi kena bayar roadtax..".iya,tak semua orang tahu aku dah ada kereta,i already have my own car one year ago hasil titik peluh memerah keringat kerja kat symphony dulu..kahkah..memerah keringat kau.Takdelah keringat sangat,tapi memerah otak dan emosi.

Kisah kereta tak guna ni adalah sejarah dan kisahnya,tapi bukan saja2 aku tak nak guna,sape tak sayang woiii kereta sendiri.Tapi takdirnya tertulis begini,dan aku redha!caakkk...haha..n im okay today.Awal2 dulu jaaa mereng sikit.

Sebab itulah,aku ada sikit rasa cinta dan kasih sayang pada symphony atas sebab dengan payslip symphony yang cantik lip lap dulu aku berjaya beli,(dan apehal kes sal symphony pulak nyerr...).

Berbalik pada cerita semula,aku agak terkilan bila someone cakap macam tu,dia tak pernah tahu keadaan aku kott,tapi janganlah sesedap rasa dan memandai nak keluarkan ayat,tapi bila muhasabah semula,mungkin aku juga pernah khilaf dalam menilai orang,tapi percayalah,aku sedaya upaya tidak pernah untuk menghukum sesiapa.

Jadi,lesson learned!

Kita janganlah pepandai nak hukum orang atas segala keputusan mereka,kadang-kadang kita tak nampak apa kesukaran orang tu hadapi,jadi,sebagai seorang kawan aku sentiasa support keputusan terbaik kawan2 aku,boleh tanya kott member2 aku.Cuma i is sedih dengan statement someone ni,haissshh..chill qila chill!

Life must go on!
Cari diri dan hati ko!


katahatiku1: Tuhan,tunjukkan kami jalan yang lurus,jalan yang mendekatkan kami kepadaMU..

0 comments: