26 April 2015

Jangan ditangisi apa yang bukan milikmu..



Digenggam sekuat mana pun,kalau bukan milik kita,kalau bukan hak kita,tetaplah bukan.Allah lagi maha mengetahui lebih dari segalanya.

Belajar redha,qeela!
Belajar syukur,qeela!
Belajar sabar,qeela!

Sabarlah wahai hati,tabahlah wahai jiwa.
Semua ini pasti berlalu pergi.

29 March 2015

Teman Lelaki Upahan...owwwhh...Kyra Lydia

Assalamualaikum..

Akhirnya habis jugak cerita Teman Lelaki Upahan...muahahah...bersemangat aku nunggu ehh.
Sebenarnya,aku bukan suka sangat drama-drama melayu lebih-lebih lagi kalau berepisod ni..aduhaii..bercinta nak habiskan tapi berbeza okeh dengan teman lelaki upahan ni.

Gigih aku balik awal-awal semata-mata nak tengok dan memang kebetulan jugak laa boleh balik awal sekarang ni kan..

Honestly aku suka gila dengan Kyra Lydia...walau dia sombong,angkuh,bongkak...

Tapi Kyra,independent,versatile,elegant,confident tinggi dan paling penting, tidak mudah menangis.Tengok part masa kena marah kaw-kaw dengan EL...owhh...I HATE YOU KYRA LYDIA...I HATE YOU SO MUCH....kyra tak nangis okeh...dia kuat!

Sebenarnya,aku memang suka watak Kyra jer..hahaha....sebab jarang ada heroin macam ni..biasanya heroin mestilah lemah lembut,berair mata,lembik bagai ahhh...tapi Kyra lain..hahaha..nak jugak puji Kyra..

weeii...teringin nak jadi macam Kyra boleh...dia sangat hebat dan bijak..dah tu jer aku nak jadi macam dia..

p/s: Jujurnya,Elizad biasa-biasa jer orangnya...tapi sebab watak Kyra dia nampak sangat cantik!






24 March 2015

sabar!


SABAR

JANGAN PERNAH GIVE UP

-ini nasihat sahabat saya

15 March 2015

Menangis

Assalamualaikum..

Aku jenis kasar.Sangat kasar dan tough.Semua teman rapat tahu.Aku juga jenis yang susah untuk menangis.
Sakit pedih perit yang aku rasa,aku memang tak menangis.

Bukan bermaksud tak menangis.Tapi susahnya la haii..kalau paling teruk pun.Memang aku akn menangis time solat,waktu doa.Itu pun time aku sorang-sorang.

I'm not sure...tapi bagi aku,menangis buat aku lagi jadi lemah.Lagi rasa down.Lebih-lebih lagi depan orang.

Tapi dah dekat sebulan dah sekarang ni,hari-hari memangis ni.

Weeiii....setiap kali solat.Cengeng gila rasa dahni.Rasa dah tak kuat sangat dahni.

Hoihhh...tu jer nak cakap.Semoga hati sendiri cepat sembuh dan jadi lebih baik.

Dulu,kawan-kawan selalu cakap,

"bila masa ntah ni nak tengok qila menangis ni.Susah betul nak mengalir air mata"
"Tak sabar tunggu saat kau menangis"
"Aku nak tengok la sapa yang boleh buat kau menangis"


Weeei,korang...aku rasa dah tiba dah kott masa dia sekarang ni.HAHAHA..

Hati,semoga cepat sembuh.Sebab aku tak larat nak tahan lama2 dahni.Tapi aku rasa sangat dekat,teralu dekat bila menangis sepanjang solat dan doa.Rasa kerdilnya diri,bergantung sepenuhnya pada Dia.


09 March 2015

Hidup tiada jangka.

Assalamualaikum...

Hidup ini selalu tidak terjangka bukan?


Jangan banyak fikir
Fokus and move on
Hafal Surah Lazim - 10 surah more
Hafal 10 ayat al-kahfi
Lazimi qiam
Lazimi dhuha
wajib sedekah every month
sedekah daily tu cuba

Jangan bagi terlupa;
al-waqiah
al-insan
al-mulk
al-munafiqun
al-sajdah
yasin


Ya..entri tiada motif pun..jumpa kat dalam draft email n post it here as reference in future.

katahatiku1: weeeii..stress cari CGPA student ni tak sama...hooihhh..maka updatelah blog,dan mungkin aktiviti blog makin laju kat sini,hahaha.



08 March 2015

Redha dan Hikmah

Assalamuaalaikum...

Redha kerana hikmahnya sangat agung.
Yang tidak terjangkau dalam benak fikiran manusia.

Redha dengan semua ujian.
Tabah dan sabarlah.
Senang untuk melafaz dan menaip,namun sangat sukar untuk melaksanakannya.

Sabarlah hati,Allah ada untukmu.Sentiasa ada untukmu.
Serahkan semuanya pada Allah.
Apa lagi yang kamu mahu.Tenanglah dulu,nati kita cari penyelesaiannya.

Tabahlah hati.
Bertahun-tahun kau mampu bertahan,menongkat aliran deras ujian hidup.
Tolonglah bertahan untuk sedikit sahaja lagi.

Tidak salah untuk berkorban lagi.Tidak salah.Allah tahu apa yang kamu perlu.
Mengadu padanya,sungguh-sungguh mohon padanya.

Hati,kuatlah!
Demi mereka yang kau cinta.
Jangan dikorbankan benda yang tak sepatutnya,apa lah sangat hidup ini yang kamu mahu.
Terus geraklah.Jangan berhenti.
Tidak juga salah andai perlu merangkak dan mengensot,Terus jalan.

Allah ada.Allah ada.Allah ada.
Allah lihat air matamu mengalir walau manusia tidak mampu melihatnya.
Allah tahu kamu kuat,Allah ada dalam hatimu.

Bisikkan padanya,Aku perlu dia saat-saat ini.
Katakan padanya,Jangan tinggalkan aku walau sesaat.
Alunkan cinta padanya,aku perlu dia saat susah senang aku.
Sikit pun aku tidak pernah lupakan dia.

Andai ujian ini mendekatkan aku denganNYA,janganlah disusahkan mereka yang disekelilingku.
Kerna sayangku pada mereka melebihi sayangku pada diri sendiri.

Tariklah bahagia dariku andai ia menjadi galang ganti buat mereka.
Ini doaku hari-hari.
Kerna bahagia aku,pada senyuman bahagia dan berjaya mereka.
Dan ia ikhlas dari aku,seorang insan yang akan buat apa sahaja untuk mereka.


Allah ada.Allah ada.Allah ada.
Aku percaya ada hikmah yang sangat besar.
Cuma masa yang menentukannya.

Selama ini,banyak sudah hikmah yang kau jumpa bukan?
Percaya janji Tuhan?

Tidak akan disia-siakan doa dan munajat hamba-hambaNYA.

Ihdina’s-sirat al-mustaqim {Guide us on the Straight Path}
Ihdina’s-sirat al-mustaqim {Guide us on the Straight Path}
Ihdina’s-sirat al-mustaqim {Guide us on the Straight Path}


katahatiku1: I'm really stuck...really stuck!

05 March 2015

Istimewa!


Assalamualaikum..


"Seseorang  yang istimewa bukanlah yang selau di depan mata dan bukan juga yang selalu disisi kita,tetapi dia yang setia dihati dan mengingat kita pada setiap bisikan doanya dan salah satu doa yang tidak dihijab adalah doa yang kita panjatkan untuk orang lain namun orang yang kita doakan tersebut tidak mengetahui kita mendoakannya.." SubhanaAllah - Allahu yubarik


katahatiku1: Baru minggu pertama bertukar kerja,harap-haraplah bertahan untuk 2 tahun...hahaha



11 February 2015

Nasihat Buat Kamu

Assalamualaikum.

Semalam,tengah kalu-kalut kerja,dapat dua whatssap dari kawan baik,sorang lagi dari junior.Junior UMP yang kami tak pernah jumpa face to face,tetapi terasa hangatnya ukhuwwah antara kami.

Aku bukanlah orang yang selayaknya dan terbaik dalam menasihatimu.Aku sendiri kadang-kadang hidup terumbang-ambing.Tetapi,aku cuba sedaya upaya untuk memberi apa yang kamu perlu.

Haihh,aku patut jadi kaunselor dah ni.Apa yang aku nasihati ini,adalah untuk diri aku sendiri jugak.Sambil-sambil aku update blog kan.Lagipun dah janji dengan Nenes (bukan nama sebenar) dan Aja (bukan nama sebenar) untuk mengarang dalam blog.

Buat Nenes (bukan nama sebenar) yang punya masalah tempat kerja dimana terpaksa mengajar suubjek yang diri sendiri tidak faham,tidak mengerti dan tidak expert sehinggakan student request untuk tukar lecturer.Moga ALLAH permudahkan urusan Nenes.Besar pahala seorang pendidik.

Apa yang aku mampu nasihatkan,banyakkan doa dan solat hajat.Baca Al-Quran.Tapi janganlah sampai ko taksub.Faham ke idak taksub?Means,satu al-quran tu merupakan jadi panduan kita.Bukan hanya certain-certain saja.Aku tahu ketika kau letih dan putus semangat,ko selalu bukak quran random dan baca terjemahan dia.Aku tak cakap itu tak bagus.Tapi janganlah sampai taksub.Kadang-kala itu sebagai ujian untuk kau.Mana pergantunggan kau.

Janganlah setiap kali kau rasa nak cari jawapan,kau selak quran random,dan bila kau rasa tak kena dengan jawapan hati kau,kau mula gelisah.Mencari mana satu arah tuju kau.Sepertinya itu ujian buat kau.Seolah-olah menjadikan Quran sebagai tempat penyelesaian yang kau inginkan.Terlalu bergantung.Bukan aku tak suka Al-Quran.Cumanya...how to explain ehhh?

Contohnya mudah,kita sudah tahu bahawasanya Solat Dhuha itu antara cara memudahkan rezeki.So,setiap hari kita solat Dhuha,dengan harapan Allah akan mempermudahkan rezeki kita.Tapi,kita hanyalah duk melangut tengok tv,usaha tidak,perkara-perkara mungkar lain selalu buat,hanya bezanya solat dhuha moga dimurahkan rezeki.Konsepnya,begitulah.Hanya bergantung sepenuhnya pada solat Dhuha,tapi usaha tiada.Sebab itu,kita disarankan agar solat dhuha untuk meraih nikmat dan kasih sayang allah bukan semata-mata rezeki.

Ya,aku faham,bukan kau tidak pernah usaha.Kau cuba sedaya upaya.Jika tidak,sudah pasti kau tidak sampai ke tahap ini bukan.

Btw,im proud of you nenes.Berjaya menghabiskan master.Menjadi lecturer.Cumanya,kau diuji sedikit untuk berhadapan dengan management company macam tu.Kesimpulannya,jika ia terbaik buat kau,buatlah apa sahaja as long as tidak melanggar syariat.Satu lagi,pandai buat pandai tanggung.Jangan risau.Aku sentiasa ada untuk dengar segala luahan perasaaan kau.Aku tahu aku tak pandai nak nasihat bagus2 untuk orang master macam kau.hehehe...tapi tula..kuatkan mujahadah kau.Kuatkan doa kau dengan Allah.Allah sentiasa dengar segala rintihan kau kan.Kalau bukan sekarang,sekurangnya-kurangnya yang sebelum-sebelum ini kan.

Semoga Allah sentiasa menyayangi dan memudahkan segala urusan Nenes.


katahatiku1: Al-fatihah untuk hati sendiri yang sentiasa mengalah!
katahatiku2: Sejak-sejak dah nak abis ni,makin kuat pulak update blog.muahaha..

10 February 2015

Kerna kita manusia biasa

Assalamualaikum.

kerna kita manusia biasa

Jujurnya,ramai yang terkejut apabila dapat tahu aku resign dari company sekarang. A lot of reason and a lot of things yang semua orang tak tahu.
Tapi sebenarnya,agak menyesal ke terkilan ke ntahla.Takut pulak nak move on dunia baru.haha.Takut takut pun buat jugak kan.

Macam-macam perasaan sekarang ni.Memang countdown habis dah.Seriously,amat berharap,inilah keputusan terbaik.Sangat-sangat terbaik.Dah banyak malam mata bengkak menangis sebab kerja-kerja ni.Tak kental betul.

Tuhan yang sentiasa mendengar
aku mohon
perkenankan segala yang terbaik buatku
jauhkan segala yang buruk dari ku

Tuhan yang sentiasa mendengar
Aturan mu tidak pernah sia-sia
Pasti ada hikmahnya

Tuhan yang sentiasa mendengar
Tidak akan tinggal aku walau sedetik
aku yang mudah lupa
alpa tentangmu

Tuhan yang sentiasa mendengar
ampunkan aku
maafi aku
tuntuni langkahku
kearah mu

Tuhan yang senyiasa mendengar
tunjukkan aku jalan yang lurus


katahatiku1: Sementara tunggu refresh environment ni siap,haha..update la seround.
katahatiku2: Tak sabar nak kuar dari sini,tapi takut jugak nak masuk sana.aissshhh

09 February 2015

2015

Assalamualaikum.

Haha.Lepas bagi salam terus gelak,gembira benor nampak.
Sebenarnya,aku dah lupa dah aku ada blog.shiaaan awak kan.hehe.

Banyak nak share tapi tu la,sejak2 ketiadaan laptop dan broadband ni,sejak2 tidak work from home ni,malas den haaa nak online blog.

Weii...tapi sumpah,rindu kott.Zaman hingusan dengan blog.sobsob.

I janji i akan update u okeh.

Tinggal lebih kurang seminggu lagi untuk duduk disini.
Tuhan,moga ini adalah keputusan yang terbaik.

Aku sayang Symphony tapi aku lagi sayang diri aku sendiri.So,im sorry!!


SELAMAT TAHUN BARU 2015( walau dah Feb..haha,busy wehhh..busy,harap2 lepas ni tak busy dah)