08 March 2015

Redha dan Hikmah

Assalamuaalaikum...

Redha kerana hikmahnya sangat agung.
Yang tidak terjangkau dalam benak fikiran manusia.

Redha dengan semua ujian.
Tabah dan sabarlah.
Senang untuk melafaz dan menaip,namun sangat sukar untuk melaksanakannya.

Sabarlah hati,Allah ada untukmu.Sentiasa ada untukmu.
Serahkan semuanya pada Allah.
Apa lagi yang kamu mahu.Tenanglah dulu,nati kita cari penyelesaiannya.

Tabahlah hati.
Bertahun-tahun kau mampu bertahan,menongkat aliran deras ujian hidup.
Tolonglah bertahan untuk sedikit sahaja lagi.

Tidak salah untuk berkorban lagi.Tidak salah.Allah tahu apa yang kamu perlu.
Mengadu padanya,sungguh-sungguh mohon padanya.

Hati,kuatlah!
Demi mereka yang kau cinta.
Jangan dikorbankan benda yang tak sepatutnya,apa lah sangat hidup ini yang kamu mahu.
Terus geraklah.Jangan berhenti.
Tidak juga salah andai perlu merangkak dan mengensot,Terus jalan.

Allah ada.Allah ada.Allah ada.
Allah lihat air matamu mengalir walau manusia tidak mampu melihatnya.
Allah tahu kamu kuat,Allah ada dalam hatimu.

Bisikkan padanya,Aku perlu dia saat-saat ini.
Katakan padanya,Jangan tinggalkan aku walau sesaat.
Alunkan cinta padanya,aku perlu dia saat susah senang aku.
Sikit pun aku tidak pernah lupakan dia.

Andai ujian ini mendekatkan aku denganNYA,janganlah disusahkan mereka yang disekelilingku.
Kerna sayangku pada mereka melebihi sayangku pada diri sendiri.

Tariklah bahagia dariku andai ia menjadi galang ganti buat mereka.
Ini doaku hari-hari.
Kerna bahagia aku,pada senyuman bahagia dan berjaya mereka.
Dan ia ikhlas dari aku,seorang insan yang akan buat apa sahaja untuk mereka.


Allah ada.Allah ada.Allah ada.
Aku percaya ada hikmah yang sangat besar.
Cuma masa yang menentukannya.

Selama ini,banyak sudah hikmah yang kau jumpa bukan?
Percaya janji Tuhan?

Tidak akan disia-siakan doa dan munajat hamba-hambaNYA.

Ihdina’s-sirat al-mustaqim {Guide us on the Straight Path}
Ihdina’s-sirat al-mustaqim {Guide us on the Straight Path}
Ihdina’s-sirat al-mustaqim {Guide us on the Straight Path}


katahatiku1: I'm really stuck...really stuck!

0 comments: