27 January 2011
monolog seorang aku
23 January 2011
Kerjaya: apakah watak kita?
sedikit perkongsian dari jiwa seorang hamba yang kerdil.
ALHAMDULILLAH,baru selesai menghadiri Seminar Perancangan
![]() |
| ~muka-muka gila cam sepanjang program berlangsung~ |
~Diskusi Kerjaya 1- Kecenderungan Merancang Kerjaya Berdasarkan Ujian Personaliti Diri
* Ceramah ini lebih kepada untuk mengenali diri sendiri dan kesesuaian dengan pekerjaan dan ketetapan dalam memilih program.Ceramah yang disampaikan oleh Pensyarah UPM ni sangat best,serius,tak mengantuk,masih ingat lagi kata-katanya,andai anda tersalah dalam memilih program pengajian,jangan risau,teruskan,pastinya anda akan kembali ke lubuk anda semula,jadi,pastikan apabila anda sudah mengenali diri anda teruskan dengan kecenderungan anda.Menurut teori Holland,kita ada 6 jenis personaliti diri,kenalilah diri anda siapa,pasti anda tidak sakit dan gembira dalam memilih kerjaya sesuai dan program pengajian.Saya??hoho..dari awal lagi saya sudah kenal siapa saya
~Forum Kerjaya 1-Kepentingan Merancang Kerjaya Dari Awal
*Fuhhh...forum yang mantap oleh tokoh-tokoh hebat.Lebih menjurus kepada pengalaman dan pentingnya untuk merancang kerjaya dari semua aspek.Ada juga unsur-unsur motivasi yang diselitkan.I loikee..suka dengan sharing dari Dr.Firdaus Mukhtar,got PHD by 30,dan beliau telah membuktikannya.Antara pesanannya ialah 3 minus 1;3 for sibukkan diri bukannya penyibuk,tangani stress dengan betul,mantapkan spiritual dan minus 1 for elakkan bercinta.Dalam banyak-banyak pesanan beliau,saya tertarik dengan mantapkan spiritual,terfikir di benak saya,sudah pasti beliau sangat menjaga hubungan dengan ALLAH,dalam keperitan hidup akhirnya berjaya menggenggam PHD,saya??whoaa..doa-doakanlah,paling penting mantapkan spiritual,yakin dan percaya atas Qada dan Qadar dan jagalah hubungan dengan ALLAH,saya tahu kekuatan diri saya berada apabila berjaya untuk menjaga hubungan dengan Rabb,maka,sama-samalah berusaha untuk mendapatkannya.
~Diskusi Kerjaya 2-Keperluan Kemahiran Insaniah Menjamin Kebolehpasaran Graduan
*Keperluan Insaniah stand for softskill,hohoho..sebut softskill baru tahu..tiba-tiba rasa macam kena dengan apa yang telah diberitahu oleh sahabat saya malam sebelum seminar ini berlangsung.Ceramah yang havoc dan sangat banyak input.Dalam ceramah ini,bukan sahaja perlu ditekankan CGPA 3.0 above,tapi perlu ada softskill yang tinggi,bagaimana mahu meningkatkan softskill,sudah pasti dengan menyertai aktiviti persatuan2 dan kelab2 di universiti.Jadi,tonjolkan diri anda
~Forum Kerjaya 2-Graduan Holistik Menjamin Kebolehpasaran Kerjaya
*Erkk...tajuk forum yang best,namun cara persembahan kurang menyengat atau saya yang kurang prihatin..aishh..hanya sekadar mampu mengingat seadanya,hoh..maaf juga dipinta andai kurang memberi perhatian.Membincangkan tentang kualiti dan ciri-ciri dalam pasaran pekerjaan.Contohnya,salah seorang ahli panel ialah orang kuat TNB,jadi diterangkan sedikit sebanyak tentang kelayakan untuk TNB..dan juga nasihat untuk berkreatif dalam kerjaya,bagaimana mahu menonjolkan diri dalam khalayak ramai,j
Regards with love,
~aqilahuzihan~
Itu sahaja bingkisan yang mampu dicoretkan melalui tafsiran kata-kata sendiri.Banyak lagi pengalaman dan intipati namun cukuplah sekadarnya,
Terima kasih to all persis yang join journey to usim ini.Korang memang sweet!!
![]() |
| ~adegan-adegan sepanjang perjalanan dan sebaik tiba tiba di usim~ |
katahatiku1: semoga ada manfaatnya,sedikit pun tidak merasa rugi lebih2 lagi dapat beg laptop..hehehe
katahatiku2: Mendapat 3 offer dalam seminggu,semoga berjaya membuat pilihan yang terbaik.Ya ALLAH,guide me please!!
katahatiku3: tak sabar mahu pulang untuk
katahatiku4: bila hati sudah redha,tiada lagi persoalan yang timbul,Ya ALLAH,ampuni diri ini!!
katahatiku5: nahh..amik..entry kedua untuk hari ini..
sabar untuk seketika!!
Assalamualaikum
ALHAMDULILLAH,baru sahaja pulang dari USIM,Nilai.Semoga ada manfaatnya di sana.
Sepanjang perjalanan ke sana,terdetik di hati saya,dalam tempoh 3 bulan ni,hampir 3 kali saya merentasi bandar raya Kuala Lumpur.Mungkin biasa bagi orang lain,tapi satu perkara yang penting dalam hidup saya.Satu daerah yang paling saya benci suatu ketika dahulu,mungkin juga sehingga ke hari ini.Moga2 tidak.
Hanya kata-kata ini sahaja yang mampu membuatkan saya lega:
*ALLAH berfirman : "Mintalah pertolongan dengan solat dan sabar"
*Firman ALLAH : "sesungguhnya beserta kesusahan itu ada kesenangan"
*kesusahan hidup bukan hukuman,sebaliknya ia adalah ujian untuk mendapatkan yang terbaik
-travelog seorang daei-
*"Hai orang-orang beriman,bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siap dan bertakwalah kepada ALLAH,supaya kamu beruntung" (QS Ali-Imran : 200)
buat mereka : bersabarlah dan bertahanlah untuk seketika lagi,kita sudah melangkah sejauh ini,tidak mungkin untuk mengalah,marilah berlari sehingga ke garisan penamat.
15 January 2011
Bijak Belajar by PERSIS
Sedikit perkongsian untuk program minggu ni.(
Minggu ni kena handle program untuk persis,program Bijak Belajar,disini ada sedikit sebanyak coretan-coretan yang termampu diisi.ALHAMDULILLAH!!
![]() |
| i'm truly enjoying our moment together |
02 January 2011
~DREAM~
Dream what you dare to dream,
Go where you want to go,
Be what you want to be,
You can if you believe you can,
Believe in yourself and other's will too.

Hiduplah selagi hidup. Berusahalah, berjuanglah berbekalkan satu harapan. KEEP HOPE ALIVE !!!!
~Selamat kembali berjuang untuk semester 2 2010/2011,semoga dipermudahkan segala-galanya.
katahatiku1: entry terakhir dirumah,hoho..barang tak siap packing ag.
katahatiku2: doakan perjalanan saya yang cute dan rai yang ganas ini selamat esok!!(maw makan ubat esok,hehehe)
01 January 2011
SELAMAT DATANG 2011
namun seharusnya,terbanglah setinggimu,semampumu,sekurang-

31 December 2010
spotlight 2010,SELAMAT TINGGAL 2010!!
29 December 2010
~biru~

"Tidaklah seseorang Muslim berdoa kepada ALLAH sesuatu doa yang tidak mengandungi dosa atau memutuskan hubungan 'rahim', melainkan ALLAH akan memberikan kepadanya menerusi satu dari tiga cara, iaitu ; diperkenankan apa yang dimintanya atau disimpan-Nya untuknya di akhirat kelak, atau Dia menghindarkan dirinya sesuatu keburukan yang setimpalnya. Para sahabat pun berkata : 'Kalau begitu kita perbanyakkan berdoa!' Nabi SAW menjawab : 'ALLAH SWT lebih banyak memberikan ganjarannya.'" - HR. Bukhari

25 December 2010
Yakinlah Pada Dirimu
Keadaan tidak seperti yang kamu harapkan terjadi
Itulah saat ketika kamu harus beritahu diri sendiri,bahawa keadaan akan lebih baik
Ada saat ketika orang mengecewakanmu dan membuatmu sedih
Itulah saat ketika kamu harus mengingatkan diri sendiri
Untuk percaya pada penilaian dan pendapatmu sendiri
Untuk tetap fokus pada keyakinan akan diri sendiri
Akan ada tentangan dan perubahan yang harus kamu hadapi dalam hidup
Bagaimana menerimanya,itu semua terserah kamu
Tetaplah jaga dirimu pada arah yang tepat untuk mencapai tujuanmu
Memang tidak mudah,tapi masa-masa sulit itu
Akan menyedarkanmu tentang jati dirimu yang sebenarnya
Jadi,bila hari-harimu dipenuhi dengan kekecewaan dan tanggungjawab yang membebani
Ingatlah untuk tetap yakin pada diri sendiri dan segala yang kamu inginkan dalam hidupmu
Kerana semua tentangan dah perubahan itu hanya akan membantu
Menemukan tujuan yang kamu tahu memang diperuntukkan bagimu
Yakinlah pada dirimu







19 December 2010
Bersabar Dalam Berdoa

Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.” (Muslim) |
Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya. Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui. Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik. Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai kesabarannya. Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan zuriat namun belum dikabulkan Allah. Antara isi doa baginda ialah: “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. (Maryam:4) sehingga pada akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya. Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi iaitu jangan sekali-kali kecewa dalam berdoa. ![]() ~boleh ke kita khusyuk seperti ini ketika berdoa memohon sesuatu??kredit Husna~ katahatiku1: berdoa semoga hati saya tidak keras dan mudah menerima segala kebaikan katahatiku2: berdoa semoga segalanya baik2 sahaja,saya sangat yakin dengan kuasa doa ini..jom doa ramai2 agar semua umat islam didunia sihat sejahtera dan bersatu padu. katahatiku3: update blog sambil meeting online with article team..masyuk gitu!! |






