23 January 2011

sabar untuk seketika!!



Assalamualaikum


ALHAMDULILLAH,baru sahaja pulang dari USIM,Nilai.Semoga ada manfaatnya di sana.
Sepanjang perjalanan ke sana,terdetik di hati saya,dalam tempoh 3 bulan ni,hampir 3 kali saya merentasi bandar raya Kuala Lumpur.Mungkin biasa bagi orang lain,tapi satu perkara yang penting dalam hidup saya.Satu daerah yang paling saya benci suatu ketika dahulu,mungkin juga sehingga ke hari ini.Moga2 tidak.


Hanya kata-kata ini sahaja yang mampu membuatkan saya lega:


*ALLAH berfirman : "Mintalah pertolongan dengan solat dan sabar"


*Firman ALLAH : "sesungguhnya beserta kesusahan itu ada kesenangan"


*kesusahan hidup bukan hukuman,sebaliknya ia adalah ujian untuk mendapatkan yang terbaik 
-travelog seorang daei-


*"Hai orang-orang beriman,bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siap dan bertakwalah kepada ALLAH,supaya kamu beruntung" (QS Ali-Imran : 200)






buat mereka : bersabarlah dan bertahanlah untuk seketika lagi,kita sudah melangkah sejauh ini,tidak mungkin untuk mengalah,marilah berlari sehingga ke garisan penamat.



kalau ada harga untuk kesabaran atas derita yang dilaluinya,sebutkan sahaja harganya,akan ku bayar,sungguh,sekalipun dengan nilaian harga yang sangat mahal kerana bagiku cukuplah kebahagiaan dan ketenangan buat dirinya dan mereka.Ya ALLAH,limpahkan ketenangan buat insan-insan yang kusayangi ini.

semoga saya,dia dan mereka baik2 sahaja.



So we fight (we fight) through the hurt (through the hurt)

And we cry and cry and cry and cry

And we live (we live) and we love (we love)
And we try and try and try and try

_down to earth_



katahatiku1: saya benci bila saya sangat cengeng...argghh...doakan saya dan mereka kuat!!
katahatiku2: waiting for the next entry..persis@usim..hoho..yang ini best punya...




0 comments: