15 January 2011

Bijak Belajar by PERSIS

Assalamualaikum


Sedikit perkongsian untuk program minggu ni.(tiap2 minggu ada program,abisla ko qila..hahaha)


Minggu ni kena handle program untuk persis,program Bijak Belajar,disini ada sedikit sebanyak coretan-coretan yang termampu diisi.ALHAMDULILLAH!!


-We have to change > segala apa yang berlaku sekeliling kita,kita yang patut mengubahnya,jika kurang baik,silalah mula jadi baik,nak berjaya,nak gagal,nak dapat P1,nak dapat dean list,semuanya atas diri sendiri,bukan orang lain,sakit2 dahulu,senang2 kemudian,memang perit untuk berusaha,namun,hasilnya sangat manis,usah disalahkan orang lain,jangan dituding jari ke arah lain,cari masalah sebenar dan cari solusi,bukannya duduk menangis dan mengeluh mengenang nasib diri,kalau hanya pandai bersedih,tiada guna,sama seperti dalam ayat ini;

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11


-Be like the coffee bean in the boiling water,not like the carrot or the egg!! > Bayangkan ketiga-tiga benda ini,iaitu carrot lobak,telur dan coffee bean kacang kopi kott diletakkan dalam air panas yang berada atas dapur,tafsirkan juga air panas itu sebagai ujian,dugaan dan cabaran dalam hidup,bagaimana hasil kita nanti??Jom,semak!!Adakah anda seperti carrot,iaitu,keras dan kental sebelum dimasukkan dalam air panas,apabila dikeluarkan dari air panas tersebut,terus lembik,lembut dan lunyai, atau seperti telur,lembut isi didalam sebelum dipanaskan,dan terus keras,pejal dan kering hatinya selepas keluar dari air panas atau seperti coffee bean,terus bertukar warna dan berbau wangi apabila diletakkan dalam air panas,minum pun sedap.Apa pun tafsiran kita,kita yang bakal menjadi seperti itu,jadi jom berfikir secara positif!!Semoga baik-baik sahaja dalam menhadapi hidup yang tidak terduga ini.


-Antara perkara yang perlu dilaksanakan > 1-Perbaiki diri setiap hari,2-ubah strategi,3-cari ilmu baru.Kita sendiri kena tahu tahap bagaimana diri kita untuk baiki,bukannya kena ketuk2 guna gergaji,ehh,gergaji kena ketuk ke??aishh,ketuk2 dengan penukul ke??tidak kesahla bagaimana,kita sendiri tahu cara nak baiki diri kita untuk setiap hari,contohnya,saya mahu istiqamah untuk bangun solat malam,semoga saya berjaya melakukannya,bila dah berjaya untuk solat malam tanpa bantuan alarm,bolehlah saya kahwen nati..yeayyy!!! Ubah strategi kita,sebab strategi yang lama itu tidak dapat adapt dengan diri kita,jadi,kreatiflah untuk mencipta strategi baru dan menarik.Part terakhir ialah cari ilmu baru,ilmu ini tidak semestinya dengan membaca jer kan,memerhati,mentafsir dan berfikir juga dapat memberikan kita ilmu dan idea,tidak percaya,cubalah!!Dan ilmu itu sudah tentu ilmu-ilmu baru,saya juga sedang mencari ilmu sekarang,ilmu rumahtangga dan parenting,bukan sebab gatal nak kawen,sebab ilmu-ilmu ini perlu ada bermula sekarang,ilmu-ilmu ini juga untuk kehidupan.Saya terfikir  tentang ilmu ini apabila mengetahui tentang kisah hidup imam syafie seperti ini:

Ibu Imam Syafie apabila ditanya kepadanya bagaimana dia mendidik anaknya (Imam Syafie). Katanya: ‘aku mendidik anakku 40 tahun sebelum dia dilahirkan.” Apa yang dapat difahami dari penyataan ini, ibu Imam Syafie mendidik dirinya terlebih dahulu untuk menjadi hamba solehah kemudiannya mendidik Imam Syafie.


-Ujian itu bukan musibah,tapi hikmah > Setiap kali kita gagal,kita sering merasakan yang ujian itu musibah dan malapetaka,padahal ujian itu penuh hikmah untuk kita,itu yang patut kita letakkan dalam minda kita,segalanya atas kita,ada sebab kenapa ALLAH datangkan kegagalan dan sembunyikan kejayaan untuk kita,supaya kita tahu,sedar dan faham apa itu usaha dan tawakal.Carilah kekuatan intuk membina diri sendiri,bukan bina body yer.Jangan seringkali berkata tidak mampu untuk diri sendiri.


Last but not least,
"Those who fail to plan are planning to fail"

Benarlah, wawasan dan cita-cita itu perlu sentiasa ada. Kita perlu berpandangan jauh di dalam hidup ini. Meski kita tidak pasti bila ajal bakal bertamu, namun berharap dan merancang masa depan adalah ciri mukmin yang dikasihi oleh Allah, kerana tidak hanya berserah kepada takdir, sebaliknya berusaha untuk memperbaiki takdirnya menjadi lebih baik!







When you bless the day

I just drift away

All my worries die

I feel that I'm alive



I get wings to fly

God knows the

I'm alive.
-celine dion,i'm alive-



i'm truly enjoying our moment together
edit xcantik n biasa2 saja,;P



p/s: Hanyalah coretan-coretan yang terlekat dihati semasa program bijak belajar,sekadar perkongsian yang telah diolah secara peribadi oleh pemerhati biasa.Sebarang sharing dan pembetulan sangat2 dialu2kan


-aqielahuzihan-



katahatiku1: Pertama kali bersama persis,semoga ada manfaatnya
katahatiku2: Tiada unsur-unsur riak dalam artikel ini kerana saya pernah gagal dan seringkali merasakan saya tidak berjaya lagi,jadi,saya juga sama-sama sedang belajar dengan anda.Segala nasihat adalah peringatan untuk diri sendiri.
katahatiku3: Planning my schedule,projek2,assignment2,kerja2 ili..whoaaa!!
katahatiku4: Perlu ke meneruskan treatment itu?konfius tapi tak suka sakit.
katahatiku5: rindu ini blog laa...mmmuaahhhh...kasi cium sikit...hehehehehe

0 comments: