30 October 2010

doa buat mereka



Ya ALLAH Ya Ghafur

ampunkan dosa2 mereka dari dulu,kini dan akan datang

Ya ALLAH Ya Quddus

redhailah perjalanan hidup mereka didunia dan akhirat

Ya ALLAH Ya Rafi'

jadikan mereka anak yang soleh solehah buat umi dan ayah

Ya ALLAH Ya Salam

jadikan mereka hambaMU yang bertaqwa dan istiqamah

Ya ALLAH Ya Fattah

lapangkan dada mereka ketika menimba ilmu2MU

Ya ALLAH Ya Razzaq

murahkan rezeki mereka dengan rezekiMU yang halal

Ya ALLAH Ya Mujib

makbulkanlah segala permintaan mereka jika itu yang terbaik

Ya ALLAH Ya Hafiz

jauhkanlah mereka dari segala musibah dan fitnah dunia

Ya ALLAH Ya Mu'iz

tetapkan iman mereka hanya untuk beriman kepadaMU

Ya ALLAH Ya Kabir

tenangkanlah hati mereka andai mereka resah dan gelisah

Ya ALLAH Ya Muhaimin

jagalah hati mereka agar tidak berpaling dariMU

Ya ALLAH Ya Hakim

kurniakanlah mereka kecemerlangan dalam ujian dunia

Ya ALLAH Ya Wasi’

kurniakanlah mereka kebahagiaan dalam kehidupan ini

Ya ALLAH Ya Rahim

kuatkanlah ikatan hati dan ukhuwwah kami

Ya ALLAH Ya Rahman

dengarkanlah,perkenankanlah...


Notakakiku1:Ya ALLAH,jagalah mereka sebaiknya kerna ku tahu ku tak mampu menjaga mereka sebaik KAU menjaga mereka.

Notakakiku2:Sedang bergelut untuk membuat satu keputusan yang penting,permudahkan urusan kami semua..apa2 sahaja,saya redha,itu yang terbaik,disaat final exam menjelang,perlu bertarung untuk sesuatu yang berat...senyum sajalah..(",)

Notakakiku3:saya sentiasa berusaha untuk menjadi kakak yang terbaik buat mereka..mahu fokus pada rawatan tradisional pula.

28 October 2010

sorry





I’m sorry of being so emotional
I’m sorry of being so possessive

I’m sorry for the tears you shed
I’m sorry for the damage I made
I’m sorry I’ve made you sick
I’m sorry I’ve hurt you so deep

I'm sorry that I hurt you.
It's not what I meant to do.
In expressing the feeling
Can we start the healing
And like many times before,
Lets make love and say no more.





*session heart 2 heart:semua yang telah saya sakitkan hatinya dengan kebenaran bermula minggu lepas sehingga kini,jujur,kebenaran itu pahit namun ia pasti indah kemudian hari..maaf atas segalanya.




notakakiku1:sangat2 maaf atas segala ketidakpuasan kalian..sayang kalian sangat2..
notakakiku2:saya tidak menuntut sebarang kesempurnaan,yang saya harapkan hanyalah yang terbaik.
notakakiku3:untuk anda2,pasti anda sedar post ini untuk anda.

26 October 2010

Untukmu Untukku Jua


Hidup adalah silih ganti antara nikmat dan musibah.
Apa yang penting, hati kita mesti selalu berbaik sangka dengan takdir tanpa mengurangkan sedikit pun kesungguhan kita untuk mentadbir.
Pujuklah hati kita dengan selalu berbisiknya, insyaAllah apa sahaja yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Hati ini adalah milikNya, andai ingin menyakitinya...
kembalilah tanya pemiliknya, Rabbul 'izzati..




notakakiku1:syukran to faaza...

25 October 2010

redha


semakin menjejak dewasa,saya makin sensitif
lidah berkata redha disebalik kata hati yang menafikan.

saya mahu redha atas takdir hidup ini
ameen,Ya ALLAH...





i'll let u go...

18 October 2010

~dirimu diuji~



Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan lah hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada ALLAH s.w.t. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNYA. Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang2 yang dikasihi Allah.. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husnu dzonnya engkau pada ALLAH sw.t.


    Ya ALLAH Ya Tuhanku, KAU permudahkanlah segala urusanku,
    hanya kepada ENGKAUlah aku berharap,memohon pertolongan,
    ku mohon kekuatan,ketabahan dan kesabaran dari-MU agar dipermudahkan dalam menghadapi segala urusan sehari-hariku,
    Sesungguhnya kepada Engkaulah ku berharap dan memohon pertolongan.
    Amin Ya Rabbal ‘Alamin

notakakiku1:buat dirinya,doaku selalu untuk kamu agar bahagia dan tenang2 selalu..

15 October 2010

~21..MATANGkah saya??


Assalamualaikum Warahmatullah

ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH...
syukur...syukur dan syukur...hari ini saya masih hidup...meneruskan rantai-rantai takdir yang tertulis atas nama saya...sangat2 bersyukur...

Di kala ini,saya terfikir cukup baguskah saya ketika ini?amal pula bagaimana ya?Hablun minna ALLAH dan Hablun minna nas sudah sempurnakah??owhh,sungguh...saya tidak pasti,yang penting,banyak lagi yang perlu dibaiki.

Selain itu,saya juga terfikir sudah matangkah saya...21..sudah boleh buat keputusan sendiri,sudah cukup umur untuk mengundi,memilih pemimpin yang terbaik,21..sudah segala-galanya...haha..tapi siapa tahu..sejak 9 tahun lepas,saya sudah diajar untuk berdikari,sudah dididik untuk membuat keputusan sendiri,sudah jua segala-galanya...hanya yang tahu mengerti siapa,bagaimana dan kenapa...

Mengambil peluang yang ada,saya kalungkan jutaan terima kasih seharum wangian syurga Rayyan buat umi ayah kerana sudi melahirkan,menjaga dan mendidik saya sehingga hari ini.Terima kasih kerana sudi melahirkan saya biarpun umi dinasihati oleh doktor agar menggugurkan saya ketika itu (umi mengalami komplikasi ketika mengandungkan saya sementelah saya kandungan sulung beliau) ..huhu..sedih kan???terima kasih,umi...kalu tak,tak wujud saya ketika ini,tak wujud juga blog ini..hehehe

Tiada keinginan yang melampau yang saya inginkan sekarang ini,tiada hadiah2 yang diharapkan dari sahabat2,tiada permintaan2 yang keterlaluan yang saya mahukan,apa yang saya harapkan ialah ALLAH meredhai saya dan keluarga saya.Itu sahaja.Apa yang tidak sempurna,saya tidak peduli lagi,cukuplah ALLAH menjaga kami semua didunia agar kami berbahagia di akhirat sana.Doa saya juga agar dikuatkan iman dalam hidup ini.

"Ya ALLAH, ampuni dosa kedua umi ayahku, dosa-dosa silam dan kini,
jadikan aku anak yang solehah buat mereka,
jadikan aku anak yang dapat membahagiakan mereka,bukan sahaja didunia tapi anak yang dapat memberi saham di akhirat sana,
ya ALLAH,apa pun yang telah berlaku,
ku akui sejujurnya,ku sayang mereka selepas KAU dan Rasulullah,
Ya ALLAH,walau apa yang terjadi,
ku akui sepenuh jiwa,ku masih memerlukan mereka dalam kehidupan ini selepas KAU dan Rasulullah,
Ya ALLAH,bagaimana peritnya takdir kami,
ku yakin setulus hati,mereka masih cinta hatiku selepas KAU dan Rasulullah,
Ya ALLAH,kurniakanlah UMI & AYAHKU
kesenangan,ketenangan,kecemerlangan dan hidayah dari-MU dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup didunia dan diakhirat kelak...
insyaALLAH,
YA ALLAH,istajib du'ani,Ya ALLAH"


Tidak lupa juga,saya lafazkan ribuan terima kasih buat semua sahabat2 yang mengwish saya,FB ,hp dan segala-galanya,kalian memang sweet..sangat sweet...tegur saya andai saya mulai silap dalam kehidupan ini,saya tidak pernah sempurna,saya memerlukan kalian untuk membantu saya menjadi yang terbaik..

"Dipersimpangan kehidupan,ku dipertemukan dengan kalian,
sahabat2 yang membuatku mengenal erti kehidupan,
terima kasih,wahai kalian,sahabat2ku..
Ya ALLAH,sematkan cangkiran cintaku buat mereka agar ukhhuwah yang bertaut dan berpaksi kasihMU ini kekal hingga syurga,
Ya ALLAH,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,tunaikanlah hajatnya baik dalam agama,dunia dan akhirat,
Ya ALLAH,
istajib du'ani,
Ya ALLAH.."


*Nak birthday gift dari yang latifah,sangat2 membuak2 mahu tudung cam beliau...ngeee...
*Still waiting the greatest wish from dia...dia....



notakakiku1:TERIMA KASIH buat semua...more than words can say..wink2..
notakakiku2:doakan agar saya lebih baik dari sebelum2 ini..

13 October 2010

~tag meeranamera~

~Ditag oleh roomate terchenta,meeranamera...
nah..amik ko..abis hutang...


5 names that friends call

* Along (family only dan memang special bila dipanggil along)
* Qilah (majoriti kawan2 bermula abimians,maahadian,kmkians,unisel dan jarang2 di umpiaz)
*Qiela or Qeela (nama pena di blog,juga panggilan sahabat2 iLuvislam,com dan umpiaz,nama ini mula merebak..kih2)
*Qeel (hanya kak ros iluvislam dan siti yang latifah sahaja memanggil nama manja ini,dan saya sangat2 suka)
*Qee_ladybird ( i love ladybird soo much,nickname hampir disemua social networking---->YM,SKYPE....)


5 most important dates in your life

* 15 oktober --->birthday diri sendiri,thanks umi ayah
* 29 mei ---------->birthday umi terchenta
* 01 oktober----->birthday ayah terchenta
* 14 Rabiul Awwal--->birthday diri sendiri dalam kalendar hijrah
* semua birthday adik2 saya dan sahabat2 saya----->setiap hari ada birthday


5 things you have done yesterday

*download movie dan drama2
*tengok syurgamu ramadhan
*siapkan tutor math (rajin tak??hehe,penangan nak test minggu depan)
*clearkan segala bagai isi perut laptop ke hard disk----->dah terlalu berat
*umi call sambil bergelak ketawa


5 ways to be happy

*bila baca Al-Quran (tarbiyah ketika short sem itu sangat bagussszz)
*selalu senyum (",)
*bersangka baik atas segalanya
*selalu positif
*menggodek segala jenis gambar2 yang terakam baik family atau friends


5 gifts would you like to receive
http://www.emocutez.com

* nak koleksi tudung labuh (sehelai nak mitak free dari yang,tapi tahu dia nak kasi ke idok..hehehe)
* nak koleksi citer detective conan yang manusia (love damn much)
* nak buku Chicken Soup For The Soul (teringin sejak tingkatan 3 lagi..huwaaa..sangat2 lama)
*

5 favourites hobbies

* online----->asal online jer,tak chat,tak main FB pun takpe,asal online
* tengok movie
* snap pic kemana sahaja pergi (thanks ayu's cam..kih3)
* hangout dengan umi ---->dapat beli macam2..hehehe..
*

5 places you want to go for vacation

* Mekah---? haji untuk 1 family
* Mesir-----?ramai skandal disana...hahaha..
*

5 favourite drinks

* air teh pagi2 yang umi selalu buat
*neslo kafe ump
*sunquick ais kafe eksekutif
*milo ais Chillies Restaurant
*air mineral--->dahaga time malam2


5 things you always found in your room

*lappy terchenta
*buffy terchenta
*electronic stuff--->hp,charger,kabel,pendrive
*pic family
*losyen mustajab


5 favourite clothes colours

*biru cair (sweet)
*hitam (nampak kurus..hehehe)
*pink (feminin)
*ungu (chomey cam biru)
*putih (suci)


5 favourite bands

*tak tahu dan tak nak jawab


5 favourite people

*umi yang sporting,kelakar dan lawak
*ayah yang baik untuk segala duit belanja
*adik2 yang berbagai2 ragam dan perangai,bising,kecoh,kepoh
*sahabat2 yang ada aura masing2,sengal,gila2,takleh tinggal sorang sekalipun
*Ruby-->kawan unisel saya,sangat2 teringin mahu berjumpa dengan dia


5 hangouts

*tidak tentu
*asal ada duit dan makanan
*tak nak jawab dah


5 person you love so much

* umi yang sporting
* ayah yang baik
* adik2 yang macam2 gelagat
* sahabat2 yang sengal2
* .....

5 reasons you answer this survey

*ambil hati si mira dan bayar hutang
* boring
* untuk update blog
* supaya kenal saya siapa
* sebab saya suka


Lastly,please tag 5 losers

*sheyna (blogger baru)
*ayu (kembar saya)
*nana (nak suh dia update blog)
* rai (kawan seangkatan dalam kerja2 gila)
* nenes (suka merapu raban nga dia)


notakakiku1:memang takde manfaat..tapi kena langsai nga mira..sian dia nati kan??
notakakiku2:Alhamdulillah,saya makin terurus,doakan atas segalanya.
notakakiku3:mira...maaf,lambat jawab tag...

08 October 2010

~Hari-hari yang berlalu~


In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

Mari bersama berdoa kepada ALLAH, agar kita sama-sama sihat dalam nikmat IMAN dan ISLAM yang dihadiahkan olehALLAH SWT kepada kita.

Assalamualaikum Warahmatullah


ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH..itu yang mampu diucapkan..selesai sudah minggu yang genting kali ini..sedang bersiap sedia menghadapi mingu2 seterusnya...

Owhh..sangat2 teruk rasa minggu ini..bermula dengan hari isnin yang tidak tahu sebab musababnya,sumer satu batch kena marah..ermm..sangat2 rasa tidak puas hati..esok pulak,kena marah lagi..ditambah pula dengan segala bagai assignment..Ya ALLAH,rasa mahu menjerit separuh hati rasanya...hari2 perlu menghadap assignment..hari2 kena presentation..owhh...memang dugaan orang belajar bukan??terima jer la... :-)


Namun ,kali ini saya memang nekad,setelah saya balik cuti raya hari tue,saya dah berjanji,tidak mahu mengalah lagi,rasa susah,sukar dan perit,namun sabar jer laa...petang selasa tue,boleh dikatakan,sumer down,semua itu terpancar jelas melalui status2 FB dan YM masing2..Ya ALLAH,tabahkanlah hati kami semua...

Sungguh,kadang kala saya terfikir kenapa kami jer yang sibuk,kan??kos lain camne lak..entahlaa..hendak kata,buat kerja last minute,tangguh2 kerja,rasanya tidak,buktinya,takkan la satu kelas,satu batch kan tangguh kerja..budak2 cina yang rajin pun turut sama mengadu akan keadaan kami...so,terbuktilah,kami cuba sedaya upaya..entahlaa...


Banyak pengajaran yang dapat dikutip sepanjang minggu ni,sangat2 melatih kesabaran saya..saya mengaku,saya kurang sabar,tapi,kali ini,ALHAMDULILLAH,saya dapat mengawalnya,saya selalu ingatkan diri,mungkin tengah tertekan,jangan lihat keburukan,sila lihat kebaikan...sabar2..senyum sajalah..

Paling saya sangat2 terkilan,saya terfikir,saya sangat taksub dengan kerja ke??Ermm,saya sangat2 rasa bersalah buat sahabat2 yang menegur saya di FB dan YM,mahupun mesej2 di hp,saya tidak reply,bukan??
saya sangat2 bersalah dengan anda2,ketahuilah,anda2 sangat2 bermakna buat saya,jujur,saya yang tidak pandai bahagi masa untuk melayan anda2..asiff jiddan..paling saya terasa,bila saya lupa 8 oktober ialah birthday adik saya sendiri,saya lupa untuk call dia,ALHAMDULILLAH, maghrib tadi,sempat saya titipkan ucapan buat dirinya melalui fb.....saya seorang kakak yang teruk,bukan??dalam otak dan minda saya,hanya ada kerja2 kuliah sahaja...ermm..maaf yerr..

Saya sangat2 mengejar dateline,YM,oovoo dan skype saya hanya berfungsi buat sahabat2 kuliah,yang mana saya peruntukan untuk kerja2 assignment saya,dan saya juga available buat sahabat2 satu team artikel iluvislam.com,ini adalah sangat penting..yer la kan,saya ni dah la lama dah tak masuk menggodek googledocs,so,mana la taw kan masalah dan info2 baru,perlu la untuk saya update juga,ermm..yang lain,saya sangat2 maaf...saya bukan tidak mahu melayan anda,namun,sangat2 tidak sempat..tidur pun ala kadar jer..


Biarla..minggu itu sudah berlalu....sungguh,saya hargai,,sangat2 hargai...minggu yang indah dan penuh menarik,beginilah hidup,ibarat nasi lemak,tidak sedap dan istimewa jika tiada sambal,ikan bilis dan telur,begitulah hidup,mesti tak best jika tiada perasa2 berbeza..sungguh,saya hargai...walau sangat2 "kureng"..


Sekarang,saya rasa mula bernafas..tapi untuk seketika sahaja,perlu fokus kepada final..erm..sangat2 berharap agar saya dapat kembali menjadi normal..Doakan saya,doakan jua buat teman2 seperjuangan saya disini..


*Perlu menyusun jadual semula untuk kembali bertugas diiluvislam..yer la kan, dah kena sound nga boss..huhuhu..
*perlu membalas segala bagai mesej2 hp,fb dan ym yang tergendala sebelum ini..InsyaALLAH,saya akan lakukan untuk semua...
*Perlu menyiapkan video untuk BCS yang tertangguh sejak cuti hari tue...
*Perlu menyiapkan baki2 assignment yang perlu disegerakan..ni paling penting..perlu juga untuk menyedia fakta2 dan auta2 untuk presentation akan datang...hahaha...present math..siap la nati!!semoga dipermudahkan..





~selamat hari lahir,bro~


notakakiku1:Hanya sekadar mengupdate blog saya yang tidak seberapa..hehehe
notakakiku2:Orang akan cakap,dah nama belajar,biasa la tue..mestila banyak kerja,bagi saya,anda tidak kenal dan faham saya siapa dan bagaimana..apabila anda berada ditempat saya,anda akan rasa bagaimana dan mengapa...saya adalah saya..
notakakiku3:Bukan berniat mahu mengeluh,namun menjelaskan kepada semua yang terlibat apa yang telah berlaku..saya tidak pernah sempurna..
notakakiku4:To all BCS 09/10...kalian sangat2 hebat...jom,semangat2!!segalanya bagai warna warni bila berada bersama kalian..
notakakiku5:Buat semua yang memahami,maaf jika ada terkasar bahasa,terguris rasa,terima kasih juga atas semangat2 anda,thanks for ur good job,buat yang terkurang kasih dengan saya,maaf okies..i'll try my best to be the best for u....(memang khas untuk teammates2 saya dalam sumer group)
notakakiku6:~berikan saya nafas untuk seketika~

29 September 2010

أنا أحبك


Assalamualaikum w.r.t.

Puji dan syukur kepada Ilahi atas segala nikmat kurniaan-Nya.

Hanya sekadar renungan dimalam hari...




Satu malam,saya ditanya oleh seorang sahabat melalui YM,apakah yang saya ingat apabila dalam Bahasa Arab??Ermm..terkedu sebentar..saya dilarang untuk keluar selagi belum menjawab pertanyaan dirinya (ketika itu sudah mengantuk =jam 2 pagi).Agak2 apa yang saya terfikir...arrghh...lantas saya jawab...

أنا أحبك


Ermm..lantas,beliau dia membalas..ana uhibbuki fillah,saya terus membantah bahawa,saya tujukan untuk lelaki,saya anggapkan huruf Kaf itu berbaris atas..haha...beliau mengusik lagi,tryla cari Ka itu,dia mahu tengok sapew..

__________________________________________________________________________________

Itu hanyalah sekadar pemula cerita remaja sahaja,apa yang ingin disampaikan ialah bagaimanakah saya mengaplikasi bahasa arab ini..ohh..sungguh membazir..buat pengetahuan semua,sahabat saya itu sedang belajar di UTM (kos dia yang betul,tak sure la pulak,yang penting,dia belajar agama dan juga ilmu dunia,best bukan??) .Setakat manakah penghayatan saya sebenarnya??Saya mahu namun tidak mampu.

Sungguh,saya rindu bahasa arab saya.sangat2 rindu biarpun saya tidak fasih dan mahir dalam bahasa tersebut.saya rindu sebab saya akan dapat faham ayat-ayat al-quran walaupun sedikit.sungguh rindu apabila terpaksa menghafal segalanya dalam bahasa arab walaupun saya kurang gemar menghafal.sungguh rindu bila terpaksa baca kuat2 dan banyak kali fi'il2 semasa saya di ABIM,sungguh rindu bila terpaksa berulang kali baca perkataan2 bahasa arab oleh ustazah aisyah saya,sungguh rindu apabila malu2 belajar balaghah bersama ustaz su saya walaupun masa tue tak faham apa pun lagi,sungguh rindu apabila terpaksa menulis terjemahan bahasa arab itu ke dalam bahasa melayu sedangkan ketika itu saya masih terkial2 di permulaan ayat lagi,sungguh rindu apabila terpaksa siapkan essay bahasa arab sedangkan masa tue juga otak saya dipenuhi dengan perkataan english,sungguh rindu saat untuk belajar i'rab dalam nahu saraf walaupun saya tak pandai,sungguh rindu apabila terpaksa menghafal beratus2 perkataan antonim dan sinonim walau saya tak pernah habis menghafalnya,sungguh rindu untuk berusaha untuk belajar apa itu bahasa arab.


Arrhh...saya sayang bahasa arab saya,tidak mungkin untuk saya lepaskan ia begitu sahaja setelah 11 tahun saya mendalaminya.InsyaALLAH,selepas ini,jika yang bertanya lagi,pasti saya akan dapat jawapannya.
Ya ALLAH,jangan KAU hijab hatiku untuk menerima bahasa indahMU.


notakakiku1:ALHAMDULILLAH,misi pertama saya sudah selesai,sedang menunggu misi kedua,tidak sabar untuk pulang ketika Aidiladha nanti,saya perlu pulang untuk mengambil "sesuatu" yang tertinggal.
notakakiku2:Jika difikirkan semula,itu baru dapat soalan sebegitu,jika saya ditanya,apa yang saya teringat jika disebut ALLAH & ISLAM??agak2,apa yang saya akan jawab..
notakakiku3:Sungguh,rindu untuk berbahasa arab kembali.
notakakiku4:sehingga kini,tercari2 dimanakah KA saya itu?? ;-)

27 September 2010

Status YM & FB


Assalamualaikum Warahmatullah

Mari bersama berdoa kepada ALLAH, agar kita sama-sama sihat dalam nikmat IMAN dan ISLAM yang dihadiahkan oleh ALLAH SWT kepada kita.


Sudah lama jemari2 ini tidak melakar sesuatu (haha..lama la sangat qila oii),terdetik pula mahu mencoret sesuatu.Tercari2 topik yang sesuai.Lantas saya memilih tentang status ym dan fb..

Dua tiga hari ini,saya sering diterjah dengan macam2 soalan dari sahabat2 saya berkenaan status2 saya difb dan ym..agak pelikkah??Owhh..macam
perasan pulak kan..namun percayalah,kalu anda yang pernah menegur saya tentang status2 tersebut,bukan anda seorang yang berbuat begitu,ada lagi kawan2 saya yang bertanyakan perkara yang sama.

Meh sini nak habaq mai niee..sebenarnya..saya tiada apa2 pun...ALHAMDULILLAH...masih sihat dan okies..Tiada apa yang perlu dirisaukan..ALHAMDULILLAH..cuti hari itu saya sudah recharge semuanya sebelum tiba disini..Saya masih kuat dan mampu bertahan,biarlah hampir rasa rebah sekalipun,saya pasti dapat bangun semula.

Status2 saya difb dan ym itu adalah hasil luahan jari jemari setelah mengreview keadaan hari tersebut,sesungguhnya,tiada kena mengena dengan sesiapa,silalah jangan perasan...review keadaan bukan sahaja apa yang telah berlaku pada hari tersebut,malahan boleh juga disebabkan saya telah membaca sesuatu atau ada orang telah menegur tentang saya,sesungguhnya,tiada kaitan dengan sesiapa,dan jika anda terasa,saya mohon jutaan kemaafan,tiada niat dihati mahu mengenakan anda,dan jika anda masih terasa lagi,cubalah untuk bermuhasabah diri sendiri,mungkin itu teguran untuk anda tetapi melalui saya,saya juga tidak sempurna,masih belajar untuk menyempurnakan hidup,saya sedang cuba untuk berfikir dari perspektif dan menilai dari sudut saya sendiri,salahkah??

Dahulu,saya ada tempat untuk meluahkan apa2 yang terlintas diminda saya,koreksi dan berbahas bersama2 sahabat2 saya,sungguh,berbahas benda2 berilmiah,namun kini,saya kehilangan mereka,tidak mungkin untuk saya menelefon mereka berjam2 semata2 untuk berbahas tentang realiti kehidupan kini,pasti mereka sibuk dan saya juga sibuk,(ahhha,busy2...),masa kami sudah tentu tidak sama,kalau diberi pilihan,saya lebih suka berbicara secara lisan berbanding melakar dalam bentuk tulisan,sebab saya rasa bercakap lebih dan sangat2 puas..oleh sebab itulah,saya mencoret apa2 yang terfikirkan diym dan fb,untuk sama2 berdiskusi bersama kalian..haha...diskusi la sangat...like jer korang pandai..huhu..so,terbuktilah coretan diym dan fb ialah apa yang bermain diminda saya sahaja..

DOWN..ya..saya memang down..saya kurang semangat sebelum ini,tapi kali ini,saya akan pastikan saya tidak tewas lagi,status2 sedih juga bukan hanyalah semata2 untuk menunjukkan saya bersedih,tapi hanyalah sekadar apa yang terlintas difikiran,kalian pasti tidak tahu,padahal semasa saya post coretan tersebut,mungkin juga saya sedang bergelak ketawa di payung putih,siapa tahu bukan?

PERCAYALAH,status2 saya juga adalah untuk menilai tahap pemikiran saya terhadap sesuatu,semasa saya menghadiri kursus pada akhir tahun lepas,seorang kakak pernah memberitahu saya,cubalah untuk membina soalan2 berilmiah dan membuatkan orang terfikir dan menghayati apa yang ingin disampaikan,itu juga kan dakwah?hahhh..sebab itulah,saya post coretan2 tersebut...saya kan sedang belajar dan akan belajar sehingga akhir hayat,belajar tidak semestinya perlu berada dalam kuliah sahaja,dari status2 saya juga,saya belajar apa yang ingin disampaikan..saya memang nakal dan main2,namun as i said before,tidak semua orang perlu tahu apa yang ingin saya lakukan,cukuplah sekadar ALLAH tahu...mungkin saya nampak tidak kesah atas sesuatu,sesungguhnya,saya memang begitu..just being myself..

~saya amat2 rindu saat2 kami berpacaran..miss all my x-roomate...
(ALLAH sentiasa ada,pasti tiada duka yang abadi)


Lastly,saya memohon jutaan kemaafan jika anda terasa dengan status2 saya selama ini,jika anda masih tidak mampu untuk maafkan saya,saya hanya mampu berdoa agar ALLAH memujuk hati anda untuk memaafkan saya...by the way,terima kasih,syukran jiddan dan thanks kepada semua yang caring,bertanyakan macam2...jangan risau,saya mungkin akan jatuh lagi,namun tidak mungkin untuk saya tidak bangun semula,biar berjuta kali saya rebah,saya pasti dapat berlari semula lebih2 lagi apabila kalian memaut dan menggenggam tangan saya untuk sama2 ke puncak dan iringan doa yang tidak pernah putus2 dalam menuju redha ALLAH..


notakakiku1:maaf buat sesiapa yang terasa...
notakakiku2:sayang kalian,sesiapa sahaja yang mengaku saya sahabat anda,saya lebih2 mengakui bahawa saya sangat2 sayang anda..
notakakiku3:Minggu ini minggu terakhir berprogram di Smk.Sg.Isap,pasti miss dat moment...
notakakiku4:Walau apa yang terjadi,senyum sajalah... ;-)