29 September 2010

أنا أحبك


Assalamualaikum w.r.t.

Puji dan syukur kepada Ilahi atas segala nikmat kurniaan-Nya.

Hanya sekadar renungan dimalam hari...




Satu malam,saya ditanya oleh seorang sahabat melalui YM,apakah yang saya ingat apabila dalam Bahasa Arab??Ermm..terkedu sebentar..saya dilarang untuk keluar selagi belum menjawab pertanyaan dirinya (ketika itu sudah mengantuk =jam 2 pagi).Agak2 apa yang saya terfikir...arrghh...lantas saya jawab...

أنا أحبك


Ermm..lantas,beliau dia membalas..ana uhibbuki fillah,saya terus membantah bahawa,saya tujukan untuk lelaki,saya anggapkan huruf Kaf itu berbaris atas..haha...beliau mengusik lagi,tryla cari Ka itu,dia mahu tengok sapew..

__________________________________________________________________________________

Itu hanyalah sekadar pemula cerita remaja sahaja,apa yang ingin disampaikan ialah bagaimanakah saya mengaplikasi bahasa arab ini..ohh..sungguh membazir..buat pengetahuan semua,sahabat saya itu sedang belajar di UTM (kos dia yang betul,tak sure la pulak,yang penting,dia belajar agama dan juga ilmu dunia,best bukan??) .Setakat manakah penghayatan saya sebenarnya??Saya mahu namun tidak mampu.

Sungguh,saya rindu bahasa arab saya.sangat2 rindu biarpun saya tidak fasih dan mahir dalam bahasa tersebut.saya rindu sebab saya akan dapat faham ayat-ayat al-quran walaupun sedikit.sungguh rindu apabila terpaksa menghafal segalanya dalam bahasa arab walaupun saya kurang gemar menghafal.sungguh rindu bila terpaksa baca kuat2 dan banyak kali fi'il2 semasa saya di ABIM,sungguh rindu bila terpaksa berulang kali baca perkataan2 bahasa arab oleh ustazah aisyah saya,sungguh rindu apabila malu2 belajar balaghah bersama ustaz su saya walaupun masa tue tak faham apa pun lagi,sungguh rindu apabila terpaksa menulis terjemahan bahasa arab itu ke dalam bahasa melayu sedangkan ketika itu saya masih terkial2 di permulaan ayat lagi,sungguh rindu apabila terpaksa siapkan essay bahasa arab sedangkan masa tue juga otak saya dipenuhi dengan perkataan english,sungguh rindu saat untuk belajar i'rab dalam nahu saraf walaupun saya tak pandai,sungguh rindu apabila terpaksa menghafal beratus2 perkataan antonim dan sinonim walau saya tak pernah habis menghafalnya,sungguh rindu untuk berusaha untuk belajar apa itu bahasa arab.


Arrhh...saya sayang bahasa arab saya,tidak mungkin untuk saya lepaskan ia begitu sahaja setelah 11 tahun saya mendalaminya.InsyaALLAH,selepas ini,jika yang bertanya lagi,pasti saya akan dapat jawapannya.
Ya ALLAH,jangan KAU hijab hatiku untuk menerima bahasa indahMU.


notakakiku1:ALHAMDULILLAH,misi pertama saya sudah selesai,sedang menunggu misi kedua,tidak sabar untuk pulang ketika Aidiladha nanti,saya perlu pulang untuk mengambil "sesuatu" yang tertinggal.
notakakiku2:Jika difikirkan semula,itu baru dapat soalan sebegitu,jika saya ditanya,apa yang saya teringat jika disebut ALLAH & ISLAM??agak2,apa yang saya akan jawab..
notakakiku3:Sungguh,rindu untuk berbahasa arab kembali.
notakakiku4:sehingga kini,tercari2 dimanakah KA saya itu?? ;-)

0 comments: