19 May 2012

SE BCS 2009

Assalamualaikum...just scroll the pictures...











ini terjadi kerana.......

-
-
---

-------

------------------------------------










Last picture haruslah tuan punya belog pun sama mahu interprem....kekekeke






kami pernah bersatu dalam daerah yang sama sepanjang 3 tahun ini..



*Menghargai masa-masa yang tinggal untuk kami dengan menukar profile picture...love all my BCS20092010

*Sekarang hari dan waktu yang amat sibuk,tapi saya mampu update blog...hehe..esok speaking bi dan submit thesis report!!


katahatiku1: Doakan kami semua pelajar-pelajar tahun akhir.
katahatiku2: Saya harap persabahatan kami kekal selamanya tidak kira jantina,bangsa dan agama kerana kami pernah bersatu untuk mencapai satu cita-cita yang sama dalam medan ilmu ini.





16 May 2012

Karya Dari Hati

Assalamualaikum...

Jam sudah 3.14 pagi,sedang bersekang mata menyiapkan PSM,tengah cucuk pendrive, lupa apa mahu buat, godek dokumen dalam pendrive, transfer bahan atau buat apa?Totally lost..terus buka blog dan update.

Yeahh...saya tersangatlah pandaaiiii bila boleh update blog ketika busy yang teramat, dair dulu hingga kini,serius, idea mencurah-curah mahu update.

Dua tiga hari lepas, saya telah publish satu blog, Karya Dari Hati, blog kedua ini sudah lama sebenarnya saya create dalam bulan Januari 2012, tapi unpublish. Fungsi blog ini lebih kepada cerpen-cerpen yang hasilkan.Saya tahu cerita saya memang tak best, tak menarik, tapi saya tetap menulis, taram mana suka dan hentam apa sahaja. Hehe..Oh ini juga ada page FB juga..KDH.

Jangan salah faham dan jangan salah fikir, blog ini tetap akan berjalan, ini baby pertama, haruslah paling sayang.So, ini adalah blog personel, yang akan memuatkan pelbagai cerita atau apa-apa sahaja. Blog Karya dari hati itu pula khas hanya untuk cerpen-cerpen.

Saya menjadi penulis? Oh, tidakla sampai menjadi penulis, saya menulis suka-suka sahaja, isi masa lapang. Mahu serius? Buat masa sekarang,tidak lagi. Tapi saya bercita-cita mahu hasilkan satu buku parenting bila sudah dewasa atau tua nanti.HAHAHA...Parenting ok.Jauh benor dengan nukilan-nukilan yang saya hasilkan sekarang.Saya memang pelik tapi itulah saya, ada sebab bila kita mahu buat sesuatu,kan? =)

So, sila sokong cerpen-cerpen biasa saya itu.Biarlah biasa asal hati sendiri puas.Eh?Hati sendiri jer,hati orang tak perlu ke?.Please, drop by my new blog and happy reading.Dont forget to comment and critique my writting. Thanks also for my supporter <------ecece..ayat nak bajet retisss....

Oh...sudah 3.28...mari sambung edit thesis..sudah ingat apa mahu dibuat, mahu edit Chapter 4, implementation.Sajer jer tu nak kasi tuan dia update blog..kihkihkih.Oh psm,jom dating!!

Oh ini bukan saya...ini author jugak...author femes kat US..cecelia ahern...cantik kan dia...ehe..gambar takde motip...cerita2 dia pun best....mata dia pun cantik...nak letak pic tanpa mekap..tapi karang kena saman...hehee...chowww...


katahatiku1: Doakan segala semuanya dipermudahkan. =)
katahatiku2: Tidak tahu sampai bila saya boleh rajin dan istiqamah untuk menulis.=))







06 May 2012

Kerana hidup ini...

Assalamualaikum....yihauu...

Suatu petang dalam perjalanan pulang ke kampus dari industry visit, seorang kawan telah bertanya, haa..ko nyah, macam mana OOP? Tak mahu usaha lagi  untuk short sem?

Saya: " Errmm...tak mahu laa, dah terang tak dapat kan"

Dia: " Tapi nani cakap boleh kan dengan prosedur2 dia, cuma tu la TDA cakap tak boleh pulak...ermm"

Saya: " Sebab itulah aku malas, aku penat dah, penat sangat-sangat,penat untuk berusaha dapatkan"

- Scene ini terjadi disebabkan, saya perlu mengulang subjek OOP, disebabkan atas-atas alasan tertentu, saya tak berjaya untuk menambah subjek tersebut pada semester ini,seterusnya saya perlu mengulang semula pada semester depan untuk membolehkan saya menjalani praktikal sekaligus menghabiskan degree (dan hampir seluruh batch saya sudah pun praktikal saat ini). Dan ini dipanggil extend. Saya bakal menjadi pelajar extend.


Apa yang dihighlight ialah, saya penat, sejujurnya, saya penat, penat dan letih untuk berfikir, saya tahu saya ada peluang dan boleh usaha untuk meminta jasa baik fakulti membuka short sem pada Julai nanti, tapi saya betul-betul tidak berdaya. Saya rasa saya sudah mencuba, paling saya takuti ialah keputusannya nanti.

Saya penat memikirkan andaikata saya tidak berjaya untuk mendapat short  sem itu, sudah tentu saya lagi kecewa..atau sekarang saya sudah pun kecewa sebenarnya. Dalam tempoh 2 3 bulan ini, pelbagai perkara telah berlaku,Dalam tempoh ini juga, saya sentiasa tidak mendapat apa yang saya mahukan,Iyaa..redha!!

Ada perkara ALLAH izin tapi ALLAH tak redha, tapi ada perkara yang ALLAH redha tapi belum diizinkan.
- ini ayat yang sentiasa saya sematkan dalam hati, penguat semangat andai rasa mahu rebah, penenang jiwa saat gelisah

Saya terfikir-fikir sepanjang perjalanan dalam bas itu, saya yang kental suatu ketika dulu sudah give up,saya yang lantang suatu ketika dulu sudah lunyai....tapi saya betul-betul tidak mampu...saya mahu biarkan takdir hidup saya berjalan dengan sendirinya.

Saya malas memikirkan tentang OOP itu, saya biasa sahaja seandainya perlu extend semester,menjadi pelajar extend tidak setEruk yang disangka, cuma itulah, saya ada perancangan sendiri,bila ada obstacle di tengah-tengah, terlupa pula akan plan B...

Mungkin ia akan timbul satu perasaan lain kemudian hari, tapi apakan daya, saya tetap manusia biasa, sekiranya ALLAH takdirkan saya tidak berpeluang seiring dengan kawan-kawan,mana mungkin saya boleh menghalangnya, semuanya ALLAH aturkan yang terbaik buat hambaNya..

Tipu kalau saya cakap saya tidak pernah cemburu dengan kawan-kawan saya, mahu saya senaraikan??Ohh..sangat banyak k..betapa saya rasa i'm nothing....saya tiada apa2 pun sebenarnya.....Saat tahajjud, saya sentiasa kalah, kalah bila berada di tikar sejadah, saya hamburkan semuanya,tidak tahu samada roomate saya sedar atau tidak (bilik saya sentiasa ada yang berjaga)...

Pandangan luar, saya sememangnya nampak kuat, sejak sakit 3 bulan yang lepas, harapan saya mula pudar, saya mula terasa kehilangan sesuatu, bukan untuk menyalahkan sesiapa, cuma saya perlukan masa, saya betul-betul tidak mampu untuk kali ini..saya tidak nafikan, banyak benda yang saya fikirkan...

Sekarang, saya mahu menikmati saat-saat terakhir bersama-sama mereka, sahabat-sahabat sekepala saya, saya seronok melihat mereka gembira, saya seronok mereka ceria, seronok mendengar telatah mereka, seronok melihat mereng mereka, seronok merapu meroyan bersama...terfikir,semua ini akan berakhir, kerana ini adalah semester akhir kami...

I have a friend, a friend in word & a friend indeed.
A friend who loves me with all friends being & I love friend too.
My friend rejuvenates me
A friend of my youth, 
A friend indeed! 


 

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.


Dan kerana hidup ini......



saya sesekali tidak akan menyesal sekiranya saya tidak dapat berpraktikal mengikut masa yang ditetapkan kerana saya sudah terkilan sejak permulaan episod ini lagi...dan saya berusaha untuk redha sepenuhnya....


katahatiku1: Doakan kami semua berjaya dalam PSM2 ini...
katahatiku2: I like to pretend that everything's alright. Because when everybody else thinks i'm fine, sometimes I forget for a while that i'm not.
katahatiku3: Blog ini akan berupdate sekiranya tengah2 busy...



26 April 2012

sometimes.....



Sometimes laughter can heal your heart 
Sometimes it’s laughter that breaks it apart 



Sometimes the world goes faster than you can go 
Sometimes even fast is still too slow 


Sometimes all you can give is love 
Sometimes all you have is not enough 


Sometimes going home is the only thing on your mind 
Sometimes home is the only place you can’t find 


Sometimes life is like a dream 
Sometimes dreams aren’t what they seem 

Sometimes freedom holds you back 
Sometimes a wedding dress is black 


Sometimes you are too tired to sleep 
Sometimes you are too sad to weep 

Sometimes loneliness is what you need 
Sometimes there’s a harvest without a seed 

Sometimes you think you understand 
Sometimes you know you really can’t 


Sometimes darkness can be too bright 
Sometimes rain gives you delight 


Sometimes what sets you free are restrictions 
Sometimes what makes most sense are contradictions


p/s: "I like to pretend that everything's alright. Because when everybody else thinks i'm fine, sometimes i forget for a while that i'm not."





20 April 2012

Campaign : I Luv PSM!!!


Assalamualaikum......guten morgen (sebab aku tulis pagi kan, kalu korang baca time malam, bukan salah aku k)..delima seorang pelajar tahun akhir....akhir-akhir ini ramai yang mengeluh tentang PSM begitu...PSM begini....aku??tidak dinafikan...risau jugak,tapi positif2....just do the best, the rest, tawakkal ila ALLAH..PSM aku pun belum totally function...tapi betul2 aku harap ia siap on time...

Dibawah ini merupakan kempen yang dilancarkan (perghh...siap dilancarkan lagi..gempak habiss) oleh TDA FSKKP kami....

Terima kasih atas segala semangat yang ditiupkan, kata-kata peransang yang disalurkan dan doa yang berterusan dari semua pihak, samada pensyarah2, alumni2 dan senior2....terima kasih tidak terhingga...sobsosb...tacing..tacing...dengan semua....hihihi..

Oh...sesape maw wish ucapan2 semangat buat kami, sila2 dengan hormatnya...feel free to leave your greatest comments..


*sajer simpan kat blog..wat kenangan..ecece..











Qeela, be strong....do the best...no more stress, jangan sakit2 lagi, ingat ALLAH selalu, jangan fikir banyak, jaga kesihatan, jaga makan,kuatkan hati, selalu qiam, selalu baca Al-Quran,kurangkan tidur, penat boleh tapi jangan seksa diri, jaga diri elok2...apa keputusannya, redha kerana itu lebih baik buat hati dan iman...

Bila rasa sempit dan sedih please buat ini;

 Letak tangan atas dada, baca surah ar-Ra'd ayat 39,

"Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'." 
[13:39]

Yeaaahhhh....I LUV PSM!!!!


PSM = Projek Sarjana Muda untuk semua final year student.



katahatiku1: Kepada geng2 blogger, doakan kami, bukan saya seorang, tapi buat semua kawan-kawan saya.
katahatiku2: Akan kembali berblog selepas habis PSM..so, chaiyok2!!! *haaa..ni tak tahu jadi ke tak...
katahatiku3: I luv PSM....yer...really mean it...walau penuh assignment and projek...so,taram jer la untuk bulan2 terakhir ini...=))


05 April 2012

BB1M ~ mencari sebuah cerita

Assalamualaikum...


Nak update blog...nak update blog...nah hambekkk...sajer nak review kembali tentang baucer buku 1 malaysia..BB1M...haa...amik ko..orang dah berzaman tinggalkan baru ko nak hapdet kan...

Okies..ni buku wishlist yang dah jadi kenyataan dengan BB1M...owwhh..




Bidadari-Bidadari Syurga
-          Kisah pengorbanan seorang kakak terhadap 4 orang adik-adiknya…Sanggup berpenat lelah,sakit dan menderita sejak kecil sehingga dewasa demi kemewahan adik-adiknya. Hasilnya,usahanya berhasil bilamana mereka semua sedikit pun tidak melupakan kak Laisa.
Kisah sabar dalam bersabar dalam kehidupan. Saya mahu menjadi kakak sebaik Kak Laisa…seteguh, setabah dan sekuat Kak Laisa mengahadapi hidup ini. Saya mahu meminjam semangat Kak Laisa seketika. 

 Karya pertama Bahruddin Bekri. Yes..cerita2 yang ada diblog namun telah dipadamkan untuk dijadikan sebuah buku. Buku yang sangat menarik sebab sangat banyak pengajaran. Simple dan sedikit tapi berbaloi. Mula-mula tidak faham, tapi akhirnya mengerti apa yang ingin beliau sampaikan. Cuba memasuki dunia ilusi Bahruddin membuatkan saya tersenyum sendiri.

       Sedang  dalam proses menghabiskan , tiada komentar, namun seperti biasa, perlu faham rentak dan irama Bahruddin Bekri dalam berkarya.



Belum dibaca , tiada komentar, masih berbalut plastik lagi tapi desakan nafsu tak tahan terus buka plastik untuk tengok isi dalam..padahal tulisan jer pun bukannya ada cheese cake..cehh



-          Sebuah buku tentang rentetan dan kronologi penulis. Bermain dengan jiwa remajanya seterusnya  sehingga bergelar seorang ibu. Bagaimana mengurus kehidupan dalam keadaan susah. Yes…cerita kesusahan…tiada banyak mana pun kesenangan tapi sangat best..ia cerita kehidupan seperti kita-kita.


Masih belum dibaca jadi tiada ulasan,  asalnya dalam english tapi  harusla beli dalam versi melayu..hanya novvel cecelia jer boleh dibaca dalam english..auchh

   Cerita kehidupan yang biasa2 sahaja….hanya kisah yang mendatar sahaja..kisah yang biasa2, tak disarankan kepada mereka yang cepat bosan..namun saya mencari sesuatu dalam buku ini dan saya menemuinya…apa??only ALLAH knows.



Dalam proses menghabiskan, bermain-main dalam  diari Bahruddin membuatkan rasa bila nak habis ni..akhrinya dah baca pun endingnya...hehe...tengah2 jer belum...tapi sangat seronok dengan kehidupan Rayyan si Mat Despacth yang bertemu dengan pelbagai orang dan ragam...seems like us right?Lastly,motifnya hanyalah untuk menjaga hati emaknya sahaja...soo sweet!!



Sudah selesai dan sangat best...yes...kenapa perlu patah hati sedangkan masa hadapan masih ada? Mungkin akan sinar didepan...ia mungkin La Tahzan versi Malaysia. but not bad actually.

WISHLIST YANG TERTUNGGAK

Huwaa....dah lama teringin nak buku ni..dah pergi Pesta Buku Kuantan namun belum ketemu...dua kali ke KP...kali pertama pergi jumpa tapi belum cucuk ongkos, kali kedua pergi dengan ayah terus tak jumpa, cehh..metang2 ayah ada terus takde, tawla tu kofem benda lain kena rembat jugak...PSI,SMO sumer takde or mata tak nampak...tapi memang takde ok.


Karya BB lagi...yeaay...yang ni pun susah ketemu...adoii..tak tahu dimana disroknya...sokay2..sabar2...after PSM baru nak fikir lagi...sebab kalau beli sekarang kofem takkan dibaca lagi....sohih!!kerja banyak sekarang ni kan...hehe..tapi dan2 jugak ko baca kan..




katahatiku1: yeaaa...memang enrty ini.untuk update blog jer..untuk blog ni terus up..kekeke...so,takde motip
katahatiku2: hehh? i suka membaca??takde la suka...tapi suka la jugak kan..yer la..persediaan masa depan..buku2 yang tak habis baca tu pun tak tahu bila akan habis dah...tengokla nanti camne..novel pun layan tapi tak sehebat zaman kegemilangan dengan sep2 cuci dulu la.....
katahatiku3: cuba mencari buku sebaik mungkin untuk dimanfaatkan dan diambil hikmahnya....sebulan ok i google sumer wishlist ni.



16 February 2012

Bukan rezeki~~

Assalamualaikum..

Orang kata kalau bukan rezeki kita, kalau dah berada dalam mulut pun boleh keluar balik,Tetapi kalau dah rezeki kita,bagaimana halangan dan ujian melanda, yang jauh dan susah pun masih boleh dapat. Itulah rezeki.

Dan ALLAHlah yang tentukan rezeki manusia. Rezeki kita. Maka, kalau bukan rezeki kita, redha! Ada hikmah yang kita tidak tahu. Akan muncul hikmahnya bila kita redha sepenuhnya. Allah itu adil. Keadilan ALLAH adalah luar dari jangkauan manusia. ALLAH sesekali tidak akan zalim terhadap hamba-hambaNYA.

Semoga ALLAH murahkan rezeki kita semua.

-yer...sangat dan teramat terkilan dengan trip pangkor BCS...tapi aku yakin ada hikmahnya. ALLAH nak beri yang lebih lagi..lebih terbaik dan lebih berkat...whos know?Only ALLAH knows!

Semoga saya mampu dan akan terus tersenyum seperti ini lagi....yeaaahhh...semangat!!!



katahatiku1 : Guys, take care!!
katahatiku2 : Doakan saya sembuh dan sihat segera. Penat dilabel sebagai orang sakit dan berada dalam rawatan.






02 January 2012

Bismillah...2012

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..first entry di 2012 (biarla dah 2 Jan pun..tuii)..tiada last entry 2011..biarkan, ada sebab-sebabnya mungkin.

Hahh....2012..sungguh cepat masa berlalu..yes, i wish for something better from this year...haha...the one and only is finishing my bachelor with the great result and next year i'll  become a women with careers...whoaaa...(kebok speaking...errr..penangan WAD esok...)

Semua orang punya wishlist setiap tahun baru...termasuk diri ini...

wishlist 2012;

1- Pointer sem 5 & 6 hanya 3.5 keatas
2- Perform PSM 1 & PSM II very the best ever (amik ko..nak cakap terbaik paling terbaik la kan)
3- Nak jadi yang terbaik dan lebih baik dari semua segi. (termasuk ibadah,akhlak dan penulisan di blog juga..hehe..)
4- Tidak mahu sedih-sedih lagi, mahu berusaha untuk menjadi lebih positif (yes..i admit, nak lupakan sangat susah,saya manusia biasa,kadang-kadang musibah itu yang menjadi penguat sehingga kini,ia tidak akan dilupakan,cuma ia akan menjadi  pengajaran di masa depan.)
5- Saya betul-betul mahu menjadi perempuan yang tahu serba serbi  (wanita korporat kan..)
6- Kurangkan jiwang-jiwang
7- Hafal/Faham/Amal hadis form 2
8- Nak siapkan novel yang tidak siap2 lagi
9- Nak pastikan smeua wishlist 2012 tercapai..adeiii


Haa...tu pasal wishlist..mari review paper final exam pula...ahahha..

03/01/2012 = Web Application Development
04/01/2012 = Ethical Hacking
05/01/2012 = Formal Method
13/01/2012 = Z O/S Foundation


Good Luck,qeela!! All the best, qeela!!



katahatiku1: Seperti biasa, esok permulaan final exam untuk semester ini..haaa..blog ini akan diupdate apabila semua orang sibuk nak test, exam bagai...haha...release tension kott..by the way, pray for me!
katahatiku2: suatu ketika dahulu, saya terfikir untuk delete blog ini dan berhenti menulis, tetapi sekarang tidak lagi, sesiapa atau apa2 tidak akan menjadi sebab untuk saya berhenti menulis selain dari izin ALLAH. 'itu' tidak akan mengubah saya dengan mudah sahaja. Yes, saya perlu kuat! PERLU KUAT!
katahatiku3: chatbox sudah dibuang kerana sudah tidak avalailable lagi..means kena bayar kalau mahu guna...saya tidak akan guna chatbox (setakat hari ini),cukuplah komen sahaja,jika malas, tidak perlu respond,saya tidak memaksa sesiapa untuk membaca/mengomen/merespond blog ini.



06 November 2011

peringatan dari as-saff...

Assalamualaikum...

Just a reminder ;


Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!


Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.



katahatiku1: Tersentap bila someone said to me, sungguh,tiba-tiba tersedar,jahilnya saya!!(padahal surah as-saff ini pernah dihafal.T_T)
katahatiku2: Need a lots of time to rebuild my spirit, refresh my mind, reorganize my plan, and renew myself.
katahatiku3: Thanks a lot atas peringatan ini. =.=