Suatu petang dalam perjalanan pulang ke kampus dari industry visit, seorang kawan telah bertanya, haa..ko nyah, macam mana OOP? Tak mahu usaha lagi untuk short sem?
Saya: " Errmm...tak mahu laa, dah terang tak dapat kan"
Dia: " Tapi nani cakap boleh kan dengan prosedur2 dia, cuma tu la TDA cakap tak boleh pulak...ermm"
Saya: " Sebab itulah aku malas, aku penat dah, penat sangat-sangat,penat untuk berusaha dapatkan"
- Scene ini terjadi disebabkan, saya perlu mengulang subjek OOP, disebabkan atas-atas alasan tertentu, saya tak berjaya untuk menambah subjek tersebut pada semester ini,seterusnya saya perlu mengulang semula pada semester depan untuk membolehkan saya menjalani praktikal sekaligus menghabiskan degree (dan hampir seluruh batch saya sudah pun praktikal saat ini). Dan ini dipanggil extend. Saya bakal menjadi pelajar extend.
Apa yang dihighlight ialah, saya penat, sejujurnya, saya penat, penat dan letih untuk berfikir, saya tahu saya ada peluang dan boleh usaha untuk meminta jasa baik fakulti membuka short sem pada Julai nanti, tapi saya betul-betul tidak berdaya. Saya rasa saya sudah mencuba, paling saya takuti ialah keputusannya nanti.
Saya penat memikirkan andaikata saya tidak berjaya untuk mendapat short sem itu, sudah tentu saya lagi kecewa..atau sekarang saya sudah pun kecewa sebenarnya. Dalam tempoh 2 3 bulan ini, pelbagai perkara telah berlaku,Dalam tempoh ini juga, saya sentiasa tidak mendapat apa yang saya mahukan,Iyaa..redha!!
Ada perkara ALLAH izin tapi ALLAH tak redha, tapi ada perkara yang ALLAH redha tapi belum diizinkan.
- ini ayat yang sentiasa saya sematkan dalam hati, penguat semangat andai rasa mahu rebah, penenang jiwa saat gelisah
Saya terfikir-fikir sepanjang perjalanan dalam bas itu, saya yang kental suatu ketika dulu sudah give up,saya yang lantang suatu ketika dulu sudah lunyai....tapi saya betul-betul tidak mampu...saya mahu biarkan takdir hidup saya berjalan dengan sendirinya.
Saya malas memikirkan tentang OOP itu, saya biasa sahaja seandainya perlu extend semester,menjadi pelajar extend tidak setEruk yang disangka, cuma itulah, saya ada perancangan sendiri,bila ada obstacle di tengah-tengah, terlupa pula akan plan B...
Mungkin ia akan timbul satu perasaan lain kemudian hari, tapi apakan daya, saya tetap manusia biasa, sekiranya ALLAH takdirkan saya tidak berpeluang seiring dengan kawan-kawan,mana mungkin saya boleh menghalangnya, semuanya ALLAH aturkan yang terbaik buat hambaNya..
Tipu kalau saya cakap saya tidak pernah cemburu dengan kawan-kawan saya, mahu saya senaraikan??Ohh..sangat banyak k..betapa saya rasa i'm nothing....saya tiada apa2 pun sebenarnya.....Saat tahajjud, saya sentiasa kalah, kalah bila berada di tikar sejadah, saya hamburkan semuanya,tidak tahu samada roomate saya sedar atau tidak (bilik saya sentiasa ada yang berjaga)...
Pandangan luar, saya sememangnya nampak kuat, sejak sakit 3 bulan yang lepas, harapan saya mula pudar, saya mula terasa kehilangan sesuatu, bukan untuk menyalahkan sesiapa, cuma saya perlukan masa, saya betul-betul tidak mampu untuk kali ini..saya tidak nafikan, banyak benda yang saya fikirkan...
Sekarang, saya mahu menikmati saat-saat terakhir bersama-sama mereka, sahabat-sahabat sekepala saya, saya seronok melihat mereka gembira, saya seronok mereka ceria, seronok mendengar telatah mereka, seronok melihat mereng mereka, seronok merapu meroyan bersama...terfikir,semua ini akan berakhir, kerana ini adalah semester akhir kami...
I have a friend, a friend in word & a friend indeed.
A friend who loves me with all friends being & I love friend too.
My friend rejuvenates me
A friend of my youth,
A friend indeed!
Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.
saya sesekali tidak akan menyesal sekiranya saya tidak dapat berpraktikal mengikut masa yang ditetapkan kerana saya sudah terkilan sejak permulaan episod ini lagi...dan saya berusaha untuk redha sepenuhnya....
katahatiku1: Doakan kami semua berjaya dalam PSM2 ini...
katahatiku2: I like to pretend that everything's alright. Because when everybody else thinks i'm fine, sometimes I forget for a while that i'm not.
katahatiku3: Blog ini akan berupdate sekiranya tengah2 busy...
0 comments:
Post a Comment