03 May 2011

mem"bakulsampah"kan ilmu

assalamualaikum...

Suatu ketika, ketika saya sedang mengemas buku2,nota dan pelbagai bahan pembelajaran saya sepanjang semester ini,salah seorang rommate saya menegur;

"kak qilah,kenapa nak bawa balik nota2 tu?tak berat ke?"

 Terkedu..senyap terus..

"Entah...tak tahu..sayang nak buang..kalu bawa balik,nati umi tolong simpankan dalam stor , so,takdela kena buang.."(umi simpankan..bukan aku..hahaha)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tiba-tiba saya terfikir tentang fenomena kita semua,apabila selesainya sesuatu peperiksaan,kemana hilangnya semua nota dan buku yang selama ini diguna pakai.Mungkin ada sesetengah orang tidak membuang buku,namun bagaimana pula dengan nota.

Sepanjang saya melewati waktu tarbiyah saya di maahad suatu ketika dulu,kami digalakkan untuk membakar segala bahan2 nota yang kami tidak mahu lagi dan saya rasakan membakar itu lebih baik dari membuang kedalam tong sampah. Seingat saya juga, dulu,ada seorang ustaz yang akan mengendalikan urusan pembakaran tersebut kerana ada cara dan kaedah tertentu bukan membabi buta sahaja.

Sekarang,sepanjang 4 kali mengambil peperiksaan akhir di UMP,saya seringkali melihat lambakan nota2 dan tidak ketinggalan buku2 yang berterabur disekeliling tong sampah. Jujur,sedih sangat.saya terfikir,dimana nilaian ilmu jikalau sebegitu gayanya?Adakah ilmu itu sekadar untuk peperiksaan sahaja?

Ya,saya mengaku,saya juga kadang2 sukar untuk ikhlas dalam menuntut ilmu.Saya juga tidak terlepas dari memikirkan tentang ilmu/belajar untuk peperiksaan sahaja.Tetapi,saya sesekali tidak sanggup untuk membuang sebegitu sahaja nota2 yang telah saya buat sepanjang satu semester,mungkin nota boleh diterima lagi,tetapi bagaimana pula dengan buku..ohh...sangka baik sajalah..mungkin silibus tersebut sudah tidak diguna pakai lagi untuk generasi seterusnya.


Kesimpulannya,fikir-fikirkan la cara terbaik untuk menghapuskan nota2 kita itu,buruk sungguh nampaknya kalau dibiarkan dalam tong sampah saja,fikirkan juga pandangan mak cik cleaner yang membuang nota2 tersebut,jangan memudahkan kerja2 kita dengan mem"bakulsampah"kan ilmu.jangan sampai nota2 tersebut meminta haknya daripada kita dipadang mahsyar kelak.Wallahu'alam.


Rabbi Yassir Wala tuassir..Ya Allah, istajib humma doa ana..amin yarabbal 'alamin.




katahatiku1: peringatan buat diri sendiri..saya juga selalu khilaf. =)
katahatiku2: saya sedang mencari pelajar2 BCS yang bakal naik tahun 2 sem depan..nak kasi buku2 n nota2 ..tak nak takpe.. :P
katahatiku3: wow...esok present SDD..terbaik ahh..malam ni duk berfoya2 dengan blog dulu...hehe..all da best,guys!!

29 April 2011

al-insyirah

Assalamualaikum..

Mahu tadabbur surah Al-Insyirah. Dulu2, saya selalu baca surah ini sebelum menghafal dan untuk study. Kali ini saya mahu mengingatkan diri sendiri apa isi yang tersirat disebaliknya.




بِِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang




أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
1. Bukankah Kami telah melapangkan dadamu untukmu?

وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ
2. Dan mengangkat bebanmu dari (pundak)mu,

الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
3. Yang telah memberatkan punggungmu?

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
4. Dan meninggikan untukmu sebutan kamu?

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
5. Karena sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan,

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
6. Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan.

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ
7. Maka jika engkau sudah bebas, tetaplah tabah bekerja keras!

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
8. Dan jadikanlah Tuhanmu sebagai tujuan [kerinduan] engkau semata!






sangat indah  makna ayat-ayat ini..sungguh,janji2 ALLAH itu pasti...
mohonlah pada ALLAH
doalah pada ALLAH
tanpa putus asa.


Kita selalu ingin memiliki sesuatu yang bukan sepatutnya kita miliki..
Bila tidak dapat, macam2 diungkitnya...
Padahal dah banyak nikmat ALLAH yang kurniakan.
Butakah kita??
Tidak bersyukur langsung..




Ya ALLAH, kurniakan aku kecukupan waktu yang penuh berkat!
Ya ALLAH,jadikan aku dalam kalangan hamba-hambaMU yang bersyukur~






Minggu ini sahaja, sudah cukup 3 kali berturut-turut saya menjadi cengeng dengan mudahnya. Setiap itu, pasti tergiang-giang ayat ini.. T-T



katahatiku1: entry ini ditulis semasa menyiapkan SDD..dan2 jer kan...siap photoshop n photoscape lagik...hehe...kena kurung dalam library lagi...bagus jugak..baru ko study kan qila!!
katahatiku2: 2 more paper left...doakan agar segalanya dipermudahkan....=)
katahatku3: walau apa yang terjadi,senyum sajalah..=))





22 April 2011

I've learned that...

I've learned that...
Everyone looks for love,
Most people have the same feelings as me,
they just express them differently

I've learned that...
Memories are a treasure you should never let go,
Everything looks different to everyone





I've learned that...
The best and most beautiful things,
cannot be seen or even touched,
they must be felt with the heart,
No matter how much you recieve,
you always hunger for more,
And we read to know that we are not alone.


I've learned that...
The art of being happy lies in the power,
of extracting happiness from common things,
Friendship multiplies the good in life,
and divides the evil,
And perfection is not attainable.



*love this poem...when thinking about them..owhhh!!


katahatiku1: currently in mood: study week..study week la sangat...hehe...good luck BCS 2nd Year 2011.
katahatiku2: selamat tinggal tahun 2 yang penuh emosi..selamat datang tahun 3 a.k.a tahun akhir yang bakal gemilang!



04 April 2011

estee lauder vs statistic

Suatu petang yang hening, bila lecturer statistic mula bersyarah..

Lecturer: Awak nie, kalau tak dapat tinggi dalam exam,macam mana nak kerja gaji mahal2?
Students: ermmm...
Lecturer: Kalau perempuan,lepas kawen,mesti kena ikut arahan suami jer,kalau tak kerja,agak2 nanti boleh kasi duit kat parents ke?boleh beli barang2 mahal sesuka hati ke?
Students: Takkkk.....
Lecturer: Lelaki pulak, kalau dapat isteri yang jenis pakai SK2, nak beli guna apa?
Students: erkkk...

I PAKAI ESTEE LAUDER YOU..
(LEC I CAKAP KALU NAK PAKAI  BENDA MAHAL2,KENA BERJAYA,KENA  DAPAT TINGGI STATISTIK...OKIES..JOM...BERUSAHA YUK!!!DEMIMU ESTEE LAUDER)



Kesimpulannya;

Belajar rajin-rajin yer nak, kamu harapan semua orang, bukan sahaja ibu bapa dan keluarga, tetapi juga pensyarah2. Kejayaan bukan untuk orang lain,tapi untuk diri sendiri. Kejayaan ini bukan untuk duniawi sahaja tapi juga untuk ukhrawi. Dengan berjaya, semua impian pasti terlaksana. Jadi, jom sama-sama berusaha untuk berjaya agar dapat pakai SK2.


“ Ya Allah berikanlah keadaku manfaat atas segala yang Engkau ajarkan, dan ajarkanlah kepadaku apa yang memberi manfaat dan tambahkanlah ilmuku, syukur kepadaMu atas segala yang perkara, aku memohon perlindungan dariMu dari keadaan ahli neraka”.






katahatiku1: Serius, aku suka madam ni duk bebel2 gitu...hehe..sama sebijik macam umi aku duk bebel2..tersedar seketika bila ditegur sebegitu...thanks madam! motivasi saat2 akhir tahun 2..
katahatiku2: Nasihat diberi selepas  markah test 2 statistic selesai disemak....biasa la kan..semoga aku mendapat yang terbaik 40++/50
katahatiku3: owhh..mellisa tak guna SK2, guna ESTEE LAUDER jer...hahahaha..
katahatiku4: peringatan untuk diri sendiri~semoga berjaya dalam statistic,qila!!





02 April 2011

~h0pe~











katahatiku1: sedang memilih yang terbaik untuk PSM~
katahatiku2: hope, harapan,suatu keyakinan untuk diri sendiri





27 March 2011

don't stop!



-secebis mesej peringatan kasih sayang dari seorang sahabat-


Ya  ALLAH,
kadang2 insan ini lemah,maka KAU kuatkanlah,
kadang2 dia resah,maka tenangkanlah,
kadang2 dia gentar,maka campakanlah keberanian kedalam hatinya,
dia meminta,maka anugerahkanlah,
dia berjuang,maka bantulah,
dia menuntut ilmuMU,maka faqihkanlah,
dia sangat sayang padaMU,maka sayangilah dia,
dia yakin padaMU,maka KAU Maha Tahu apa yang terbaik untuknya..
amen…


simple tapi bermakna.
saya akan bergerak dan terus melangkah hingga akhirnya kerana ini yang telah ditetapkanNYA


pause if you must, but don't stop!


istajib dua'ni,ya allah! 

"Ya ALLAH! sesungguhnya Engkau maha mendengar lagi maha melihat keadaan kami. Tiada sesuatu pun dari urusan kami yang sama bagiMU,kami sangat dhaif dan malu dalam permohonan kami umpama orang yang sangat miskin dan mengharap dalam deraian air mata dan penyerahan hati kepadaMU."

"Ya ALLAH! janganlah jadikan kami kecewa dalam berdoa.kasihanilah kami wahai Rabb yang maha memberi  dan maha mengasihani" amin.






katahatiku1: cannot express my real feeling..huhu....bercampur baur dan tidak suka bila diri menjadi cengeng.
katahatiku2: saya tahu dan yakin esok ada test 2 statistic, tapi saya tetap mahu berblog jugak hari ini..hehe..may ALLAH bless us!!


19 March 2011

rainbow hidup~

Everybody wants happiness , nobody wants pain , but you can't have a rainbow , without a little rain 


Ya Allah, andainya kecintaan pada dunia menjarakkan aku dari-Mu, maka jauhkanlah dunia dari aku.. Sesungguhnya, aku mahu selalu dekat dengan-Mu Ya Allah..


Ya Allah, andai hati ini terhijab kerana banyaknya dosa, maka Kau ampunkanlah dosaku.. Ameen Ya Allah..



katahatiku1: please,be strong!!perlu usaha gigih dan kerja kuat..
katahatiku2: perlu melakar sesuatu di blog agar agar terisi jiwa dan masa lapang ini...(dan2 jer..padahal tengah seabut dengan kerja2..)



14 March 2011

moment


SAYA ADA INI..KORANG ADA??

.....
....
..
.




We will all remember this moment for the rest of our lives.


Date: 15 march 2011
Time: 10.20 am
Venue: ZDK 20




katahatiku1: Meniti minggu2 terakhir sebagai pelajar sem 2 tahun 2.. pasti saya merindui saat2 berada dalam kelas ini nanti.
katahatiku2: saat yang lepas milik ALLAH, yang akan datang dalam rahsia ALLAH, yang kita miliki hanya detik ini, namun tetap hak ALLAH.




13 March 2011

Tiada duka yang abadi






Untuk Yang Sedang Bersedih
Beramalah kerana Allah, agar peluhmu tak sia-sia. Jangan kau hentikan amalmu kerana banjir airmata kecewa yang menghadang jalanmu. Sesungguhnya Allah tak pernah luput hitungannya. Ia akan meninggikan setiap hamba yang jatuh bangun menyempurnakan pengabdian padaNya.

Wahai jiwa yang sedang layu…
Perpanjanglah sujudmu di malam-malam sunyi. Agar kau tahu bahwa keindahan tetap bersemayam di hati orang-orang yang mendapati cinta Illahi. dan menangislah sepuasnya… ketika hanya ada kau dan Dia. Adukan saja segala resahmu. Sebab dialah yang memiliki jawabnya.


Wahai jiwa yang sedang dirundung kabut…
Jangan pernah berhenti mendengarnya bertutur. Walau ceritanya merobek-robek harapan yang sedang kau tumbuhkan.Terkadang manusia bahkan tak mengenal dirinya sendiri bukan? Dengarlah nasihat seorang bijak, tentang seseorang yang sedang mencari kebahagiaan. Kebahagiaan hanya akan diperoleh dengan banyak memberi.

Untukmu yang sedang luka..
Jangan pernah engkau hentikan lantunan ayat-ayat cinta. Sekalipun suaranya tenggelam tertelan riuh desakan air mata. Kau tak kan pernah tau siapa yang akan terubati dengan lantunanmu. Maka teruskanlah nyanyian sucimu.


Hai pemilik hati yang patah..
“…yang kau sayang selalu saja terbitkan resah di perihnya hatimu..” Percayalah bahwa cinta dapat ditumbuhkan dimana saja. Jika hati diumpamakan pintu, adalah wajar jika kita mengetuk pintu yang salah. Insya Allah, Kau yang akan menemukan pintumu. Mintakan pada Dia yang Menebar Cinta!

Kawanku yang dicintai Allah..
Hidup ini hanyalah permainan yang harus kita mainkan dengan sungguh-sungguh. Maka, tak ada gunanya berlama-lama dalam duka. Duka yang menahun hanya akan membuatmu buta akan beragam kebahagiaan yang disajikan Allah padamu. Duka yang kau genggam akan membuatmu jauh dari rasa syukur.





Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini



-sumber: FB~


katahatiku1: hanya berserah segalanya kepada DIA 
katahatiku2: Knowing that Allah knows our condition gives us patience with Allah's decision




11 March 2011

Cinta sempurna

Komitmen juga hanya ada dalam perkahwinan.Apabila komitmen hadir terlalu awal,maka perkara itu sebaiknya dihindari.



Ketika hati belum sedia dipuji kekasih hati, maka sebaiknya tidak perlu ada janji."Aku akan berkahwin denganmu dua tahun lagi." Tidak perlu ada janji seperti itu.Lelaki tidak perlu menjanjikan perkahwinan apabila memang waktunya masih lambat.Lebih baik menyegerakan apabila segalanya telah sedia dihujung mata,lebih baik lupakan dulu si dia dan bersegeralah menyiapkan diri. Ini kerana komitmen yang diikat sebelum waktunya hanya akan menimbulkan zina hati. Wanita pun sebaiknya tidak mudah jatuh hati dan mengiakan setiap kali lelaki berjanji.Ini kerana jika memang ALLAH telah jodohkan,segalanya akan menjadi mudah.Tidak perlu ada janji manis yang hanya menjadi syurga telinga sahaja.Nyatakan kepada mereka,bila mampu esok hari,kenapa harus menuggu tahun depan.

~Ya ALLAH,aku jatuh cinta (burhan sodiq)~



katahatiku1: =)  
katahatiku2: cinta sempurna hanya untukNYA..YANG ESA!