03 May 2011

mem"bakulsampah"kan ilmu

assalamualaikum...

Suatu ketika, ketika saya sedang mengemas buku2,nota dan pelbagai bahan pembelajaran saya sepanjang semester ini,salah seorang rommate saya menegur;

"kak qilah,kenapa nak bawa balik nota2 tu?tak berat ke?"

 Terkedu..senyap terus..

"Entah...tak tahu..sayang nak buang..kalu bawa balik,nati umi tolong simpankan dalam stor , so,takdela kena buang.."(umi simpankan..bukan aku..hahaha)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tiba-tiba saya terfikir tentang fenomena kita semua,apabila selesainya sesuatu peperiksaan,kemana hilangnya semua nota dan buku yang selama ini diguna pakai.Mungkin ada sesetengah orang tidak membuang buku,namun bagaimana pula dengan nota.

Sepanjang saya melewati waktu tarbiyah saya di maahad suatu ketika dulu,kami digalakkan untuk membakar segala bahan2 nota yang kami tidak mahu lagi dan saya rasakan membakar itu lebih baik dari membuang kedalam tong sampah. Seingat saya juga, dulu,ada seorang ustaz yang akan mengendalikan urusan pembakaran tersebut kerana ada cara dan kaedah tertentu bukan membabi buta sahaja.

Sekarang,sepanjang 4 kali mengambil peperiksaan akhir di UMP,saya seringkali melihat lambakan nota2 dan tidak ketinggalan buku2 yang berterabur disekeliling tong sampah. Jujur,sedih sangat.saya terfikir,dimana nilaian ilmu jikalau sebegitu gayanya?Adakah ilmu itu sekadar untuk peperiksaan sahaja?

Ya,saya mengaku,saya juga kadang2 sukar untuk ikhlas dalam menuntut ilmu.Saya juga tidak terlepas dari memikirkan tentang ilmu/belajar untuk peperiksaan sahaja.Tetapi,saya sesekali tidak sanggup untuk membuang sebegitu sahaja nota2 yang telah saya buat sepanjang satu semester,mungkin nota boleh diterima lagi,tetapi bagaimana pula dengan buku..ohh...sangka baik sajalah..mungkin silibus tersebut sudah tidak diguna pakai lagi untuk generasi seterusnya.


Kesimpulannya,fikir-fikirkan la cara terbaik untuk menghapuskan nota2 kita itu,buruk sungguh nampaknya kalau dibiarkan dalam tong sampah saja,fikirkan juga pandangan mak cik cleaner yang membuang nota2 tersebut,jangan memudahkan kerja2 kita dengan mem"bakulsampah"kan ilmu.jangan sampai nota2 tersebut meminta haknya daripada kita dipadang mahsyar kelak.Wallahu'alam.


Rabbi Yassir Wala tuassir..Ya Allah, istajib humma doa ana..amin yarabbal 'alamin.




katahatiku1: peringatan buat diri sendiri..saya juga selalu khilaf. =)
katahatiku2: saya sedang mencari pelajar2 BCS yang bakal naik tahun 2 sem depan..nak kasi buku2 n nota2 ..tak nak takpe.. :P
katahatiku3: wow...esok present SDD..terbaik ahh..malam ni duk berfoya2 dengan blog dulu...hehe..all da best,guys!!

0 comments: