14 August 2010

anda------segalanya milik ALLAH




Assalamualaikum…anda….

Sihatkah anda disana??semoga anda sihat diselaputi iman-iman yang tinggi mengunung….Owhhh..sudah lama tidak menemui anda…bagaimana lagak anda sekarang ya??



Wahai anda yang dikasihi…

Saya mahu singkap kembali siapa anda disisi saya sebenarnya.Perkenalan kita di awal sem 2 di matrik..owhh..sungguh…saya tidak sangka bahawa kita kekal bersahabat sehingga kini.Anda adalah biasa-biasa sahaja orangnya.Punya istimewa tersendiri.Punya kelemahan tersendiri.


Dari segi perwatakan anda..ya anda sangat baik,anda sangat mementingkan pembelajaran,anda sanggup buat apa sahaja dalam aspek akademik.Paling saya suka dan tertarik terhadap anda semasa memasuki kelas kita ialah,anda tidak sempang tudung anda..pasti anda kata..itu pun tengok ke??..hahaha…yer…saya tengok…galak-galak saya,sempoi-sempoi saya..saya selalu perhatikan orang..bukan sebab apa..tapi saya mahu belajar sesuatu dari orang lain.



~kita pernah berkongsi cerita,meluah rasa disini~



Anda,Sahabat saya…

Anda pernah mengaku yang anda punya teman istimewa,istimewa macam mana,saya tidak berupaya untuk menyelidik..yer..anda..saya tahu…saya tahu anda sangat menyayangi teman istimewa anda..sampai satu tahap,saya pernah cemburu dengan anda..kenapa agaknya saya cemburu ya??


Hahh..nie kisahnya…di meja batu depan dewan kuliah besar…(saya masih ingat,serius..saya sangat ingat)…anda menceritakan kepada saya bahawa assignment agama anda ketika itu sedang disiapkan oleh teman istimewa anda..dan assignment akan diburn dalam CD dan akan diposkan ke kedah..jauh bukan?? Owhh…serius jua..saya sangat cemburu…sebab disaat saya sedang bergelumang dengan pelbagai assignment,test dan kuiz..salah satu kerja anda sudah disiapkan..saya langsung tidak cemburu anda punya teman istimewa,tapi saya amat cemburu bila kerja anda dah siap..teruk bukan??apa laa saya nie..pada masa tue,otak saya dah fikir macam-macam tentang anda..uhh…ya ALLAH..maafkan saya kerana tidak berlapang dada pada dirinya…


Seterusnya,saya mula mengenali anda dengan lebih dekat apabila berada dimasjid..pada masa itu,anda meluahkan segalanya bahawa anda tidak mahu terikat dengan teman istimewa anda.Anda menceritakan bahawa anda takut dengan azab ALLAH dan pelbagai kemungkinan di kemudian hari.Saya biarkan anda melepaskan apa yang terbuku dihati anda.Biarkan anda tenang.Sesungguhnya,ketika itu saya sangat gembira kerana anda sudah mulai sedar apa yang sedang anda lakukan.Anda menangis.Saya menangis.(tapi dalam hati la..heheh).Anda menangis kerana kesal.Saya menangis kerana terharu dengan kesedaran anda.Anda berkata bahawa anda mahu berubah namun tidak kuat.Percayalah,dari saat itu,saya sentiasa menyokong anda dari belakang,doa saya tidak putus seiring dengan Cinta ALLAH terhadap anda.ALLAH sangat sayangkan anda.Itu lagi membuatkan saya cemburu dengan anda.



Buat anda yang saya sayangi..

Setelah hampir 2 tahun meninggalkan zaman matrikulasi,hampir 2 tahun juga kita putus hubungan,namun saya masih mengingati anda..anda pula bagaimana pula?masih ingat kenangan kita??

Semasa saya menjalankan kuliah semester pendek,anda mula add saya diFB dan ym..dari situ kita mula membuka cerita-cerita lama..ya..sangat suka apabila mendapat tahu anda masih ingat akan saya..owhh…sangat syok…(mood:blushing2)


Paling saya gembira bahawa anda sudah meninggalkan teman istimewa anda.Owhh..ya ALLAH,tenangkan hatinya,tunjukkan dia hikmah KAU yang agung.Saya tahu anda sangat sedih namun saya juga tahu anda memang seorang kuat.Satu persatu berita gembira tentang anda,anda khabarkan pada saya.Saya sangat gembira.Hati saya menangis apabila anda khabarkan bahawa anda sedang bertatih mahu bertudung labuh..masyaALLAH…saya sangat gembira..saya cemburu ALLAH sayangkan anda..saya cemburu ALLAH limpahkan hidayah paling tinggi buat anda.Tapi,saya tetap gembira..cemburu saya sekejap cuma.Itu rezeki anda.


Hari ke hari,anda suka bertanyakan macam-macam soalan berbentuk agama dan pandangan nasihat dari saya..Kadang-kadang saya malu untuk menjawab memandangkan saya bukanlah arif sangat namun saya cuba memberi solusi terbaik buat anda.Saya tanyakan pada yang pakar agar saya tidak memberiajaran sesat buat anda.Saya suka bila anda tanya saya macam-macam sebab sekurang-kurangnya saya juga dapat tahu apa yang saya tidak tahu sebelum nie..iyya..ilmu itu kan sangat luas.


Kadang-kadang saya rasa sangat sedih sebab tidak dapat membantu anda sepenuhnya.Jujur,sem kali ini,saya sangat sibuk,saya tahu saya telah mengabaikan anda.Saya lupa sahabat-sahabat saya dalam mengejar cita-cita saya sendiri.Alhamdulillah…anda tidak jatuh,anda tidak terpesong.ALLAH masih menjaga anda buat saya.


Anda yang saya hormati,

Anda sudah cukup kuat,namun anda kurang yakin..yakinlah,anda…berdoalah pada ALLAH yang Maha Mendengar..InsyaALLAH..pasti dimakbulkan..usah difikirkan kisah-kisah lalu.Kita punya masa silam masing-masing,namun kisah silam itu perlu dijadikan iktibar bukannya penghalang untuk berubah.Tekadkan hati,nekadkan niat,tabahkan jiwa.Teruslah bergerak..berubah..berubah…dan berubahlah kearah kebaikan yang anda idamkan itu..megejar REDHA ALLAH..



Anda..

Jujur,saya banyak belajar dari anda,anda ingatkan saya segalanya yang pernah terpalit pada saya suatu ketika dahulu.Anda katakan bahawa ujian inilah yang mendekatkan diri anda dengan ALLAH..ya ..saya akui..anda..usah ragu-ragu lagi…anda sangat beruntung kerana tidak malu-malu untuk berubah…bukan anda belajar dari saya,tapi saya yang banyak belajar dari anda..anda sangat istimewa...saya sayang anda.keluarga sayang anda,kawan-sayang anda..paling utama ALLAH sayang anda..


Teruslah berubah…teruslah kejar cita-cita anda yang mulia itu..





notakakiku1:anda...anda tahu siapa anda dalam nie kan...sesungguhnya,kita tidak punya apa2..segalanya milik ALLAH.

notakakiku2:sesiapa sahaja boleh baca namun janganlah terasa apa2..kerana hanya anda sahaja yang tahu...jangan jadikan ia kontroversi seperti sebelum ni...

notakakiku3:buat anda------>anda memang hebat...tidak ramai yang mampu menjadi seperti anda....sangat2 rindu dan sayang anda..

notakakiku4:others----->ambillah pengajaran darinya..semua orang berhak untuk berubah dan menjadi baik.

05 August 2010

Jalankan Amanah anda!!

Sesungguhnya ALLAH menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya(yang berhak menerimanya),an-Nisa':58

Sabda Rasulullah s.a.w:
Ketahuilah!!Tidak beriman bagi sesiapa yang tiada amanah.
Riwayat Imam Ahmad

Berdasarkan ayat dan hadis diatas amanah adalah satu kewajipan yang mesti ditunaikan.Perintah disini wajib sebagaimana perintah-perintah yang lain seperti solat,puasa dan sebagainya.Amanah adalah cabang keimanan,seseorang yang beriman mempunyai sifat amanah dan sebaliknya pula orang yang tidak amanah itu menandakan kekurangan imannya.

Mengetahui bidang tugasnya;seorang staff yang profesional tidak perlu diberitahu secara berulang-ulang tentang tugasnya.Dia hanya perlu ditunjuk ajar sekali.kemudian sendiri akan menyelesaikannya tanpa perlu ditegur lagi.Dia akan menyiapkannya sebelum atau tepat pada waktunya.Dia tidak mengenal erti tangguh-menangguh.

Mempunyai rasa tanggungjawab dan tidak membebankan orang lain menyelesaikannya.

Melakukan setiap tugas dengan bersungguh-sungguh dan yang terbaik.

Menunjukkan sifat komitmen kepada kerja dan tidak berdalih.Sentiasa ada ketika diperlukan dan lebih mementingkan kerjanya dari tugas-tugas yang tidak berkaitan.Seorang individu yang berkaliber akan peka dengan perkembangan ditempat kerja,dia tidak akan menggunakan alasan seperti tidak tahu ada meeting,tidak tengok surat lagi,lewat diberitahu dan pelbagai alasan lain.

Menjauhkan diri daripada sebarang sifat khianat dan tidak bermaruah seperti rasuah,pecah amanah,bocorkan soalan dan membuat sesuatu untuk kepentingan diri.

Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkan ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmat
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba


Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu


Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama
Oh…
(huhuhu:ditujukan khas buat semua penggerak sekolah kluster)



notakakiku1:sedang dalam mood renew cluster program..
notakakiku2:to all cluster's members..please..semangat2..tanpa anda semua,kita takkan berjaya..buktikan....
notakakiku3:3 minggu yang HOT bergelut dengan projek dan assignment..
ya ALLAH..permudahkanlah ia..
notakakiku4:penat daku mencari lagu yang sesuai nga kita..amanah paling besar buat kita sekarang ialah menuntut ilmu..

01 August 2010

What,If..AND....


What if ALLAH couldn't take the time to bless us today because we couldn't take the time to thank HIM yesterday?

What if ALLAH decided to stop leading us tomorrow because we didn't follow HIM today?

What if,we never saw another flower bloom because we grumbled when ALLAH sent the rain?

What if ALLAH didn't walk with us today because we failed to recognize it as HIS day?

What if ALLAH took away AL-QURAN tomorrow because we would not read it today?

What if ALLAH took away HIS message because we failed to listen to the messenger?

What if the door of the mosque was closwd because we did not open the door of our heart?

What if ALLAH stopped loving and caring for us because we failed to love and care for others?

What if ALLAH would not hear today because we couldn't take the time to thank HIM yesterday?

What if ALLAH answered our prayes the way we answer HIS calls?

What if ALLAH met our needs the way we give HIM our lives?

What if we failed to send this message on..?


notakakiku1:Sedang refresh my semangat..my iman also...

26 July 2010

SERIBU JALAN,SERIBU ALASAN

”Sekiranya kita ingin mahu sesuatu,kita sebenarnya ada seribu jalan.Tetapi,sekiranya kita tak hendak sesuatu,kita ada sejuta alasan.”

Bayangkan situasi ini.Anda didatangi seorang jurujal.Dia memperkenalkan diri secara ringkas kemudian menawarkan anda suatu produk yang sememangnya anda sangat-sangat berminat.Anda tanpa berfikir dua kali bersetuju untuk membeli.Malangnya,semasa nak bayar anda seluk poket seluar ataupun tas tangan.Keluarkan dompet.Buka.Tiada duit.Otak anda secara automatic akan ligat berfikir.Antara soalan dan jawapan yang mungkin bermain di dalam kepala ketika itu ialah

-Apa nak buat ni?

-Dimana aku letak duit aku tadi?

-Boleh bayar guna kad kredit tak?

-Pinjam duit kawan dulu.Esok aku ganti.

-Hutang dululah.Kemudian baru bayar.

Kita selagi bernama manusia yang waras akan berfikir dan terus berfikir untuk mencari jalan penyelesaian.Seterusnya kita akan bertindak dan memilih salah satu atau beberapa jalan penyelesaian yang difikirkan sesuai.

Sekarang anda bayangkan anda berada dalam situasi begini.Nama anda dicadangkan sebagai ketua bagi mengendalikan majlis perasmian suatu acara di tempat anda bekerja.Anda mungkin tersentak.Pada masa yang sama,anda sebenarnya tidak mahu menerima cadangan rakan sekerja tersebut.Tentunya,anda akan memberikan alasan-alasan.Antaranya mungkin seperti dibawah:Saya cadangkan A jadi ketua bukannya saya.A lebih senior.A lebih berkebolehan.A lebih hebat.A lebih cekap.A pandai berkata-kata.A lebih ramai kenalan.A lebih popular.A lebih…A lebih…

Pelbagai alasan lagi akan anda senaraikan untuk menguatkan penolakan cadangan tersebut.

Pada pendapat saya,kita selalunya lebih mudah memberikan alasan daripada mencai jalan penyelesaian.

Fikir-fikirkan…

25 June 2010

siapa kita depan ALLAH??



Kita Cuba menyimpan ALLAH didalam

MASJID pada Hari Jumaat.......

Mungkin malam
JUMAAT?

Dan sewaktu solat
MAGHRIB SAJA?
Kita suka
ALLAH pada masa Kita

sakit....
Dan sudah pasti waktu
Ada

kematian...


Walaubagaimanapun Kita tidak Ada masa atau ruang untuk
ALLAH waktu bekerja atau bermain?
Kerana... Kita merasakan diwaktu itu Kita mampu Dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung
padaNYA.


Semoga
ALLAH mengampuni aku kerana menyangka......
Bahawa nun di sana masih Ada tempat Dan waktu
dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup Ku.(nauzubillah)






Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah
DIA berikan kepada Kita.
DIA telah memberikan segala-galanya kepada Kita sebelum Kita meminta.
RENUNGKANLAH




Ya aku
CINTA ALLAH ...



Dia
adalah sumber kewujudanku Dan Penyelamatku




DIAlah
yang mengerakkan Ku setiap detik Dan Hari. TanpaNYA aku adalahHAMPAS yang tak berguna.





Ini adalah ujian yang
mudah.





Kalau anda benar menyintai
ALLAH Dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu...

sentiasalah berbuat KEBAIKAN....




Sekarang!!!
Anda Ada masa kah untuk berbuat demikian?





Pastikan anda scroll hingga
ke penghabisan.





Susah vs. Senang





Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran
?





Kenapa mengantuk dalam
MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah Kita segar kembali?


Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama
tetapi Kita bangga mem"forward" kan email yang tak senonoh?
Hadiah yang paling istemewa yang
pernah Kita terima.
Solat
adalah yang terbaik....





Tidak
perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan..





Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia
TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.




Tidakkah melucukan bila seseorang berkata "
AKU BERIMAN PADA ALLAH" TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH ).




Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal.., tetapi bila anda hantar email mengenai
ISLAM , ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?




Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.




notakakiku1:e-mel yang telah berada lama dalam inbox namun baru berpeluang berkongsi dengan semua.

16 June 2010

mintalah kepadaKU



Dari ABU DZAR AL-GHIFRI ra dari NABI SAW bersabda meriwayatkan firman ALLAH SWT bahawa DIA BERFIRMAN:"Wahai hamba-hambaKU,sesungguhnya AKU mengharamkan kezaliman atas diriKU dan AKU mengharamkannya atas kamu sekalian,maka janganlah kalian berlaku zalim sesama kalian.


Wahai hamba-hambaKU,kalian semua tersesat,kecuali orang yang AKU beri hidayah,maka mintalah hidayah itu kepadaKU nescaya KU berikan hidayah itu kepadamu.




Wahai hamba-hambaKU,sesungguhnya,kalian semua adalah orang yang lapar,kecuali orang yang AKU beri makan,maka mintalah makan kepadaKU nescaya KU berikan makanan itu kepadamu.




Wahai hamba-hambaKU,sesungguhnya kalian adalah orang yang tidak berpakaian,kecuali orang yang telah KU beri pakaian,maka mintalah pakaian kepadaKU nescaya AKU berikan pakaian itu kepadamu.



Wahai hamba-hambaKU,sesungguhnya kalian semua berbuat dosa di malam dan siang hari dan AKU akan mengampuni semua dosa,maka mintalah ampun kepadaKU nescaya AKU ampuni kalian semua.



Wahai hamba-hambaKU,sesungguhnya kalian tidak dapat mendatangkan sesuatu yang bermanfaat bagiKU,maka sedikit pun kalian tidak bermanfaat bagiKU.



Wahai hamba-hambaKU,sesungguhnya kalian semua tidak akan dapat mendatangkan bahaya bagiKU,maka sedikit pun kalian tidak akan membahayakanKU.



Wahai hamba-hambaKU,andaikan kalian yang awal dan yang akhir,baik dari bangsa manusia mahupun bangsa jin,bertaqwa seperti orang yang paling taqwa diantara kalian,hal itu tidak mengurangi sedikit pun takhta kerajaanKU.



Wahai hamba-hambaKU,andaikan kalian semua yang awal dan akhir,baik dari bangsa manusia mahupun bangsa jin,berdiri diatas satu dataran lalu meminta apa pun kepadaKU,lalu AKU penuhi permintaan mereka,hal itu sedikit pun tidak mengurangi kekayaan yang AKU miliki kecuali seperti berkurangnya air samudera ketika dimasuki sebatang jahit.



Wahai hamba-hambaKU,semua itu adalah perbuatan kalian yang AKU hitungkan untuk kalian,kemudian AKU menyerahkannya kepada kalian.Maka barangsiapa mendapatkan kebaikan,hendaklah ia memuji ALLAH,dan barangsiapa mendapatkan selain itu,hendaklah ia tidak mencela kecuali dirinya sendiri.

(HR.Muslim)



13 June 2010

tafakur


Rasulullah bersabda; ALLAH s.w.t berfirman;
Wahai anak Adam,sepanjang engkau memohon kepadaKU dan berharap kepadaKU akan AKU ampuni apa yang telah kamu lakukan,AKU tidak peduli,Wahai anak Adam,jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepadaKU akan AKU ampuni.Wahai anak Adam,sesungguhnya jika engkau datang kepadaKU membawa kesalahan sebesar dunia kemudian engkau datang kepadaKU tanpa menyekutukan AKU dengan sesuatu pun,pasti AKU datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.

(HR Tirmidzi)





Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...


Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduaan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijap kalbu
Antara kau dan aku

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduaan
Merindui janji-mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

12 June 2010

istimewa:team artikel iLuvislam.com

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

Mari bersama berdoa kepada ALLAH, agar kita sama-sama sihat dalam
nikmat IMAN dan ISLAM yang dihadiahkan oleh ALLAH SWT kepada kita.


Assalamualaikum Warahmatullah…

Sekadar menyinggah…perasan atau tidak ruangan poll di website iluvislam.com..rating artikel paling tinggi bukan?Apa perasaannya??

Iya…bukan mahu bermegah-megah dengannya,bukannya team lain tidak hebat dan bagus cuma ambillah sedikit ibrah dari poll diatas terutamanya buat team artikel.Saya memohon seribu kemaafan sekiranya entry kali ini mengundang ketidakpuasan hati sesetengah pihak,sejujurnya ia khas dan isitimewa buat seluruh team artikel iluvislam.

Sahabat-sahabat sekalian,

Terfikirkah kalian,dibahu kita tergalas amanah yang berat.Rating artikel paling tinggi bukan untuk kita bermegah-megah dan berbangga cuma ia adalah sekadar penunjuk aras dan termometer penyukat agar kita sedar yang kita mesti dan sewajibnya menyediakan dan mengeluarkan artikel-artikel yang bermutu.

Dengan keputusan poll diatas bukanlah bertujuan untuk kita bersenang lenang,bahkan perlu melipat gandakan usaha kita.Rating tersebut menunjukkan user-user iluvislam menaruh harapan dan kepercayaan buat iluvislam dan kita yang sudah semestinya berada dalam portfolio team artikel yang perlu memastikan kesempurnaan artikel yang diterbitkan

Sebenarnya,diluar sana atau kata yang paling tepat user-user iluvislam terlalu dahagakan ilmu-ilmu yang segar dan baru berbentuk artikel dan sudah tentu menjadi kewajipan kita untuk membantu mereka.Mereka amat-amat memerlukan kita.Kita adalah insan-insan terpilih untuk berada di saf team artikel.

Sahabat krew sekalian,

Kerja dakwah tidak semestinya perlu keluar untuk berjuang menentang kemungkaran semata-mata.Pada hemat saya,kerja kita di iluvislam juga kerja dakwah.Dakwah melalui penulisan.Dakwah melalui pembacaan.Dakwah melalui online.Berdakwahlah selagi kita ikhlas mengejar syurga ALLAH.Semoga ia menjadi sedekah yang berterusan buat kita melalui kerja dakwah ini.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila mati seseorang anak adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: Iaitu sedekah yang berterusan pahalanya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya." (riwayat Bukhari dan Muslim)

Saya akui,saya amat cemburukan team lain di iluvislam terutama team forum.Pada pandangan kasar,team forum lebih diminati,lebih femes,lebih baik dan lebih segala-galanya lebih.Namun itu adalah pandangan kasar sahaja,hakikatnya,kita sama-sama diperlukan,kerana tanpa team artikel,pincanglah iluvislam, tanpa team forum,pincanglah iluvislam, tanpa team event,pincanglah iluvislam, dan tanpa mana-mana team juga,iluvislam turut pincang.Kerana juga kita semua adalah satu keluarga,satu family.Yang berbeza adalah peranan dan tugas masing-masing sahaja.Apa yang penting,ialah memantapkan persembahan team masing-masing demi memastikan misi dan visi iluvislam tercapai.

Sahabat team artikel sekalian,

Ayuhh..team artikel,usah bersedih lagi,artikel memang amat penting,dengan tenaga kerja dan usaha yang kita ada,jom sama-sama mantapkan team artikel.Jangan hampakan harapan ummah terhadap kita.Kita yang bertanggungjawab.

Sejujurnya saya sangat sayangkan iluvislam,turut menyayangi kalian..krew yang sama-sama berganding bahu dalam team ini.Saya sayang anda.Sayang team artikel.Sayang gmail.hehehe…



Buat senior-senior team artikel = Sekalung tahniah buat kalian,sangat bersungguh-sungguh dalam memastikan kualiti artikel paling bermutu,ampun maaf dipohon sekiranya ada salah silap sepanjang perjalanan bekerja dalam satu team..sangat gembira dapat bekerja bersama anda..sangat2 berharap juga agar dapat jumpa dengan kalian secara offline..

~krew-krew yang pernah saya jumpa---àkak ros,kak zaffan,kak intan nadia,kak masyitah,aman dan syawal.


Buat krew-krew baru team artikel = Ahlan wasahlan diucapkan..juga sekalung tahniah kerana menjadi yang bertuah untuk terpilih..selamat bekerja dalam team artikel…usah segan-segan dan malu-malu…kita semua adalah sama sajer…berharap juga dapat berjumpa kalian secara offline.

Buat kita semua:kita adalah satu keluarga,bekerja dalam satu team,realisasikan moto analyst hebat,editor hebat,artikel mantap.Sayang kalian Lillah Fillah.


Dari saya yang kerdil:

Qee_ladybird,

Analyst article,

Team article iluvislam.com.


Notakakiku1:Hanya sekadar luahan dari hati yang tulus terlakar melalui tarian jari-jemari di keyboard buat peringatan diri sendiri juga.

Notakakiku2:Kalian..saya mohon doanya…final exam 29hb Jun..lepas itu,terus cuti maaa…hehehehe…