14 August 2010

anda------segalanya milik ALLAH




Assalamualaikum…anda….

Sihatkah anda disana??semoga anda sihat diselaputi iman-iman yang tinggi mengunung….Owhhh..sudah lama tidak menemui anda…bagaimana lagak anda sekarang ya??



Wahai anda yang dikasihi…

Saya mahu singkap kembali siapa anda disisi saya sebenarnya.Perkenalan kita di awal sem 2 di matrik..owhh..sungguh…saya tidak sangka bahawa kita kekal bersahabat sehingga kini.Anda adalah biasa-biasa sahaja orangnya.Punya istimewa tersendiri.Punya kelemahan tersendiri.


Dari segi perwatakan anda..ya anda sangat baik,anda sangat mementingkan pembelajaran,anda sanggup buat apa sahaja dalam aspek akademik.Paling saya suka dan tertarik terhadap anda semasa memasuki kelas kita ialah,anda tidak sempang tudung anda..pasti anda kata..itu pun tengok ke??..hahaha…yer…saya tengok…galak-galak saya,sempoi-sempoi saya..saya selalu perhatikan orang..bukan sebab apa..tapi saya mahu belajar sesuatu dari orang lain.



~kita pernah berkongsi cerita,meluah rasa disini~



Anda,Sahabat saya…

Anda pernah mengaku yang anda punya teman istimewa,istimewa macam mana,saya tidak berupaya untuk menyelidik..yer..anda..saya tahu…saya tahu anda sangat menyayangi teman istimewa anda..sampai satu tahap,saya pernah cemburu dengan anda..kenapa agaknya saya cemburu ya??


Hahh..nie kisahnya…di meja batu depan dewan kuliah besar…(saya masih ingat,serius..saya sangat ingat)…anda menceritakan kepada saya bahawa assignment agama anda ketika itu sedang disiapkan oleh teman istimewa anda..dan assignment akan diburn dalam CD dan akan diposkan ke kedah..jauh bukan?? Owhh…serius jua..saya sangat cemburu…sebab disaat saya sedang bergelumang dengan pelbagai assignment,test dan kuiz..salah satu kerja anda sudah disiapkan..saya langsung tidak cemburu anda punya teman istimewa,tapi saya amat cemburu bila kerja anda dah siap..teruk bukan??apa laa saya nie..pada masa tue,otak saya dah fikir macam-macam tentang anda..uhh…ya ALLAH..maafkan saya kerana tidak berlapang dada pada dirinya…


Seterusnya,saya mula mengenali anda dengan lebih dekat apabila berada dimasjid..pada masa itu,anda meluahkan segalanya bahawa anda tidak mahu terikat dengan teman istimewa anda.Anda menceritakan bahawa anda takut dengan azab ALLAH dan pelbagai kemungkinan di kemudian hari.Saya biarkan anda melepaskan apa yang terbuku dihati anda.Biarkan anda tenang.Sesungguhnya,ketika itu saya sangat gembira kerana anda sudah mulai sedar apa yang sedang anda lakukan.Anda menangis.Saya menangis.(tapi dalam hati la..heheh).Anda menangis kerana kesal.Saya menangis kerana terharu dengan kesedaran anda.Anda berkata bahawa anda mahu berubah namun tidak kuat.Percayalah,dari saat itu,saya sentiasa menyokong anda dari belakang,doa saya tidak putus seiring dengan Cinta ALLAH terhadap anda.ALLAH sangat sayangkan anda.Itu lagi membuatkan saya cemburu dengan anda.



Buat anda yang saya sayangi..

Setelah hampir 2 tahun meninggalkan zaman matrikulasi,hampir 2 tahun juga kita putus hubungan,namun saya masih mengingati anda..anda pula bagaimana pula?masih ingat kenangan kita??

Semasa saya menjalankan kuliah semester pendek,anda mula add saya diFB dan ym..dari situ kita mula membuka cerita-cerita lama..ya..sangat suka apabila mendapat tahu anda masih ingat akan saya..owhh…sangat syok…(mood:blushing2)


Paling saya gembira bahawa anda sudah meninggalkan teman istimewa anda.Owhh..ya ALLAH,tenangkan hatinya,tunjukkan dia hikmah KAU yang agung.Saya tahu anda sangat sedih namun saya juga tahu anda memang seorang kuat.Satu persatu berita gembira tentang anda,anda khabarkan pada saya.Saya sangat gembira.Hati saya menangis apabila anda khabarkan bahawa anda sedang bertatih mahu bertudung labuh..masyaALLAH…saya sangat gembira..saya cemburu ALLAH sayangkan anda..saya cemburu ALLAH limpahkan hidayah paling tinggi buat anda.Tapi,saya tetap gembira..cemburu saya sekejap cuma.Itu rezeki anda.


Hari ke hari,anda suka bertanyakan macam-macam soalan berbentuk agama dan pandangan nasihat dari saya..Kadang-kadang saya malu untuk menjawab memandangkan saya bukanlah arif sangat namun saya cuba memberi solusi terbaik buat anda.Saya tanyakan pada yang pakar agar saya tidak memberiajaran sesat buat anda.Saya suka bila anda tanya saya macam-macam sebab sekurang-kurangnya saya juga dapat tahu apa yang saya tidak tahu sebelum nie..iyya..ilmu itu kan sangat luas.


Kadang-kadang saya rasa sangat sedih sebab tidak dapat membantu anda sepenuhnya.Jujur,sem kali ini,saya sangat sibuk,saya tahu saya telah mengabaikan anda.Saya lupa sahabat-sahabat saya dalam mengejar cita-cita saya sendiri.Alhamdulillah…anda tidak jatuh,anda tidak terpesong.ALLAH masih menjaga anda buat saya.


Anda yang saya hormati,

Anda sudah cukup kuat,namun anda kurang yakin..yakinlah,anda…berdoalah pada ALLAH yang Maha Mendengar..InsyaALLAH..pasti dimakbulkan..usah difikirkan kisah-kisah lalu.Kita punya masa silam masing-masing,namun kisah silam itu perlu dijadikan iktibar bukannya penghalang untuk berubah.Tekadkan hati,nekadkan niat,tabahkan jiwa.Teruslah bergerak..berubah..berubah…dan berubahlah kearah kebaikan yang anda idamkan itu..megejar REDHA ALLAH..



Anda..

Jujur,saya banyak belajar dari anda,anda ingatkan saya segalanya yang pernah terpalit pada saya suatu ketika dahulu.Anda katakan bahawa ujian inilah yang mendekatkan diri anda dengan ALLAH..ya ..saya akui..anda..usah ragu-ragu lagi…anda sangat beruntung kerana tidak malu-malu untuk berubah…bukan anda belajar dari saya,tapi saya yang banyak belajar dari anda..anda sangat istimewa...saya sayang anda.keluarga sayang anda,kawan-sayang anda..paling utama ALLAH sayang anda..


Teruslah berubah…teruslah kejar cita-cita anda yang mulia itu..





notakakiku1:anda...anda tahu siapa anda dalam nie kan...sesungguhnya,kita tidak punya apa2..segalanya milik ALLAH.

notakakiku2:sesiapa sahaja boleh baca namun janganlah terasa apa2..kerana hanya anda sahaja yang tahu...jangan jadikan ia kontroversi seperti sebelum ni...

notakakiku3:buat anda------>anda memang hebat...tidak ramai yang mampu menjadi seperti anda....sangat2 rindu dan sayang anda..

notakakiku4:others----->ambillah pengajaran darinya..semua orang berhak untuk berubah dan menjadi baik.

0 comments: