08 May 2013

Hijrah : Hand Sock


Assalamualaikum.

Cerita 1 :


Dalam bas. Seorang kawan menegur.

Kawan : Eh, tengok ni, aku pakai hand sock.Aku ikut mu qeela.
Aku      : *senyum (dalam hati Alhamdulillah)
Kawan  : Aku nak berubah jadi baik.Pakai hand sock jer.Nanti tolong aku.
Aku      : Bagus-bagus. Aku pun nak berubah jadi baik jugak.
(dialog  lebih kurang, sebab aku lupa..hahaha)



Cerita 2 :

Di tempat makan.Seorang kawan yang lain menegur.

Kawan : Hari ni qeela tak pakai sarung lengan?
Aku     : Aaah, sebab lengan baju ni dah cekik.Perasan ke?
Kawan : Perasan la.Hari-hari pakai.

Dalam hati.MasyaALLAH.Yes.Ada satu hari tu aku tak pakai dengan alasan lengan baju tu dah cekik,dengan secara tak langsung aku rasa ia dah cukup menutup aurat.Baju tu blouse putih dan aku memang pakai dengan baju inner hitam.

Terdetik dalam hati aku.ALLAH hantar kawan aku untuk menegur aku.Menasihati aku.Kawan aku tu biasa-biasa orangnya.Tapi dia sangat concern dengan aku.Hatta, perkara sekecil ini.Tapi aku pulak sewenang-wenangnya pulak memudahkan segala-galanya.

Realiti, aku bukannya pemakai tegar hand sock.Tapi, hakikatnya aku rasa sangat kosong bila aku tak pakai hand sock.Aku mula belajar pakai apabila memasuki KMK (Matrik Kedah). Zaman Maahad juga aku jarang-jarang sekali pakai memandangkan baju sekolah kitorang memang dah dikancing tangan bajunya.Waktu itu aku rasa dah cukup terjaga lebih-lebih lagi berada dalam kelompok perempuan sahaja.

Apabila memasuki KMK,aku berubah perlahan-lahan.Aku rajinkan dan istiqamahkan diri untuk pakai hand sock.Sehingga masuk UMP.Ada juga kott aku terlupa atau tak terpakai.Aku lupa.

Bila dah keluar UMP,persekitaran makin berbeza.Berjumpa dengan pelbagai orang,ragam bangsa dan agama.Masa ni aku mula ada satu hand sock jejari.Aku suka hand sock jejari ni.Rasa terjaga dan dihormati.Sungguh.Aku banyak kena naik bas.So,kadang-kadang hand sock ni pelindung aku.Bila ntah nak beli banyak-banyak lagi.Tak sempat sangat nak shopping sekarang ni.

Cerita tentang hand sock ini bukan untuk menunjuk-nunjuk.Cuma untuk kawan aku dalam cerita 1(kalau dia dapat trace blog ni..haha), teruskanlah niat nak pakai hand sock tu.Istiqamahkan diri.Aku pun tak baik jugak.Tapi sentiasa berimpian untuk menjadi baik dan solehah.Aku bersyukur sangat-sangat kalau ko terpengaruh dengan bab yang satu ni.Tapi,percayalah,aku tak baik pun.Jangan pandang pada hand sock aku sahaja.

Moral dari cerita 2,thanks kawan tolong ingatkan.Ya.Aku manusia biasa.Kadang-kadang lupa.Kadang-kadang khilaf.Untung ada kawan yang boleh mengingatkan.Ingatkan aku lagi sekiranya aku terlupa.


kredit : drcintapunyabelog


katahatiku1: Post kat blog sebab ia amat terkesan dalam hati.Its nothing for you,but its something for me.Thanks ALLAH.
katahatiku2 : Aku berazam untuk selalu pakai hand sock.






2 comments:

mutiaraKU said...

saye sayang qila yang baik hati ni ^^ qila the gorgeous!

Nes Shahira said...

terima kasih awak penah bg kite handsock :D