Alhamdulillah.Dapat kali kedua baucer buku.Yes-yes.Dah ada
senarai dah pun.One of them adalah karya-karya Bahruddin Bekri.Serius.Suka giler
dengan buku-buku beliau. Ayat-ayat dia mahu sentap ok.
Oh..minat beliau juga selain Cecelia Ahern, Tere Liye,Us.Zahiruddin and so on.Eh..bukan minat dia la.Mati aku kena sembelih dengan ayah minat kat suami orang.Minat penulisan-penulisan dia la wei....ohh..Tuan BB(eh…macam panggil
blackberry pula,semoga dapat sign untuk salah satu buku anda untuk saya).
Esok nak ke Pesta Buku kat PWTC.Semoga Tuan BB ada juga.
Esok nak ke Pesta Buku kat PWTC.Semoga Tuan BB ada juga.
Meh review satu-satu buku yang beliau hasilkan.Rajin benor aku kalau time busy ni kan.Petang ni present progress projek.
Hidup Penuh Cinta
Buku pertama karya BB yang dibeli dan dibaca. Tak payah cakap la
kan,sebab nama cinta tu yang terbaca dulu.Serius best.Dalam ni ada ringkasan
cerita-cerita cinta pendek.Bukan cinta versi lelaki peremuan tu yer,tapi cinta
kasih sayang yang meluas.Baca sendiri baru faham.Mula-mula tak faham tapi
lama-lama baru tahu maksud yang ingin disampaikan.
Penulis Yang Disayang Tuhan
Tertarik dengan tajuk dia. Antara novel BB yang agak
tebal.Takde tebal sangat tapi tebal la jugak.Cerita tentang putus asa seorang
penulis dalam menghasilkan buku.Dalam pada masa yang sama, banyak nilai-nilai
murni yang ada bila seprang yang tak dikenali menulis surat dan beri penulis tu
macam-macam nasihat.Agakla best sebab cerita motivasi kehidupan.Tak rugi baca weh.Ada sikit-sikit elemen seperti Diari Mat Despatch.
Diari Mat Despatch : Hati Emak
Diari Mat Despatch: Naluri Ayah
Diari Mat Destapcth : Edisi Patah Hati
Diari Mat Despatch : Lelaki Baik
Diari Mat Despatch : Lelaki Baik
Ni buku-buku yang dikategorikan kecik-kecik.Means nipis-nipis la harga pun dalam 9.90 jer.Berbaloi.Masa aku baca ni,member selalu tanya ko baca komik apa.haha..sebab
cover semua Diari Mat Desppatch ni comey-comey dan edisinya berbeza.Watak-watak pun lebih kurang jer.Cuma plot yang berbeza.Ada watak Suzy,ada Citra Indah Delisa mende ntah dan banyak lagi malas aku nak taip .Bila beli Tentang Hati Emak, akubeli jugak Naluri Ayah.Kiranya complete la sikit ada mak ada ayah.
Edisi Patah Hati tu, aku promote kat Nani suh beli.Dia pelik
aku duduk bersila bagai kat MPH baca Naluri Ayah,siap cakap lagi buku macam
budak-budak.Perghh peduli hape aku.Asal aku suka kan. Then.aku cakap la best-best semua karya BB ni.Lastly, dia beli.Dia beli aku rembat la baca..hihi.Jimat bajet aku kat situ.Aku nak beli yang lain lagi banyak ni.
Dunia ini sederhana kecil + doa untuk aku.
DISK ni aku baca review jer tapi dah tertarik.Mula ingat nak beli buku ni,tapi takde stock.Siap email supplier lagi.Tu yang pergi beli Hidup Penuh Cinta & Penulis Yang Disayang Tuhan.Tapi,syukur kali ni,aku ternampak buku ni kat Giant Seri Kembangan.Terus beli wei tak fikir apa dah.Siap kombo lagi.Untung aku.Walau terpaksa tunggu lama nak dapatkan akhirnya berbaloi.Tapi sekarang tengah baca lagi.Tak sempat sangat nak baca sebab agak sibuk sikit sekarang.
Macam mana kenal BB
Alaaa…rumah dia belakang rumah aku jer…ehh.tak-tak…aku kenal
bila aku google buku.Banyak review tentang buku beliau.Ada yang cakap best.ada yang tak faham.Tapi aku tertarik nak beli dan baca.Awal-awal dulu beliau tak femes pun tapi hambek kaw,sekarang popular BB ni.Lebih-lebih lagi ada buku dengan Prof Muhaya.Oh..buku tu best jugak.Banyak cerita pengajaran dari hospital.Cubalah baca pasti tak menyesal.hehh.
Ehh…tetiba banyak jugak koleksi BB aku?Ermm…selepas BB,Tere Liye,Cecelia Ahern, aku nak kumpul koleksi Prof Muhaya pulak.Ecece...hehe.
Okies.Adios.Ketemu di PWTC esok.InsyaALLAH
Okies.Adios.Ketemu di PWTC esok.InsyaALLAH
0 comments:
Post a Comment