03 May 2010

~mereka~

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHIWABAROKATUH~~~
salam perpaduan dan salam 1 malaysia

saya jarang sekali bercerita tentang mereka..siapa mereka?..huhu..roomate2 saya di ump..saya banyak bercerita tentang kehidupan didalam kelas,bukan kerana apa,tetapi saya tahu suatu hari nanti pasti ada cerita yang best2 tuk diceritakan.Dan memang betul,ALLAH izinkan kali ini untuk saya bercerita tentang mereka,cerita yang paling 'best'.
Hampir setahun mengenali,gelak ketawa,suka,duka,emo,rajuk dan macam2 gaya melengkapi kehidupan kami di c4205.Namun kini,saya pasrah..kami tidak mungkin akan bersama lagi.(hahaha..ayat bagai nak pasrah jer..)

Banyak pengalaman yang kami lalui bersama dalam setahun ini.. walau berbeza kursus namun kami still rapat, walau ada kadang2 terguris hati antara kami,namun ia menguatkan lagi ikatan hati2 kami, walau kami berbeza pendapat dan citarasa,namun kami masih menghormati antara satu sama lain.

Kecoh,kepoh,bising dan kalut mewarnai sisa-sisa hari kami seharian.pasti rindu mereka dan kenangan2 kami.selalu buat masalah kat blok namun kami bahagia..hahaha..lawak2..tertinggal kunci disaat2 nak exam,mengetuk tombol pintu hingga rosak,memotong wayar getah dalam toilet(kebaikan okies,nak kasi senang air mengalir),menampal selotep hitam kat pintu toilet(tak nak kasi pintu tercabut,kebaikan lagi,okies..),beli buah banyak2 dan makan2,joging diwaktu malam,round2 UMP waktu petang,berkelah di TC secara curi2,tahan mengantuk semata2 nak subuh di masjid,owhh...sangat banyak aktiviti kami bersama-sama..

Saya akan mula belajar untuk hidup tanpa mereka..

Tiada lagi budak gemuk a.k.a patrick,
tiada lagi baby,
tiada lagi pok2 tuk qis,
tiada lagi melati,
tiada lagi doktor,

tiada lagi driver,

tiada lagi air teh malam2,
tiada lagi biskut jacobs bilik,
tiada lagi conference kul 3 pagi,
tiada lagi cinderella,

tiada lagi menari2 GG and nobody2,
tiada lagi cuci2 kipas,
tiada lagi basuh2 bilik


dan pastinya tiada lagi dia,dia,dan dia=mereka + saya = KAMI


notakakiku1:saya tak sedih..hidup ini terlalu singkat untuk disedihkan..cuma yang ada ialah terkilan..but i'm still okies..trying my best to find my true happiness ...

notakakiku2:Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui~~~~sesungguhnya aturan ALLAH terbaik buatku~~~~

0 comments: