07 April 2010

Kesempatan Dalam Kehidupan

Di sebuah ladang yang subur, terdapat 2 buah bibit tanaman yang terhampar. Bibit yang pertama berkata,
“Aku ingin tumbuh besar. Aku ingin menjejakkan akarku sangat dalam di tanah ini, dan menjulangkan tunas-tunasku di atas kerasnya tanah ini. Aku ingin membentangkan semua tunasku, untuk menyampaikan salam musim semi. Aku ingin merasakan kehangatan matahari, serta kelembutan embun pagi di pucuk-pucuk daunku.”

Dan bibit yang pertama inipun tumbuh, makin menjulang.

Bibit yang kedua bergumam. “Aku takut. Jika kutanamkan akarku ke dalam tanah ini, aku tak tahu, apa yang akan kutemui di bawah sana. Bukankah disana sangat gelap? Dan jika kuteroboskan tunasku keatas, bukankah nanti keindahan tunas-tunasku akan hilang? Tunasku ini pasti akan terkoyak. Apa yang akan terjadi jika tunasku terbuka, dan siput-siput mencoba untuk memakannya? Dan pasti, jika aku tumbuh dan merekah, semua anak kecil akan berusaha untuk mencabutku dari tanah. Tidak, akan lebih baik jika aku menunggu sampai semuanya aman.”
Dan bibit itupun menunggu, dalam kesendirian.

Beberapa hari kemudian, seekor ayam mengais tanah itu, menemukan bibit yang kedua tadi, dan memakannya segera.


***

Teman, memang, selalu saja ada pilihan dalam hidup. Selalu saja ada lakon-lakon yang harus kita jalani. Namun, seringkali kita berada dalam kepesimisan, kengerian, keraguan, dan kebimbangan-kebimbangan yang kita ciptakan sendiri. Kita kerap terbuai dengan alasan-alasan untuk tak mahu melangkah, tak mahu menatap hidup. Kerana hidup adalah pilihan, maka, hadapilah itu dengan gagah. Dan kerana hidup adalah pilihan, maka, pilihlah dengan bijak. Sahabat, setiap pilihan selalu ada risiko yang mengiringinya. Namun jangan sampai ketakutan, keraguan dan kebimbangan, menghentikan langkah kita.


“Bukalah setiap pintu kesempatan yang datang mengetuk, sebab, siapa tahu, pintu itu tak mengetuk dua kali.” (Hilman, Lupus I)


notakakiku1:selamat berskill based 2 data com & network tuk sumer BCS 09/10 dan menjalani study week dengan jayanya.

03 April 2010

mALAM seLINGkar KasIH 2010...

BLACK N GOLD..BLACK N GOLD..BLACK N GOLD…tetttt…hehehe…tema tuk dinner PETAKOM malam tadi yang bertempat di Bukit Gambang Resort City..adesss…sangat2 berpuas hati sebab dapat pulun bergambar..hakhaks…Kami (baca:aku,ayu n fina) bertolak ke BGRC pada jam 12.30 tengah hari disebabkan menjadi AJK untuk dinner tue..kami kena bertolak awal tuk menolong orang2 disana dalam membuat persiapan terakhir dan full rehearsal..aduhaiii…bertolak pada waktu tengah puncak gitu memang menyeksakan ulu ati aku..sebab dahla kena naik depan kompleks sukan yang jauh tue bersama bungkusan2 nasi yang dikirim oleh mereka yang berada disana..kitorang kena naik depan kompleks sukan tue sebab kena angkut skali alatan band tuk malam tue..


Setibanya kami disana..fulamaakkk..cantik sihhh…jakun lak plak..hahaha..yer la..dah hampir setahun duk Gambang,jelajah Bandar Kuantan tu expert,jelajah Gambang hancusss..sampai2 jer..cik khaled(dak kuliah aku) yang poyo berkaca mata yang dibeli di lobi shop Gambang Resort berharga RM19.90 tu menyambut kami..bukan menyambut kami,menyambut alatan band tue..dak2 laki yang angkut tue,nak harapkan aku angkut,huhuhu..tunggu aku terjun kolam renang dulu arr…


Masuk2 jer dewan, nampakla ramlah n wawa (dak kuliah aku gak) tengah menangis2 terharu sebab aku,ayu n fina dah tiba disana..hahaha..takdela..diorang tengah wat keje la…huhuhu..diorang dah berada disana sejak kul 10 pagi lagi sebab kena hias2 dewan…Sampai jer,mula snap gambar dua tiga keping..sempat gi solat zuhur dulu sebab rehearsal start kul 2 petang..perjalanan nak gi solat tu agakla haunted tapi dalam ati dah plan nak amik gambar dah..view kat sana sangat cantik..abis solat jer,terus bergambar kat pokok tepi tasik tue..fina yang kesakitan kaki juga turut sama turun dari balkoni tu semata2 nak bergambar..dan2 tu tarik AJK lain tuk amik pic kami bertiga..hahaha..


Masuk balik dewan…kena gunting dan gam nama meja..duduk bersila cam menunggu pinangan jer ketika sesi guntingan tue..hohoho..then,mula rehearsal…ding..ding..dang..dang..bla..bla..bla..abissss sudaaaa…hahahaha… Sementara tu,aku nga ayu sempat lagi melantak roti kat belakang,naseb baik ko bawa roti tu ayu,lehla isi masa lapang kita kat sana..sambil2 tengok free show dari model plastic wa jakun ..huhuhu..hanya kami2 jer tahu…~lalalala~dan2 gak duk pulun dengar lagu Jay Sean..cry,cry..cry..



Masa tu gak otak aku ligat berfikir nak iron kat mana..hahaha..tak leh blah,siap g Tanya kat akak kaunter ag brape rm satu bilik semalaman..hohoho..ko ingat rm3.50 sehari cam UMP ke??adess…ingat dapatla rehat2 kat bilik dulu sebelum masuk dinner,bajet ada duit laa..padahal ATM tu dah cam gurun sahara dah,kemarau panjang tak berkeseduhan..hohoho…
Last2,iron kat surau dengan bantuan extension akak AJK sebab plug dia terlalu tinggi..huhu..mereka2 ini siap perli aku lagi,katanya,selagi tak dapat iron baju selagi tu la aku gelisah,resah,..haha..taw takpe..baju aku tue berkedut seribu kott..


Dalam kul 7,haha..start la sesi makeover2 mereka ini,aku tukang tengok jer…tak reti aku benda2 gini..selepas maghrib,baru aku bersiap,tetamu dinner pun rasanya dah sampai sebab bas bertolak kul 6.30 n 7.30 lagi..Kul 8,barulah group aku bergegas naik ke atas..hehehe..dah ramai orang rupanya…huhu..tiba2 dapat call dari roommate aku,cik pika,maka menjemputlah aku akan dia sebab dia tak datang nga bas..ondaway nak g depan tue,terserempak lak nga si Azhar n sir Izham…ayu la yang paling malu sekali…kena kejar nga sir Izham..hahaha..lawak2..wat kecoh jer depan receptionist tuee..


Maka,bermulalah majlis kami…haha..meja kami nga meja geng aku,nana,nenes,madi n so on berjauhan namun tidak mematahkan semangat nak bergambar tuee..time makan gak,sempat la aku switch meja nga pika,aku g makan nasi dia,dia amik dessert aku..hohoho..gara2 takut tak sempat makan..padahal banyak lebih kottt…

-persediaan sebelum bertolak kul 12.30 tue..operasi angkut mengangkut alat muzik yang bakal digunakan malam nanti.-



-persiapan terakhir untuk majlis malam nanti..semua tengah bersungguh-sungguh untuk memastikan yang terbaik..perbincangan demi perbincangan..-



-malamnya...adess...semua bergaya sakan...dan itulah classmate (girl) software first year hadir pada malam itu,pic geng kitorang berlima juga ada-



-mereka keceriaan n kesengalan walaupun di majlis orang-





-kami lagi...juga roomate aku...juga lecturer yang sempoi..-



LOVE all dis pic..soo sweet...




*diskriminasi turut ada,kebetulan lagu diskriminasi turut dinyanyikan..lantas,dak2 sengal ini mula buat projek mereka..apakah ia,tanya mereka diatas..nasib baik tak naik stage...


Korang2: hohoho..tak sangka sumer geng2 aku join dinner:ayu,fina,nana n wani..sumer ada..walau ada yang tak nak pada awalnya,namun desakan n gesaan,akhirnya kalah gak kan..hehehe..thanks for being my lover..adessss...



Rai: adesss,rugi taw ko tak join..sangat2 best…lagi best kalu ko ada,namun aku faham ko balik nakkan peace..tapi kalu nak peace,no war aku leh kasi…hohoho…aku jeles nga ko kerna dapat balik..but,its da best for you…perancangan ALLAH itu sangat baik..


SUMER AJK MSK 2O1O:hehehe..seronok gak dapat bekerja nga anda sumer,dapat belajar sesuatu yang baru,meskipun kekhilafan itu ada,namun titik kesempurnaan masih diburu..all da best for the final,chaiyok2!!!!!!!!



notakakiku1:sayang kalian sangat2...semoga minggu yang teruk ini berlalu dan terus dilupakan...sangat2 teringin kewujudan rai...

notakakiku2:maaf jika penceritaan berterabur...memang tidak pandai namun cuba sebaik mungkin menunaikan permintaan nana agar diceritakan semua..nahhh..amik ko..nak sangat...baca sampai muntah...



28 March 2010

TiTas @ MaBIQ

ALHAMDULILLAH,itu sahaja yang mampu aku lafazkan setelah berjaya melaksanakan projek titas.Syukur,syukur dan syukur..

Pada mulanya,kami menghadapi pelbagai masalah..ya..masalah…serius..aku sangat cuak..bermula dengan bas UMP..kami telah mengapply satu van UMP,namun kami diberikan sebuah bas memandangkan van telah penuh..ya ALLAH,memang aku bersyukur..namun pada hari dijanjikan,bas itu telah menghadapi salah faham dimana pihak yang sepatutnya yang bertanggungjawab tidak menginform pak cik bas sebagaimana yang kami harapkan..kami telah mencari alternatif lain iaitu menyewa kereta..tidak perlu untuk kami kecoh-kecoh dan mencari salah siapa,yang penting projek kami pada hari ini berjalan,itu sahaja yang ada dalam fikiranku..

Pelbagai dugaan yang kami hadapi,sudah tentu pertama dan utamanya ialah sesat.hhaha..lawak…lawak..kami boleh bermain u-turn- dikawasan menuju Pekan..haha..namun,lebih kurang dalam 15 minit,akhirnya kami berjaya menemui Permata Camar,lokasi awal projek kami..adess..rupa-rupanya.projek kami bertembung dengan program CHEST UMP..alahaii…kecewa bangat…tidak mahu kecoh-kecoh dan bersikap matang(walaupun kami semua sengal-sengal ),kami mengalah,biarkan kami mencari penyelesaian lain..syukur..syukur..kami bejaya menemui tempat lain iatu MaBIQ (Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran)...kami dibenarkan untuk membuat program kami on the spot..ermm..ALLAH maha pemurah,kan??..

Seterusnya,kami tiba di MaBIQ atas bantuan salah seorang pegawai Permata Camar…syukran diucapkan…jasamu dikenang..salah faham di Permata Camar itu biarlah…kami redha jerr…

Di MaBIQ,kami dipertemukan dengan pengetua MaBIQ,ustazah ummi Ruzainah Abd.Ghani,terima kasih kerana menerima kami secara mengejut..disebabkan kami terlewat dari tentatif awal dan berada dalam kondisi berbeza ,maka secara automatiknya,kami terpaksa cut tentatif satu slot..

ALHAMDULILLAH,tentatif kami berjalan seperti biasa..sangat-sangat bertuah kerana dapat bertemu adik2 MaBIQ,sangat2 bersyukur,mereka semua adalah bakal2 Hafiz,hebat kan mereka??owhh…terharu bangat sihhh tengok keadaan 2 3 orang dari mereka..huhu..


Program berakhir dengan sesi penyampaian cenderahati kepada penghuni MaBIQ atas kesudiaan berprogram bersama kami,juga cenderahati buat pengetua MaBIQ,ustazah ummi dan juga sedikit derma hasil kutipan derma dari rakan-rakan sekuliah kami, Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) batch 09/10.Walau tidak seberapa,tapi ia adalah sumbangan tulus ikhlas dari rakan-rakan kami yang lain yang tidak berkesempatan bersama-sama.Tidak dilupakan sumbangan tabloid iLuvislam.com buat penghuni MaBIQ..dalam menyahut seruan 'spreading the luv; the TRUE luv'..maka kami (baca:saya),mengambil kesempatan untuk meyampaikan mesej ini melalui misi kali ini,saya mahukan agar ayat-ayat cinta ALLAH ini bertebaran dimana jua.Biarkan ayat-ayat cinta ALLAH itu turut dirasai oleh penghuni MaBIQ,sharing is caring,right??...jom...view our moment..



-persediaan sebelum ke program..semua bertungkus lumus berusaha sambil bermain..kami juga turut mencuba games yang bakal dijalankan bagi mengelakkan ketidaksempurnaan nanti ..have fun alsooo-



-pagi sebelum bertolak,semua excited...disamping pic2 ketegangan kami bila dilanda masalah,mencuba sedaya upaya agar usaha kami selama ini tidak sia-sia,tidak mahu pulang dengan tangan kosong-



-akhirnya,jodoh kami disini..memulakan seberapa pantas program agar tentatif yang telah dirombak dapat dilaksanakan dengan jayanya...ALHAMDULILLAH..syukur..-



-aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan diharap dapat menggembirakan mereka,mereka belajar,kami juga turut belajar,belajar tentang hidup,bukan belajar untuk hidup...-



-memori yang sempat dirakam agar kenangan terus bersemi supaya ukhuwwah itu tidak putus begitu sahaja,doakan kami,wahai adik2...kami juga doakan kejayaan kamu semua..-



-huwaaa..serius kottt..pagi tue memang rasa nak menangis jerr sebab program kita clash,rasa cam hampeh jer aku jadi leader korang,namun korang semua still bersemangat dan berusaha mencari solusi lain,maka,aku sebagai ketua takkan mengaku kalah kott..lagipun,dah janji tak nak lemah di sem 2 nie..

-Permata Camar,mungkin bukan rezeki kamu,ALLAH aturkan sebaik2nya untuk kita,mungkin kami bakal melakukan kesilapan sekiranya terus berada disana..so..no feeling2 again..biarkan..saya redha…terkilan tetap terkilan..terkilan sebab tidak dapat membuat teammates saya berpuas hati dengan hasil kerja saya,maybe ada silap saya dalam menakhodai mereka...maaf buat semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak..

-MaBIQ,aduhaiii…terima kasih tidak terhingga buat kalian kerana sudi menerima kunjungan mengejut kami,buat ustazah ummi,syukran kerana mempercayai kami dan meminjamkan adik2 MaBIQ kami buat seketika.Ampunkan segala salah dan silap kami sepanjang berada disana,kami bukan insan sempurna,maafkan juga keterlanjuran kami dalam mengendalikan program disana.Sangat2 bertuah apabila dapat berada di MaBIQ walau seketika cuma.

-Teammates,hahaha..sangat2 seronok dapat bekerja bersama-sama kamu,terima kasih kerana telah bersusah payah selama 2 minggu berturut-turut dalam menjayakan program kita.kalian memang tidak berkira..sejujurnya,sangat2 terkejut dengan tindakan kalian,walaupun kalian sengal2 dan gila2 namun bab kerja,memang awesome…wahh..sungguh hebat…setiap kali meeting,semua menghadirkan diri walau lambat..yang penting kalian memang hebat..kalian masih mampu tersenyum dan berfikir dengan waras tatkala kita semua dilanda masalah..sangat2 bersyukur mengakui kalian sebagai sahabat..maaf dipinta dari hujung rambut hingga hujung kaki atas segala salah silap aku selama menjadi ketua korang,aku bukan sempurna sebab itu aku memerlukan kalian sebagai pelengkap bagi menyempurnakan misi kita..terima kasih tidak terhingga buat mereka..

_ana_

_kupuwan_

_ayu_

_nana_

_una_

_fina_

_madi_

_anis_

_wani_

_rai_

_sayang kamu kerana ALLAH_


Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan..alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati..