25 October 2009

KUATNYA SEBONGKAH HARAPAN


Dahulu, ada seorang pengusaha kain yang cukup kaya di kota ini. Ketika sang suami jatuh sakit, satu persatu fabrik mereka dijual. Harta mereka berkurang untuk berbagai pembiayaan perubatan. Hingga mereka harus pindah ke pinggir kota dan membuka kedai makan sederhana.Akhirnya,sang suami pun meninggal dunia.


Beberapa tahun kemudian, kedai makan itu pun berganti rupa menjadi kedai makan yang lebih besar sebelah pasar.


Setelah lama tak mendengar khabarnya, kini setiap malam kelihatan sang isteri dibantu oleh anak dan menantunya berniaga di alun-alun kota. Cucunya sudah beberapa orang. Orang-orang pun masih mengingat masa lalunya yang pernah bersinar dahulu. Namun, dia tak kehilangan senyumnya yang tegar saat melayani para pembeli.



Wahai ibu, bagaimana kau kuat sebegitu? "Harapan nak! Jangan kehilangan harapan. Bukankah seorang guru dunia pernah berkata, kerana harapanlah seorang ibu menyusui anaknya. Kerana harapanlah kita menanam pohon meski kita tahu kita tak kan sempat memetik buahnya yang ranum bertahun-tahun kemudian. Sekali kau kehilangan harapan, kau kehilangan seluruh kekuatanmu untuk menghadapi dunia".





notakakiku1:Saya punya impian dan cita2 yang menggunung tinggi.Hanya ALLAH sahaja yang tahu impian tersebut kerna DIA selalu mendengar bisikan hati saya yang kerdil ini.Doakan agar saya tidak kehilangan harapan terhadap impian tersebut supaya saya dapat menghadapi dunia ini.

22 October 2009

-sahabat sukar dimengerti-

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.



Persahabatan sering mengukuhkan beberapa cubaan, tetapi persahabatan sejati bisa mengatasi cubaan itu bahkan bercambah bersama kerananya..… Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.



Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.



Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justeru kerana kasihnya dia memberanikan diri menegur apa adanya.



Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mahu berubah.



Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan penyataan kasih dari orang lain, tetapi justeru ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya.


Kerinduannya adalah menjadi sebahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistik.



Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berjaya mendapatkannya.





Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.





** Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri **



"Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita"



Ingatlah kali terakhir kali anda berada dalam kesulitan.



Siapa yang berada di samping anda ?? Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai ??



Siapa yang ingin bersama anda saat anda tak bisa memberikan apa-apa ??



MEREKALAH SAHABAT ANDA Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka.


notakakiku1:Amat mengasihi sahabat2 sekolah rendah (SRI ABIM) dulu,betapa korang sumer dah besar panjang sekarang..masing2 sedang mengejar impian yang didambakan.Korang sahabat pertama saat pengajianku.Terima kasih kerana masih bersahabat sehingga kini.




notakakiku2:Amat merindui sahabat2 Maahad (MMP KB) dulu.Tarbiyyah dan baiah yang diterima bersama amat dirindui saat2 sukar dalam melayari kehidupan ini.Doakan aku untuk istiqamah seperti mana saat ku melangkah keluar dari pintu barakah MMP dulu.



notakakiku3:Amat menyayangi sahabat2 di UNISEL dulu.Pengalaman bersama korang dulu amat mematangkan diri ini dan juga turut menunjukkan kenakalanku waktu itu.Sayang kamu semua.Doakan juga aku tidak nakal lagi seperti dulu.






notakakiku4:Amat bersyukur menemui ukhuwwah di matrik (KMK) dulu.Bersama mencipta memori tuk diabadikan dalam lipatan sejarah diriku.Sahabat2 Pusat Islam,keletihan dalam persengketaan bersama kalian dulu2 menunjukkan kita sumer masih samar dalam mencari identiti diri sendiri.Salam sayang dan salam rindu buat sahabat terbaik di KMK,liyana yang kini berada di USM,moga tabah dirimu disana.Terima kasih atas segalanya.Terima kasih juga buat roomate2 matrik (su,iela,memy) atas ingatan kalian terhadap diri ini.




notakakiku5:Amat mencintai sahabat2 di UMP sekarang yang akan bersama2 belajar untuk dewasa.Maaf jugak kerna kadang2 aku terlalu megharapkan kesempurnaan disebabkan keterbiasaan diriku sebelum ini dalam menerima sesuatu.Akan kucuba diri ini menerima takdir terbaik yang telah ditetapkan.Terima kasih buat roomate2 (Qis,Zu,Pika) atas kesengalan korang yang melampau membuatkan aku juga turut terkena tempiasnya.Terima kasih ayu n nana,keceriaan korang membuatkan hari2 ku di kuliah amat bermakna.Terima kasih juga buat sahabat2 C12 atas huluran salam persahabatan dari kalian.Terima kasih juga buat sahabat satu kos BCS terutama Raihanah yang sengal (sempat ag update blog lepas HOT).Moga2 berjaya dalam final!!




notakakiku6:Terima kasih buat sumer sahabat2 yang dikenal melalui medium maya ini.semoga persahabatan akan lebih bermakna buat kita sumer.




notakakiku7:Maaf buat sesape yang terasa nga 'saya' sepanjang minggu ini.i'm too tired melayan ketidakpuasan hati sendiri.Moga2 anda sedar entry ni khas untuk anda.

21 October 2009

-IF YOU ARE-

Jika anda tinggal di rumah yang baik, memiliki cukup makanan dan dapat membaca
anda adalah sebahagian dari kelompok yang terpilih.



Jika anda bangun pagi ini dan merasa sihat
anda lebih beruntung dari jutaan orang yang mungkin tidak akan dapat bertahan hidup minggu ini.



Jika anda tidak pernah merasakan bahaya perang, kesepian kerana dipenjara,
kesakitan kerana penyiksaan, atau kelaparan
anda berada selangkah lebih maju dibandingkan 500 juta orang di dunia.



Jika anda dapat menghadiri pertemuan politik atau keagamaan tanpa merasa takut akan dilecehkan, ditangkap, disiksa, atau mati
anda beruntung, kerana lebih dari 3 million orang di dunia tidak dapat
melakukannya.



Jika anda memiliki makanan didalam peti sejuk, baju-baju di almari pakaian,dan memiliki atap yang menaungi tempat anda beristirahat
anda lebih kaya dari 75% penduduk di dunia ini.



Jika anda memiliki wang di bank, di dompet, dan mampu membelanjakan sebahagian wang untuk menikmati hidangan di restoran
Anda merupakan anggota dari 8% kelompok orang-orang kaya di dunia.



Jika orang tua anda masih hidup & menikmati kebahagiaan kehidupan pernikahan mereka
maka anda termasuk salah satu dari kelompok orang yang dikategorikan bertuah.



Jika anda mampu menegakkan kepala dengan senyuman dibibir dan merasa benar-benar bahagia
Anda memiliki keistimewaan tersendiri, kerana sebahagian besar orang tidak
memperoleh kenikmatan tersebut.



Jika anda dapat membaca pesan ini
anda baru saja menerima kurnia berganda, kerana seseorang memikirkan
anda, dan anda jauh lebih beruntung dibandingkan lebih dari 1 million
orang yang tidak dapat membaca sama sekali



Semoga anda menikmati hari yang indah ini
Hitunglah kurnia keberuntungan anda, dan sampaikan hal ini kepada
orang lain untuk mengingatkan bahawa sebenarnya, kita adalah orang-orang yang
sangat beruntung.



Dengan bersyukur, anda akan lebih menikmati hidup yang hanya sebentar ini.








notakakiku1:syukur juga kerna assignment yang agak sukar berjaya disiapkan..huhu...

notakakiku2:post entry ini sebagai hadiah dapat siapkan assignment lebih awal...huhu..cam tak caya jerrr...

20 October 2009

Lingkaran Waktu Yang Tiada Penghujung


Betapa hebatnya waktu mengatur kita. Ketika loceng jam selesai kerja berdering, tanpa diperintah segera kita berkemas. Menyimpan kertas dan pensel dalam laci, lalu meninggalkannya jauh-jauh. Seolah semua persoalan telah diselesaikan untuk hari itu. Padahal masalah tetap terjaga walau kita pejamkan mata.



-jangan guna prinsip diatas-



Namun, esok hari, ketika loceng jam mulai kerja berdenting, semua masalah kita campur adukkan, seolah ia terlampau banyak tidur semalam. Perselisihan pun bolehlah dilanjutkan kembali. Ah, betapa hebatnya waktu menghibur kita. Betapa ghairahnya waktu membangunkan kita.


Saat kita mengatur waktu, sesungguhnya kita pun mengatur fikiran, emosi, dan perasaan kita. Kerana waktu adalah lingkaran dimana kehidupan kita berjalan, kita atur waktu untuk mengatur kehidupan.


Kita rayakan sesuatu kerana kita ciptakan hari besar. Kita heningkan diri kerana kita tegakkan kesyahduan. Dan, semua itu kita rangkai dalam jalinan waktu. Maka, hanya mereka yang tak kenal akan waktulah yang terjerat dalam persoalan tiada hujungnya.





notakakiku1:satu peringatan buat diri sendiri yang bakal menghampiri final exam malah sedang bergelut dengan assignment yang bertimbun.

notakakiku2:Good luck tuk sumer coursemate..moga kita semua berjaya seiring dengan usaha yang dicurahkan..

17 October 2009

::Open House Sir FAIRUZ::

Tersebutlah alkisah,disebuah penempatan di Gambang,Pahang,pada petang dinihari Jumaat lepas,aku dan group BCS first year konvoi ke rumah sir fairuz setelah mendapat jemputan untuk menghadirinya.(yee laa,takkan datang tanpa diundang kott).Empat buah kereta semuanya..huhu..kitorang janji kat petronas,namun masalah teknikal melanda,maka kereta aku yang paling lambat..huhu..naseb korang la tunggu..huhu...




Awal2 tu sumer perjalanan smooth jerr,tiba2 salah satu ker
eta geng kitorang jadi gini.....camne yeerrrr????




GINI LAAAAA.....


















BERHASILNYA DISINI.............








SELESAI2 DULU....












Seterusnya,meneruskan perjalanan kami ke rumah sir.....disini bermulaaaaaa.....(berapa banyak kali nak mula daaaa..?)




JUADAH YANG DIHIDANGKAN BUAT KAMI....




SEBAHAGIAN KAMI YANG HADIR...




SIR FAIRUZ YANG SPORTING.....
(JANGAN LUPA YERR NO PRESENT FOR GROUP PROJECT)





AKSI2 KESENGALAN KAMI YANG MELAMPAU....





Masa nak balik tu,rasa agak cuak sebab syuk (our leader) tak bagi kitorang balik ag sebab kena tunggu satu kete ag,risau katanya..aku pun tunggu jer laa..yee laa..ketua kita kan..kalu derhaka kan,dosa lak..kuikuikui...balik dalam kul 11 malam gitu..sian sir kami ganggu dia..haha..tu la..sape suh jemput...huhu..bab2 makan ni cepat jerr..haha...





notakakiku1:Thanks tuk sumer yang join time tu,beri satu pengalaman berharga....apa yang berlaku itu adalah kenangan tuk sem ini..


notakakiku2:Maaf sebab ada yang tunggu lama post ini dan tak banyak cerita tuk dipaparkan,i'm quite busy rite now daaa....


notakakiku3:Moga2 ukhuwwah ini kekal buat selamanya...sape2 nak pic ari tu,habaqla kat cheq yerrr...


notakakiku4:kepada ayu,mai,dilah,wawa,dan ramlah..janji tuk korang telah ditunaikan..pic2 ni sumer dah masuk...anggaplah ni juga blog kamu..hahaahaaha...


14 October 2009

Bengang + Sedih + Terharu =GEMBIRA

petang 14 oktober,setelah berjaya menyiapkan labsheet 10 programming,aku terus tidur kerna sakit perut yang amat sangat.Ketika itu,sumer roomate2ku outing ke kuantan,tempat favourite kitorang la tu.Sedih gak sebab tak dapat ikut (biasanya kitorang selalu outing berempat),tapi disebabkan malam tu ada kelas,so,terpaksa la duk bilik jerrr..Bangun dari tidur,terus mesej diorang (baca:roomate2ku) sebab nak kirim beli makanan.Aku mitak belikan nasi putih + sup sayur.Masa tu mesej aku memang sengal2 la sebab memang ni perangai aku..


Tetiba jer zu(salah sorang roomate aku) mesej marah2..seyes..mem
ang terasa giler time tu,aku ingatkan mereka gurau2 jer sebab sebelum ni tak pernah begitu..Rasa nak nangis jer,dahla aku sakit perut,duk sorang2,aku just mitak belikan makanan jer,cam biasala..tapi emo lak roomate2 aku tu.

Lebih kurang nak kul 8 gitu,aku pun ke kelas software,diorang tak balik2 ag.Sepanjang perjalanan ke kelas dan didalam kelas,aku senyap jerr,,terasa sangat2 nga mesej diorang.Berkali2 ku membelek mesej tersebut,kot2 aku salah faham apa yang aku baca..Aku terfikir2 kenapa nga diorang ni.Aduhaiii...Nana dan Ayu lak sibuk jer bertanyakan keadaan aku yang senyap tuhh...Aku wat derkk je laa..


Balik bilik jerr,roomate2 aku dah balik tapi keada
an mereka amat tegang sekali,tak tahu kenapa.Aku pun wat senyap jer la nga diorang.Masa tu jugak Ayu ikut aku balik sekali tuk amik dia punya hp.Hati aku cuak giler time tu sebab diorang tak tegur aku langsung.Aku agak pelik la sebab setiap kali sape2 antara kami yang balik outing,mesti mulut cam bertih jagung,macam2 cerita kuar..ni senyap lak.Aku fikir mesti letih kott,takpela..Tiba2 gak masa tu,aku perasan yang laptop aku takde atas meja.Qis (salah sorang ag roomate aku) tanya sama ada aku kunci pintu tak,of course la aku kunci.Memang sah la laptop aku kena curi time tuu.Huhuhu..bengang sihh..sangat2 bengang..tapi masa tu aku study com archi jer sebab esok ada kuiz.Aku kena wat leklok com archi ni sebab carry mark aku sebelum ni low sangat2.Masa tu aku nak wat report laptop yang hilang tu esok jer sebab nak fokus com archi dulu.



Lebih kurang kul 11 lebih2,Ayu lak mesej dan call mitak aku turun bawah blok sebab dia baru lepas gaduh nga roomate dia.Aduhaii..jadi kaunselor tak ber
tauliah lak plak aku malam2 buta..masa tu borak2 nga Ayu sal roomate dia.time tu gak jupe fina n yusoff tengah belajar bahasa mandarin.Jupe gak nga wawa tengah belikan makanan kat bawah..Last2,Ayu ajak g bilik Nana tuk siapkan labsheet 9 programming yang perlu dihantar esoknya.Aku dengan malasnya melangkah naik ke tingkat dua itu.Ayu juga suh aku pinjam laptop qis tuk sama2 siapkan labsheet itu.Aku dengan cuaknya suh dia g mitak sendiri.Akhirnya,ayu mitak tolong aku amikkan tuk dia setelah diberi keizinan oleh qis.

Aku membuka tombol pintu namun telah dikunci dari dalam,dalam hati memang geram gilerr la sebab rasa cam dihalau lak...aku buka2 jerr..tiba2....aku menjerit sehingga satu aras kami dengar kerna..





SEBAB NII....



















dan tiba2 ada jugak ni....








HAPPY BIRTHDAY!!!!




Lepas kami makan2..mereka beri hadiah yang paling bernilai iaitu.....











LAPTOP AKU PUN DIORANG KIDNAP....




seyesli..dari petang ag..tu sumer rancangan mereka tuk kenakan aku..tak terfikir langsung oleh aku mereka nak celebrate..terima kasih banyak2....syukran
jiddan..thanks a lot...





KAD BUFDAY DARI MEREKA...




DEDIKASI ISTIMEWA UNTUK MEREKA BERGELAR SAHABAT::::

-Qis,Zu,Pieka:Tak sangka langsung perubahan sikap korang petang itu adalah salah satu misi korang.Petang tu memang terasa giler nga korang.Tak terlintas langsung korang nak wat suprise gitu.Terima kasih sebab banyak menempuh dugaan pada hari tersebut.Disaat2 akhir sem,korang sanggup laburkan duit yang memang dah tak seberapa tu.Terima kasih jugak sebab bersusah payah menjawab saat disoal siasat oleh pegawai JPJ semasa korang keluar outing.Terima kasih sebab sudi turun ke bawah blok semata2 nak cari ais tuk malam tu walaupun korang tahu probability nak dapatkannya adalah rendah.Terima kasih sebab lakonan korang yang menjadi tu.Terima kasih sebab membuatkan qilah cuak giler2 malam2 tu.


-Ayu:Terasa kebodohan aku malam tu depan ko.hahaha..serius,aku tak sangka cerita yang ko reka ko gaduh nga roomate2 ko tu membuatkan aku percaya.Aku percaya setelah melihat mimik muka ko yang serius.Aku tak sangka ko juga bersubahat nga roomate2 aku,rupa2nya,ko ajak aku turun adalah semata2 nak jayakan suprise tu.Terima kasih sangat2.Sengal giler ko bila konon2nya nak naik bilik nana nak siapkan labsheet dan pada waktu tu ko memang planning nak suh aku masuk bilik aku kan??!!!hehehe,,serius....bodoh sangat2 rasa waktu..tak tahu bila masa ko rancang nga roomate2 aku,padahal ko selalu duk dekat nga aku tike kuliah..ahahah..by the way,thanks a lot...



-fina,yusoff,wawa,nana:Huuhuh..aku isytiharkan title sebagai pelakon pembantu kat korang.kata ayu,korang masuk dalam scene lakonan kitorang secara tak tersengaja namun pandai korang mengelak melarikan diri waktu tu yerr..serius,aku tak nampak langsung ayu kelip2 mata kat korang..terima kasih sebab concern sal laptop aku yang hilang waktu tu..terima kasih sebab sudi jadi sahabat aku...



-semua sahabat2 yang wish kat aku:Terima kasih atas ingatan,ucapan dan doa dari kalian.Walau jauh dimata,tapi dekat dihati,walau hati berjarak,namun medium mesej,myspace,friendster,facebook menghubungkan kita.Terima kasih kerana masih mengingati diriku.Terima kasih kepada classmate2 yang wish pada hari ini..Tak mampu untuk aku lafazkan senarai kalian kerana terlampau ramai,namun kalian dalam ingatan diri ini selagi nafas ukhuwwah tersimpul rapi..InsyaALLAH..doa tuk kalian sumer...



ya ALLAH,jagalah sahabatku dikala penjagaanku tak sampai padanya,sayangi mereka dikala rasa sayangku tak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata,perhatikan mereka dikala perhatianku tak terangkum dalam kata yang sahaja.kerana KAU punya apa yang aku tak punya,kerana ku ingin mereka selalu menjadi sahabatku,didunia dan harap bertemu mereka di syurgaMU..Aminn...





notakakiku1:Kalau orang lain pun mesti jerit gak tengok hantu2 tu kan??hahaha...
notakakiku2:Terima kasih tuk sumer....syukran kathirr....

11 October 2009

Penat tapi BEST!!!Terkilan tapi ENJOY!!!!!!

ceria dipagi hari sebelum bertolak ke sungai lembing...



Alhamdulillah,pada 10 dan 11 Oktober,aku selamat sudah menjalani kem briged siswa yang wajib tuk sumer student first year degree..huhu..memang best tapi amat mencabar.Disinilah bermula segalanya.... Pagi 10 oktober lagi,awal2 lagi kami(kami=aku dan group 7 briged) bertolak ke sungai lembing.Kami ditempatkan di sungai lembing,mula2 memang cuak,ingat kena ragging teruk2.Sampai jer,rehat jap sambil tunggu pegawai sukan UMP datang,tapi disebabkan beliau datang lambat,maka kami telah dibriefing oleh ketua jurulatih kami,Encik Yusoff.



hero-hero briged 7 a.k.a classmate aku daaa...



salah satu gerombolan C12LBS....



Aktiviti kami awal pagi itu ialah hiking 3 bukit-bukit batu putih @ bukit raja,bukit senggugut dan bukit panorama.Memang mencabar sebab perjalanan yang jauh sangat2,tak pernah aku hiking bukit sejauh itu.Agak meletihkan.Aku dapat satu group nga Nana.Aku yang sepatutnya menjaga Nana yang kecik tu,namun apakan daya,dia yang menjaga aku.BEST oiii!!


ko ok tak ni?

qila,ok tak?

ko camne?




Itulah kata2yang selalu diucapkan oleh Nana tuk aku,memang concern giler,terharu pun ada,huhu..sebenarnya,dia risau sebab dia dengar nafas aku yang kuat sangat2 dari belakang..memangla..aku kan ada lelah,mana leh letih2 terlampau,awal2 ag aku dah beritahu dia.Sepanjang jalan aku diam jerr,tapi setiap kali berhenti, mulut aku terus bertutur tuk menjalankan fungsinya..kuikuikui..tapi saat hiking ni memang mengajar aku erti persahabatan,kerjasama dan tolak ansur..huhu..indah sangat2 ukhuwwah yang terbina antara kami..Saat sampai dipuncak bukit yang ketiga-bukit panorama,cik qis telah melakukan "amal jariah" disana..hahaha..hanya kami2 jer taw..saat tiba diatas sana jugak,tidak semena2,tangan aku turut kejang,amat lenguh sekali, Nana dan Ju (ketua group aku) telah bersusah payah mengurut tangan aku agar kembali normal.Atas puncak bukit tersebut juga,kami dikehendaki mempersembahkan bakat2 asas pertolongan cemas tuk dinilai markah.Selesai sahaja,kami terus turun dari bukit tersebut.Aduhaiii,lemah longlai kaki ku yang cantik ini...Ingatkan dah abis dah adegan2 menarik,rupa2nya tidak.Apabila mahu bertolak pulang ke kem kami,ayu lak wat hal,dengan tiba2 jer dia pengsan..aduhaii..terpospone la kami sumer tuk balik kat kem.Ayu pengsan sebab teramat letih rasanya lagipun kaki dia memang sakit.sakit sendi ke saraf...lupa lak..huhu..tak sesuai pun nak wat aktiviti lasak ni.Tiba di kem,kami diberi makan tengah hari dan solat zohor & asar kul 4.30 petang.Seterusnya,pasang khemahlaa..Petang tu kami dibenarkan main disungai dibelakang kem.Aku tak mandi pun,cuma basahkan kaki jer..nak gak mandi tapi memikirkan akan naik dengan pakaian yang basah akan membuatkan ia melekap dibadan,so,baik takyah mandi kan.petang tu rehat2 jer sebab program akan bermula kul 11.00 malam nanti.



kami diawal perjalanan ke sungai lembing camp...







akhirnya,mereka terlena....



Lebih kurang kul 9.30 malam gitu,kami diberi taklimat tuk night walk..mula2 memang aku takut ugak sebab kami akan dilepaskan hanya satu group setiap setengah jam tanpa diikuti jurulatih.Hanya kami2 jerr.Mulanya aku takut ugak,tapi memikirkan Nana & Ramlah yang turut hilang motivasi buat seketika,secara tidak langsung keberanian aku menyerlah..cehhwahhh..aku counsell la diorang dulu awal2 tu..seyesla..takut sihh..first time masuk hutan tebal 8 orang jerr..waktu malam lak tu..macam2 bunyi aku dengar taw,cuma jangan panik jerrr..tapi da best pengalaman buat aku..kami kena cari rumah tinggalan yang kosong tuk menamatkan misi ini-MISI OSAMA BIN LADEN.Berdebar sihh masuk rumah kosong ni tuk cari mesej Osama tuhh..aishh..berjam2 kami cari still tak jupe2..sehingga kul 2 pagi taw..memang seram gak duk rumah tu lama2,tapi bila fikirkan ketujuh2 group perempuan ada kat situ,so,level takut tu turun sikit..macam2 aku baca ayat masa duk dalam rumah tu..ayat tuk jupe barang la,ayat kursi la..hahah..nak dapat markah tinggi kan,macam2 usaha yang dibuat..huhu.last2 kami dan 4 group lain tak berjaya.Yang berjaya hanya group 1 dan 3 sahaja.TAHNIAH!!!.ni la bab terkilan aku..aku dah agak dah kalu group tiga jupe kat bilik 1,group 1 kat bilik 2,mestila kami group 2 duk kat bilik 3..huhu..tapi redha jerr la..dah nasib badan..kul 4 balik kem,terus lena diulit mimpi sehingga pagi esoknya...



Pagi esok,lepas breakfast dan diberi taklimat kami dikehendaki memasak secara gotong royong..bestt sangat2..sebab aku suka jenis kenduri gini..walaupun aku dilahirk
an dan dibesarkan dibandar namun aku sukakan suasana kampung.sangat seronok...walaupun nasi yang kami masak lembik,tapi mendapat pujian positif dari jurulatih.Kem kami berakhir dengan membuat perangkap.Group kami gagal lagi,tapi takpela yang penting,USAHA!!kul 3 lebih2 gitu,kami pulang ke UMP.. Setibanya dibilik,aku terus tido,malam tu,aku nga qis terus print tutor math tuk kuiz malam esok,konon2nya nak study,tapi terlentang terus sapa pagi esok..letih la..hadiah balik kem ini ialah badan jadi gatal2 dan merah2...kaki sakit2 dan sengal2...




LASTLY..................

prepare tuk test math malam esoknya...fuhh..penat sihh...papepun..good luck!!!






notakakiku1:syukran jiddan tuk Encik Yusoff dan pegawai2(pegawai ke??..konfius!!) yang membantu beliau menjaga kebajikan kami semua.semoga berjumpa lagi.

notakakiku2:Mula2 ingat En.Yusoff ni garang,tapi bukanla tegas jerrr..

notakakiku3:sayang sangat2 nga sumer sahabat aku,concern sangat yer kamu..mmuuuaahhhh!!!terima kasih atas ukhuwwah yang berharga ini...

notakakiku4:Menteri Nana,Bobby Karman,kari allapagas,abang baju merah,girl hitam kuning-tu sumer memori time kita berada di kem,hanya kita2 jer taw maksudnya..akan ku kenang memori ini tuk selamanya bersama kamu.(cehhwahh..jiwang lak)..

notakakiku5:kredit dan trimas kat syuk (our briged leader) & sarah kerana bersusah payah send pic2 diatas.

notakakiku6:aku taw malam night walk tu,sebenarnya jurulatih2 kita ada jer sekitar kita termasuklah semasa kita sumer meredah hutan,sebab tu aku berani tuu..huhu..jangan tipu kami laa..

notakakiku7:Raihanah kata (cosmate aku) kata banyak group yang nampak 'something' sewaktu night walk tu..huhu..seyes..aku terhijab waktu itu,kalu tak,memang meraung2 dalam hutan tu..tak hairan kalu benda tu wujud sebab kami start night walk ketika jam 12 till 4.00 pagi..soo scary daaaa....

notakakiku8:udah2laa.. aku rasa ni post yang paling banyak notakakiku rasanya..

08 October 2009

mAwAr mUjAhIdAh...


Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Sesungguhnya dunia itu manis. Dan sesungguhnya Allah telah menguasakannya kepada kamu sekelian. Kemudian Allah menunggu (memperhatikan) apa yang kamu kerjakan (di dunia itu). Kerana itu takutilah dunia dan takutilah wanita), kerana sesungguhnya sumber bencana Bani Israel adalah wanita.”





SALAM UKHWAH….



Buat mawar-mawar mujahiddah yang sedang merindui jalan menuju ALLAH…





SEKALI WANITA TERGODA,


GUGURLAH SEKUNTUM WARDAH DI SYURGA,


SEKALI WANITA TERNODA,


BERDEKAH-DEKAHLAH SYAITAN DI NERAKA.






Rasullullah s.a.w dan generasi itu telah tiada! Lama sudah mereka berlalu meninggalkan kita.



Muhammad, kekasih Ilahi. Baginda berjalan selangkah demi selangkah, meniti hari. Bermula daripada seorang diri, menyampaikan dakwah secara sembunyi-sembunyi. Bukannya Baginda tak berani atau takut mati, namun itulah tertib wahyu ketika itu, strategi Rabbi.



Ucapan Baginda tidak lahir dari nafsu melainkan wahyu yang suci. Ucapan yang hikmah dari kalbu yang jernih disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri. Dimulainya mengajak manusia kepada Islam dengan menjernihkan fikrah, pendekatan akal, pemahaman dan menyentuh hati sanubari. Juga dengan jalan hujah dan keterangan, dengan hikmah dan pengajaran penuh seni.



Bila mana ada perdebatan dirungkaikan dengan baik dan menambat hati. Bila mana mendapat tekanan, rintangan dan siksaan berlaku sabar dan melontarkan doa kasih nan sejati. Firman ALLAH:



Maksudnya: dengan rahmat dan kurnia Ilahi, seorang demi seorang pengikut menyertai, dari golongan bangsawan yang mulia hingga hamba sahaya tidak mahu terkecuali. Lalu terbentuklah jemaah Islam yang pertama, jemaah Rasullullah dan para sahabi. Jemaah baru itu masih sangat kecil dan merupakan ghuroba’ (orang-orang yang asing) di Mekah kota kelahiran sendiri. (surah al-nahl: 125)






Golongan ghuroba’ inilah yang kelihatan berjalan perlahan-lahan dan lambat, akhirnya menjadi kelompok yang mulia, gah, izzah dan menjadi generasi terbaik umat ini. Mereka tidak punya apa-apa, melainkan jiwa yang sarat keyakinan bahawa janji ALLAH itu pasti! Biarpun sehebat mana rintangan, jalan dakwah terus berkembang dan panjinya berkembang tinggi.



Jalan dakwah inilah jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasullah s.a.w sehingga Islamlah seluruh jazirah Arab, demikian pula Parsi dan Romawi, mencabut jahiliah dari akar umbi.




Sabda Rasullullah s.a.w:
“Ingatlah bahawa Islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama Islam kemana sahaja ia berputar. Ketahuilah bahawasanya penguasa dan al-Quran akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dari al-Quran.”





Duhai akhawat sayangfillah, si mawar mujahidah, ketahuilah…



Dalam langkah hidup ini, hanya ada 2 jalan yang salah satunya perlu ditempuhi. Kita yang memilih jalan kita sendiri. Kalau kita tidak memilih jalan ALLAH, pasti kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri itulah jalan syaitan, nafsu, syahwat dan duniawi. Jalan keimanan itulah jalan Ilahi dan jalan kesesatan itulah jalan Iblisi.



Orang yang berjalan di atas jalan Ilahi sentiasa berusaha mensucikan jiwa dan hati sementara orang yang berjalan di jalan Iblisi, tiada sensitivity dalam mengotori dan menodai hati.



Masing-masing berusaha dan masing-masing bergerak, meniti waktu dan hari, mendekati mati. Akhirnya, masing-masing kerdil menghadap Ilahi. Sudah tentu disana ada perbezaan antara keduanya di alam abadi.



Tanyalah diri, mahukah kita mencampakkan diri ke lembah kehinaan pada saat bertemu Rabbi? Atau meletakkan diri ke darjat yang tinggi? Sudah tentu jawapan kita mengimpikan tempat disisi Ilahi.



Namun, adakah sama orang yang sekadar berangan-angan tetapi tidak mempunyai persiapan yang serius untuk menghadap-Nya? Berapa ramai orang yang sanggup menjual harta dan dirinya demi membeli Redha ALLAH? Sungguh manusia lupa saat perjumpaan itu..!



Zaman berganti zaman, Islam asing kali kedua, hati-hati yang jernih fikrahnya menjadi orang-orang yang asing. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan-Nya.



Adakah amalan dan akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dalam golongan ghuroba’ ini? Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini? Nauzubillah……


Ya ALLAH, bantulah kami untuk tetap layak berada di atas jalan-Mu. Jangan sekali-kali Kau menapis kami dari jalan-Mu kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati dan mengubah sahsiah diri. Amin…..


notakakiku1:jupe artikel ni dalam folder modul PI KMK 08/09..syukran kpd sumer ajk,exco n mt PI KMK 08/09....

04 October 2009

Ketika saya meminta

Saya minta kekuatan,

ALLAH memberi saya rintangan untuk membuat saya kuat



Saya minta kebijaksanaan,

ALLAH memberi saya masalah untuk saya pecahkan.



Saya minta kekayaan,

ALLAH memberi saya akal untuk bekerja.



Saya minta keberanian,

ALLAH memberi saya bahaya-bahaya untuk saya atasi.



Saya minta Cinta,

ALLAH memberi saya seorang pasangan yang selalu mengasihiku



Saya minta kasih,

ALLAH memberi saya anak-anak terlantar untuk saya bantu.



Saya minta kurnia,

ALLAH memberi saya kesempatan.



Dalam semua hal itu, saya tidak menerima apa yang saya inginkan,

Tetapi saya menerima apa yang saya perlukan.

Ternyata doa saya dikabulkan.




Amin.....






01 October 2009

-selamat hari lahir-





Teristimewa buat ayah tersayang,SELAMAT HARI LAHIR....

tiada kata mampu diucapkan atas segala-galanya....

semoga panjang umur...(nati leh tengok orang kawen,aisshh..gatai nihh)..

semoga dimurahkan rezeki...(jangan lupa salurkan separuh kat orang yerr..)....

semoga bertambah hensem..(eehheemmmm...jangan main2..)...

semoga dengan bertambah usia,maka bertambahlah amalan dan iman ayah...

hadiah untuk tahun ini ialah result final first sem ni yer...(takde duit nak beli hadiahla)..

ayah.jangan lupa hadiah birthday untuk orang yer lagi seminggu...
(nak spek baru taw,murah jer tahun ni)...


bangga sekali orang sebab semua orang yang melihat akan kata muka kita sebijik....
orang banyak mewarisi gen ayah...

papepun yang berlaku...I LOVE U....






notakakiku1:.Lambat wish sebab takde masa tuk post,simpan dalam draft jer tuk abadikan 1 oktober buat ayah..........

notakakiku2:takleh nak upload foto ayah atas sebab keselamatan dan ........

notakakiku3:orang=saya,ana,aku