20 June 2012

[PSM2] She Won 1st Prize,Congrates!!!

Assalamualaikum....

Wah....banyak la pulak draft entry bulan ni kan...tapi takper..nah update dan publish yang ini dulu. Pada 18 Jun,karnival PSM 2 telah diadakan untuk pelajar-pelajar tahun akhir maka seperti biasa 19 Jun pula diadakan satu event untuk meraikan top 20 PSM2 terbaik....


Alkisahnya....minah ni menang oiii.......tengokkk....dia menang...bangga tak..bangga tak....minah ni antara sekalian partner2 aku buat keje2 gila sepanjang tiga tahun ni.Tinggal 3P ni jer lagi kalau nak buat onar kat ump nie....sape tak bangga oiii... Mafia menang PSM sesi 2011/2012 k!!Memang mafia la kaw...


Ni supervisor yang tengah mamai sebab mabuk durian..cepat2 datang bila dapat tahu menang 1st prize kan....syukeww la tu....


Ni labu saya......tengok...dia nangissss masa terima hadiaaahhh....sebab dia tak percayaaa.....tapi dah rezeki kan....terima la weiii.....paperbag NOKIAAAA....haaa.....




Masa ni diumumkan pemenang.....hehe..sori weh....aku tengah kalut kat kk4 masa ni...lepas dia naik bergambar tu baru aku tiba dalam astaka ni...masa ni..dia nangissssss peluk makcik BCS kami......"makcik,saya menang...makcik,saya menang.",she said!!





Hahaha....ni masa selepas sesi2 bergambar tuh...ni sesi sama2 kami jer..masa ni nangis lagi..peluk aku beria...sebab tak caya kan...habis lencun tudung aku....sepanjang hari tu dia duk cakap kat aku dia rasa rendah diri sebab semua orang tepi2 booth dia ada pakai ipad la,tab la,device la....tapi tengok.....ko pakai ZOO pun menang oiiii...rezeki kan....nway...aku suka gambar nie...hehe..last kott kena peluk,lepas ni dia dah kuar UMP dah..



Kesimpulannya......weh...tahniah sebab dapat kalahkan semua orang......SE memang da bomb!!!Kenangan terindah sebelum habis degree....




*Heyy...awak tu...saya tahu awak jeles kan kawan saya ni menang,kan2....??Hehe...takperla awak..tu kan rezeki dia..rezeki awak celah lain...takyah nak risau2 sangatlah...mesti markah awak lagi OK...so..chill!!

*Hahaha...nak gelak bila tengok gegurl kacaks saya duk mengumpat sal saya seharian 19 Jun tu...heee..saya meraikan kawan saya la dapat present depan industri...bukan packing2 nak balik bagai..packing gak..tapi packing ke kolej lain jer..

*Memang entry ini rushing...sebab nak suh entry ni naik dulu sebelum si Mafia aku tu update blog dia...wowww...gigih mata aku duk menaip entry ko ni sebagai hadiah tuk ko.....esok pepagi lagi ad CTFL setelah berhempas pulas berpindah ke KK4...hoiii..belanja aku!!!Samsung Corby pun takperr.. ;p



katahatiku1: Deep inside in my heart,uiksss...tahniah.....aku tak pandai la nak wish manja2 depan2...terima dalam blog jer la aeee..nak tenang2kan masa ko nangis pun aku tak reti wehh...
katahatiku2: Mari fokus untuk CTFL dan 3P pula....perjalanan menadah ilmu masih berterusan..




16 June 2012

The Day You Went Away...

Assalamualaikum....


Sajer jer kan ko nak buat tacing tengah2 malam gini kan...

Dedicate; You!!


Well hey, so much I need to say
been lonely since the day
the day you went away
So sad, but true
For me there's only you
Been crying since the day
The day you went away



“You must remember, family is often born of blood, but it doesn't depend on blood. Nor is it exclusive of friendship. Family members can be your best friends, you know. And best friends, whether or not they are related to you, can be your family.” 
― Trenton Lee StewartThe Mysterious Benedict Society


15 June 2012

[psm] 2 days to go.....

Assalamualaikum....

Sudah semakin hampir nampaknya.Sudah 16 Jun..InsyaALLAH 18 Jun ini, akan berakhir sudah PSM2....sikit sahaja lagi.Lagi 2 hari.Dalam keadaan akhir-akhir ini,just nak quote kata-kata semangat dari seorang lecturer FSKKP kami.

Tiba-tiba rasa sebak pulak baca...hehehe......


And its true, tidak kira bagaimana performance system kita, hadapi dengan tenang.Dan paling penting,itu adalah usaha kita.Sekurang-kurangnya hargailah segala penat lelah itu.Kalau bukan kita siapa lagi??.

Sikit lagi.....dan ia akan berakhir tidak lama lagi....

Oh ALLAH, YOU are my guidance and my Light at the end of the darkest night.Give me the strength to go through all the things...For YOU are the Judge to whatever happen in this world. I will leave my life in Your Hand of Mercy. I believe in YOU..ALLAH  and I know You have your own reasons for these to happen to me. Like what You Said:
ALLAH GIVES THE VERY BEST TO THOSE WHO LEAVES THE CHOICE TO HIM.


Owh....please...for those who want to wish us...feel free to do... (bajet ahh ada orang nak wish kan)..

Jadi,mohon doa semua bukan untuk saya saja bahkan seluruh final year student yang akan present pada Isnin nanti.Semoga urusan kami semua dipermudahkan olehNYA.Tiada daya selain dariNYA.

Dan ini schedule selepas PSM.....busy kaww jah...

18 Jun = PSM
20-25 Jun = CTFL (Certificate Tester Foundation Level)
25 Jun-20 Julai = 3P (Program Pertauliahan Professional)
30 Jun-1 Julai = 1 Citizen



katahatiku1: Doakan yer...walau belum 100% system siap sepenuhnya,sekurangnya saya mahu ia sempurna sebaik-baiknya menjelang isnin ni....owh...saya present evening session...2.45-3.15
katahatiku2: Mahu Ramadhan hanya di kelantan sahaja...semoga selamat menjalaninya nanti..countdown start!!
katahatiku3: Nanti kena duk kk4...dah kurang boleh on9 dan hapdet blog...tapi sebab 3P dalam lab..so takdehal punya...hihihi...



12 June 2012

kadang-kadang.....

Assalamualaikum....

Quote ini saya ambil dari facebook...

Entry kali ini bukan bermaksud menidakkan apa yang terkandung dalam quote diatas.Harap Maklum.


Jika ALLAH ambil orang yang kita sayang kerana DIA terlalu cemburu dengan kita sebab sayangkan orang itu lebih dari DIA....saya terfikir kenapa kawan-kawan lain ALLAH tak ambil orang yang mereka sayang?
Saya juga terfikir kenapa perlu saya?Saya terfikir lagi saya tidak layak dapat seperti mereka ke?

Dan bila saya terus menerus berfikir,saya sedar saya seperti menyalahkan takdir. Ya ALLAH, saya tetap manusia biasa. Punya perasaan.Walau sejuta kali saya nyatakan bahawa saya OK, tersirat pelbagai acuan dan gelodak rasa.

Selepas ini,saya harap saya tidak lagi berfikir begitu. Saya kena belajar redha.Redha.Pasti ada hikmah terbaik buat semua.


 Paranoid kah saya dengan hidup ini?



*Terima kasih kak bella kenalkan web bacaan al-quran pelbagai imam*





11 June 2012

sign???

Assalamualaikum....


It's a sign??? I'm confius now....


Semoga ALLAH permudahkan segalanya.


Untuk satu perkara, saya sangat dan teramat terkilan. Saya tidak mahu diputarkan waktu kembali, kerana takut untuk menghadapi segalanya sekali lagi,namun saya harap perasaan ini kembali normal dan mereka disekeliling saya faham.Hari-hari doa agar perasaan terkilan ini tamat disini sahaja. Chill qeela!!



katahatiku1: Lagi entry yang tiada motif.....merapu sesuka hati saja...this is me!!

09 June 2012

brothers and sisters

Assalamualaikum....


To the outside world, we all grow old. But not to brothers and sisters. We know each other as we always were. We know each other's hearts. We share private family jokes. We remember family feuds and secrets, family griefs and joys. We live outside the touch of time. - Clara Ortega

For some reason, i'm regret!




07 June 2012

anak-anak vs ibu ayah

Assalamualaikum...


Wah....berturut-turut entry bulan Jun ini....happy nampak kan?Nampak dari luar jer, dalam hati banyak benda terjadi kat diri dan hati.Eh.Abaikan.

Oh.entry untuk kali ini.Mari cerita dan share tentang family. Ecece...gaya macam kaunselor perkahwinan pulak.

by hook or by crook, saya tetap yakin yang pembentukan akhlak anak-anak bermula dari rumah iaitu bagaimana ibu ayahnya.

Thats all i want to say!! Peace.Stay tuned.


its show something!


-MSU Shah Alam-
-08 april 2012-


06 June 2012

Cerita Kehidupan

Assalamualaikum...

Sudah 2 paper final berlalu pergi..tinggal lagi satu disamping sisa-sisa PSM...alhamdullilah untuk yang sudah selesai, Ahlan wasahlan untuk yang masih belum sempurna. =))

Bangun tidur sahaja,terus melangkah ke depan laptop,buka dashboard blog,mahu hapdet,mahu cerita banyak benda,mahu share semuanya,mahu itu,mahu ini. Tapi hanya ada 2 tangan dan belum semuanya 10 jari ini mampu menaip..(kekeke...sebab cara saya menaip keyboard sangat pelik,bak kata kembar labu).

****************************

Mahu cerita tentang apa?Topik?Isu?

Oh..mari kita share tentang hidup. Hidup kita semua. Hidup yang sedang kita jalani sekarang. Hidup sebelum mati. Iyya...hidup. Ada apa dengan hidup? Hargai nilai hidup kita. <----ecece kata kat orang kan...kadang2 diri sendiri pun tak tertahan jugak..

Jika kita fikirkan yang hidup kita tidak dihargai,hidup rasa dipermainkan,hidup ini sangat mengecewakan,kembalilah istighfar, sematkan dalam hati, dari kejauhan ada orang-orang yang sangat menghargai nilai hidup kita.

Ini peringatan untuk diri sendiri.Saya seringkali membayangkan kehidupan seindah fairy tales.Serius.Dari dulu hingga kini. No wonder saya sangat2 suka cerita barbie.kekeke...(pernah ponteng lab bio zaman matrik semata-mata mahu nonton ini cerita barbie). Tapi jika diteliti, barbie juga punya kisah sendiri,tidak mungkin senang sewenangnya,harus melalui kesusahan sebelum bersama Ken.

Eh,ini bukan cerita tentang barbie.Ini cerita kehidupan.The point is hargai kehidupan ini.Teliti satu persatu,orang-orang yang menyayangi anda.Juga orang yang anda sayang. Orang-orang palestin hari-hari menangis disebabkan kesusahan dalam berjihad,takkan kita hari-hari mahu menangis semata-mata menangisi nasib diri.Kamon K.Bangun dan sedar diri sikit.Kita tidak dilahirkan dengan sia-sia unless kita yang mensia-siakan hidup kita.

Kita selalu berangan nak menjalani kehidupan orang lain...jangan nak tipu,semua orang pernah rasa begini dan pernah terdetik dalam hati walau secuit,sekurangnya pernah juga terdetik,eh,nak jadi macam siti nurhaliza la.what??Siti?Look at yourself. Diri  kita ni lagi mahal dan lagi beruntung compare nak jadi macam siti.Karang kalu jadi siti, kentut dalam exam hall pun terus jadi cerita muka depan metro,ni kalu tak jadi siti,senang-senang elok jer boleh kentut bukan dalam exam hall,hatta tengah membeli makanan kat kafe.Hehh.

Dan itulah cerita kehidupan.Tidak banyak.Cuma mahu mengingatkan diri.Diri & hidup ini sangat bernilai, ALLAH jadikan ada manfaat dan untungnya.

Pandang atas sana dan ucap...ALHAMDULILLAH untuk hidup ini!!!

Haiiii...tidak tahu apa merapu diatas.Yang penting,baca jer la.Mahu hapdet blog kan.


****************************

Mahu ucapkan jutaan terima kasih buat semua terutama umi,ayah,adik2 dan kawan-kawan terdekat. Setelah hampir 3 bulan sakit sejak Feb lepas, alhamdulillah,kini saya pulih sepenuhnya (dah bleh senyum seperti biasa..hihihi). Terima kasih sangat-sangat atas kesudian menjaga,mengingatkan,semangat dan dorongan. Terima kasih tidak terhingga kerana tidak sesekali meninggalkan saya walau untuk seketika. Terima kasih atas doa-doa anda semua. Saya tidak senaraikan semuanya,namun saya doakan setiap kali ada lintasan doa dalam hati anda buat saya, saya tembak kembali doa itu,semoga anda berjaya dan bahagia serta sihat selalu.Terima kasih Ya ALLAH menghadirkan mereka. Terima kasih atas kesudian membantu saya,terima kasih kerana menjaga pantang larang saya,buat ayu,nana, special dedicate sebab sudi temankan setiap kali mengurut. Experience right,cerita orang-orang gila?haha..thanks bestie!Terima kasih semua,sahabat-sahabat saya!

*maaf,kekangan masa sebelum ini untuk kasi ucapan terima kasih. ^.^



****************************

Selamat datang ke dunia blog,adik-adik persis. Meriah la nanti semua berblog. Do visit them.
Liza, Shada ... haaa...apa lagi...akak dah promote blog korang kat sini...belanja big apple la satu!! hihihi..



katahatiku1: Dah...dah boleh berhenti gamaknya...mahu meneruskan cerpen2 yang tergendala supaya blog sebelah sana turut update.hehehe



03 June 2012

Final Exam Year 3 of SE

Assalamualaikum...


Memang mudah untuk menyulam mimpi. Namun tidak mudah untuk menjadikan ia satu kenyataan. Usaha, kekuatan dan doa adalah kuncinya.



Paper untuk final exam kali ini

05/06 = Structured Query Language (SQL)
06/06 = Software Testing & Maintenance (STM)
11/06 = Software Quality Assurance (SQA)


Hari ini baru betul-betul pulun untuk SQL, sebelum ni terlalu fokus untuk PSM...Oh, 3S, please be nice to me!Ya ALLAH,permudahkan segalanya.

Tak sabar nak tunggu....

--
     ------

                 ------------------

                                            -----------------------------




"The hardest part about moving forward is not looking back."


katahatiku1: Kan dah kata, malam atau sehari nak exam,mesti ada entry di blog...wakakaka...
katahatiku2: Semoga result kali ini lebih cemerlang dan gemilang...bantu kami,Ya ALLAH!!




28 May 2012

Kuliah akhir UMP??

Assalamualaikum......


Alhamdulillah...tepat jam 3.45 petang 22 Mei 2012, tamat sudah cerita-cerita kuliah untuk semester 6 ini. Tidak tahu sama ada ini yang terakhir atau akan ada lagi yang lain.Hanya ALLAH yang tahu.Yang pastinya, hari ini ialah hari terakhir berjalan bersama-sama, bergelak ketawa,dan semua aksi nakal dengan geng-geng kamceng setelah 3 tahun ini.


Tamatnya kisah semester ini diakhiri dengan test bagi subjek techno.Tidak sangka, sudah hampir ke garisan penamat rupanya perjalanan kisah degree ini. Jika tahun satu dulu dimulakan dengan entri ini penghargaan istimewa, maka kali ini, semester 6 akan diakhiri dengan entri untuk hari ini.


Terima kasih ALLAH atas apa yang berlaku sehingga hari ini.Banyak yang ingin dicoretkan, banyak yang ingin dikisahkan,sungguh, tidak sedikit pun rasa menyesal bertandang dalam hati. Mungkin suatu ketika dahulu, UMP bukan destinasi yang menjadi impian, tetapi sekarang ia menjadi satu kebanggaan.

Andai kata aku tidak ditakdirkan dalam UMP ini, sudah pasti aku tidak bertemu dengan insan yang pertama berkongsi rasa,rommate ketika tahun 1, qis,pika, zu. Susah senang suatu ketika dulu,selalu outing bersama, selalu buat hal, selalu itu ini, selalu begitu begini. Ada aku kesalkan?Sikit pun tidak,malahan lagi bangga.

Andai kata aku tidak ditakdirkan dalam UMP ini, sudah pasti tidak bertemu dengan classmate dan geng2 kamceng giler aku, sudah pasti tidak bersama-sama dengan mereka dalam perjalanan SE ini sehingga akhir,sudah pasti tidak bertemu kembar labu labi aku, ayu, nana,wani,nenes,madi, ayu kecik,ana, rairo,raibi,kak nini,nisa dan semua....Ramai untuk aku sebutkan..sesungguhnya mereka semua sangat istimewa

Andai kata aku tidak ditakdirkan dalam UMP ini,sudah pasti aku tidak menerima gelaran ustazah, sudah pasti   tidak wujud mellisa maureen, sudah pasti tidak lahir qyla mydin yang punya seorang skandal bergelar doktor yang punya lagu sendiri,ah kocok...kocok, sudah pasti juga qila ozawa juga tidak muncul...betapa banyak gelaran diterima sepanjang  3 tahun ini.Mesti dan pasti rindu kenangan-kenangan ini.

Andai kata aku tidak ditakdirkan dalam UMP ini,sudah pasti tidak bertemu dengan rommate  sekarang,amy,hajar,aya. Masing-masing punya watak dan cerita sendiri. Masing-masing ada kesukaan tersendiri. Nikmat apa lagi yang boleh saya dustakan? Ya ALLAH...


Terima kasih Ya ALLAH...atas kurniaan sehingga hari ini,sehingga saat ini. Ini belum masuk lagi kisah dan cerita keluarga persis. kelab yang paling disayangi.

Entri ini patut  berakhir disini sahaja,sudah tidak mampu menahan sebak <---- ececece, menaip entri ini bertemankan lagu ashanti, aku ingin kamu,kamu ingin dia..owhh..tacing!


Jangan risau, sepanjang study week ini, tuan punya blog sangat rajin update blog sebab dia lain dari lain,dia suka update blog,dia suka menulis cerpen,dia suka merayau2 disaat2 waktu busy dan genting. Jangan risau, disaat-saat akhir ini juga,blog ini bakal berkisar tentang UMP sahaja.


katahatiku1: alhamdulillah..sudah selesai presentation depan sv,walau tidak seperfect yang diharapkan,aku tahu kemampuan aku,insyaALLAH..pasti complete menjelang karnival nanti
katahatiku2 : Doakan final exam untuk semester ini