04 October 2009
Ketika saya meminta
ALLAH memberi saya rintangan untuk membuat saya kuat
Saya minta kebijaksanaan,
ALLAH memberi saya masalah untuk saya pecahkan.
Saya minta kekayaan,
ALLAH memberi saya akal untuk bekerja.
Saya minta keberanian,
ALLAH memberi saya bahaya-bahaya untuk saya atasi.
Saya minta Cinta,
ALLAH memberi saya seorang pasangan yang selalu mengasihiku
Saya minta kasih,
ALLAH memberi saya anak-anak terlantar untuk saya bantu.
Saya minta kurnia,
ALLAH memberi saya kesempatan.
Dalam semua hal itu, saya tidak menerima apa yang saya inginkan,
Tetapi saya menerima apa yang saya perlukan.
Ternyata doa saya dikabulkan.
Amin.....
01 October 2009
-selamat hari lahir-
tiada kata mampu diucapkan atas segala-galanya....
semoga panjang umur...(nati leh tengok orang kawen,aisshh..gatai nihh)..
semoga dimurahkan rezeki...(jangan lupa salurkan separuh kat orang yerr..)....
semoga bertambah hensem..(eehheemmmm...jangan main2..)...
semoga dengan bertambah usia,maka bertambahlah amalan dan iman ayah...
hadiah untuk tahun ini ialah result final first sem ni yer...(takde duit nak beli hadiahla)..
ayah.jangan lupa hadiah birthday untuk orang yer lagi seminggu...
(nak spek baru taw,murah jer tahun ni)...
bangga sekali orang sebab semua orang yang melihat akan kata muka kita sebijik....
orang banyak mewarisi gen ayah...
papepun yang berlaku...I LOVE U....
notakakiku2:takleh nak upload foto ayah atas sebab keselamatan dan ........
notakakiku3:orang=saya,ana,aku
26 September 2009
ALLAH Is Enough For Me

I feel sadness again today...
coz here I am,meshing up the garden again..
I try to talk about YOU like a crazy woman in love again..
but...
they don't understand...
if they do...they don't really like to hear
Dear ALLAH,
I feel so secure and save with YOU,
My heart is bleeding in misery of missing YOU
Every minutes I whisper Your Name in
every single breath I took...
I can't help it..
I can't hold my tongue from saying Your Greatness to me..
I feel bad when I takl about You and no one listen..
I feel so bad that those people will think that I am a hypocrite..
I am so afraid..if i've done something wrong to You..
I am so into You...and so few people can understand..
Dear ALLAH,
when they start to stop hearing me..
I go quite...and locked myself inside my little garden..
I better be alone to always whispering Your Name...
I like it better when I cry because of You..
I like it a lot when I wrote things about You..
Here I am, trying to be with You always...
Is there any word "TOO MUCH!" on loving You??
If there is..please forgive me..
for I don't want to make You mad..
If there is none,Please let me sink in this ocean of Loving You..
Is it wrong dear ALLAH if i love You too much??
Is it wrong??
I can't help it to feel this way...because I am so attached to You..
I need You more than the air I breath I can't smile if
I don't feel Your greatness in me
Dear ALLAH,
If someone in love with a man
They so proudly declare their love to the whole world!!!
They will so excited to speak their feeling out loud..
but..
should I keep the urge inside my heart,
because the one I fall in love with is You???
if they could shout out loud about their love...
why couldn't I???
just because the one I fall for is You..
Dear ALLAH,
You have promise me Heaven..
and my Heaven is Only You!!!
You warn me with Hell..
and my Hell is Without You!!!
Dear ALLAH....
My life is my devotion to You...
My Heaven is You..
My Hell is without You..
am I being too much???
notakakiku:am i hypocrite??...try to be myself in my way..not others...
22 September 2009
-Juadah RAYA 09-
1 SYAWAL

2 SYAWAL


ulasan:Usaha saya la tuu yang membolehkan kuah kacang ni terhasil,yee laa,nak wat lontong tak reti dan rumit,so,tolong yang patut2 dah lerrr..
3 SYAWAL

ulasan:Menu ni terpaksa dibuat semula pada hari ini kerana mendapat permintaan ramai..
4 SYAWAL
mee kariulasan:ni permintaan saya,sebab terliur sangat nak makan masa duk UMP,so,balik ni mitak ummi wat..besttt oiii...
5 SYAWAL
hang out nga kawan2 sehingga 7 SYAWAL..ulasan:start ni,dah tak lekat kat umah daa..keluar jalan2 nga member2..
notakakiku2:kredit tuk Mr.Google,ye laa..xsempat snap pic sebenar sebab mana leh kamera kesayangan masuk dapur...cayang oii...
21 September 2009
-pESanAN suFI-
"ketahuilah kehidupan hanya beberapa minit,bahkan hanya beberapa detik.Jadilah engkau seperti semut dalam kesungguhan,ketekunan dan kesabaran.Cuba dan teruslah engkau mencuba.Bertaubatlah jika engkau kembali melakukan dosa, dan kembalilah engkau kepada pintu taubat.Hafalkan kembali Al-Quran jika engkau telah lupa.Kembalilah engkau untuk mengingatnya untuk kedua kalinya dan yang ketiga kalinya..Bahkan untuk kesepuluh kalinya..."
"Berhentilah dari merenungi dosa,
tetapi renungilah sifat yang baik
sebagai penggantinya"
-ayat2 yang diquote dari buku Jangan Bersedih,Jadilah Wanita Paling Bahagia karya DR.'Aidh 'Abdullah Al-Qarni,ayat2 yang syahdu untuk saya apabila seorang sahabat pernah bertanya bagaimana dengan hafalan saya sejak dulu-
mampukah saya jadi seperti ini...
.
..
...
....
.....
muslimah,solehah,mujahidah18 September 2009
-SALAM AIDILFITRI-

Amin Ya Rabbal A'lamin...
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
teristimewa buat:
-semua family saya (maaf banyak2 kalu ada tersinggung..huhu)
- guru-guru sekolah rendah dan menengah saya.
-semua pensyarah matrik dan uni saya.
-sahabat-sahabat yang disayangi (abim,maahad,unisel,kmk,ump)
-usrati iluvislam.com (maaf sihh.kualiti kerja kurang ramadhan ini)
-semua follower dan pembaca blog ini (syukran kerana sudi singgah di blog yang tak seberapa ini)
-silent reader (hahaha..ada ke??pasan btol..) dan sumer yang mengenali diri ini.
notakakiku1:sedih sebab ramadhan bakal pergi..dah takde terawih dah lepas ni..sob3..
notakakiku2:saya orang yang paling lewat bangun sahur untuk ramadhan kali ini,tidak kira masa duk umah atau hostel ump...
17 September 2009
Belum Berpunya???
Akhawatku,
Dewasa ini ramai muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dalam memiliki seseorang tanpa mengenal halal dan haram. Yang penting dapat. Apa yang dapat? KAHWIN? Atau mengikut nafsu semata. Akhawat, maruah ialah kesanggupan untuk menjauhi yang haram dan dosa.
Akhawatku,
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu walaupun mereka yang merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi diri diperhambakan untuk menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan PENCIPTA CINTA. Semua batas-Nya diredah segala, tak kenal dosa dan pahala.
Akhawatku,
‘’Benar bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani. Dan andai bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah.’’
Cinta sebelum berkahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan kejinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi?? Anak-anaklah yang akan menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namum, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.
Akhawatku,
Kuhembus nasihat ini kepadamu tanda kasih dan sayangku kerana Allah. Bagi yang belum berpunya, andalah pilihan Allah untuk mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yakinlah! Jangan risau jika masih belum berpunya kerena mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda, untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi.
Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, “first thing first” Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.
Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulia dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah di tolak, usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan usaha. Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan sms siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?…
Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu. Itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.
Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar dirempuh. Namun apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan sunnah. Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Waallahu’alam…
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia."
notakakiku1:masih belum berpunya??relaxlaa...enjoy ur life first..
notakakiku2:kredit tuk dis sumber..
16 September 2009
Sayonara TIQAH!!
ni la tiqah time reunion yang aku tak hadir tuu..Apa yang aku reply.........
tiqah n dD(wedding planner aku jap ag),aku tak tahu motif diorang ni...Sebelum ni tiqah ada wat reunion 6AB kat KBMALL rasanya,tapi sowrii..memang tak hadir sebab time tu tak kena masanya,ada urusan rasmi negara yang perlu diselesaikan (uwwekkss..)..satu ag,kat PIZZA KB,yang ni memang kofem tak gi sebab dah daftar masuk uni..huhuhu..nak wat camne takde rezeki...tapi of course,memang nak jupe kembali sumer 6ab 2001..rindu kamu laaa..
Semoga berjaya,qah,berjaya menjadi seorang doktor muslimah yang disegani..jangan lupa aku..semoga tabah dirimu disana,jaga iman n islam,jangan mudah berputus asa..aku yakin mu boleh!!!miss u a lot!!
notakakiku1:kredit tuk dD sebab kasi gambar ni dengan pelbagai cara...
notakakiku2:Post istimewa tuk sumer classmate sekolah rendah aku..
noatkakiku3:nak tahu sal kami,abimians,klik sini,6AB2001..
kalau aku sudah tua
Mengertilah, bersabarlah sedikit terhadap aku
.
Kalau pakaianku terkena sup,
kalau aku lupa bagaimana mengikat kasut,
ingatlah bagaimana dahulu aku mengajarmu.
Kalau aku berulang-ulang berkata-kata tentang sesuatu,
yang telah bosan kau dengar,
bersabarlah mendengar,
janganlah memutuskan pembicaraanku.
Ketika kau kecil,
aku selalu harus mengulang cerita
yang telah beribu-ribu kali kuceritakan agar kau tertidur.
Kalau aku memerlukanmu untuk memandikanku,
janganlah marah padaku.
Ingatlah sewaktu kecil aku harus mengguna
segala cara untuk memujukmu mandi.
Kalau aku tak faham sedikitpun tentang teknologi
dan hal-hal baru, jangan mengejekku.
Fikirkan bagaimana dahulu aku begitu sabar
menjawab setiap "mengapa" darimu.
Kalau aku tak dapat berjalan,
hulurkanlah tanganmu yang masih kuat untuk memapahku.
Seperti aku memapahmu saat kau
belajar berjalan waktu masih kecil.
Kalau aku seketika melupakan pembicaraan kita,
berilah aku waktu untuk mengingat.
Sebenarnya bagiku, apa yang dibicarakan tidaklah penting,
asalkan kau disamping mendengarkan, aku sudah sangat puas.
Kalau kau memandang aku yang mulai tua, janganlah berduka.
Mengertilah aku, dukung aku, seperti aku menghadapimu ketika
kamu mulai belajar menjalani kehidupan.
Waktu itu aku memberi petunjuk
bagaimana menjalani kehidupan ini,
Sekarang temani aku menjalankan sisa hidupku.
Beri aku cintamu dan kesabaran,
aku akan memberikan senyum penuh rasa syukur
dalam senyum ini terdapat cintaku yang tak terhingga untukmu
p/s:fikir-fikirkanlah....











