17 September 2009

Belum Berpunya???

Usah risau jika anda belum berpunya........

Akhawatku,
Dewasa ini ramai muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dalam memiliki seseorang tanpa mengenal halal dan haram. Yang penting dapat. Apa yang dapat? KAHWIN? Atau mengikut nafsu semata. Akhawat, maruah ialah kesanggupan untuk menjauhi yang haram dan dosa.



Akhawatku,
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu walaupun mereka yang merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi diri diperhambakan untuk menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan PENCIPTA CINTA. Semua batas-Nya diredah segala, tak kenal dosa dan pahala.



Akhawatku,
‘’Benar bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani. Dan andai bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah.’’



Cinta sebelum berkahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan kejinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi?? Anak-anaklah yang akan menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namum, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.



Akhawatku,
Kuhembus nasihat ini kepadamu tanda kasih dan sayangku kerana Allah. Bagi yang belum berpunya, andalah pilihan Allah untuk mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yakinlah! Jangan risau jika masih belum berpunya kerena mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda, untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi.



Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, “first thing first” Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.



Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulia dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah di tolak, usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan usaha. Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan sms siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?…



Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu. Itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.



Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar dirempuh. Namun apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan sunnah. Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Waallahu’alam…



“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia."




notakakiku1:masih belum berpunya??relaxlaa...enjoy ur life first..
notakakiku2:kredit tuk dis sumber..

16 September 2009

Sayonara TIQAH!!

Kul 7.13 a.m.,tiba2 deringan mesej menusuk telinga yang sedang lena diulit mimpi,aisshhh..lepas solat subuh terus terkoma,nak wat camne (alasan le tu)..memang mati2 ingat ummi jer sebab mesti ummi yang mesej dan call pagi2 nak kejutkan anak dara sorang nihh..tapii....


slm.tkah dah nk g uk,univ leicester mlm ni pkl 11.40 utk bwat medik 5 taun.mohon ampun dan maaf ats sgl silap salah slme ni.minte halalkan kalau ad terambil,thutang ape2 ye..:-D slm aidilfitri.al da bez in evrytg.c u guys nex yr!tQ n hdup alumni!!



ni la tiqah time reunion yang aku tak hadir tuu..


Mesej terakhir dari tiqah,sahabat sejak tadika sehingga sekolah rendah,satu kelas sejak 1 osman hingga 6 Abu Bakar,sama2 melanjutkan pelajaran di maahad,walau sudah terpisah kelas,namun kami masih berhubung kerana masih berada dalam komuniti maahad.

Apa yang aku reply.........

wsalam..waaa,sdih la mu msg g2..maaf jugak kalu ad salah silap.doakan kejayaan aku dsini..jgn risau,aku kawen lpas mu balik m'sia..hahhahahah..keep in touch...



tiqah n dD(wedding planner aku jap ag),aku tak tahu motif diorang ni...


Lepas send,terus bangun tak tido2 ag..terimbau sumer kenangan time sekolah rendah dulu,memori kat ABIM,dulu selalu gak gaduh2 nga tiqah,kadang2 kamceng semacam,biasala budak2,tak tahu apa2..tahu nak main jerr,dulu selalu jeles nga tiqah sebab selalu dapat no 1 dalam kelas,sape tak jeles kan??ermm..time darjah 6 gak,selalu usik tiqah nga Hamzi,KP time tu sebab tiqah Naib KP,hahaha..lawak2..budak2 katakan..


Sebelum ni tiqah ada wat reunion 6AB kat K
BMALL rasanya,tapi sowrii..memang tak hadir sebab time tu tak kena masanya,ada urusan rasmi negara yang perlu diselesaikan (uwwekkss..)..satu ag,kat PIZZA KB,yang ni memang kofem tak gi sebab dah daftar masuk uni..huhuhu..nak wat camne takde rezeki...tapi of course,memang nak jupe kembali sumer 6ab 2001..rindu kamu laaa..



ni la kami..6AB 2001..





Signature ni memang wat aku jeles siot!!..


Semoga berjaya,qah,berjaya menjadi seorang doktor muslimah yang disegani..jangan lupa aku..semoga tabah dirimu disana,jaga iman n islam,jangan mudah berputus asa..aku yakin mu boleh!!!miss u a lot!!


notakakiku1:kredit tuk dD sebab kasi gambar ni dengan pelbagai cara...
notakakiku2:Post istimewa tuk sumer classmate sekolah rendah aku..
noatkakiku3:nak tahu sal kami,abimians,klik sini,6AB2001..


kalau aku sudah tua

Kalau aku sudah tua, bukan lagi aku yang semula.

Mengertilah, bersabarlah sedikit terhadap aku
.



Kalau pakaianku terkena sup,

kalau aku lupa bagaimana mengikat kasut,

ingatlah bagaimana dahulu aku mengajarmu.



Kalau aku berulang-ulang berkata-kata tentang sesuatu,

yang telah bosan kau dengar,

bersabarlah mendengar,

janganlah memutuskan pembicaraanku.



Ketika kau kecil,

aku selalu harus mengulang cerita

yang telah beribu-ribu kali kuceritakan agar kau tertidur.



Kalau aku memerlukanmu untuk memandikanku,

janganlah marah padaku.

Ingatlah sewaktu kecil aku harus mengguna

segala cara untuk memujukmu mandi.



Kalau aku tak faham sedikitpun tentang teknologi

dan hal-hal baru, jangan mengejekku.

Fikirkan bagaimana dahulu aku begitu sabar

menjawab setiap "mengapa" darimu.



Kalau aku tak dapat berjalan,

hulurkanlah tanganmu yang masih kuat untuk memapahku.

Seperti aku memapahmu saat kau

belajar berjalan waktu masih kecil.



Kalau aku seketika melupakan pembicaraan kita,

berilah aku waktu untuk mengingat.

Sebenarnya bagiku, apa yang dibicarakan tidaklah penting,

asalkan kau disamping mendengarkan, aku sudah sangat puas.



Kalau kau memandang aku yang mulai tua, janganlah berduka.

Mengertilah aku, dukung aku, seperti aku menghadapimu ketika

kamu mulai belajar menjalani kehidupan.

Waktu itu aku memberi petunjuk

bagaimana menjalani kehidupan ini,



Sekarang temani aku menjalankan sisa hidupku.

Beri aku cintamu dan kesabaran,

aku akan memberikan senyum penuh rasa syukur

dalam senyum ini terdapat cintaku yang tak terhingga untukmu




p/s:fikir-fikirkanlah....

15 September 2009

-Motivasi Kehidupan-



























































p/s: saje jer nak naikkan semangat untuk kembali berjuang dalam hidup...semoga sentiasa dirahmatiNYA...

13 September 2009

Peribadi Melalui Kalendar ISLAM..

Muharram
Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.


Safar
Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.


RabiulAwal
Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.(huhuhuhuh....)


RabiulAkhir
Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.


JamadilAwal
Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga .


JamadilAkhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.


Rejab
Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .


Syaaban
Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rezeki .


Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.


Syawal
Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.



Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.


Zulhijah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaanya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatanya. Dia seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan.


p/s:kalau nak tahu bila korang lahir,sila klik disini.