14 April 2014

Projek Mega Rumah Anak-Anak Yatim Nur Raudhah KL & Selangor

Assalamualaikum.

Long time no see right?HAHA.

Ada yang rindu?Uweek,takperla takde pun.Tak kesah.Tapi sebelum tu,mari baca entri kali ni.

Aku dapat tahu benda ni masa bulan Mac hari tu lagi kan,tapi biasa la perempuan perasan-busy-banyak-keje-setiap-hari macam aku ni tak sempat-sempat nak tulis haaa.Alasan.ceehhh.

Ini antara projek aku sekarang.Cehwaah,gempak tak bunyi projek.Padahal ko makan gaji jer qeela oii kat subang nuh.

Okies.Mari serius.Ini sungguh serius.

Ini sebetulnya projek aku..bukan projek aku pun tapi aku tolong diorang.Tolong promote jer la.Tolong tulis.Ni jer medium aku kan.Kalu boleh tolong lebih2 aku nak buat la.

Ini projek pembinaan Rumah Anak-Anak Yatim Nur Raudhah KL & Selangor.Sebetulnya aku jumpa kat blog kakdi ni,pastu terus contact owner dia,kak fatin yang baik..*blinkblink*

Setakat ni tade lagi la aku tolong apa-apa pun lagi,setakat tolong promote minta sumbangan jer la.Diorang tengah dalam pembinaan untuk membina penempatan untuk anak-anak yatim ni kat beranang,selangor.
Yer aku tahu jauh.Tapi apa ada dengan jauh.

Sekarang,aku difahamkan bahawa anak-anak yatim ni ditumpangkan seketika dimana-mana rumah anak-anak yatim yang ada sekitar KL ni.

InsyaALLAH,lepas siap bangunan diorang nanti,mereka akan dipindahkan ke beranang.Oleh itu,kita-kita yang mampu ni,tolong2 la sikit.Aku sendiri pun tak mampu weii..terus terang aku cakap..haha..baru kerja kott,nak tolong lebih2 tak mampu,tapi macam biasa lah,aku up dalam blog la kan.HAHA.

Tapi aku suka buat kerja-kerja macam ni,teringat dulu-dulu program anak-anak yatim ke,kanak-kanak tadika ke,budak-budak sekolah ke,tak kira lah,aku ni garang kott,tapi cair la jugak bila budak-budak cakap baik-baik nga aku kan.HAHA.

For those who know me and my programmes,yes,aku nak sangat contribute dengan Nur Raudhah ni,cuma sekarang ni lah,diorang baru dalam pembinaan.Maka,marilah kita tolong yang semampunya dulu.

Aku dah pasang impian dah ni,nak buat program dengan diorang,program bersiri la,tak mahu la sekejap sekejap kan.Biar ada input output.Fuhh..fuhh...teringin nak ada majlis berbuka puasa tahun ni dengan diorang macam tahun-tahun sebelum.Tahun lepas tahun praktikal,dapat invitation dari kakak.hihi.

Kat bawah nanti,akan ada attach gambar-gambar yang berkaitan dengan pembinaan rumah anak-anak yatim tu.Ada apa-apa contact jer  diorang..hewhew..contact aku tak tahu sangat.Aku tahu blog aku jer lah.

InsyaALLAH,selepas 2 bulan,jika diizinkan Allah,diberi peluang dan ruang,bulan 5 nanti aku akan jumpa kak fatin.Nak kenal-kenal,nak borak-borak,nak eratkan silaturrahim katanya.Mungkin lepas tu baru boleh mula untuk jumpa adik-adik Nur Raudhah pulak.Korang,doakan aku!!

Kalau tak nampak,klik la sekali lagi yer tuk baca.pandai-pandai lah.Ni pun aku ambil dari blog kakdi.Kakdi mohon izin copy and share.











Hamka; "kalau hidup sekadar hidup,babi di hutan juga hidup.
Kalau bekerja sekadar bekerja,kera juga bekerja"

katahatiku1: Walau aku tolong diorang,aku tak lupa lah adik-adik aku sendiri.Jangan risau,diorang punya prioriti paling atas dan tinggi dalam hati aku selamanya.

0 comments: