Ini antara tentatif dan aktiviti yang bakal dijalankan.Ya, secara kasar sahaja, secara detailsnya sila tanya tuan pengarah nanti.Namun, saya percaya, PERSIS mampu melakukan segala modul yang dirancangkan.
Ini adalah bakal program luar negara pertama yang akan diadakan.Seperti yang kita semua maklum, program yang melibatkan luar negara seperti ini akan memakan banyak belanja.Jadi, semoga ada la sesiapa yang bermurah hati lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini,bolehlah menyumbang sedikit sebanyak sumbangan buat mereka yang akan kesana. Alaaa...tu mana-mana pilot MAS yang tengah baca blog ni,kot-kot2 dapat kasi half price tiket flight ke kan..(bajet ahh pilot baca blog ko).
Jawatankuasa pelaksana VO2V bermula sebelum Ramadhan lagi sudah berkampung di UMP untuk mengumpul seberapa banyak dana yang diperlukan.Ya,sangat teruji sebenarnya untuk mencari sponsor ini.Tahniah adik-adik yang masih bertahan sehingga kini.Teruskan.
Kita yang tak mampu untuk kesana ini, boleh juga untuk menyumbang, iya hatta RM10 atau RM1 pun mereka terima.Anggaplah ini saham akhirat kita nanti.Sumbangan yang diberikan ini bukan untuk digunakan oleh mana-mana pihak tapi akan disampaikan kepada penduduk Vietnam nanti.Bantu mereka seada dan semampunya.
VO2V ini juga boleh ditaja oleh mana-mana syarikat.Mereka berbesar hati untuk menerimanya.Ini adalah senarai-senarai faedah bagi syarikat yang boleh menaja VO2V ini.
Tak nampak kan?Takper...email saya, saya berikan softcopy, ini sekadar crop sahaja..
Kepada mana-mana syarikat yang ingin memberi tajaan,bolehlah email saya dahulu untuk saya emailkan kembali proposal tajaan dan sebagainya yang berkaitan dan seterusnya bank in ke BENDAHARI UMP no akaun: 556226102820, MAYBANK untuk
program “VOLUNTARIES OUTREACH
2 VIETNAM (VO2V)”
email me at : aqielahuzihan@gmail.com
Kepada individu yang turut ingin memberi sumbangan,anda bolehlah berhubung sendiri dengan Pegawai yang bertugas di talian 09-5492538.Sila call sendiri yer, nak suruh mesej pun, telefon pejabat nieh.Mana la taw dapat jemputan makan bubur lambuk kat kuantan ke kalau derma kat VO2V.
QUESTION & ANSWER about VO2V
- Kenapa kena buat program luar negara sedangkan kewangan pun kena minta tajaan/sumbangan/derma orang ramai?
PERSIS dah terlalu banyak program dalam negara bahkan dalam negeri sendiri.Tidak salah kiranya cuba memecah tradisi dengan mengantarabangsakan program-program Persis.Selain PERSIS & UMP, Malaysia turut mendapat nama melalui KPT kerana UMP dibawah kuasa KPT.Sekiranya universiti lain.program-program luar negara ni dah biasa sangat dah...UMP jer jarang-jarang sekali.UKM,UM,USM semuanya dah biasa dengan program luar negara seperti ini.Nak harapkan program around the world oleh Pusat Antarabangsa memang tak tahu bila ada peluangnya,saingannya sangat ramai.Oleh itu,PERSIS mengambil inisiatif sendiri dengan menganjurkan program sendiri.
VO2V merupakan program sukarelawan.Dah namanya sukarelawan,program sukarelawan mana yang mempunyai bajet yang cukup,semua sama jer, mesti ada songsang sikit-sikit. Tajaan/sumbangan/derma itulah saham kita nanti.Percayalah.Dalam al-quran dan hadis sendiri ada ditekankan konsep bersedekah ni.
Sepanjang pengendalian untuk mengumpul dana VO2V ini,jawatankuasa dah berusaha pelbagai cara antaranya membuka Car Wash di UMP dan membuka gerai jualan di bazar.Itui apa yang saya tahu,yang saya tidak tahu,mungkin banyak lagi cara mereka mengumpul dana VO2V.Dibulan Ramadhan ini,mereka berkorban meninggalkan family dikampung untuk sama-sama berganding bahu bagi memastikan kelancaran VO2V ini.Mereka mampu mencari pahala dan saham semudah itu.Kita?Mahu tengok sahaja?
Free2 mahu mereka sahaja dapat pahala?Kita pun boleh.Iya..boleh.Hulur lah seadanya.Paling tidak,hulurkan untaian doa buat mereka.
- Ada soalan lain lagi?, drop by the comment or email me at : aqielahuzihan@gmail.com.I will reply and post it here time by time.OK?-Takmampu nak fikir soalan banyak2,tengah heavy flu.
Last but not least, ini memang entry untuk promote VO2V.Haha.Sebelum UMP saman aku sebab duk keluarkan nama UMP mitak tajaan jer,ni dia surat pengecualian cukai dari UMP.Tadaaa...
Untuk semua jawatankuasa VO2V,teruskan usaha anda.Allah melihat segalanya.Memang tidak terbalas apa yang dilakukan sekarang namun ia telah dicatit untuk dibentangkan diakhirat kelak.Memang perit untuk melaksanakan sesuatu program yang besar ini,namun inilah sebenarnya yang mengajar erti satu ketabahan.Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga ALLAH redha.
katahatiku1: Aku tak pergi pun Vietnam nieh, aku cuma tolong junior2 jer cari tajaan.Aku hanya ada blog ni jer, jadi,dengan blog ler mitak tolong.
katahatiku2: Lagi 2 minggu nak habis LI...Yess...habis study~!ALHAMDULILLAH.
katahatiku3: Dah lama tak menaip, terasa skill menulis sudah tiada.sobsob.Ayat tunggang langgang,bahasa kucar kacir.Aisshh.
|
1 comments:
assalamualaikum sis
tak pe, me war2 kan yang baik inshaAllah dapat sahamnya jua kan, sebarkan ilmu untuk insan sejagat moga berjaya dlm pljrn,
Post a Comment