Lalalala....mari update entry blog sementelah ada masa, idea dan kerajinan ini..
Hari ini dah masuk hari ketiga ( tapi hari ni takde kelas pun... ;p) sesi belajar di UMP untuk semester 7 ini dan sepatutnya ini adalah semester praktikal tapi biasala kan....hahaha..
Sejak mula sampai UMP dan sehingga hari ini...saya selalu diterjah soalan-soalan begini...
"Eh..kenapa ada kat sini?"
"Tak pergi LI ke?"
"Extend PSM ke?"
"Woww....bila nak kuar dari UMP aqielah oiii?"
"LI kat sini ke?"
"Bila nak kawen?" hehhh.... ( ni soklan takde kaitan..hahaha)
dan banyaaakkkkk lagiiii...
Meh nak jawab sekalian umat....
Yesssszaaa......memang sememangnya saya sedang mengambil semester tambahan untuk semester ini dan tidak menjalani praktikal lagi. Saya sedang membaiki result untuk 3 subjek ok. 3 subjek ok..remember...lepas ni jangan tanya lagi...
Antara subjek-subjeknya;
- Object oriented programming
- Introduction to Software Engineering
- Computer Architecture & Oragnization
Dan saya bukannya extend semata-mata PSM...PSM dan fully thesis yang berjilid saya juga dah siap...means...viva saya dah berakhir...saya cuma attend kelas seperti biasa dan tidak perlu pening-pening kepala memikirkan PSM seperti sebelum ini....hahahaha....(sumpahh..taknak ulang dah PSM niehh..huhu)
Bila seorang mula bertanya mengapa...mengapa dan mengapa...mula ditambah-tambah soalan lain kenapa saya tidak ambil exam khas sahaja and so on...Jawapannya, saya tak yakin saya mampu lulus dengan exam khas yang tidak ada kelas, hanya datang ambil exam semata-mata tanpa perlu belajar secara formal.
Saya tidak sesekali menyesal dan terkilan apabila saya ambil keputusan ini dan menangguhkan LI ke sem depan. Dan saya harap perasaaan ini kekal sehingga akhirnya, itu doa saya walau ada yang ragu-ragu dan mempertikainya. Yang penting, saya mahu suasana belajar.
Seperti orang lain, memang cita-cita asal ialah mahu sambung master, namun bila difikir dan dikaji semula, saya akan berhenti seketika untuk degree ini bagi memberi laluan kepada adik-adik saya yang lain belajar and i need to work.Dan sebab ini jugalah saya tidak kesah bila extend sem kerana saya tidak tahu bila pulak masa yang sesuai untuk saya belajar selepas ini. Saya perlu hargainya sekarang, bukan?
Sebenarnya, atas fikiran kita perihal extend sem ini, pada saya, extend sem bukan beerti tidak cemerlang, mungkin ia permulaan sebuah kejayaan dan ia juga mungkin kemenangan yang tertangguh. Jadi, saya juga tidak kesah tentang cakap-cakap belakang orang tentang extend ini, yang saya tahu, umi saya merestui segala apa yang saya buat dan saya tahu saya bukan buat salah....so...suka hati la beb...
Saya juga tidak kesah sebenarnya jika orang bertanya macam-macam soalan diatas, cuma saya penat nak explain satu-satu..(kaknini cakap,biasalah orang femes fac,jalan sikit semua orang tegur...hakkpuuuiii..)..yer la kan...orang kalau extend PSM logik jugak..ni semua dah settle..tergedik-gedik nak belajar..tapi apadaaa..suka hati lerrr....
Tapi...sesape nak tanya lepas ni..tanya jer la kan...haha..takde la nak marah....cuma diharap post ini dapat menerangkan kenapa saya masih ada di UMP, nak tahu lebih2 tanya personel la......hahaha..seperti buat penulisan karangn untuk UPSR sahaja...
Last but not least, saya sentiasa positif bahawa saya akan dapat sesuatu yang lebih terbaik dan berhikmah sepanjang sem ini.....mana tahu pengalaman kan.....
When there's something you really want, fight for it. Don't give up no matter how hopeless it seems.
Wallahu'alam...
katahatiku1: Doakan yang terbaik sahaja buat kita semua...
katahatiku2: Rindu g kelas ramai-ramai dengan gegurl semua....hehe....missing them so much..
katahatiku3: Doakan saya dapat grad 2013... =D
0 comments:
Post a Comment