04 September 2011

Mengapa Islam menyuruh....

Assalamualaikum.

Ini adalah catatan ceramah yang pernah disampaikan oleh Dr.Jamnul Azhar yang pernah disiarkan oleh Islamic Compass, Lajnah Penerbitan,Pusat Islam,Kolej Matrikulasi Kedah sesi 2008/2009.

Mengapa Islam menyuruh disebat 100 kali orang belum  berkahwin yang berzina dan merejam sehingga mati orang yang sudah berkahwin berzina?

- Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibody yang dapat melawan penyakit. Sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum sum tulang manusia. Bagi lelaki yang belum berkahwin,dia dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari. Antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang dalam perhubungan suami isteri.

Jadi,apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat dibelakangnya,suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel  antibodi yang dapat melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walau disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit sel antibodi saja,jadi dengan itu hukumannya direjam sehingga mati agar dia tidak merebakkan virus HIV itu. Wallahu'alam.


Komentar: Saya bukanlah ingin  menyatakan bahawa saya percaya  100% dengan kenyataan ini,tetapi hakikatnya,saya rasa ini antara hikmahnya. Sebat dan rejam keatas penzina merupakan hukum hudud. Hudud adalah hukum ALLAH. Hudud ada dalam Al-Quran,ayat-ayat cinta ALLAH. Malah hukum ini pernah dilaksanakan pada zaman nabi. Jadi,saya yakin bahawa inilah antara hikmah hudud ini. Allah yang mencipta manusia,jadi,DIA lebih mengerti dan mengetahui setiap kelemahan dan kelebihan yang terdapat pada manusia.Wallahu'alam. Sekadar perkongsian.


katahatiku1: Muhasabah dengan setiap inci kehidupan kita.
katahatiku2: Ada yang pernah bertanya tentang sebab bezanya rejam dan sebat dalam hukum zina...ini jawapannya,mungkin.
katahatiku3: Ya ALLAH,jauhkan kami semua dari perkara-perkara zina dan maksiat.





0 comments: