28 September 2011

309: HAMUMPP '11

Assalamualaikum...


* Segala kandungan entri ini merupakan pendapat dan pandangan peribadi penulis sendiri. Tiada paksaan atau suruhan dari mana-mana pihak,agensi atau pentadbiran. Blog ini blog peribadi.Blog ini bukan blog politik,bukan blog perbezaan fahaman,agama,atau ideologi.Segala ketidakpuasan hati mana-mana pihak berkenaan dengan entri ini ialah hak masing-masing. Paling utama, ini blog aku!


Esok. Jumaat, 30 September 2011, UMP bakal mencipta sejarah. Jika 1 Oktober 2011 merupakan konvokesyen bagi UMP untuk tahun ini,tapi 30 September bakal melahirkan generasi 309 UMP.

Esok. 30 September 2011, selepas Solat Jumaat, semua mahasiswa/i UMP Pekan bakal berhimpun dalam perhimpunan aman bagi menuntut hak mahasiswa berkaitan dengan penempatan & pengangkutan di UMP Pekan. Difahamkan bahawa, perhimpunan aman ini bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada NC UMP setelah segala ruang rundingan dan perbincangan antara mahasiswa dan staff UMP seakan-akan buntu.



Walau saya di UMP Gambang, seakan-akan turut merasai dan memahami kemelut yang melanda rakan-rakan di Pekan. Sungguh, pengalaman berada sehari semalaman di Pekan (tu pun sebab program jejak gemilang ari tu kan..) betul-betul rasa teruji. Sungguh, mahasiswa/i UMP Pekan,anda sangat tabah!!

Sekalipun,saya tidak mampu untuk ke sana esok (except ada transport la kan untuk pegi),cukuplah huluran doa dan tiupan semangat buat kalian,semoga dipermudahkan segalanya. Apa yang saya mampu lagi.hanyalah mengabadikan tranformasi 3009 ini di blog sahaja, kalian,sangat hebat. Tidak mampu untuk membalas segala jasa dan pengorbanan kalian sehingga boleh tercetusnya HAMUMPP ini. Bukan saya, bukan UMP,bukan MPP, bukan student 1st Year , tapi ALLAH yang paling layak memberi ganjaran setimpalnya buat kalian.


“sometimes we need all the glue we can get, just to hold ourselves together.”-cecelia ahern-



~ Dengan penuh rasa hormat dan takzim, blog ..:MenujuSinarILLAHI:.. menyokong penuh dan 
bersama-sama HAMUMPP 2011~


katahatiku1: Selamat Berhimpun buat semua warga UMP Pekan!
katahatiku2: They asked,what happen if UMP staff know this entry? I said; pedulikan,blog ini sudah beraksi sebelum saya melangkah masuk UMP lagi. Sudah terang lagi bersuluh, ini pendapat peribadi..so, do i care?!
katahatiku3: kredit to sape2 yang saya cilok banner hamumpp di group FB....thanks for the pictures!



2 comments:

Muhammad Naim Abdullah said...

Pro Mahasiswa turut sokong-Naimttbc.

hehe

semoga berjalan lancar.. ^^

Ariffin Abdullah said...

Aku harap, peserta esok hadir dengan perasaan bengang. Its will boost up the awareness of our right