Okies, entri ke-4 berkaitan kelcheff. Kali ini,kita review by pictures.Entri ini merungkai wajah-wajah yang menarik perhatian saya untuk dimuatkan dalam blog ini.(yes,i know this blog not famous as other's blog).Wajah-wajah yang membuatkan saya terfikir jauh dan merenung seketika tentang semangat mereka.
Dalam kesibukan ber'kelcheff',saya masih sempat memerhati orang-orang sekitar.Yang bersusah payah demi kelcheff. Pada waktu ini,saya menjaga gerai didepan kepala kapal,maka,mudah sangat2 la kan,tengok orang lalu lalang,keluar masuk bagai.ALHAMDULILLAH.
Team Charlie Tango |
Saya suka tengok group ni,tak tahu kenapa,serius...rasa bangga pun ada,ada antara mereka yang bekerja sampai ke malam (ke memang mereka kena bertugas sapa malam?...hehe..not sure)..
Uncle Johan/Pakcik Johan/Tok Johan/Mr Johan Dont know the real his nickname |
Antara sukarelawan yang hebat,walaupun rambut dah hampir putih kesemuanya,beliau sangat2 gigih membantu kejayaan kelcheff,sentiasa senyum okies.I loikeee...kalah anak2 muda macam kami. Dicelah anak2 muda berpakaian hijau,Mr Johan sempoi dengan gayanya.Alhamdulillah,selain bangsa,kelcheff juga menyatupadukan individu pelbagai umur.Jujur,kadang kala kasihan melihatkan beliau berpenat lelah dengan tugasnya,namun apakan daya,amanah beliau,tunaikan sahaja dan senyum...=)) peace!!
Puan Siti, one of mastermind of volunteer |
Puan siti yang dikagumi,saya kenal anda dalam kursus dulu.Suka dengan setiap sentuhan yang puan berikan.Sungguh,menegur tanda prihatin,marah tanda sayang.Jika setiap hari kami sentiasa dibebelkan,puan siti pasti mengambil alih dengan meredakannya kembali.Selalu bermain dengan psikologi kami,Selalu menyokong kami,selalu memberi semangat supaya kuat.Puan siti yang pemurah dengan senyuman,sangat2 suka dengan cara puan melayan kami,sentiasa memuji demi menaikkan semangat yang makin goyah,bukan pujian yang didamba,tapi secebis penghargaan dan perhatian.Terima kasih atas segala ilmu-ilmu dan pengalaman yang diberikan.Puan siti yang bakal dirindui,happy belated birthday!hanya ALLAH yang layak mengganjarkan puan dengan selayak2 ganjarannya,bukan kami,bukan greenV,bukan juga saya,tapi ALLAH~~~*tetiba saya puan masuk dalam list muslimah idols saya...~~(perrgghh,komen macam nak kasi surat kat puan siti jer,jangan perasan qila weeii,puan siti takkan baca punya..:D)
termenung jauh.... |
Tak tahu tante ni nama apa,suka juga tengok beliau,masih gagah berprogram mega ini.Mahu tegur namun malu,inilah antara contoh mahu tapi malu..hehehe.Mahu sembang2,borak2,story2 tentang hidup,kehidupan dan masa depan dengan tante.Apa yang membuatkan beliau mahu join kelcheff ini.Juga apa impiannya melalui kelcheff ini.Sungguh,saya mahu tahu...tapi sayang saya sangat malu untuk menegurnya..(padan muka ko qila)*mesti semua pelik kan nape saya serius mahu tahu dari beliau,haha..dis is me!!
Mr Amin... |
Pic Mr Amin ini saya request dari ahli team media sendiri. Saya tak tahu nak cakap apa,cuma saya mahukannya,saya mahu belajar sesuatu dari beliau.Beliau juga berada dalam portfolio charlie tango.Saya suka dengan gaya kerjanya. Sangat suka tersenyum dan mengusik sukarelawan2 yang lain.Saya tak tahu berapa umurnya,tapi saya sangat2 salute dengan beliau kerna sanggup menyertai kelcheff ini.Tidak semua orang seperti beliau sanggup untuk menyertai program2 sebegini.
Mr Daniel.... |
Pada hari terakhir kelcheff,baru saya sempat pandang skodeng nametag beliau.Digelar Mr.Daniel.MasyaALLAH. Seawal pagi lagi,beliau selalu ulang alik dengan keretanya untuk mengangkut peserta2 kelcheff mahupun barang-barang yang dibeli.Terdetik dihati saya,dia sorang je ke yang incharge semua ni?(*saya tak kata orang lain tak buat keje okies,cuma pertanyaan).Kalau dikira purata,rasanya setiap 1 jam pasti dia akan tiba di pintu masuk utama untuk membawa masuk apa-apa jer la,yang penting dilaksanakannya sendiri.perrghhhhh..mantoppp..Sehingga malam.okies!Walaupun terlihat sejalur penat dimuka beliau,namun beliau masih gagah membantu peserta-peserta kelcheff.Pernah mengajar gerai kami perkataan cina--RM1.satu jer pun...haha...salute la bro!!!<--------tetiba..hahaha
Abang Man Belon |
Masa mula2 abang man ni datang tapak kelcheff,saya fikirkan beliau adalah biasa2 sahaja. Mungkin juga penjual belon yang biasa2 didapati di pasar2 malam mungkin.(fuhh...my bad expections,right?).Abang man ni sangat mesra dengan kanak-kanak,bagi saya,selain belon yang menjadi tarikan kanak-kanak kepadanya,beliau sangat suka dan ramah berceloteh.Sungguh,sangat2 ramah--->bak kata kak huda la kan.Suatu hari,saya pernah ternampak beliau datang ke kelcheff untuk melaksanakan operasi belon-belonnya dengan kereta okies.Fuhhhhh..terkejut la kan.Ingatkan dari penampilannya,beliau datang dengan motor je ke.(buruk sangka lagi..haisshhh..qila..qila..).Kalau semua tengok dari penampilannya,itu yang disangkakannya,beliau tidak kesah panas ke hujan ke,asal dapat duduk mana2 kan untuk menarik perhatian kanak-kanak di kelcheff.(maybe pihak penganjur perlu take noted untuk benda2 sebegini agar tidak mencacat celakan pandangan barangkali....).Kadang2 kasihan juga melihat dirinya,tapi demi mencari rezeki,beliau tidak kesah.Beliau juga pernah menawarkan untuk belanja kami semua makan->k.huda kata lagi,sebab itu kott dia muarah rezeki,dia tidak pernah berkira.Jom,belajar nilai-nilai murni yang ada pada diri beliau.
-
--
---
----
-------
budak comel! |
Indeed,I realized the meaningful of
1.LOVE
2.FRIENDSHIP
3.MODESTY
4.CONFIDENCE & BRAVE
semua gambar dan penceritaan diatas tidak bermaksud orang lain atau sukarelawan lain tidak melaksanakan tugas,cuma,saya sangat-sangat tertarik dengan hasil kerja yang ditunjukkan.Oleh kerana,gerai kami di hujung kelcheff,maka,hanya segelintir sukarelawan sahaja yang sempat dilihat.Green-V yang lain pun saya tetap salute.Orang-orang atasan Green-V juga,pengaruh kuat kelchfee,respect----->en adilan,ust din,ust di..(*walau tiada orang kena siapa aqilahuzihan nie,tak kesah pun,saya menulis apa yang saya rasa dan mahu tulis saja).Tidak mugkin untuk saya ceritakan kesemuanya tentang kalian,bukan??Penuh blog i,U!!Tidak bercerita bukan bermakna tidak ingat,tidak mencoret tidak bermakna tidak suka,bahkan sayang,lebih2 lagi!!
Green-V-----------LOVE U GUYS!!!!UR ATTITUDE----MARVELLOUS!!
katahatiku1: eh...orang tu dah keluar hutan laa,berkampung dirumah orang asli,keluar hutan,masuk hotel pulak dia,selamat berprogram,labu!!wish u all da best!!
katahatiku2: missing my UMP,not really,only 45%...haha..siap peratus tuuu.....
katahatiku3: List to do during holiday:
- khatam 4 buku baru yang dibeli tu
- repeat surah2 pilihan
-research tentang projek tahun akhir.
katahatiku4:semua gambar adalah hasil muaz zainal,kredit untuk beliau,maaf andaikata terguna nama sendiri pada setiap gambar,sebab nal letak dalam blog,if kalu ada watermark sendiri,no hal,pape pun,a big clap to him...thanks wehh!!
hanya penulis bebas di blog sendiri;
-aqilahuzihan-
kota bharu,kelantan
It's YOU. You mean everything to me.
3 comments:
Alhamduillah
Misi sudah berjaya,,
^_^
ALHAMDULILLAH,Naim!
mcamana saya sampai di sini ni. hehehe =)
Post a Comment