kelcheff : kelantan cheng ho international food festival
ALHAMDULILLAH..KELCHEFF 2011 telah melabuhkan tirai dengan jayanya.Tahniah buat semua yang bertungkus lumus memastikan kecemerlangan KELCHEFF. Rasa sekejap sahaja,rasanya baru semalam saya kalut duk cari2 baju,rupa-rupanya 10 hari yang bermakna ini telah berakhir.
kapal cheng ho yang berlabuh di kelantan...kelcheff 2011 |
opening ceremony kelcheff 2011 |
ALHAMDULILLAH juga,saya antara yang individu yang terlibat dengan program mega ini.Apa yang ingin dicoretkan ialah bingkisan kenangan saya sebelum,semasa dan selepas KELCHEFF.
Hari-hari berlalu,saya dikhabarkan dua tiga orang sahabat saya telah menerima mesej yang mereka bakal menghadiri kursus sukarelawan terlebih dahulu.Namun,saya masih belum menerima apa-apa keputusan lagi.Dengan penuh tekad,saya beli tiket atas harapan nama saya juga tersenarai.(tiket Kuantan-KB sangat mahal okies)
ALHAMDULILLAH,selepas sehari saya beli tiket,saya turut menerima mesej jemputan menghadiri kursus.Mungkin kerna doa setiap solat...
Tiba hari yang dijanjikan (ayat cam story telling..hehe),saya pulang ke KB,walaupun saya tahu seminggu kemudian saya bakal mengambil final exam dan akan pulang bercuti sepenuhnya,saya tetap pulang.Nasib baik umi dan ayah tidak menghalang.Siap bayar tiket pulang semula ke UMP ag..hehe..timo kasih,umi,ayah!!
--------------
Semasa kursus,selain ilmu baru dan pengalaman2,saya dapat bertemu kembali maahadians yang loss contact sebelum ni.Terima kasih kursus kelcheff..mungkin ini harga yang ALLAH berikan buat saya.
Pada waktu kursus tersebut,ada kenalan baru saya berkata,belum tentu datang kursus ni dapat join kelcheff,tak rasa rugi ke?
Bagi saya,tidak,sekurang-kurangnya saya belajar ilmu baru.(saya nak join kursus qaryah ramadhan walau saya tak dapat join qaryah tu,bolehhhhhhhh??)
-------------
Terharu,buat pertama kali saya mengalunkan asma al-husna selepas tempoh 3 tahun dalam perhimpunan yang ramai.Ya ALLAH,rasa sangat2 hina diri ini.Nak beritahu,walaupun beratus2 program yang saya sertai di Universiti atau matrikulasi,mana pernah program ini mengalunkan asma al-husna kan.(except program2 bawah Sahabat Masjid UMP).Mungkin disini berkatnya kursus ini dan saya sukakannya.(Pada waktu ini,saya ketinggalan program Kembara Ilmu di matrik Kedah,matrik saya dahulu,saya sangat teringin untuk kesana,namun hati saya tetap memilih kursus Kelcheff meskipun saya tahu nasib saya masih diawang-awangan)
Hari kedua kursus,saya mendapat berita dari sahabat-sahabat UM
P bahawa program di matrik ditangguhkan ke minggu depan.Ya ALLAH,rasa sangat2 ALLAH tidak pernah tinggalkan saya,saya tahu jika ia ditangguhkan bermakna peluang untuk saya kesana sangat luas.Rasa berbunga-bunga sepanjang kursus itu.Masa tu,saya dah tak kesah,kalu dapat,ada la,alhamdulillah,kalau tak dapat,alhamdulillah juga,ada hikmah paling terbaik buat saya.=))
Pada hari kedua itu juga,saya dipilih untuk menyertai portfolio E-One,atau bahagian jualan demi menggerakkan ekonomi persatuan green-v.Jujurnya,saya rasa sangat2 rendah diri bila berada dalam portfolio ni,entah kenapa...saya rasa portfolio lain lagi hebat.Group E-one hanya sekadar menjual,perkara biasa yang boleh dibuat,saya mahukan cabaran.(sorry,falah,it's me,tak pandai menipu,better terus terang)
Pada masa itu juga,mereka menyatakan dalam group ini akan ada ahli yang bakal dibuang,saya tambah2 down bila mendengar kenyataan tersebut.Masa itu,saya mula berubah niat,apa2 pun takpe,yang penting dapat membantu.Kita selalu berkehendak kepada yang tidak perlu sedangkan ALLAH dah sediakan yang terbaik.
Hasilnya,saya temui jawapan kenapa saya di E-One.ALHAMDULILLAH,hikmah bukan?Portfolio yang saya tidak mahu akhirnya menjadi portfolio kebanggaan.
Dalam tempoh sebelum berlangsung kelcheff,setiap hari saya berdoa semoga saya terpilih menyertai kelcheff,serius,mengalahkan doa saya untuk amik exam,saya sendiri tidak punya jawapan yang pasti kenapa saya sangat2 mahukan kelcheff yang pasti,saya mahu berada dalam barisan penggerak kelcheff.Orang tidak tahu pun tidak mengapa,yang penting,saya dapat sertainya.Elaun,baju, itu urusan kedua.
----------
Comel jer kan topi2 hijau jer semuanya...jangan susah2 cari saya,masa nie saya sedang bertarung dalam dewan exam.. 13 Julai 2011 |
Maka,saya mula bertoleransi dengan ketua E-One.Alhamdulillah,nasib baik lepas.Kelcheff bermula 14 Julai,saya tiba di KB pada jam 2.30 pagi,8.oo pagi saya terconggok di depan bazaar tok guru.Pagi tu la,mula kalut cari baju,cari tu,cari nie,tapi,no hal...dugaan kan pengalaman terbaik.peace~~
Ya ALLAH,terima kasih atas kasih dan sayang yang KAU curahkan selama ni.Terima kasih atas pengalaman terindah ini.
Beliau terlalu mulia untuk disakiti,kan??--Ya ALLAH, tidak sanggup kehilangannya~~ pelihara kesihatannya, permudahkan segala urusannya |
Mungkin perjuangan dan usaha saya dalam KLECHEFF adalah tidak seberapa jika dibandingkan dengan orang-orang lain yang lebih hebat,namun saya masih tetap mahu abadikan ia dalam memori saya sendiri.(hehehe...blog i,suka ati i maw tulis apa,bolehhhh??)
p/s: sekalung kemaafan buat semua sukarelawan Green-V andai kata ada salah silap,best bersama kalian,semoga pengalaman/pahala ketika kelcheff ini berkekalan selamanya.=))
"Lepas ni, blog nie penuh dengan aktiviti-aktiviti Green-V", usik mereka....perggghh..comel jer korang usik gitu,rotan maw?? :D
katahatiku1: Jutaan kemaafan buat semua persis UMP kerana tidak dapat membantu Kem Galing,by the way,korang memang terbaik.Hanya huluran doa mampu disampaikan agar segalanya dipermudahkan.
katahatiku2- Terima kasih kepada semua team penganalisa iluvislam kerna memahami tugas saya ini,maaf juga andai kata dua tiga hari ini saya sukar untuk dicari,insyaALLAH,lepas ni,saya akan fokus lebih sikit kepada artikel.
katahatiku3- Terima kasih buat sahabat2 yang banyak membantu,aku tahu aku sokmo nyusah ko sep2 mu,tapi aku suka jah..hehe...dopla...tapi apa gunanya sahabat kan??eh2..dopla...errmm...sebab sep2 mu sahabat aku dunia akhirat~dedication to: ayu,nana,hajar,ain <----- doakan DSA kita dapat A!!
katahatiku5- terima kasih buat penghulu dan big boss yang maha agung,ALLAH s.w.t atas nikmat ini.=))))
katahatiku6: semua gambar adalah hasil muaz zainal,kredit untuk beliau,maaf andaikata terguna nama sendiri pada setiap gambar,sebab nal letak dalam blog,if kalu ada watermark sendiri,no hal,pape pun,a big clap to him...thanks wehh!!
Nikmat ini juga ujian dariMU,semoga aqilah uzihan tidak mensia-siakan peluang yang ada.Semoga KAU merahmati hidupnya.
hanya penulis bebas di blog sendiri;
-aqilahuzihan-
kota bharu,kelantan
awak,kelcheff dah abis,semoga tidak ketemu lagi kerna ia satu mujahadah yang perit. T.T
1 comments:
terbaik dari qielah (^_^)V
nok post jugok...bru duk pilih gmbr nk buat esei...huhu~
Post a Comment