Alhamdulillah!!
Pada hujung minggu lepas (padahal sabtu ahad baru ni jer), saya telah berkunjung ke Melaka bagi memenuhi undangan walimah kakak kepada seorang sahabat. Alhamdulillah,saya telah belajar banyak perkara dari mereka.Paling tidak dilupakan ialah layanan ahli keluarga wani merangkap sahabat saya.Sungguh,terharu amat!
Paling membuatkan saya sangat gembira ialah penerimaan kedua2 nenek dan datuk wani.owhh..sangat hebat rasanya perasaan syahdu ini.Datuk dan Nenek, Tok dan Opah,Grandpa dan Grandma,istilah yang seringkali bisa kita dengar namun jarang sekali kasih mereka kita hebahkan.Melalui mereka ibu bapa kita lahir maka,lahirlah juga kita.Tanpa datuk nenek,maka siapalah kita.
Nenek: Antara orang terawal yang menyambut ketibaan kami pada malam itu.Sampai sahaja,kami telah dijamu dengan jamuan untuk orang merewang.Rezeki kami.Semasa makan,neneklah yang melayan kami.Mengambil air untuk minum sedangkan kami mampu untuk mengambil sendiri.Pada masa itu,saya sangat rasa bersalah..perlu ke nenek yang berkejar-kejar ke kanopi sana untuk mengambil air minuman..Eermm..mungkin itulah cara menghargai tetamu.Nenek yang masih sihat dan segar itu terus meneruskan kerja-kerjanya yang terbengkalai.Sepanjang keberadaan kami disana,nenek sangat-sangat baik dan peramah.Rasanya setiap masa mahu menjamu kami dengan makanan.Pada suatu malam yang agak lewat,pernah saya menegur nenek yang masih mengisi kuih ke dalam kuih,cepat2 nenek potong kuih lantas diberikan kepada saya,adeiii...saboo jer laa..
Mbah: Mbah juga nenek wani sebelah mak.Mbah yang saya kenal pada pagi sebelum akad nikah semasa sarapan.Mbah yang pekat bahasa jawanya hanya banyak berborak dengan nana..jejak kasih katakan..maka,boraklah mereka sambil saya dan ayu tersengih2 sahaja tanda tidak faham.Mbah juga peramah dan sangat kuat mengusik.Paling saya tidak lupakan,kejadian di masjid,selepas akad nikah,semasa mak wani membacakan pesanan buat anak perempuannya dan bila pengantin perempuan membacakan pula tanda penghargaan buat maknya...suasana masjid tiba2 syahdu,mbah juga turut menangis,saya bangun dan mendapatkan mbah,saya menenangkan dirinya,saya gosok2 bahunya,lantas,tiba-tiba sahaja mbah memeluk saya,mencium saya berkali-kali...owhh..sungguh terharu!!SEBAK.SYAHDU.TENANG.
saat mbah peluk dan cium saya credit to ayu for this sweet pic |
Sudah 2 tahun saya kehilangan semua datuk nenek.Saya kurang kasih sayang dari datuk nenek.Atas beberapa faktor,saya kurang rapat dengan datuk dan nenek sebelah ayah,namun kini mereka telah tiada.Saya cucu pertama belah ayah,sungguh saya bangga,namun saya tidak merasai manisnya menjadi cucu pertama itu.Saya juga kurang rapat dengan nenek belah umi mungkin disebabkan umi dijaga oleh keluarga angkat.Datuk nenek belah umi merangkap ibu bapa angkat umi merupakan tempat saya bermanja.Saya dan adik-adik antara orang yang menjaga mereka tatkala mereka sakit sehingga mereka meninggal dunia.Mereka menpunyai masalah penglihatan disebabkan penyakit kencing manis yang dihidapi.Kamilah yang menjaga mereka kerana sesungguhnya kemampuan mereka sangat terbatas waktu itu.Saya mengakui kadang kala saya merungut dengan keadaan tersebut,kenapa saya yang perlu melakukannya?
Umi selalu berpesan bahawa menjaga orang tua ni sangat banyak pahalanya,ikhlaslah..namun apalah daya saya,jiwa budak2,fikiran budak2...hanya mahu seronok sahaja.Pada masa yang sama,saya percaya dengan kata-kata umi.Dulu,saya bukanlah pelajar pintar mahupun bijak,saya biasa2 sahaja,namun Alhamdulillah,keputusan saya masih tahap membanggakan.Saya sendiri terkejut dengan segala result exam saya.Dengan berpuluh2 subjek yang diambil pada suatu masa,dengan beratus2 kalimah arab perlu saya ingat,dengan masa yang ada juga saya yang perlu menjaga nenek,how come??Saya yakin,ALLAH menolong saya melalui perkara itu.Sekarang,salah satu punca pahala saya sudah tiada.
Melalui hari-hari minggu bersama nenek dan mbah mengingatkan saya tentang nenek saya.Owhh..sungguh..sedih okies!Jahatnya saya dulu,seringkali merungut.
Kesimpulannya.hargailah mereka yang masih bersama kita,bukan sahaja mak ayah,bahkan datuk nenek juga.Gembirakan mereka selagi boleh. =)
~ALLAH takdirkan untuk saya merasai manisnya kasih seorang nenek,
Terima kasih Ya ALLAH, atas anugerah pengalaman ini!
~Dedikasi khas buat tok ayah mad, tok ayah hassan, tok abah, tok, mek, mama tok, mami.
AL-FATIHAH. T_T
katahatiku1:Sekalung penghargaan buat seluruh keluarga wani yang bersusah payah melayan kami sepanjang berada disana.Sesungguhnya,jasa kalian tidak mampu dibalas.Terima kasih atas aliran kasih sayang nenek dan mbah.Pasti merinduinya nanti.
katahatiku2: Jutaan maaf dan selautan terima kasih buat wani, ayu ,nana dan nenes,teman seperjalanan sepanjang 3 hari.Nabi sendiri pernah berkata,untuk mengenali lebih dekat seseorang sahabat,hendaklah bermusafir bersamanya.Terima kasih atas kenangan musafir kita kali ini.Semoga kenangan ini mengukir memori tersendiri.
katahatiku3: Boleh ke kalu syarat kawen nati,mestilah my future ada datuk nenek???hahahaha...tak kawen la aku jawabnya..
0 comments:
Post a Comment