15 October 2010

~21..MATANGkah saya??


Assalamualaikum Warahmatullah

ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH...
syukur...syukur dan syukur...hari ini saya masih hidup...meneruskan rantai-rantai takdir yang tertulis atas nama saya...sangat2 bersyukur...

Di kala ini,saya terfikir cukup baguskah saya ketika ini?amal pula bagaimana ya?Hablun minna ALLAH dan Hablun minna nas sudah sempurnakah??owhh,sungguh...saya tidak pasti,yang penting,banyak lagi yang perlu dibaiki.

Selain itu,saya juga terfikir sudah matangkah saya...21..sudah boleh buat keputusan sendiri,sudah cukup umur untuk mengundi,memilih pemimpin yang terbaik,21..sudah segala-galanya...haha..tapi siapa tahu..sejak 9 tahun lepas,saya sudah diajar untuk berdikari,sudah dididik untuk membuat keputusan sendiri,sudah jua segala-galanya...hanya yang tahu mengerti siapa,bagaimana dan kenapa...

Mengambil peluang yang ada,saya kalungkan jutaan terima kasih seharum wangian syurga Rayyan buat umi ayah kerana sudi melahirkan,menjaga dan mendidik saya sehingga hari ini.Terima kasih kerana sudi melahirkan saya biarpun umi dinasihati oleh doktor agar menggugurkan saya ketika itu (umi mengalami komplikasi ketika mengandungkan saya sementelah saya kandungan sulung beliau) ..huhu..sedih kan???terima kasih,umi...kalu tak,tak wujud saya ketika ini,tak wujud juga blog ini..hehehe

Tiada keinginan yang melampau yang saya inginkan sekarang ini,tiada hadiah2 yang diharapkan dari sahabat2,tiada permintaan2 yang keterlaluan yang saya mahukan,apa yang saya harapkan ialah ALLAH meredhai saya dan keluarga saya.Itu sahaja.Apa yang tidak sempurna,saya tidak peduli lagi,cukuplah ALLAH menjaga kami semua didunia agar kami berbahagia di akhirat sana.Doa saya juga agar dikuatkan iman dalam hidup ini.

"Ya ALLAH, ampuni dosa kedua umi ayahku, dosa-dosa silam dan kini,
jadikan aku anak yang solehah buat mereka,
jadikan aku anak yang dapat membahagiakan mereka,bukan sahaja didunia tapi anak yang dapat memberi saham di akhirat sana,
ya ALLAH,apa pun yang telah berlaku,
ku akui sejujurnya,ku sayang mereka selepas KAU dan Rasulullah,
Ya ALLAH,walau apa yang terjadi,
ku akui sepenuh jiwa,ku masih memerlukan mereka dalam kehidupan ini selepas KAU dan Rasulullah,
Ya ALLAH,bagaimana peritnya takdir kami,
ku yakin setulus hati,mereka masih cinta hatiku selepas KAU dan Rasulullah,
Ya ALLAH,kurniakanlah UMI & AYAHKU
kesenangan,ketenangan,kecemerlangan dan hidayah dari-MU dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup didunia dan diakhirat kelak...
insyaALLAH,
YA ALLAH,istajib du'ani,Ya ALLAH"


Tidak lupa juga,saya lafazkan ribuan terima kasih buat semua sahabat2 yang mengwish saya,FB ,hp dan segala-galanya,kalian memang sweet..sangat sweet...tegur saya andai saya mulai silap dalam kehidupan ini,saya tidak pernah sempurna,saya memerlukan kalian untuk membantu saya menjadi yang terbaik..

"Dipersimpangan kehidupan,ku dipertemukan dengan kalian,
sahabat2 yang membuatku mengenal erti kehidupan,
terima kasih,wahai kalian,sahabat2ku..
Ya ALLAH,sematkan cangkiran cintaku buat mereka agar ukhhuwah yang bertaut dan berpaksi kasihMU ini kekal hingga syurga,
Ya ALLAH,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,tunaikanlah hajatnya baik dalam agama,dunia dan akhirat,
Ya ALLAH,
istajib du'ani,
Ya ALLAH.."


*Nak birthday gift dari yang latifah,sangat2 membuak2 mahu tudung cam beliau...ngeee...
*Still waiting the greatest wish from dia...dia....



notakakiku1:TERIMA KASIH buat semua...more than words can say..wink2..
notakakiku2:doakan agar saya lebih baik dari sebelum2 ini..

4 comments:

raudah said...

salam..siapakah dia itu..aduss jgn mbuatkn sy berfikiran bkn2..lagi cmburu yaaa..hahah

aQielahuZihan said...

raudah:hehehe...ada la..sila jangan fikir bukan2..

sarah said...

Salam 'idul Milad sahabat~
moga hidup diredhai n diberkati...=)

aQielahuZihan said...

syukran sarah..
doakan semoga aku bertambah iman seiring dgn amal..