14 September 2010

cinta isteri,sayang suami,kasih sahabat


Assalamualaikum dan salam ramadhan kareem…

Kali ini saya mahu review sesuatu untuk semua..haha..review ok…macam ngeri jer dengar perkataan review kan…metang-metang serik dengan review SDP baru-baru ini..jangan risau kali ini,saya mahu review satu filem hindi.

Arghh…filem hindi…saya seringkali bertekak dengan ayu mafia jika berkaitan filem hindi,namun kali ini,saya surrender,saya teringat sesuatu,apakah ia..biarlah rahsia...so,saya rewatch filem ini sekali lagi..menontonnya semula selepas 9 tahun yang lalu..menonton berulang kali sehingga episod terakhir.Jom review sinopsisnya dahulu.

“Chori Chori Chupke Chupke”-àFilem yang dikeluarkan pada tahun 2001 (kan dah kata dah lama,9 tahun yang lalu) yang dilakonkan oleh Salman Khan (Raj Malhotra),Rani Mukherji (Priya) dan Preity Zinta (Madhu).Filem ini banyak meniru scene Pretty Woman (1990)-ànot sure sebab saya tidak berkesempatan menonotonnya lagi,ini berdasarkan Wiki.

“Chori Chori Chupke Chupke” banyak membawa tema kekeluargaan dan perkahwinan.Mengisahkan Raj dan Priya yang bertemu dan jatuh cinta lalu berkahwin.Tidak lama kemudian,Priya mengandung dan ia mengundang sejuta kegembiraan buat keluarga besar Raj.Bagi mereka,kelahiran anak Raj merupakan keuntungan bagi seluruh keluarga mereka.Namun,malang tidak berbau,Priya ditimpa kecelakaan dan kandungannya gugur.Tambah malang lagi apabila Priya tidak dapat bergelar ibu buat selama-lamanya.Berita ini bakal mengecewakan seluruh keluarga,oleh itu,hanya Raj,Priya dan doktor peribadi mereka yang mengetahuinya.

Priya cuba memujuk Raj untuk berkahwin lain,namun Raj tidak bersetuju,lantas pelbagai cara yang dilakukan oleh Priya bagi memastikan keturunan Raj dapat dikembangkan.Antaranya ialah menggunakan kaedah ibu tumpang.Dalam menyelesaikan dan menguruskan ibu tumpang (Preity Zinta) inilah,pelbagai konflik timbul.Bermula dari konflik dalam diri Raj,Priya dan Madhu juga turut melibatkan konflik dalam seluruh keluarga.Alhamdulillah,filem ini happy ending.

Jom,review nila-nilai yang terdapat dalam filem ini sehinggakan saya menontonnya dan memuatkan kedalam blog ini.(Tuan penerbit,sila bayar saya kerna sedang mempromote filem anda setelah 9 tahun..hahaha)

1-Keunikan satu keluarga=part mula-mula yang menarik perhatian ialah kerjasama satu keluarga yang tinggal dalam satu rumah.Keluarga Malhotra ini besar dan tinggal dalam satu rumah yang terdiri daripada datuk,mak,ayah,unlce,aunty,dan pembantu-pembantu rumah.Okies…maybe orang akan pertikai padanla kalau tinggal dalam satu rumah,dah rumah banglo,tapi disini,bukan nak tekankan rumah banglo,teres,semi-D,pangsa atau kondo,tapi mahu nyatakan bahawa kesatuan dalam menguruskan kehidupan dengan hidup beramai-ramai sebegitu.Jarang bukan menjumpai kehidupan keluarga majmuk sebegini,sangat bahagia.sebagaimana dalam scene 4C (Chori Chori Chupke Chupke) ini apabila pengacara bertanyakan kepada si datuk apakah rahsia kebahagiaan dan keamanan dalam keluarga mereka.Jawapannya ialah sangat mudah.Mereka melakukan kerja bersama-sama dan bertoleransi antara satu sama lain.Masing-masing tahu dan faham peranan masing-masing.Keluarga juga tidak mementingkan darjat dalam pergaulan,oleh sebab itu Pappu,anak salah seorang bekas pengarah dalam syarikat keluarga mereka turut tinggal bersama dan telah dianggap sebagai anak sendiri.Sangat bahagia bukan.

2-Cinta selepas kahwin=Ini dapat dilihat melalui Raj dan Priya.Mereka berkenalan sewaktu sama-sama menghadiri majlis kahwin rakan mereka.Mata saling memandang,tarian seiring nyanyian,hati juga turut berbisik..hahhh..mereka jatuh cinta..lantas mereka dikahwinkan..walaupun ada konflik sewaktu acara merisik dijalankan..biarkan..mereka hanya mahu genre komedi diwujudkan..dari situ kita dapat lihat,berkenan jer terus merisik dan berkahwin..tiada gejala couple2 seperti dalam drama2 melayu kita…positif bukan??hehe…

3-Kesetiaan=Ini pun dapat dilihat melalui Raj dan Priya..yer la kan..watak utama…mestila diorang…Raj tidak berkeinginan pun untuk berkahwin lain walaupun dia tahu Priya tak mampu memberikan dia zuriat.Bagi seseorang,anak memang sangat penting..yer la..pewaris kan…Pada mulanya,mereka bersetuju untuk mengambil anak angkat,namun bila memikirkan bahawa keluarga mereka memerluka pewaris sebenar,maka,Priya dengan rela hati memeberi izin untuk Raj berkahwin lain,,,tapi Raj menolak..setia bukan??sangat susah nak jumpa pasangan sebegini dimana isteri rela agar suami bahagia dan suami yang setia…mereka sama-sama bersusah senang.sorrow comes from free.But for happiness you must pay a price..kata-kata Priya time pujuk Raj untuk guna kaedah ibu tumpang (haram dalam Islam).Mereka kena gak berkorban salah satu pihak macam mana sekalipun..itulah harga yang perlu dibayar untuk sebuah kebahagiaan seluruh keluarga.orang akan kata,cerita jerk an..kena ikut skrip…pape jer la..yang penting..tak salah ambil pengajaran,kan…

4-Layanan seseorang berdasarkan darjat=Ini ditunjukkan oleh layanan jurujual dan pengurus butik terhadap Madhu..yer la kan..sangka mereka Madhu tidak mampu untuk memiliki pakaian2 berjenama mahal apabila melihatkan perwatakan Madhu yang kolot..serius….ini sangat bertepatan dengan kehidupan masyarakat kita..kalau tengok keadaan sekeliling kita juga,kita juga kadang2 memberi layanan yang berbeza2 terhadap orang..Apabila orang itu tidak dapat memenuhi kriteria kita,kita mungkin akan membuangnya…owhh…tidak..mereka semua ada hati dan perasaan jua…seburuk mana sekalipun seseorang itu,pasti ada kebaikan dalam dirinya..sila jangan hina orang lagi…peringatan buat diri saya juga..supaya berusaha menjaga hati dan perasaan orang2 sekitar saya…

5-Baik vs Buruk=Madhu bukanlah seburuk yang disangka..Cuma dia datang dari dunia yang berbeza..kurang adab dan sopan dalam kehidupan sehariannya..part ini dapat dipuji kepada Raj…Raj banyak bersabar melatih Madhu untuk bersopan dan berkelakuan baik semata-mata untuk berdepan dengan Priya nanti..owhhh…menarik,bukan?scene nie pun sama seperti kita juga,jika kita mahu berubah dari buruk ke baik,pasti dapat lakukan..tengok..contohnya adalah Madhu…dulu,Madhu adalah sangat2 teruk..namun dia berjaya membuktikan…dia dapat mengubah dirinya..soo nice…

6-Kasih sayang seorang ibu=Madhu…biarpun dia dah berjanji untuk menyerahkan anaknya kepada Raj dan Priya,namun disaat akhir..dia terasa…kasih ,sayang,cinta…walau seteruk mana sekalipun seorang perempuan itu,pasti tersentuh naluri keibuannya (pergghh..cam dah tahu2 jer kan..haha..)…->time nie gak dia ada konflik perasaan terhadap Raj..so….sayangilah ibu2 kita sebagaimana ibu2 sayang kita…(ramai ibu2 tue…) ..think deeply…

Hahh..tue jerr….dah berkurun lama kurahsiakan..hahaha…dah berkurun dah draft blog nie kat lappy saya..bermula makan kat chilli lagi.(ayu,nana,rai mesti dah tahu..)..sejak hari tue lagi..tangan saya berpusing2 di skrin hp…banyak lagi sebenarnya pengajaran yang dapat diambil..namun tidak berkesempatan…ini sahaja yang mampu dikongsi bersama…

~Mungkin orang akan berkata ini adalah sekadar filem sahaja,cerita rekaan,namun andai sikap manusia sendiri di alam nyata tidak mampu untuk diteladani,apa salahnya belajar tentang nilai2 murni melalui sebuah filem..


~really thanks kepada yang menyumbang dalam penghasilan entry kali ini..

-ayu:terima kasih kerana sudi mendownload…tengok..aku buktikan aku mampu habiskan cerita Hindustan kali ini tanpa tidur dipertengahan.

-nana:terima kasih kerana tolong sama2 g ambil cerita nie….budimu dari Gambang ke Taman Tas,aku hargai…haha..semua orang kalut semata2 aku nak cerita ini..thanks..

-rai:ko takde dalam list..minah balai..owhh..minah balai…terima kasih jua kerna sanggup bersusah teman aku..tolong aku jaga buffy...hehe..


notakakiku1:hanyalah sekadar perspektif seorang anak muda dalam meneliti erti kesetiaan dan pengorbanan dalam sebuah perkahwinan hari ini..

notakakiku2:instrument yang dimainkan semasa Priya menari time pregnant tue best..ayu,bleh donlodkan..please..hehe..xpew..daku boleh donlod sendiri..

notakakiku3:feel free to share with me about marriage..haha..serius nie..ilmu kan..seronok tengok persefahaman Priya dan Raj..selalu main2 isyarat mata..

0 comments: