08 December 2013

Review ILUS & MyPI

Assalamualaikum...

Mari sapu sawang lagi, lagi dan  lagi.Yihaa…lama blog tak berupdate. I is busy uoolss. Busy nak transform diri jadi wanita bekerjaya..kehkeh.

Oh ya,back to topic. Review untuk ILUS dan MyPI. Novel karya dari MelurJelita terbitan Karya Seni.Dah hampir sebulan dah habis baca tapi baru sempat nak menulis. Busy bak hang. Busy dengan malas sebenarnya.

Novel kedua Melur Jelita ialah I Love You Stupid selepas Awak Suka Saya Tak?.Novel ILUS ini aku baca hasil belas ihsan Makcik Hot kat UMP tuh. Ya Ampun, tebal sangat novelnya. Tapi best,serius best. Bacalah.

Cerita berkenaan Iris Nur dan Firman Ebrahim. Suka dengan watak Iris Nur sebab betul-betul seorang perempuan berani plus sosial sikit.Haha.Sosial yang bertamadun la. Takde la over-over sangat. Suka sebab jajarang watak heroin tak sempurna macam ni.

Menghayati ILUS tahun lepas,2012 menyebabkan diri aku turut terbang bersama ke bumi kemboja. Fuhh,terasa aroma mandi dalam sungai Mekong, berada di pinggir sungai membasuh baju,beradu di rumah rakit.Perghh,terpesona okeh.Melur Jelita buat aku meroyan sorang-sorang kott.

Selesai membaca ILUS, cerita meroyan aku juga berhenti sehinggalah saat menjejak kaki ke Kinokuniya KLCC. Hajat dihati hanyalah mahu window shopping sahaja namun apakan daya,aku kalah sungguh tengok buku-buku ni,lantas dengan penuh keazaman yang jitu,aku bayar juga lah untuk Mypi (My Percious,Iris) dengan harapan semoga bermanfaat.

Sungguh tidak sia-sia ku rasa menghabiskan novel tebal sehingga 1000 pages itu.Kita akan tahu bahawa hidup ini tidak lengkap tanpa ujian dan dugaan.Begitu juga perjalanan kehidupan Iris Nur dan Firman Ebrahim.

Membaca MyPi membuat aku senyum sorang-sorang.Naik tren pun boleh senyum.Parah sungguh rasanya...adeeiii..

Selepas membaca MyPI,aku banyak update status berkisar tentang MyPI di facebook.Dan ada lah dalam dua tiga orang kawan/junior/senior terpengaruh.Ada yang whassap,pm fb dan mesej.Haha.Bacalah kawan,baca dengan ikhlas hatimu bukan kerna aku.

Iyaa,kalau kau rasa sedang berputus asa dan patah hati,kalau kau rasa mahu mencintai ALLAH,cubalah baca MyPI.Ia memang sebuah novel cinta,aku tak nafikan, tapi bukan tentang cinta semata-mata,tapi tentang cinta tamadun dan kemanusiaan.Banyak sungguh ibrah yang akan kau dapat.Aku beberapa kali sentap membaca MyPI.Rasa ditumbuk dan dismash.

Abad ini,sukar sungguh untuk mencari novel-novel bermutu yang bermanfaat.Yang dijadikan drama-drama tv pun alahaii,bukan niat untuk mengeji novel-novel melayu dan drama TV,tapi sebaiknya,sebarkanlah hiburan yang memberi manfaat bukan menambah mudarat.

SAMBUNGAN MyPI

Aku banyak baca komen-komen di FB Melur Jelita,ramai yang meminta untuk Melur Jelita menyambung sambungan cerita Ilus dan MyPI menjadikan sequel ketiga mungkin,dan inilah pendapat peribadi aku.(Iyaalaa,sape la aku kan,penulis MJ manakan akan baca blog aku ni..hihi)

Pada aku,hentikanlah MyPI sahaja.Aku memang minat dan suka ILUS & MyPI atas kualiti cerita yang dimiliki.Tapi aku rasa untuk menyambung jalan cerita itu bukanlah jalan terbaik.Wa'Allahu 'Alam.(Bergantung pada MJ yerr)




Ironinya,kita mahu sambungan cerita itu untuk apa?Setakat untuk senyum sorang-sorang dan berangan tak habis-habis.Jadinya,tidak perlulah kalau hanya untuk setakat itu sahaja.Iya,aku faham,kita rasa cerita itu hidup kerana terasa dekat dengan realiti kehidupan kita dan kita mahu terus tahu tentang pengkahiran Firman + Iris,namun aku tetap tekad mengatakan bahawa noktahkan sahaja MyPI ini disini.Cukuplah hanya 2 sequel sahaja.

Ini juga ada kaitan dengan kualiti cerita.Aku bukanlah menafikan dan meragui kehebatan MJ sebagai penulis namun jika cerita dipanjang-panjangkan pun tidak best juga.Jadi,stop sahajalah Iris + Firman.Bimbang andai meleret-leret sehingga cerita asal tidak tahu hujung pangkalnya.Buktinya,ada dalam beberapa buah novel yang ada lebih dari 2 sequel.Cari dan baca.Semestinya,tidak sehebat seperti sentuhan pertama.Admit it!!

ILUS dan MyPI punya gaya dan karisma tersendiri.Tidak perlu ditokok tambah untuk menambah rencah perisa kerana rasanya sahaja sudah mampu memikat dan memukau sesiapa sahaja.


By the way,aku bukanlah sesiapa pun dengan novel ini..hahaha.Terpulang kepada pemiliknya untuk menilai sama ada perlu disambung atau tidak kerna aku tetap dengan pendirian aku sebagai pembaca marhaen.Ehh,tapi kalau ada sambungan,aku tetap kena beli kan..hehh?

NOVEL KE DRAMA TV

Sejak akhir-akhir ini,banyak novel jadi drama sampaikan aku rasa drama sudah tiada kualiti..Bagi aku sesetengah cerita perlu untuk didramakan dan sesetengan tidak perlu kott.

Contohnya,novel MyPI dan ILUS,tak perlu untuk drama atau filem.Macam mana nak membawa watak Firman dan Iris tuh.Sesiapa yang baca mesti akan faham scene yang macam mana.Memanglah tidaklah over,tapi kita ni orang timur kott,mana mungkin nak berkemban-kemban.Mahu kopiah tok-tok imam masjid turut berkembang kott.

MyPI dan ILUS sesuai dan best sebagai naskhah untuk dibaca, tak perlu untuk dilakonkan.Tapi aku rasa novel-novel yang perlu difilemkan ialah buku-buku Bahruddin Bekri.Haaa...yang ni sesuai kott.

If i'm not mistaken,dah ada drama doa untuk aku di Astro.Aku tak pernah tengok plus novel dia pun belum habis baca lagi.heeeeee..Novel-novel cenggini bolehlah kalau nak didramakan.

Ini pandangan aku jer.Jangan pulak duk maki aku.Terpulang pada individu la kan.Apa pun aku tetap sayang buku,so,aku tak pernah berharap novel-novel yang aku suka didrama atau difilemkan sebab aku tahu,yakin dan percaya,cerita itu tidak akan sehebat sebagaimana kau membaca dalam buku...aaargghh..feeling i tell you.

 Sekian,luahan tentang novel dan drama.

Happy December,uoolsss..


katahatiku1:Tuhan,aku derita dalam kehilangannya.I mean it forever.

11 September 2013

Bila Dah Habis Belajar...

Assamualaikum.... Fuhh....bersawang-sawang dah blog. Back to the topic

Bila dah habis belajar,anda akan dikelilingi oleh dua soalan ini..

1. Dah keje?keje apa?kat mana?Gaji berapa?

2. Bila nak kawen?Dah ada calon ke?

Pheww..rasa senak nak jawab.Hambek ko sape suruh nak cepat habis belajar tuh.

Malas nak jawab kadang-kadang.

Dushh...sedasss

katahatiku1: pernah baca dalam blog officmate..terus tulis entry yang sama.

Katahatiku2: Berjaya update blog guna henfon.

15 August 2013

Lega.

Assalamualaikum..

Freedom.Hoyeaahh.Alhamdulillah.Already finished my internship at Resolv Technologies.
Nothing much to write and talk,just saying, 

THANK YOU VERY MUCH,EVERYONE
GONNA MISS U ALL DAMN MUCH


KEEP CALM AND STAY FOCUS
FOCUS ON THE NEW THING

katahatiku1: Lepas 2 minggu,lepas raya baru nak hadet blog.Chewah.
katahatiku2: Semoga dipermudahkan segalanya untuk esok,esok dan esok.

25 July 2013

Question vs Answer?

 
 
 
Sometimes the questions are complicated and the answers are simple.
 
 
 
katahatiku1: Stress aku menghadap coding hari-hari.Nak buka kedai jual pisang goreng lah.

18 July 2013

Mari Bantu VO2V Persis

Assalamulaikum dan Salam 8 Ramadhan!

Alhamdulillah,fasa pertama Ramadhan bakal melabuhkan tirai lagi dua hari.Semoga sisa-sisa yang tinggal dapat dimanfaatkan sepenuhnya.Oh ya, habis LI lagi 2 minggu.Hehe.Minggu depan satu lagi,no more internship day.Heee...

VOLUNTARIES OUTREACH 2 VIETNAM (VO2V)


InsyaALLAH,ini adalah bakal program adik-adik Persis UMP saya.(Haha...jap lagi budak-budak baru google UMP, masuk lagi blog ni).Ya,PERSIS UMP.Pembimbing Rakan Siswa UMP,sebagaimana rasa cinta terhadap UBKK MMP dulu begitulah rasa cinta terhadap PERSIS UMP.

Program ini akan dilaksanakan di Vietnam pada 2 hingga 6 September ini.Lebih kurang sebulan sahaja lagi. Ia akan melibatkan 15 orang alumni PERSIS dan 15 orang ahli PERSIS beserta 2 orang pegawai psikologi UMP. Program ini bertujuan untuk menghantar sekumpulan ahli PERSIS untuk melakukan aktiviti-aktiviti khidmat komuniti kepada masyarakat islam di sekitar masjid dan rumah Ho Chi Minh,Vietnam.

Cadangan Tentatif dan Aktiviti


Ini antara tentatif dan aktiviti yang bakal dijalankan.Ya, secara kasar sahaja, secara detailsnya sila tanya tuan pengarah nanti.Namun, saya percaya, PERSIS mampu melakukan segala modul yang dirancangkan.


Ini adalah bakal program luar negara pertama yang akan diadakan.Seperti yang kita semua maklum, program yang melibatkan luar negara seperti ini akan memakan banyak belanja.Jadi, semoga ada la sesiapa yang bermurah hati lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini,bolehlah menyumbang sedikit sebanyak sumbangan buat mereka yang akan kesana. Alaaa...tu mana-mana pilot MAS yang tengah baca blog ni,kot-kot2 dapat kasi half price tiket flight ke kan..(bajet ahh pilot baca blog ko).

Jawatankuasa pelaksana VO2V bermula sebelum Ramadhan lagi sudah berkampung di UMP untuk mengumpul seberapa banyak dana yang diperlukan.Ya,sangat teruji sebenarnya untuk mencari sponsor ini.Tahniah adik-adik yang masih bertahan sehingga kini.Teruskan.

Kita yang tak mampu untuk kesana ini, boleh juga untuk menyumbang, iya hatta RM10 atau RM1 pun mereka terima.Anggaplah ini saham akhirat kita nanti.Sumbangan yang diberikan ini bukan untuk digunakan oleh mana-mana pihak tapi akan disampaikan kepada penduduk Vietnam nanti.Bantu mereka seada dan semampunya.

VO2V ini juga boleh ditaja oleh mana-mana syarikat.Mereka berbesar hati untuk menerimanya.Ini adalah senarai-senarai faedah bagi syarikat yang boleh menaja VO2V ini.





Tak nampak kan?Takper...email saya, saya berikan  softcopy, ini sekadar crop sahaja..



Kepada mana-mana syarikat yang ingin memberi tajaan,bolehlah email saya dahulu untuk saya emailkan kembali proposal tajaan dan sebagainya yang berkaitan dan seterusnya bank in ke   BENDAHARI UMP no akaun: 556226102820, MAYBANK untuk program VOLUNTARIES OUTREACH 2 VIETNAM (VO2V)”  
email me at : aqielahuzihan@gmail.com


Kepada individu yang turut ingin memberi sumbangan,anda bolehlah berhubung sendiri dengan Pegawai yang bertugas di talian 09-5492538.Sila call sendiri yer, nak suruh mesej pun, telefon pejabat nieh.Mana la taw dapat jemputan makan bubur lambuk kat kuantan ke kalau derma kat VO2V.

QUESTION & ANSWER about VO2V

  • Kenapa kena buat program luar negara sedangkan kewangan pun kena minta tajaan/sumbangan/derma orang ramai?
PERSIS dah terlalu banyak program dalam negara bahkan dalam negeri sendiri.Tidak salah kiranya cuba memecah tradisi dengan mengantarabangsakan program-program Persis.Selain PERSIS & UMP, Malaysia turut mendapat nama melalui KPT kerana UMP dibawah kuasa KPT.Sekiranya universiti lain.program-program luar negara ni dah biasa sangat dah...UMP jer jarang-jarang sekali.UKM,UM,USM semuanya dah biasa dengan program luar negara seperti ini.Nak harapkan program around the world oleh Pusat Antarabangsa memang tak tahu bila ada peluangnya,saingannya sangat ramai.Oleh itu,PERSIS mengambil inisiatif sendiri  dengan menganjurkan program sendiri.

VO2V merupakan program sukarelawan.Dah namanya sukarelawan,program sukarelawan mana yang mempunyai bajet yang cukup,semua sama jer, mesti ada songsang sikit-sikit. Tajaan/sumbangan/derma itulah saham kita nanti.Percayalah.Dalam al-quran dan hadis sendiri ada ditekankan konsep bersedekah ni.

Sepanjang pengendalian untuk mengumpul dana VO2V ini,jawatankuasa dah berusaha pelbagai cara antaranya membuka Car Wash di UMP dan membuka gerai jualan di bazar.Itui apa yang saya tahu,yang saya tidak tahu,mungkin banyak lagi cara mereka mengumpul dana VO2V.Dibulan Ramadhan ini,mereka berkorban meninggalkan family dikampung untuk sama-sama berganding bahu bagi memastikan kelancaran VO2V ini.Mereka mampu mencari pahala dan saham semudah itu.Kita?Mahu tengok sahaja?
Free2 mahu mereka sahaja dapat pahala?Kita pun boleh.Iya..boleh.Hulur lah seadanya.Paling tidak,hulurkan untaian doa buat mereka.

  • Ada soalan lain lagi?, drop by the comment or email me at : aqielahuzihan@gmail.com.I will reply and post it here time by time.OK?-Takmampu nak fikir soalan banyak2,tengah heavy flu.

Last but not least, ini memang entry untuk promote VO2V.Haha.Sebelum UMP saman aku sebab duk keluarkan nama UMP mitak tajaan jer,ni dia surat pengecualian cukai dari UMP.Tadaaa...




Untuk semua jawatankuasa VO2V,teruskan usaha anda.Allah melihat segalanya.Memang tidak terbalas apa yang dilakukan sekarang namun ia telah dicatit untuk dibentangkan diakhirat kelak.Memang perit untuk melaksanakan sesuatu program yang besar ini,namun inilah sebenarnya yang mengajar erti satu ketabahan.Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga ALLAH redha.




katahatiku1: Aku tak pergi pun Vietnam nieh, aku cuma tolong junior2 jer cari tajaan.Aku hanya ada blog ni jer, jadi,dengan blog ler mitak tolong.
katahatiku2: Lagi 2 minggu nak habis LI...Yess...habis study~!ALHAMDULILLAH.
katahatiku3: Dah lama tak menaip, terasa skill menulis sudah tiada.sobsob.Ayat tunggang langgang,bahasa kucar kacir.Aisshh.

30 June 2013

Pertama kali meluah perasaan

Bismillah.

Aku ni banyak pendam.Apa-apa yang aku rasa aku patut pendam aku pendamkan dan fikir sorang-sorang.Tu memang tebiat aku.Jujurnya, aku memang takde orang yang nak luah.

Kawan2?Tak semua kawan mengerti.
Boyfriend?Nan hado dek non.
Girlfriend? Jauh sekali.

 Tapi setiap kali down,setiap kali nak nangis.
Aku bisik pada hati, aku semat pada diri.

Aku ada ALLAH.Allah Illahi yang menjaga aku selama ini.

Semuanya aku luah pada dia.Dan itulah aku.


Aku ada dia.ALLAH


*Dont ask me about my problem and feeling because i'm always fine

27 June 2013

Countdown to Ramadhan 1434H


Assalamualaikum..

Countdown to Ramadhan.Lebih kurang 2 minggu lagi Ramadhan bakal menjengah.Rindu.Amat Rindu.Rindu dengan Ramadhan 1433H.

Dia adalah Ramadhan yang mulia,bulan Quran, bulan kesabaran, bulan ketakwaan, bulan rahmat, bulan pengampunan dan pembebasan dari api neraka. Bulan yang dibukanya pintu syurga dan ditutupnya pintu neraka.Bulan yang amat istimewa.

Ramadhan kali agak berbeza dengan tahun sebelumnya.Totally berubah.Entah sempat atau tidak menunaikan terawihnya dek keletihan yang amat.Letih bila kerja ni.

Rindu Ramadhan tahun lalu, penuh 30 hari terawih berjemaah.Bukan untuk riak tapi iya, satu perasaaan yang best.Dapat tadarus al-Quran.Buat pertama kalinya, mengambil cuti sepenuhnya tahun lepas tanpa sebarang aktiviti di U..bajet ahh ko orang penting sangat kan.


Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna. Itu yang lebih penting.



katahatiku1 : Tidak sabar terawih di Masjid Besi Putrajaya.

04 June 2013

What's Wrong...



What's wrong with you, qeela?


Tengah baiki hati.
Tengah fikir future plan selepas failed plan A.
Tengah usaha nak kurus.hahaha.
Tengah dan mentengah.


Nothing much to say,tengah muhasabah diri dan repair hati.



22 May 2013

On Site

Assalamualaikum & Good Day!

Currently not around at Cyberjaya.Missing the great Cyber.hehe.Bermula semalam dan mungkin sehingga 10 hari kemudian,akan berada di PWTC.Visit client site for user requirement study.

Masuk meeting,keluar meeting,tukar flowchart,translate term, faham existing system dan develope system.Fuhh penat.Eh,Ananth la penat.Aku tak pun.HAHAHA.



Ohh ya..fb already deactivated again.Haha.Kat sini,no social network okay.YM pun takleh bukak Even ERP Resolv pun takleh buka.So,papehal,mesej hp atau email sahaja.Bajet orang nak cari kau.


p/s: Ehh..whassap dan tumblr pun takleh login.cisss.Aku tak kesah fb takleh bukak.aku kesah kalau tumblr takleh login.Haiyyaa..

katahatiku1 : Bosan tengah tunggu database existing system.Mari update blog dulu lah.Satu-satunya benda yang tak diblock.



08 May 2013

Hijrah : Hand Sock


Assalamualaikum.

Cerita 1 :


Dalam bas. Seorang kawan menegur.

Kawan : Eh, tengok ni, aku pakai hand sock.Aku ikut mu qeela.
Aku      : *senyum (dalam hati Alhamdulillah)
Kawan  : Aku nak berubah jadi baik.Pakai hand sock jer.Nanti tolong aku.
Aku      : Bagus-bagus. Aku pun nak berubah jadi baik jugak.
(dialog  lebih kurang, sebab aku lupa..hahaha)



Cerita 2 :

Di tempat makan.Seorang kawan yang lain menegur.

Kawan : Hari ni qeela tak pakai sarung lengan?
Aku     : Aaah, sebab lengan baju ni dah cekik.Perasan ke?
Kawan : Perasan la.Hari-hari pakai.

Dalam hati.MasyaALLAH.Yes.Ada satu hari tu aku tak pakai dengan alasan lengan baju tu dah cekik,dengan secara tak langsung aku rasa ia dah cukup menutup aurat.Baju tu blouse putih dan aku memang pakai dengan baju inner hitam.

Terdetik dalam hati aku.ALLAH hantar kawan aku untuk menegur aku.Menasihati aku.Kawan aku tu biasa-biasa orangnya.Tapi dia sangat concern dengan aku.Hatta, perkara sekecil ini.Tapi aku pulak sewenang-wenangnya pulak memudahkan segala-galanya.

Realiti, aku bukannya pemakai tegar hand sock.Tapi, hakikatnya aku rasa sangat kosong bila aku tak pakai hand sock.Aku mula belajar pakai apabila memasuki KMK (Matrik Kedah). Zaman Maahad juga aku jarang-jarang sekali pakai memandangkan baju sekolah kitorang memang dah dikancing tangan bajunya.Waktu itu aku rasa dah cukup terjaga lebih-lebih lagi berada dalam kelompok perempuan sahaja.

Apabila memasuki KMK,aku berubah perlahan-lahan.Aku rajinkan dan istiqamahkan diri untuk pakai hand sock.Sehingga masuk UMP.Ada juga kott aku terlupa atau tak terpakai.Aku lupa.

Bila dah keluar UMP,persekitaran makin berbeza.Berjumpa dengan pelbagai orang,ragam bangsa dan agama.Masa ni aku mula ada satu hand sock jejari.Aku suka hand sock jejari ni.Rasa terjaga dan dihormati.Sungguh.Aku banyak kena naik bas.So,kadang-kadang hand sock ni pelindung aku.Bila ntah nak beli banyak-banyak lagi.Tak sempat sangat nak shopping sekarang ni.

Cerita tentang hand sock ini bukan untuk menunjuk-nunjuk.Cuma untuk kawan aku dalam cerita 1(kalau dia dapat trace blog ni..haha), teruskanlah niat nak pakai hand sock tu.Istiqamahkan diri.Aku pun tak baik jugak.Tapi sentiasa berimpian untuk menjadi baik dan solehah.Aku bersyukur sangat-sangat kalau ko terpengaruh dengan bab yang satu ni.Tapi,percayalah,aku tak baik pun.Jangan pandang pada hand sock aku sahaja.

Moral dari cerita 2,thanks kawan tolong ingatkan.Ya.Aku manusia biasa.Kadang-kadang lupa.Kadang-kadang khilaf.Untung ada kawan yang boleh mengingatkan.Ingatkan aku lagi sekiranya aku terlupa.


kredit : drcintapunyabelog


katahatiku1: Post kat blog sebab ia amat terkesan dalam hati.Its nothing for you,but its something for me.Thanks ALLAH.
katahatiku2 : Aku berazam untuk selalu pakai hand sock.