01 December 2009

Rumahku jadi pulau...

Ini keadaan yang berlaku pada pagi ini sejak hampir seharian hujan..biarkan gambar2 ini bercerita.....


sepanjang perumahan ini dipenuhi...soo fasttt...




pandangan dari belakang rumah..(snap dari bilik kak chek n kak chah)




ini juga..jangan risau..banjir air hujan jerr..bukan air hulu..




keta neighbour2 kami menumpang di halaman villa daddy...:P




air hampir2 mencecah.....still raining...




pandangan dari tepi rumah..air longkang dah melimpah...





kete kedua sebagai pelarian banjir...





berpusu-pusu menyelamatkan kenderaan masing2..agak kecoh...





i lurve dis car...cepat2..alihkan...




hujan makin lebat...air makin tinngi..paling penting ibu jari kaki manusia dah tenggelam..





kesian kat uncle nihh kena mengharung air..walaupun sumer neighbour non-muslim but still ada rasa simpati...




hasil setelah menjadi pulau..sah2 kena bebel nga mummy nati..sumer sampah sarap maaa....


notakakiku1:still thinking...esok air makin naik ke??

notakakiku2:syukur kerna rumah kami tak dimasuki air..thanks ayah coz be da best architect for us..

notakakiku3:Esok dah tak on9 selama 4 hari..lappy masuk bengkel...

POSITIF - Berdepan dengan Tekanan


"SEBENARNYA TEKANAN ADALAH SESUATU YANG POSITIF KERANA TEKANAN MERUPAKAN PENCETUS KEPADA SETIAP KEJAYAAN."


Gagal ujian? Putus cinta? Bergaduh dengan rakan? Dimarahi ibu bapa? Terlalu dibebankan dengan kerja-kerja sekolah sehingga tiada masa hendak bersuka ria? Semua keadaan ini merujuk kepada situasi yang sukar dalam fasa kehidupan remaja. Dalam keadaan sebegini, pastinya tiada siapa yang mampu tersenyum. Sebaliknya reaksi yang spontan bagi sesiapa sahaja yang berhadapan keadaan rumit ini, "Aduh! Tensionnya aku!"

Tekanan atau dalam bahasa Inggerisnya sfress adalah lumrah bagi sesiapa sahaja. Apabila dilanda tekanan, tindak balas biasanya ditunjukkan pada wajah yang murung dan tubuh yang lesu longlai. Ketika ini, jiwa luluh lantak, masa depan tampak kelam gelap, dan akal seakan-akan berhenti berfungsi apabila diri terlalu kecewa dengan tekanan yang dialami.

Remaja lazimnya melihat tekanan sebagai suatu yang negatif. Tekanan dianggap sebagai penghalang kejayaan. Tekanan begitu dimusuhi kerana dikatakan boleh melemahkan semangat. Hal ini berlaku kerana kebanyakan remaja selalu mengimpikan alam kehidupan remaja mereka penuh ceria, tiada masalah, tiada duka, dan segala yang indah-indah belaka. Justeru, apabila dilanda tekanan, mereka cepat putus asa dan mudah mengalah sehingga ada yang mahu mati!

Sebenarnya, menghadapi tekanan adalah suatu perkara yang sangat normal bagi sesiapa jua. Malah sebenarnya tekanan adalah sesuatu yang positif kerana tekanan merupakan pencetus kepada setiap kejayaan. Tanyalah pada orang-orang yang berjaya, sama ada yang beroleh semua A dalam peperiksaan, yang berjaya menjadi jutawan, atau menjadi ahli sukan yang disegani, semua kejayaan mereka bertitik tolak daripada tekanan.



Tekanan itulah yang melonjak mereka untuk berusaha keras bagi mencapai kejayaan. Yang beroleh semua A dalam peperiksaan bukan kerana mereka dilahirkan bijaksana, yang kaya ternama hari ini asalnya mereka tidak punya apa-apa, dan tokoh sukan yang hebat semuanya bermula daripada titik kosong. Namun, mereka berjaya melihat tekanan sebagai lonjakan ke arah kejayaan.

Sebenarnya ada ramai lagi yang diterjah masalah yang lebih hebat. Cuma mungkin remaja yang lain itu punya daya ketahanan yang lebih kuat,bukan sekadar yang hanya tahu menangis dan menyalahkan orang lain. Jika remaja lain mengambil masalah mereka sebagai pemangkin ke arah kejayaan, sebaliknya remaja yang seorang ini melihat masalahnya begitu berat sehingga menutup mindanya kepada pintu penyelesaian.

"Dahulu memang rasa tertekan. Malah saya pernah anggap itu sebagai dugaan yang terbesar dalam hidup. Kemudian saya sedar, dugaan itu bukanlah apa-apa. Jika saya melihat dengan mata positif, saya akan nampak kejayaan di sebalik semua dugaan itu," demikian kata-kata seorang yang positif.

Seperkara yang saya pasti, orang yang berjaya adalah orang yang pernah diuji dan dia kuat berdepan ujian berkenaan. Junjungan Besar Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling kuat diuji dan 13 tahun perjuangan baginda menyebarkan Islam di Makkah, kurang membuahkan hasil. Malah baginda dicaci, dicemuh dan disakiti dengan pelbagai dugaan sehingga baginda membawa diri berhijrah ke Madinah.

Hasilnya terpancar jelas selepas itu. Islam yang disebarkan oleh Rasulullah muncul gah dan kemudian baginda bangga dapat kembali semula ke Makkah sekitar 10 tahun kemudian untuk berdepan dengan semua penentangnya sehingga berjaya menawan semula Makkah. Hal ini tentunya suatu kejayaan yang paling manis dan sehingga kini nama Rasulullah tercatat dalam senarai pertama 100 orang paling berpengaruh di dunia kerana kejayaan baginda membawa perubahan pada dunia.

Jika anda remaja mahu berjaya seperti ini, maka jangan takut berdepan dengan tekanan.


notakakiku1:Saya mahu jadi remaja yang berjaya dalam semua bidang,insyaALLAH...
notakakiku2:i'm in stress now....moga2 ada penyelesaian untuk semua ini..saya redha!!!!!!
notakaki3:sumber dari sini...thanks a lot..

30 November 2009

Lakukanlah Dengan Kebaikan Hati.



Apa pun yang anda lakukan, lakukanlah dengan kebaikan hati.
Kejayaan bukan semata-mata kerana kekuatan otot dan
ketajaman fikiran. Anda perlu bertindak dengan kelembutan
hati. Kejayaan tidak selalu dibangunkan di atas keupayaan diri sendiri.
Di sebalik semua pencapaian, terselit pengorbanan orang lain.
Hanya bila anda melakukannya dengan kebaikan hati, siapa pun
rela berkorban untuk kejayaan anda.






Seorang bijak berkata: "Bila busur anda patah dan anak panah
terakhir telah dilontarkan, tetaplah membidik. Bidiklah
dengan seluruh hatimu." Semua tindakan anda bagaikan bumerang
yang akan kembali pada anda. Bila anda melempar dengan baik,
ia akan kembali dalam tangkapan anda. Namun, bila anda salah
melemparkannya, ia akan datang untuk melukai anda. Renungkan
bagaimana tindakan anda sekarang ini. Lakukan segala semuanya
dengan tulus dan penuh kasih. Tiada yang lebih manis daripada
memetik buah atas kebaikan yang anda lakukan.




notakakiku:Special post buat dr.aminah..teruskan langkahmu itu..aku redha dan izinkan kamu dan sahabat2ku yang lain untuk berubah..berubah kearah kebaikan ..lakukanlah dengan kebaikan hati...

26 November 2009

:Cantiknya seorang WANITA:


cantiknya seorang wanita,sebagai gadis..
bukan kerana merah kilau lipstik
pada bibir memekar senyuman kosmetik

cantik seorang wanita,sebagai remaja..
tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah

cantik seorang wanita,sebagai anak..
tidak menjerat diri pada kederhakaan

cantik seorang wanita,sebagai isteri..
menempuh badai di sisi suami

cantik seorang wanita,sebagai menantu..
menjauhi persengketaan ipai duai

cantik seorang wanita,sebagai ibu..
membuai anak,kala suami menjalin mimpi

cantik seorang wanita,sebagai mentua..
telus hati mengagih kasih setara pada semua

cantik seorang wanita,sebagai nenek..
menyaring teladan para anbia buat cucu cicit

cantik seorang wanita,sebagai warganegara..
peka membela nasib dan maruah negara

cantik seorang wanita,sebagai warga tua..
menghitung hari dengan selembar mashaf

cantik seorang wanita,sebagai intelektualis..
menyala obor mewangi setanggi profesionalis

cantik seorang wanita,sebagai akidah solehah..
mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah

::Salam AIDILADHA::


::SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA::

23 November 2009

Tiga Nasihat

Pada suatu hari,ada seseorang menangkap burung.Burung itu berkata kepadanya,"Aku tidak berguna bagimu sebagai tawanan.Lepaskan saja aku.Nanti aku beri kau tiga nasihat."



Si Burung berjanji akan memberikan nasihat pertama ketika berada dalam genggaman orang itu.Yang kedua akan diberikan kalau ia sudah berada di cabang pohon dan yang ketiga ketika ia sudah mencapai puncak bukit...


Orang itu setuju,lalu ia meminta nasihat pertama.Kata burung itu,"Kalau kau kehilangan sesuatu,meskipun engkau menghargainya seperti hidupmu sendiri,jangan menyesal."



Orang itu pun melepaskannya dan burung itu segera melompat ke dahan.Disampaikannya nasihat kedua,"Jangan percaya kepada segala yang bertentangan dengan akal,apabila tak ada bukti."



Kemudian burung itu terbang ke puncak gunung.Dari sana ia berkata,"Wahai manusia malang..Dalam diriku terdapat dua permata besar,kalau saja tadi kau membunuhku,kau akan memperolehnya."




Orang itu sangat menyesal memikirkan kehilangannya,namun katanya,"Setidaknya,katakan padaku nasihat yang ketiga itu!!"




Siburung menjawab,"Alangkah tololnya kau meminta nasihat ketiga sedangkan yang kedua pun kau belum renungkan sama sekali.Sudah kukatakan padamu agar jangan kecewa kalau kehilangan dan jangan mempercayai hal yang bertentangan dengan akal.Kini kau malah melakukan keduanya.Kau percaya pada hal yang tak masuk akal dan menyesali kehilanganku.Aku pun tidak cukup besar unuk menyimpan dua permata besar!!!Kau tolol!!!Oleh kerananya,kau harus tetap berada dalam keterbatasan yang disediakan bagi manusia."

20 November 2009

Tag Yang Rajin

Salam cuti-cutian buat sumer....
hehehe...ari ni nak wat tag yerrr...
sebelum ni pernah dapat tag tapi malas + takde masa = tak jawab la..
skunk musim cuti..soo kebowsunnan melanda....
errmm...jalan2 kat blog adik ni...
so,terus kena tag...and firstly rasa excited nak jawab..hahaha..MySpace



1)Bekas kekasih saya adalah:
-hahaha..banyak lorrhhh..perghhh...(xleh blah...)

2)Saya sedang mendengar:
-Lucky nyanyian Jason Mraz...bessstt oii....

3)Mungkin saya patut:
-Lipat baju-baju dan masukkan dalam loker..(benda paling malas nak wat..)

4)Saya suka:
-Makan...tido..tengok movie...(nikmatnya....)

5)Sahabat-sahabat baik saya adalah:
-sahabat2 yang rasa saya baik dengan dia...

6)Saya tak faham:
-apabila saya tak boleh coding soklan programming cam 'musuh2' saya...(mereka sangat hebat kottt..)

7)Saya kehilangan:
-'sesuatu' yang paling disayangi 8 tahun yang lalu....sob3..

8)Ramai yang kata:
-saya chomey...~lalalala~..(saya redha jerr..)

9)Makna nama saya:
-cahaya yang berakal @ bijak..(heheh..bijak ke??..bijak berkata2 jerr kot..)

10)Cinta itu:
-suci pada yang tahu menilai jerrkk..(perrghh..jiwang lak..)

11)Di suatu tempat sese0rang sedang:
-berfikir sama ada miss fazlin on9 ym ke tak...hahahah..(raihanah la tuhhh..)..

12)Saya akan cuba:
-membahagiakan ummie dan adik2 saya.....

13)Ayat"selamanya"bermaksud:
-sampai bila-bila...tiada akhirnya...(ceehhwaahh...)..

14)Telef0n bimbit saya:
-dua2 brand nokia...satu ummie kasi,satu ag ayah hadiahkan..(perrghhh..saya terima jerrr)..

15)Bila saya terjaga dari tidur:
-saya akan fikir nak makan apa jap ag....hihihi...

16)Saya meluat bila melihat:
-0rang yang tidak bertanggungjawab,tidak amanah..huhu...

17)Pesta/Parti adalah:
-membuatkan saya mahu makan banyak2..hehehehe....

18)Haiwan yang paling c0mel yg pernah saya temui:
-burung puyuh..tapi telur dia jerr laa...cute sangat2...

19)Peringkat umur yg paling menyer0n0kkan:
-umur 12 tahun ke bawah..nikmat kejayaan dan kebahagiaan...

20)Hari ni:
-hujan jerrkk....

21)Malam ni saya akan:
-habiskan tag ni,tengok citer kat tv,dan sambung tengok movie atashinchi no danshi...(sumer benda2 lagha..perrgghh..)

22)Es0k saya akan:
-bangun subuh dan kena tolong kemas rumah,selepas itu,sambung tengok movie..~lalalala~


23)Saya betul2 inginkan:
-impian dan cita-cita saya tercapai walau macam mana sekalipun..(pergghh..semangat sihhh)


24)Ketika saya lihat wajah saya di cermin pagi nie:
-chubbynyer..tapi takpe...still comey..hahahaha...


25)Pusat membeli belah/arked permainan:
-tempat2 yang murah tapi berkualiti tinggi...(pergghh..tiba2 cakap pavillion.huhu)

26)Makanan barat atau jepun:
-setakat nak isi perut bolehla..kalu nak kenyang..kena cari masakan ummie laa..

27)Bilik yg terang atau gelap:
-bilik yg sederhana..~lalalalala~

28)Makanan segera adalah:
-maggi yang akan selalu dimakan apabila kelaparan tengah2 malam..

29)Ayat terakhir yg anda katakan pada sese0rang:
-woiiii...keluar...(tuk adik2 perempuan yang masuk dalam bilik dan bergaduh..)

30)Siapa yg anda mahu tag??

-aminah aishah (mmp)

-raihanah (ump)

-rusydiah (abim)

-husna (kmk)

-akmal mardhiyyah (kmk)

-fatinnur zahrina (kmk)

wassalam..hehehe...MySpace

17 November 2009

............HUTANG BUDI........


Pernahkah anda menghitung pembiayaan untuk membayar seorang penjaga

malam, jururawat, arkitek, guru dan penasihat...? anda tentu akan
mengira dan tentu akan sangat..sangat...mahal bukan..?



Lalu..Pernahkah anda sedari bahawa sebenarnya dalam kehidupan anda,
ada seseorang yang telah berperanan sedemikian banyak sehingga
kehidupan anda telah menjadi seperti saat sekarang ini..? IBU ANDA..!



Saya ingin berkongsi kasih dan cerita mengenai ibu yang dikisahkan
oleh Marjorie Cooney ini:



Ibu, betapa aku takkan sanggup untuk membayar semua hutang-hutangku
padamu. Untuk malam-malam panjang yang engkau korbankan kerana suara-suara
kami, baik kerana kami lapar, kerana suara-suara luar yang
mengganggu, kau terjaga untuk sepanjang malam menjaga kami. Untuk
setiap semangat, dorongan, ajaran yang kau berikan kepada kami
dengan sabar setiap harinya, setiap minitnya, setiap detiknya kau
bimbing kami, kau bangunkan mental dan fizikal kami, sehingga kami
mendapatkan kesempurnaan hidup seperti saat sekarang ini.


Ibu, kau juga telah berjuang keras untuk merapatkan seluruh keluarga
dengan cinta, kesetiaan dan kasih tiada terhingga banyaknya yang kau
curahkan.Dan untuk semua itu, kau tidak meminta bayaran sesen pun
kepada kami, kau lakukan semua itu dengan tulus..ikhlas..tanpa
penat dan letih sedikitpun, kau lakukan semua itu dengan cinta...kasih...dan
kesetiaan yang amat..sangat..dalam kepada kami.
Kami tahu hutang kami sangat banyak kepadamu ibu, dan untuk semua
hal yang tak ternilai itu kau berikan cap SUDAH DIBAYAR
LUNAS !.
untuk satu kucupan cium kasih sayang dari kami dan ucapan

dari kami..

I LOVE YOU MOM.....

"TIADA KASIH SAYANG SEBESAR KASIH SAYANG ORANG TUA KEPADA ANAK,
TERUTAMA KASIH SEORANG IBU. SEPERTI AWAN YANG MENAUNGI DISAAT
MATAHARI SANGAT TERIK, SEPERTI HUJAN DI GURUN YANG PANAS, SEPERTI
BUMI YANG MEMBERI KEHIDUPAN KEPADA SEMUA YANG BERNAUNG
DIBAWAHNYA.." - SONDRA ANICE BARNES




notakakiku1:Rasa semangat yang membara bila dapat salam dan cium ummie sebaik tiba dirumah....huhu..
notakakiku2:Kegembiraan ummie bila menyambut anak dara dan anak teruna pulang turut menggembirakan diri ini....
notakakiku3:Habiskan sem break nga ummie dan family.....





11 November 2009

" Jangan berkata "tidak" sebelum mencubanya ".

Seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya.

"Hai
jam, apakah kamu sanggup untuk berdetak paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?"



"Ha?," kata jam terperanjat, "Mana sanggup saya?"



"Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?"



"Lapan puluh ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini?" jawab jam penuh keraguan.



"Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?"



"Dalam satu jam harus berdetak 3,600 kali? Banyak itu pun jam ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.



Tukang jam itu dengan penuh kesabaran kemudian berbicara kepada si jam. "Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetak satu kali setiap detik?"



"Naaaa, kalau begitu, aku sanggup!" kata jam dengan penuh yakin.


Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetak satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetak tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetak sebanyak 31,104,000 kali.



Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu.Bahkan yang semula kita anggap impossible untuk dilakukan sekalipun.


Jangan berkata "tidak" sebelum Anda pernah mencubanya.

09 November 2009

Ketakutan Akan Kegagalan.


Apakah anda takut gagal? Sedemikian takutnya sampai anda tidak berusaha untuk mencuba? Cuba anda fikirkan kembali, hal tersebut benar-benar tidak masuk akal. Dengan tidak mencuba sekalipun, sebenarnya anda sudah gagal. Jadi rasa takut gagal adalah penyebab kegagalan yang pasti.


Apakah anda merasa takut? Cuba perhatikan rasa takut anda. Rasa takut membuat anda lebih waspada. Rasa takut memberi tenaga tambahan. Rasa takut membuat anda mampu mengatasi tentangan sulit. Tidak ada yang mampu mendorong sumber daya dalam diri anda, lebih dari rasa takut.


Rasa takut sebenarnya ada untuk mendorong anda maju, bukan untuk menahan anda. Biarkan rasa takut mengajar anda. Biarkan rasa takut mempersiapkan anda. Tetapi jangan membuat rasa takut menghentikan anda. Saat rasa takut menahan anda, cuba perhatikan baik-baik apa yang menyebabkan rasa takut, dan anda akan menemukan alasan untuk bergerak maju.


Kegagalan paling abadi adalah kegagalan untuk mulai bertindak. Bila anda sudah mencuba, dan ternyata gagal, anda memperoleh sesuatu yang biasa dipelajari dan mungkin dicuba kembali. Anda tidak akan pernah gagal bila anda terus berusaha.


notakakiku1:Rasa takut untuk final programming kerna pernah jatuh dan gagal dengan teruk..moga rasa takut itu dapat diatasi...
notakakiku2:semoga tabah,tabah,dan terus tabah jika gagal..bangkit dan senyum kembali kepada dunia nihhh...