13 September 2009

Peribadi Melalui Kalendar ISLAM..

Muharram
Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.


Safar
Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.


RabiulAwal
Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.(huhuhuhuh....)


RabiulAkhir
Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.


JamadilAwal
Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga .


JamadilAkhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.


Rejab
Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .


Syaaban
Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rezeki .


Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.


Syawal
Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.



Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.


Zulhijah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaanya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatanya. Dia seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan.


p/s:kalau nak tahu bila korang lahir,sila klik disini.

12 September 2009

ADAKAH SUDAH TERLAMBAT??

Setelah bertungkus lumus selama 3 minggu berturut-turut menghadapi stress student's life..akhirnya berjaya menyelongkar semua news2 terbaru kat iluvislam.com.Hampir berzaman aku tidak melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan,maaf buat sumer team artikel..internet connection takde dalam tempoh 2 minggu tu..



Sekarang,selamat sudah berada di rumah,berasa tenang dan damai untuk menghabiskan cuti-cuti malaysia selama 2 minggu..ramai yang jeles ni..huahuahua.


Apa yang ingin dikongsi disini ialah,aku amat tertarik dengan satu thread baru di iluvislam.com...topiknya ialah Dah Terlambat ke Saya nak Menuntut ilmu Agama??.
Pelbagai komentar,saranan dan nasihat diberikan..huhhh..mantap2 semuanya...



Komen aku....


Wahai pembuka thread,yg_terpuji,betapa murninya hatimu kerana masih mempunyai sinar untuk mencari apa itu ISLAM.Sesungguhnya,belum terlambat selagi pintu taubat masih terbuka.Dalami,selami ,hayati dan amalkan ajaran islam dalam kehidupan.Sesungguhnya kamu berbeza dengan remaja lain,disaat remaja2 lain mengutuk,mengkritik dan seringkali melarikan diri dari terpenjara dalam peraturan2 islam..kononnya,namun,kamu diberi kekuatan untuk mendalami agama yang syumul ini..teruskan langkahmu itu..masih ada sinar dihadapan yang menanti....

the end..keyboard off..


ermmm..diri sendiri lak camne..banyak betul dugaannya..serius..rasa tak mampu nak hadapinya...masih tercari2 dimana perlu menambah dan mengupdate pengisian agama buat diri ini..huhuhu..otai2 aku pun,nak jugak bekalan akhirat nie..meskipun sudah diasuh dan ditarbiyyah pada waktu dulu,baru sekarang ku mengerti bagaimana hidup dengan keadaan sekarang..agak sukar untuk mencari sahabat sefikrah..ermm..namun,yang penting sekarang,jaga diri dan cuba sebaiknya untuk membaiah diri ini..



Selamat berangkat buat semua junior2 maahad yang telah,sedang,dan bakal fly terutamanya ke timur tengah.Sesungguhnya,kamu antara yang bertuah dapat mencedok seberapa banyak ilmu dan pengalaman di bumi para anbiya' itu..salam juang untuk sumer...



Selamat berangkat juga buat maisarah ke mesir,semoga dirimu berjaya didunia akhirat..



selamat kembali pulang untuk sumer batch spm 2007 mmp terutama yang berada di timur tengah setelah setahun berada diperantauan..dah jadi senior la korang errkk...(kredit tuk mien,tim,mallien)..



selamat berangkat juga buat atiqah azman yang akan ke UK,sahabat sejak sekolah rendah ag..semoga tabah dirimu disana..


p/s: bila lak masa aku nk ikut jejak langkah korang???huhuhuhu...

08 September 2009

Pesan Rijal Buat Nisa'


Kami sulit menahan pandangan mata KAMI


ketika melihat kalian,


apalagi jika kalian diamanahkan ALLAH


kecantikan dan postur yang ideal,


kami semakin susah untuk menolak


agar tidak melihat kalian,


kerana itu lebarkanlah pakaian kalian,


dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian


dengan kerudung yang membentang.


Kami juga sulit menahan pendengaran kami


ketika berbicara dengan kalian,


apalagi jika kalian diamanahkan oleh ALLAH


suara yang merdu dengan irama yang mendayu,


kerana itu tegaskanlah suara kalian,


dan berbicaralah seperlunya.


Kami juga sulit menahan bayangan-bayangan hati kalian,


ketika kalian dapat menjadi tempat mencurahkan isi hati kami,


waktu luang kami akan sering terisi oleh bayangan-bayangan kalian,


kerana itu janganlah kalian membiarkan kami


menjadi curahan hati bagi kalian.


Kami tahu kami paling lemah


bila harus berhadapan dengan kalian,


Kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh


hanya dengan senyum kalian,


Hati kami akan bergetar ketika mendengar kalian menangis,


Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,


maka jagalah jangan sampai ALLAH murka


dan memberikan keputusan.


Maha Besar ALLAH yang tahu akan kelemahan hati kami,


hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-Nya


kalian akan halal bagi kami..




"..Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga,lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab...Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."



perkongsian dari ukht najian,terima kasih sebab jadi follower saya...

Alhamdulillah,selesai sudah semua test sebelum balik raya ni,agak tertekan namun inilah student's life yang perlu dihadapi..tinggal nak hantar projek VB je ag..doakan saya..InsyaALLAH,berjaya siapkan on da time laa...

04 September 2009

Saat aku.......

saat aku mula jatuh,

ALLAH pujuk aku dengan kasih sayang-NYA,

saat aku mula putus asa,

ALLAH beri aku rahmat-NYA,

saat aku rasa tewas,

ALLAH tunjukkan aku kekuasaan-NYA,

saat aku tidak mengerti apa-apa,

ALLAH membuka hijab untuk tahu kebenaran-NYA,

saat aku mula kecewa,

ALLAH panggil aku untuk dekat dengan-NYA,

saat aku mula letih,

ALLAH membuatku tersenyum dengan kalimah-kalimah-NYA,

saat aku hanyut dengan keghairahan dunia,

ALLAH tetap panggil aku 5 kali sehari,

saat aku mengalami kekalahan,

ALLAH berikan aku sedikit kemenangan,

saat aku hilang segalanya,

ALLAH berikan aku kesedaran tentang-NYA,

saat aku jatuh dan sakit,

ALLAH telah membantu dan merawat aku,

saat aku hampir ditimpa kesusahan,

ALLAH hadirkan aku secebis kesenangan,

apa yang aku rasa,

apa yang aku lihat,

apa yang aku alami,

hanya datang dari ALLAH,

terima kasih kerana anugerahkan kehidupan yang terbaik ini,

hanya padaMU kuberserah,

hanya padaMU kubergantung,

hanya pada MU...........




P/S:Salam imtihan untuk semua yang telah,sedang dan akan menghadapi mid term test terutama C12LBS 2009 UMP..selamat berusaha n semoga berjaya..kejayaan n kegagalan adalah ketetapan yang telah ditakdirkan..jangan mudah berputus asa..
(test kali ni ada 2 HOT,3 PAPER TEST=5 test,tinggal satu je lagi..hohoho)

03 September 2009

BiCaRa ALLAH

Bicara Allah, dengarkanlah
setiap hari pasti ada bicara Allah kepada kita.
ada yang halus, ada yang jelas.
tapi yang istimewanya bicara Allah ini, dengarnya bukan pada telinga.
tapi dengan hati...
aneh, tapi itulah caranya.
kerana itu surat cinta Allah kepada manusia, iaitu al Quran, perlu di'baca' dengan hati.


pernahkah anda tersepak batu?
sakitkan? boleh jadi lebam seminggu.
tapi tunggu!
mungkin ini salah satu bicara Allah kepadamu
"oh ya?"
tapi hati perlu terbuka, perlu peka...
kerana jika tidak, mungkin cuma sumpah seranah
atau keluhan, "aduh! sakit!" yang terpacul dari mulut kita
lihatlah, dan pandanglah dengan hati...
istighfar, mungkin ada dosa yang dibuat tanpa disedari
istighfar, mungkin ada kewajipan atau amanah yang tidak dilunasi
istighfar, mungkin...mungkin kita memang kurang mengingati-Nya pada hari ini!
kerana itu maka muncullah batu itu sebagai asbab
perantara bicara, kasih cinta, peringatan halus dari Yang Maha Kuasa.


pernahkah anda ditimpa bencana?
kehilangan harta benda, atau gagal mencapai cita-cita?
pasti terpendam rasa kecewa, seolah kelam seluruh dunia
tapi, ah! sekali lagi Allah ingin berbicara dengan kita
mengajak kembali menumpukan seluruh pengharapan
hanya kepada-Nya
membalikkan paradigma
kepada apa yang penting sebenarnya
istighfar... mungkin ada dosa walau sekecil mana yang menjadi batu penghalang kepada kejayaan kita
istighfar... mungkin ibadah yang masih kurang sempurna, lalu mencacatkan buku amalan kita
istighfar... mungkin ada sesuatu yang lebih baik menanti kita, cuma perlu tunggu, untuk seketika!


pernahkah anda dipuji
walaupun pada realiti, andalah manusia yang paling tidak layak disebut begini?
pada realiti, anda tahu, setiap kelemahan dan kejahatan yang tersembunyi
yang jika diketahui, mungkin tiada siapa mahu mendekati!
tapi halusnya bicara Allah
cantiknya bicara Allah...
Allah tahu, Allah tahu
setiap kelemahan, setiap kejahatan, setiap dosa, setiap detik hati, setiap prasangka
tapi Allah juga tahu, dan MAHU
supaya kamu berubah, kamu berhijrah
menjadi seperti apa yang diperkatakan, yang menjadi bahan pujian, oleh manusia tadi
menggunakan sepenuh potensi diri
istighfar... tapi jangan tertipu! di sini bicara syaitan juga akan cuba mempengaruhimu
membuatmu terdetik, "sungguh, akulah yang terbaik!"
istighfar... janganlah begitu! takut nanti mengundang penyakit demi penyakit (hati)
yang merosak terus amalanmu, akhirnya dirimu...
begitulah syaitan cuba merosakkan dirimu.



bicara Allah ada pada setiap kecantikan kelopak dan daun
yang tumbuh keluar setelah tiba musimnya
bicara Allah juga tergambar,
pada kanvas langit yang dihiasi bintang dan bulan di waktu malam
kepulan awan dan pelangi di waktu siang
bicara Allah juga tersebar,
di setiap urat saraf, pembuluh darah, tulang belulang
degup jantung, turun naik nafas...
hidup mati...
Dengarkah kita?
Dengarkah?


p/s:copy dari blog sape ntah..semoga dapat buah manfaatnya tuk kita semua..

01 September 2009

epilog silam

Selama 3 hari cuti,saya telah menjalankan misi jalan2 cari laman,mengambil kesempatan membaca blog sahabat2 saya yang kini semua jauh dimata tapi dekat dihati.Menerokai blog2 mereka yang majoriti kini semua berada dalam keadaan tidak bagus,ada jer masalah yang melanda mereka tidak kira masalah belajar,keluarga dan sebagainya.Tidak terkecuali diri sendiri lalu lantas mebuka tirai 1 september dengan sedikit hiburan mendidik hati dan jiwa,khusus untuk semua sahabat2 dan diri sendiri yang berada dalam keadaan down.


Semoga sedikit input yang tidak seberapa ini dapat menenangkan gelodak jiwa masing2.Hayati maknanya yang tersirat supaya kita sedar bahawa rahmat dan kasih sayang ALLAH itu sangat luas buat hamba-hamba-NYA.Ujian ini sangat bererti buat kita agar kita tahu bahawa kita adalah insan terpilih oleh-NYA.Bertaubat,bertaubat,dan bertaubatlah sesungguh hati memohon keampunan bukannya hanya sekadar mengeluh yang sia-sia.(pesanan tuk diri sendiri)..







Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...



p/s: Salam takziah untuk aminah aishah,maaf sebab xdapat nak tenangkan hatimu,kesibukan melampau memang mencuri masa kita..asiff jiddan..

Salam sayang untuk dD jugak,jangan emo2 ag,chaiyok2!!!berusaha memang penat namun kepenatan itu pasti bermakna..salam ukhuwwah dari gambang..wakaka..