19 July 2009

`Kem Pemantapan Debat UMP~


ni la pantai balok,lokasi kem kami...besshhh oi...


Hehe..kalu korang dengar mesti korang rasa 'wau,havocnya..ko join debat ke?'..hahah..nama je eksyen lebih..padahal tak pun,nama je kursus pemantapan debat,padahal 'kem debat santai'..
papepun..beshhh...kem ini dilaksanakan dengan kerjasama alumni debat UMP yang sengal2..btw,best la korang,agak gila2...moga ketemu lagi dilain hari..


out of topic jap,mesti sahabat2 yang mengenali aku tentu tertanya2 kenapa join debat??jawapannya,mehla tanya aku sendiri,malas nak taip panjang2..hihihi..aku sendiri pun tak tahu kenapa boleh terjebaknya aku disini,hanya ALLAH yang tahu,aku langsung tidak hebat dalam dunia pengucapan awam ini,maybe dulu aku mampu kerana berada dikelompok aku sahaja,tapi setelah aku keluar,gini la jadinya... aku jadi gementar bila berhadapan dengan audiens lelaki...wawa. ...(penyakit ini sudah diketahui umum oleh mokyang,mokyang..tolong aku!!huhu..rindu mu la mokyang) mungkin inilah platform untuk aku menjadi lebih berani..hehe..doakan yer!!


masuk topic balik,semasa kem dijalankan,pengalaman yang tak dapat dilupakan ialah selipar aku kena rembat kat surau masa menunaikan solat maghrib..ishh..perasaan aku...sedih betol,kagum bangat,dan bengang giler..sebabnya kenapa aku kata begitu,,,

  • sedih sebab selipar yang selesa untuk dipakai itu telah dirembat
  • kagum sebab selipar buruk yang aku beli kat pasar malam kat kelantan beberapa bulan lepas tu pun kena curik..aduhai,at least,curi la sandal bata yang aku baru beli minggu lepas,xde la aku nak hairan sangat
  • bengang sebab aku nak pakai selipar mana agi..tu la selipar yang aku pakai nak gi kafe,nak g amik duit,nak round UMP..ishh..geram sangat..xpela ..ad hikmah kot..huhu


seyesli,nak zahirkan jutaan kemaafan buat team debat bm n ba kerana tidak dapat join aktiviti selepas bbq malam tu kerana kesakitan melampau..maaf terutama buat kakanda debat,kak mas..memang tension sangat2 sebab sakit tengah2 program gitu,tapi nak buat camne,aku ni nampak je besar,tapi antibodi lemah betol,serius,aku mudah jatuh sakit bila berjauhan nga my mum n bila sakit memang teruk giler..bukan homesick tau,cuma tak pandai jaga kesihatan diri jer..malam tu rasa sakit sangat2 dah,memang tak tertahan dah,rasa nak nangis dan berguling2 atas pasir pantai tu.tu la aku terus rehat dalam khemah jer,aku tak mahu kesakitan n kejadian dimatrik berulang lagi,menyusahkan orang je kan!!(husna.anti tahu kan camne ana sakit..huhu..sini dah xe orang nak urut dah..) ...hahha..tapi best la g kem,enjoy..huhu..disebabkan kesakitan melampau,ni je la gambar yang sempat disnap.



ni la khemah2 peraduan kami..1st time tau aku pasang khemah,sebelum ni dah sedia siap..hehehe..




sesi borak2 kosong nga super snior selepas lunch...



kak mas,ratu debat UMP..cayya la kak mas...bravo2!!!



pasukan veteran2 alumni debat UMP......



debat santai bebb...siap pakai seluar pendek ag..xde dah macho2 pakai blazzer cam selalu.. (sowri ye abg azwan..)



pemandangan waktu pagi selepas subuh..cantik dan tenang kan!!!bukti bangun pagi tau.... ramai ag tak bangun waktu ni..heheheh...



malam bbq..syok giler..aku tukang makan jer..sowri!!!>>hehehehe



bersemangat memastikan ayam2 dibakar dengan betul..




super senior menjadi juri awam...thanks a lot atas nasihat yang diberikan..



abg adam yang petah berhujah...hehe..papepun,korang semua memang hebat la...



bekerjasama mengemas kawasan perkhemahan....



semua dah sedia nak balik..semoga jumpa lagi...luv u all!!!



team debat BI UMP....chaiyok2!!





p/s: semoga kem ini memberi seribu pengalaman dan ukhuwwah yang terjalin tidak terputus begitu sahaja...segala ilmu yang ada dapat dikongsi bersama untuk aku menuju sinarILLAHI yang abadi...asiff jiddan atas kekurangan diri yang hina ini..(chehwahh..,jiwang lak..apadaaaa)..


14 July 2009

SENANGNYA IMAN UTK INSAN YANG TENANG

Dalam abjad rumi, huruf S dan T berjiran. Tapi bila jadi perkataan
senang dan tenang, bunyinya boleh membuat orang yang baru belajar Bahasa Melayu atau orang pekak "confuse". Sebenarnya pakar bahasa Melayu dan orang yang tak pekak pun selalu "confuse" tentang dua perkataan nie. Buktinya, ramai orang mencari senang untuk mendapat tenang tak kira tau cakap Melayu atau tak, tak kira telinga pekak atau peka, sedangkan senang bukan syarat tenang....


Orang tinggal di banglo besar, kita kata dia orang senang, tapi tak semua orang di banglo besar hidupnya tenang. Sebab tu pasang alat penggera dan ada juga yang mengupah pak guard untuk mengawasi rumahnya. Bukan kerana senang tapi kerana tak tenang. Takut dan bimbang setiap masa kalau-kalau waktu kita masuk ikut pintu depan, pencuri dan penyamun masuk ikut pintu belakang.


Buat dosa juga senang, tapi side-effectnya membuat hati jadi
tak tenang, resah gelisah. Kerja mengata orang misalnya, boleh dibuat dengan senang. Gerakkan lidah, betulkan makhraj dan keluarkan bunyi dari mulut. Tapi lepas tu.... hati dilanda serba salah dan serba tak tenang.


Yang payahnya, orang nak nampak tenang dengan senang. Tenang tu berharga....perkara berharga tidak akan dapat dimiliki dengan bersenang-senang. Nak kunyah agar-agar pun berpuluh-puluh otot yang perlu bekerja!


Senang itu nampak di mata sedangkan tenang dirasai oleh hati. Banglo besar bolah dilihat dengan mata, kereta besar boleh dilihat dengan mata, wang banyak dan orang gaji yang ramai boleh dilihat dengan mata....segala yang berbentuk lahir dapat dilihat dengan mata atau disentuh oleh pancaindera. Tapi tenang hanya dapat dirasai oleh hati.


Bila hati tenang, tempat yang sempit terasa lapang....tapi bila hati
resah, padang bola pun terasa menghimpit seperti lif yang penuh sesak.
Tenang hanya dapat dimiliki dengan zikrullah mengingati Allah. bila
sebut zikrullah, kita selalu bayangkan duduk ditikar sembahyang dan baca ayat zikir bejam-jam. Sebab itu kita merasa pelik kalau dikatakan zikrullah boleh buat hati tenang. Kerana ramai orang yang dah berzikir tapi tetap tak tenang. Di mana salah dan silapnya?


Tenang itu dirasa oleh hati, oleh itu kalau zikrullah hanya disebut dimulut. hati tak akan terkesan. Zikrullah dengan hati, memahaminya dan menghayati....mengingati Allah alam setiap detik perjalanan hidup-itulah
hakikat zikrullah. Kalau sekadar membaca " Alhamdulillah " beribu kali tapi hati tak ingat Allah itu dikatakan berzikir, maka silap tekaan kita. Sekadar
baca ayat zikir, rasanya burung kakak tua pun boleh buat kalau dilatih
tiap-tiap hari.


Hanya hati yang bergantung sepenuhnya dengan Allah dapat merasa nikmat tenang. Bagaimana boleh tenang kalau lidah menyebut "Alhamdulillah" tapi hati berkata " Tak patut Allah tak makbulkan doa aku".
Bila ingat Allah ketika susah, Allah akan berikan ketenangan. Bila lupa
Allah ketika senang, Allah cabut rasa tenang di hati. Bila ingat Allah S.W.T. di waktu susah dan senang, hati tetap tenang.
Lebih baik dapat tenang daripada senang. Tapi kalau dapat dua-dua
lagi baik.












09 July 2009

-YA ALLAH-

Ya Allah,
aku perlukan kekuatan...
aku puas menangis ketika menghadapMu,
ketika mengalun kaimah-kalimah suciMu..
ketika berada di rumahMu..



Ya Allah,
aku perlukan ketenangan,
yang bisa membuatku asyik melakukan ibadah kepadaMu,
yang memberi aku nafas ketika menuntut ilmuMu..



Ya Rabb,
bantulah aku..
padaMu ku serah segalanya...
aku buntu..
aku tidak percaya manusia..
aku hanya ingin mengadu padaMu..
tapi apakan daya, aku tidak puas..
masalah-masalah tersebut tetap bermain di kotak fikiranku..



Ya Rabb,
aku terus menangis..
aku lemah..
aku sudah tak berdaya..
aku hampir tewas dengan ujianmu..
berilah aku kekuatan..
berilah aku ketenangan..
teguhkanlah imanku...............


07 July 2009

mana satu TAKDIR terbaik untukku??


Aku keliru.keliru lagi..semasa program MINDS '09,berlakulah mesej2 antara aku dengan mai..

mai:salam,mak aku cakap ko bleh mitak usim lg,nk x??

aku:nak camne?aku dh dftr dh kat ump ni,mana leh dh??

mai:boleh tukar.wat rayuan kat dekan la.kalu nak,mak aku leh tolong..

aku:ermm..aku nk lorr..nk sgt2..ko pun tau aku camne..abis,pndftrn aku kat ump ni burn la?nati aku bncg nga mak aku dl la..
mai:ok.ko bncg la dl.wat istikharah sekali.




huhu..aku mesej nga sumer member2 aku,tanya pendapat..YA ALLAH..kenapa pilihan ini berlaku sekali lagi..seyesli..aku mmg tak suka UMP..UMP is not my dream uni...paling aku terasa sekali kerana sepanjang minggu minds dan sejak aku tiba di UMP,aku seringkali berdoa dengan ayat ini...


Ya ALLAH,jika UMP ialah tempat terbaik untuk diriku,bukalah pintu hatiku dan lapangkanlah dadaku untuk menerimanya..

Ya ALLAH,jika inilah tempat untukku,tetapkanlah imanku dan peliharakanlah diriku dalam iman kepadaMU..

Ya ALLAH,aku redha dengan segala ketentuanMU..



Disebabkan doa itulah dan dengan mesej mai yang secara tiba2 membuatkan diriku tersentak..petanda apakah ini??ALLAH makbulkan doa aku ke??

Aku takut sangat sejarah berulang lagi..inilah kejadian yang sebijik sama dengan apa yang berlaku kat aku masa di UNISEL dulu..hoho..kecewa bangat!!!

Kali ini aku ikut kata my mum,aku mesej kat my mum,my mum reply belajar kat mana2 pun sama jer..yang penting diri kita..aku diam jer..my mum tahu aku kecewa nga jawapan dari dia..tapi aku tak kesah..aku dah nekad..aku redha..tiba2 jer..tengah2 program MINDS tu..my mum call..rasa bersalah la tu mesej camtu...my mum kata kalau nak g usim,beritahu awal2 sebab nak settle urusan senang..lagi la haru..aku nak satu jawapan yang pasti..bukan delima yang tidak bernoktah..


Masa selesai majlis ikrar pelajar,aku mesej mai lagi...


aku:salam,mai..aku rasa tggu aku sambung master la kat usim,papepun
tq a lot,doakan kejayaan aku disini..


mai:ok.xpa.at least ko tau ko still ada tempat kat usim



huhu..walaupun pada awalnya aku tak suka UMP,tetapi aku tetap bersyukur kerana ditawarkan tempat di ipta..maybe inilah rezeki yang sepadan dengan result yang kubawa (nak jugak demand lebih2 tu) .huhu..syukur dalam paksa..ampunkan hambaMU,Ya ALLAH..aku akan berusaha untuk mencintai UMP ini..


Ada seorang sahabat pernah bertanya penting sangat ke ko nk g usim..
Yupp,agak penting!!

Kenapa??

Sebab aku takut dengan diri aku,aku nak suasana islamic..

Sape kata kat ko yang usim islamic,semua sama jer..yang penting diri kita..
At least,disana ada guide untuk aku..aku perlukan semua tu,aku nak baiah yang terbaik..
Kat mana2 pun sama jer,ingat ada hikmah ko disini,yakin dengan janji ALLAH..


seyesli..aku kecewa dalam ramai kawan2 aku,aku yang tidak mendapat tempat di uni yang ternama..huhu..demand lagi..seorang yang aku kagumi turut mencebik bila ku katakan aku bakal menyambung pengajian di UMP..terasa sedih sekali..Maka,bertambahlah ketidaksukaan aku kat UMP..sabar je la...

Debaran terasa,langkah harus maju supaya tidak ketinggalan lagi..
YA ALLAH,bantulah hambaMU ini..
wahai diriku,bangunlah..
gagal sekali tak bermakna gagl untuk selama-lamanya..
wahai diriku,sejarah telah membuktikan,
kau pernah berjaya..
kau pernah melakar nama..
kalau kau jatuh hanya sekadar SPM..
betapa teruknya diri kau..
bangunlah..
hidup ini bukan mimpi lagi..
jadikan ia satu realiti walaupun ia masih di dunia fantasi..
aku yakin kau boleh,
rezekimu disini..
terima seadanya..
biarlah orang lain mencemuh kerana memilih UMP..
namun,bangkitlah..
kau hidup bukan kerana mereka..
kau hidup untuk ALLAH..
wahai diriku,,
jangan dikisahkan lagi tentang kehebatan UMP..
berusahalah untuk jadi yang terbaik di UMP..
AKU YAKIN KAU BOLEH..
kerana KAU adalah DIRIKU..
usahlah pertikai takdir ALLAH untukmu..
DIA berhak mutlak untukmu..
kerana kau milik DIA..
Wahai diriku,binalah kecemerlangan sahsiah kau..
tampal apa yang masih berlubang..
wahai diriku,pengalaman betul2 mendewasakan kau..
aku bangga dengan kau..
kau mengalami benda yang orang lain tak alami..
teruskan kecemerlangan..
buktikan kau mampu berjaya di UMP..
kau BOLEH!!!PASTI BOLEH!!!!!!!!!!..
dan kau perlu tahu..
ALLAH campakkan kau disini..
supaya kau tahu dan sedar...
bahawa tarbiyyah itu mahal harganya..
semahal harga syurga di akhirat kelak..
tak mudah untuk dimiliki..
namun tak mudah juga untuk dikekalkan..
kau lahir di bumi baiah hasanah..
disini,berjuanglah untuk mempraktikkan baiah itu...
dalam menempuh dugaan nafsu remaja yang mencengkam ini..
semoga kau tabah..
aku redha,YA ALLAH.............


ingat,tiada mana2 takdir terbaik untuk kita,kerana semua takdir yang ALLAH kurniakan adalah yang terbaik dan tidak berlaku dengan sia2..carilah hikmah dalam setiap ketentuan ALLAH supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran... huhu!!!!!!!!!!!!!!!!

06 July 2009

-Khidmat Komuniti Perdana- minds '09

Bersempena dengan MINDS '09, satu program terakhir bersama masyarakat telah dilaksanakan..seyesli..besshhh...khidmat komuniti perdana ni dijalankan pada 4 JULAI..saya telah ditempatkan di Felda Lepar Hilir 3..

Inilah kali pertama saya masuk F
elda..tengok keadaan dan suasana kampung..uishh..teruja sangat2..rombongan kami ke sana sepatutnya untuk gotong-royong,namun penduduk di sana lebih bersemangat untuk menjamu kami dengan pesta durian dan rambutan..bertuah betol!!!

Group saya juga bertuah kerana Dato' NC UMP datang ke blok saya untuk bersama2 kami dalam misi menghabiskan durian2 felda..hehehe...



tengah kopek durian sebaik sahaja 10 min kami tiba





gotong-royong bersama penduduk blok 12 Felda
Lepar Hilir 3...


ni JONY..beruk peliharaan family group kami ditempatkan...



adik ni nama atiqah,memang peramah..pandai panjat pokok lagi..hehehe...




ni blok 12 bahagian 2..blok ni nak student perempuan blok kami kerana mereka tidak menerima student perempuan..hehehe..macam2 la makcik2 ni...



i like dis pak cik...bersemangat jadi cameraman sebaik sahaja kami tiba...cayya la pak cik!!!!!!




hero2 UMP sedang menunjukkan kebolehan mengopek durian....


ketibaan Dato' NC UMP...Ahlan wasahlan Dato'....



tangan dihulur,salam disambut,ukhuwwah terjalin,kerjasama terpatri...



pesta durian KHIDMAT KOMUNITI MINDS '09...


Makan banyak2..nati dah balik UMP dah xde dah...



ni ler hasil2 pesta durian kami..tapi ok la..kami dah kemaskan sebelum balik...


p/s:Terima kasih diucapkan kepada semua penduduk blok 12 bahagian 1 Felda Lepar Hilir 3 atas kesudian anda menerima kami..syukran juga untuk family adik atiqah...huhu..sayang kamu semua!!!!

~Minggu Induksi Siswa (MINDS '09) UMP~

Pada 28 JUN-04 JULAI ari tu,satu program orientasi untuk pelajar-pelajar baru UMP yang diberi nama MINGGU INDUKSI SISWA (MINDS '09).

Corat-coret sepanjang minggu minds:

  • huhu..first day dah teramat penat sebab semalaman drive.pendaftaran ok jer tetapi cuaca yang panas memang agak mengharukan diri ini.rasa nak marah je kat sumer orang.bad habit!!

  • majoriti ceramah dan taklimat yang dijalankan memang agak best.tak rasa mengantuk pun.tapi tetap juga tidur kalau ada peluang,heheh..maaf yer fasi2..hanya dua tiga taklimat je agak memboringkan.

  • hah!!batch kami adalah batch paling ramai yang diterima masuk.memang sukar untuk sumer fasi2 untuk mengawal kami.seramai lebih kurang 1700 pelajar baru dengan kendalian 165 fasi-fasi bertauliah..hehehe..

  • wahh!!!!!saya belajar sesuatu dari fasi2 minds.boleh la praktik untuk program saya selepas ni.sepanjang minds berlangsung,ada certain fasi selalu tanya kat peserta dah solat ke belum,padahal memang waktu itu rehat untuk solat,memang nampak sangat fasi2 agak concern nga solat kitaorang..bagus2.teruskan!!!

  • saya juga belajar dengan salah sorang fasi minds untuk tenang dalam pelbagai hal,walaupun agak bengang dengan peserta minds,tapi akak fasi tu cool jer..hehe..i like it!!!

  • saya juga rasa bertuah sebab rasa kami semua dijaga bagai anak kecil..ye la..fasi2 'kecemasan' selalu je round2 tanya sama ada kami sakit atau tak..besshhh!!!!!!

  • hehe..semua fasi2 baik2..ye la..seriously..tak pernah dapat program sebegini sempoi..sebelum ni saya biasa dapat program atau kem2 yang syadid..huhu..sedih sihh...

  • tak faham kenapa sesetengah peserta rasa minds terkongkong...ermm..bangun seawal 4 pagi itu tidak seteruk mana...saya pernah kena lebih teruk ag..syukran atas didikan dan bai'ah kat maahad dulu..betul2 mengajar saya sekarang...jangan jadi terlalu manja..

  • Ingat tak wahai fasi2 dan peserta2 minds,malam yang peserta minds didenda kena angkat tangan tu..huhuhu..tak tahu nak kata apa..sebab saya pernah kenakan peserta sebijik macam tu bahkan pernah dikenakan juga..angkat tangan..hehe..saya juga tahu teknik2 fasi2 gunakan..hehe..siap ada peserta minds menjerit lagi..hehe..macam flashback jer..papepun,jangan la guna modal yang sama untuk 'tochure' kitorang..kalau ada yang perasan kan,fasi2 marah benda yang sama dan guna ayat yang sama seperti sebelumnya..seyesli..malam tu saya senyum jer..sebab dah tahu apa benda akan jadi lepas tu..saya seperti tengok drama je malam tu..ngantuk pun ada gak..huhu..papepun..layan la gak..

  • program terbest dalam minds ialah khidmat komuniti..postnya menyusul selepas ini..


ni la gambar2 yang sempat disnap..hehehe..



ni la kupon makan minds..macam2 warna ada..seems like rainbow...



ni lak motto minds...mp4..yeahhh!!!



ni la akak2 fasi muslimah minds '09..



akak fasi ni selalu jerit guna haller 2...cepat2!!hehehe...



ni la baju batik rasmi..memang cantik..ingat nak wat baju raya tahun ni..tapi tengok2 ada logo ump lak..semangat patriotik ump!!!!!!!!!!!!!!



ni kipas yang menjadi rebutan kami kat astaka...




berbincang didepan pintu pagar pun jadi laaaaaaaa......




bertafakur di masjid..i love dis moment!!!



akak kecemasan minds yang selalu concern...i love dis akak..kejenya senyum aje..sape sakit?sape sakit???



tarik tali fakulti komputer...



barisan fasi yang lawan tarik tali nga peserta...huhu..tarik akak tarik....



bersemangat sungguh akak ni bagi sokongan..ni la penolong ketua fasilitator..
saudari nur fasihah...



barisan fasi yang kalah teruk...sabar2...




happy korang tarik2 yer...



ni checkpoint 1 x dugong = gong



Di kesempatan ini,saya mewakili semua peserta MINDS '09 nak ucapkan jutaan kemaafan diatas keterlanjuran sepanjang minds,tersalah bicara,terkutuk di hati,tersilap langkah harap dimaafkan..seyesly..ni la satu2nya program yang saya sertai dalam 2 tahun ini sebagai peserta..dah lama tak rasa jadi peserta..maaf kerana banyak menguji kesabaran fasi2..sesungguhnya,ingatlah itulah hadiah kenangan terindah dari kami untuk fasi..asiff jiddan!!!



Jutaan terima kasih juga dihulurkan kerana sudah berpenat lelah dalam menyambut kami semua..sesungguhnya usaha kalian hanya ALLAH sahaja mampu membalasnya..terima kasih kerana sudi memberi makan kepada kami yang senantiasa kelaparan ini sepanjang minds..terima kasih kerana tidak tidur dengan sempurna dalam memastikan kelancaran minds sentiasa konsisten.. terima kasih kerana mengambil berat kebajikan kami semua...
syukran kathirrr!!!


pesanan ikhlas dari seorang 'saya': semoga semua fasi2 minds dapat menjaga diri sebaiknya..sesungguhnya kalian telah memberi satu teladan yang baik untuk kami semua,kalian juga telah dihormati diatas kewibawaan kepimpinan dalam minds..jaga kelakuan,jaga ikhtilat,jaga semuanya..kami semua amat mengagumi kalian dalam minds..jangan hilang respect itu biarpun minds sudah berakhir...(isshh..sape nasihat sape ni??maaf yer akak2 n abang2,kita semua kena jaga)


LUV EVERYBODY,HATE NOBODY...